Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh/Hari : 21.10. 2020

Hari : Rabu

Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi(60 minit)

Bilangan Murid : 6 orang

Unit Beruniform : Pengakap

Tajuk : Pertolongan Cemas

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Psikomotor : Membuat anduh besar (balutan


Bahu menggunakan kain anduh.
2. Kognitif : Menyatakan langkah membuat
anduh besar (balutan bahu
menggunakan
kain anduh dengan betul.
3. Afektif : Bekerjasama dan bersungguh
sungguh melaksanakan tugasan
yang diberikan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui asas pertolongan cemas, jenis kain
pembalut dan ikatan buku sila.

Kemahiran Berfikir : Membanding beza, mengklasifikasi

Nilai Murni : Teliti, tepat, bekerjasama

Bahan Bantu Mengajar : video, kain anduh

Kaedah : Perbincangan, kooperatif, simulasi


Fasa & Masa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
1) Set Induksi a) Murid mengenal jenis-  Murid melihat kain BBM :
jenis pembalut. anduh yang Kain anduh
Pemerhatian dan b) Contoh jenis pembalut ditunjukkan oleh
Analisis iaitu: guru. Nilai :
( 5 minit )  Kain anduh  Murid Ketekunan
memerhatikan
bahagian yang ada
pada kain anduh
Point

End Base End


2) Perkembangan a) Murid mengenal jenis-  Guru menunjukkan BBM :
jenis balutan luka video tutorial untuk Kain anduh
Langkah 1 b) Jenis-jenis balutan menggunakan kain
( 5 minit ) luka yang akan anduh kepada Nilai :
dipelajari hari ini ialah pesakit yang Ketekunan,
kecederaan bahu: kecederaan pada ketelitian
lengan.
Kemahiran
Berfikir :
Banding beza,
klasifikasi
Langkah 2 a) Murid melihat  Murid melihat BBM :
(5 minit) demonstrasi cara demonstrasi ikatan Kain anduh
ikatan balutan bagi: anduh besar
i. Anduh beasr kepada cikgu. Nilai Murni :
 Murid akan melihat Teliti
dan memahami
cara guru merawat Kemahiran
dan memberi Berfikir :
bantuan awal Klasifikasi
kepada mangsa.
 Selepas lima minit,
murid melihat guru
melakukan cara
anduh besar
3) Aktiviti a) Murid diminta duduk  Murid membentuk BBM :
berpasangan secara berpasangan. pasangan yang Kain anduh
( 13 minit ) b) Murid melakukan ditetapkan.
anduh besar kepada  Setiap kumpulan Nilai :
rakan menerima kain Kerjasama,
c) Setiap kumpulan anduh daripada teliti
menerima bimbingan guru.
daripada guru.  Murid patuh akan
arahan tugasan
yang diberikan.
 Murid bertukar
peranan selepas
seorang jadi
mangsa.
4) Penutup a) Penilaian dan  Murid menyatakan Nilai :
( 2 minit ) rumusan. jenis luka yang Berusaha,
b) Murid mengingat terdapat pada amanah
kembali cara ikatan anggota badan.
buku sila.  Murid menyatakan Kemahiran
jenis ikatan balutan Berfikir :
yang sesuai bagi Membuat
gambaran perkaitan
kecederaan luka
yang digambarkan
oleh guru.
 Murid dan guru
merumuskan
pengajaran.

Catatan Refleksi PdP :


Kekuatan sesi kokurikulum yang dijalankan ini ialah guru telah merancang aktiviti
berpasangan sebagai aktiviti utama bagi mengaplikasikan pengetahuan mereka berkaitan
pertolongan cemas. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti berkumpulan, para murid akan
bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberikan agar membuahkan hasil yang lebih
sempurna. Penerapan unsur bimbingan rakan sebaya juga dapat dilakukan dengan adanya
aktiviti kumpulan ini. Sebagai contoh, murid dapat membetulkan rakannya sekiranya berlaku
sebarang kesilapan dan ini akan memudahkan guru untuk memastikan setiap murid mahir
dalam memberi pertolongan cemas. Penggunaan TMK dengan menunjukkan video tutorial
memasang anduh kepada pesakit menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus dalam kelas.
Justeru itu, aktiviti berpasangan amat digalakkan bagi menjamin objektif pdp kali ini dapat
dicapai dengan lebih berkesan.

Kelemahan sesi ini pula ialah murid-murid perlu untuk bersentuhan dengan rakan secara
minima kerana untuk membuat praktikal mengikat anduh kepada rakan. Hal ini kerana SOP
di sekolah tidak boleh bersentuhan antara sesiapa mahupun berkongsi barang. Masa yang
terhad juga satu cabaran untuk mencapai objektif pembelajaran kerana masa 30 minit
diberikan untuk fasa unit beruniform. Video mengenai kemalangan dan langkah
menanganinya boleh ditayangkan untuk memastikan setiap murid dapat melihatnya dengan
jelas selain mampu menarik minat mereka dalam topik hari ini. Oleh yang demikian, guru
perlulah kreatif dalam memilih dan melaksanakan strategi pengajaran yang sesuai dan
menarik agar memudahkan penerimaan ilmu murid.

Antara peluang yang boleh diambil daripada sesi kokurikulum ini ialah murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman melakukan pertolongan cemas ke dalam
kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana setiap manusia tidak pernah terlepas daripada
mengalami kecederaan atau kemalangan sepanjang kehidupan mereka. Justeru itu, murid-
murid dapat memberikan pertolongan yang sewajarnya sekiranya ahli keluarga atau kenalan
rapat mereka ditimpa musibah. Sebagai contoh, murid-murid dapat membantu ahli keluarga
yang kecederaan tangan dengan membalut tangan seperti yang dipelajari dalam sesi
kokurikulum yang berlangsung. Oleh yang demikian, pembelajaran dan bimbingan
mengenai pertolongan cemas ini perlu diberikan agar murid-murid menjadi kurang panik
sekiranya orang berdekatan mereka mengalami kecederaan atau kemalangan.

Ancama yang diperoleh daripada sesi ini ialah murid terdedah kepada risiko mengalami
kecederaan kecil sekiranya balutan yang dibuat terlalu ketat. Hal ini demikian kerana balutan
yang terlalu ketat akan mengurangkan kelancaran pengaliran darah menyebabkan bahagian
anggota badan murid yang dibalut berasa lenguh. Sebagai contoh, guru dapat
memerhatikan beberapa orang murid yang berasa tidak selesa apabila lengan mereka
dibalut terlalu ketat semasa aktiviti berkumpulan. Ini membuktikan murid kurang jelas
dengan arahan yang diberikan oleh guru iaitu balutan yang dibuat perlulah kemas dan tidak
terlalu ketat agar kesakitan yang dialami tidak bertambah. Oleh yang demikian, guru
perlulah sentiasa mengulang arahan tersebut berkali-kali agar murid sentiasa peka dan
mampu mengelak sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Anda mungkin juga menyukai