Anda di halaman 1dari 3

NUR EZZATI BT.

NORIZAN

PISMP BM 1 SEM. 04

Catatan Refleksi Pengajaran Mikro

Sebelum pengajaran dan pembelajaran mikro Sebelum pengajaran dan pembelajaran mikro dilaksanakan, beberapa perkara telah saya lakukan. Pertama sekali, saya telah menyediakan RPH KBSR PJ Tahun Empat kemudian membuat pembahagian masa untuk melaksanakan aktiviti P&P. Selain itu, saya telah berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan bagi memahami isi pelajaran serta yakin terhadap P&P yang akan dilaksanakan. Seterusnya menyediakan bahan bantu mengajar seperti LCD, laptop, kad gambar, kertas mahjung dan bluetack yang akan digunakan serta kerusi dan meja untuk pensyarah penilai.

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung Saya telah menayangkan klip video tentang kecederaan semasa bermain bola sepak dalam set induksi dan seterusnya soal jawab antara dua hala dilakukan. Dalam langkah perkembangan, saya telah menerangkan serba sedikit tentang langkah-langkah keselamatan dan kepentingan menjaga keselamatan semasa beraktiviti secara umum kepada murid. Bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang isi pelajaran tersebut, saya telah meminta murid melakukan aktiviti melabelkan langkah-langkah keselamatan berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan. Dalam langkah kemuncak pula, saya telah meminta murid melakukan satu lagi aktiviti iaitu pembentangan. Sebelum murid-murid melakukan aktiviti tersebut, saya telah memberikan arahan terlebih dahulu dan memperkenalkan tajuk pembentangan. Kemudian, saya telah memberikan masa selama 3 minit bagi mereka berbincang dan pembentangan dilakukan selama 2 minit bagi setiap kumpulan. Pada akhir pengajaran, saya merumuskan isi pelajaran dari segi psikomotor, kognitif dan afektif.

Selepas pengajaran dan pembelajaran mikro Selepas sesi P&P tersebut selesai, kami sekelas menjalankan sesi refleksi bersama pensyarah penilai. Pada sesi tersebut, saya mendapati beberapa kelemahan yang terdapat pada diri saya seperti yang telah dijelaskan oleh pensyarah

NUR EZZATI BT. NORIZAN

PISMP BM 1 SEM. 04

pembimbing semasa proses penilaian. Antara aspek yang dinilai adalah interpersonal dan intrapersonal, komunikasi, perancangan aktiviti dan kawalan kelas. Antara ulasan penilaian yang dibuat oleh pensyarah penilai pada diri saya semasa melaksanakan P&P adalah; aspek interpersonal dan intrapersonal serta komunikasi, saya perlu lebih memperbanyakkan sesi soal jawab dan interaksi dengan murid pada Langkah Perkembangan bagi mendapatkan maklum balas daripada murid. Bagi aspek perancangan aktiviti, saya perlu merancang aktiviti yang akan dijalankan dengan lebih teliti. Contohnya dalam langkah Perkembangan, pensyarah penilai memberi ulasan bahawa saya seharusnya lebih berinteraksi dengan murid, bukan hanya bergantung kepada kad perkataan sahaja. Kelemahan saya dalam langkah ini mungkin saya terlalu memikirkan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti tersebut. Oleh sebab itu, saya agak kurang berinteraksi dengan murid bagi menggalakkan komunikasi dua hala. Dari aspek kawalan kelas juga saya kurang memberikan perhatian terhadap keseluruhan murid di dalam kelas. Saya hanya menumpukan perhatian kepada sesetengah murid sahaja sehingga saya tidak

perasan ada murid sedang membuat kerja lain semasa saya mengajar. Dari diri saya sendiri pula, saya bersetuju dengan ulasan pensyarah penilai kerana saya juga menyedari akan kelemahan dan kesilapan yang telah saya lakukan pada sesi P&P tersebut. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ada pada diri saya, namun pensyarah penilai juga ada memberikan pujian terhadap penggunaan bahan bantu mengajar saya. Dalam set induksi, saya telah menayangkan klip video tentang kecederaan semasa bermain bola sepak. Beliau menyatakan bahawa penggunaan klip video tersebut sangat sesuai dengan isi pelajaran pada hari itu. Namun begitu, dari segi penambahbaikan, beliau meminta saya menggunakan klip video yang memaparkan kecederaan yang terdapat dalam pelbagai jenis permainan selain daripada bola sepak. Bagi penambahbaikan pada masa akan datang, saya perlu lebih bijak dalam berinteraksi dengan murid, mengawal kelas dengan bijak dan merancangan aktiviti dengan lebih teliti. Selepas menjalankan P&P dan sesi refleksi tersebut, saya telah mengemaskan bahan bantu mengajar yang digunakan serta menyediakan catatan

NUR EZZATI BT. NORIZAN

PISMP BM 1 SEM. 04

refleksi pengajaran dan pembelajaran mikro ini. Melalui catatan refleksi ini, saya dapat mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, P&P tersebut berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang baik antara rakan-rakan yang terlibat dan telah mencapai hasil pembelajaran yang telah saya tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai