Anda di halaman 1dari 8

Nama Permainan: Lanun Beli Ikan

Tarikh: 12/10/2017

Masa: 9am

Tempat: Kompleks Renang Gunung Keriang

Kumpulan Sasaran: Pelajar PISMP Sem 3 Pendidikan Jasmani (12 Orang)

Permainan Kecil Akuatik

Objektif:

1. Membina kemahiran asas berenang kuak rangkak.

2. Mengembangkan kognitif pelajar.

3. Memupuk kerjasama di antara pelajar

1
Prosedur aktiviti

1. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang satu


kumpulan
2. 2 orang daripada setiap satu kumpulan akan berada dalam kawasan air
berhampiran dengan kapal, manakala 2 orang lagi yang lebih akan berada di
kawasan daratan.
3. 2 pelajar yang ada di darat, seorang berperanan sebagai penjaga kapal,
seorang berperanan sebagai penjual ikan.
4. Apabila muzik dimainkan, 2 orang yang berada dalam air hendaklah berenang
menyeberangi air untuk mengambil harta karun (floating board dan sponge).
5. Pelajar hendaklah menggunakan harta karun yang diambil untuk berenang
kembali ke kapal dengan cara yang ditetapkan.
6. Jika pelajar mengambil floating board, pelajar hendaklah berenang dengan
menggunakan kayuhan kaki sahaja sambil kedua-dua belah tangan memegang
floating board di hadapan.
7. Jika pelajar mengambil sponge, pelajar hendaklah berenang dengan
menggunakan kayuhan tangan sahaja sambil mengepit sponge di celah
kangkang.
8. Harta karun yang diambil hendaklah dimasukkan ke dalam kapal lanun.
9. 2 orang pelajar dalam air diberi masa 1 minit untuk mengambil harta karun.
10. Apabila muzik habis, 2 orang pelajar yang berada dalam air hendaklah berhenti
mengutip harta karun.
11. Apabila muzik dimainkan semula, pelajar yang menjaga kapal akan mengira
jumlah harta karun dan menggunakannya untuk membeli ikan di pasar.
12. Pelajar akan membawa kapal ke pasar untuk membeli ikan.
13. Pelajar diberikan 1 minit untuk menyelesaikan proses beli ikan di pasar.
14. Apabila muzik dihentikan, pelajar hendaklah meletakkan ikan-ikan yang dibeli
ke dalam kolam lanun yang disediakan.
15. Pusingan yang kedua akan bermula apabila muzik yang seterusnya dimainkan.
16. 2 orang pelajar yang berada di dalam air akan bertukar peranan dengan 2
orang pelajar yang berada di darat.
17. Permaian dijalankan sama seperti pusingan pertama.
18. Setelah selesai kedua-dua pusingan, pelajar dikumpulkan di hadapan kolam
lanun untuk mengira markah.
19. Pemenang ditentukan melalui pengiraan markah berdasarkan jenis ikan yang
dibeli.

2
Pelan Permainan

Peraturan Permainan

1. Pelajar hanya dibenarkan berenang apabila muzik dimainkan.


2. Pelajar tidak dibenarkan mengasari atau mengacau pelajar lain.
3. Pelajar tidak dibenarkan mengambil harta karun yang telah diambil oleh
pelajar lain.
4. Pelajar hanya dibenarkan mengambil satu harta karun dalam satu lap.
5. Harta karun tidak akan dikira, jika pelajar tidak menggunakan harta karun
dengan cara yang ditetapkan untuk berenang kembali ke kapal.
6. Pelajar tidak boleh membaling atau melontar harta karun.
7. Harta karun yang mempunyai simbol tengkorak tidak boleh digunakan untuk
membeli ikan.
8. Harta karun yang tidak digunakan untuk membeli ikan akan dikira burn.
9. Satu sponge bernilai 2 kupang manakala satu floating board bernilai 1
kupang.

3
10. Harga ikan angzo adalah 5 kupang seekor, ikan pehqiu adalah 3 kupang
seekor dan ikan kembung adalah 1 kupang seekor.
11. Ikan angzo mempunyai 10 markah, ikan pehqiu mempunyai 5 markah dan
ikan kembung mempunyai 1 markah.
12. Kumpulan yang melanggar arahan akan ditolak 3 markah.
13. Keputusan pengadil adalah muktamad.

4
Peralatan

Kon Wisel

Balloon Tali

Floating Board Sponge

5
Gelung Ikan tiruan

Bakul Besar
Muzik

Bakul Kecil
Speaker

6
Lampiran

7
8

Anda mungkin juga menyukai