Anda di halaman 1dari 3

Bahagian C: Penilaian dan Promosi (20%)

1.0 Cara Menguji Hasil Projek Inovasi Digital


Saya telah menggunakan beberapa cara untuk menguji keberkesanan bahan
inovasi digital saya. Pertama sekali, saya telah memberi seorang murid tahap dua
untuk menggunakan QR interaktif ini (Rajah 1). Murid tersebut mengakses QR
Interaktif tersebut tanpa sebarang bantuan. Semasa murid tersebut menggunakan
QR Interaktif, saya telah melaksanakan satu pemerhatian terhadap mimik muka
murid tersebut. Tujuan pelaksanaan pemerhatian tersebut adalah untuk
mengetahui adakah murid berasa seronok semasa menggunakan QR Interaktif
ini.

Selepas itu, saya telah mengedarkan satu borang soal selidik (Lampiran 1)
kepada murid tersebut. Murid diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan
yang dinyatakan dalam borang soal selidik tersebut. Tujuan borang soal selidik ini
adalah untuk mendapatkan maklum balas murid selepas menggunakan QR
Interaktif. Soalan soal selidik terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden
seperti jantina, dan tahun. Manakala bahagian B mengandungi 8 item yang
berkenaan dengan penilaian keberkesanan hasil projek inovasi menggunakan “Ya”
dan “Tidak” sebagai pilihan responden. Berdasarkan borang soal selidik yang diisi
dan dikumpulkan, saya dapat menganalisis dan mengesan kekuatan dan
kelemahan hasil projek inovasi digital saya.

Seterusnya, saya telah memperkenalkan bahan inovasi ini di laman web


Facebook dan Youtube. Saya juga meminta sesiapa sahaja yang telah mengguna
inovasi ini untuk memberikan komen-komen atau maklum balas tentang bahan
inovasi ini. Di samping itu, saya juga menyediakan satu google forms (Rajah 2)
untuk mengumpulkan maklum balas yang diberi oleh orang lain.

Tambahan pula, saya juga menyediakan satu senarai semak (Lampiran 2)


untuk menilai hasil projek inovasi digital ini. Saya telah merujuk kepada Yusup
Hashim (1998) tentang kriteria penilaian hasil projek inovasi digital. Terdapat 3
kriteria yang telah dimasukkan ke dalam senarai semak tersebut. Pertama ialah
kesesuaian inovasi digital dengan objektif. Kedua, arahan yang disediakan dalam
inovasi digital tersebut harus jelas, ringkas, teratur dan mudah difaham. Ketiga,
prinsip kebolehbacaan pada inovasi digital tersebut. Prinsip kebolehbacaan dinilai
sama ada gaya huruf, saiz dan warna huruf boleh dibaca dan jelas dilihat.

29
Kesimpulannya, penilaian dan pengujian hasil produk inovasi digital harus
dilaksanakan supaya dapat mengesan kelemahan serta mengetahui
keberkesanan produk inovasi digital tersebut.

Rajah 1

Rajah 2

30
2.0 Cara Mempromosikan Hasil Produk Inovasi Digital

Saya telah mempromosikan QR Interaktif ini dengan menggunakan pelbagai


saluran media seperti Facebook (Rajah 3) dan Youtube (Rajah 4). Facebook dan
Youtube mendapatkan saluran media yang baik untuk mempromosikn inovasi.
Hal ini demikin kerana, saluran meda tersebut merupakan saluran yang percuma
dan dapat mengkosikan maklumat secara percuma ke seluruh dunia.

Selain daripada itu, saya juga mempromosikan QR Interaktif ini kepada rakan
saya yang telah menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolah. Saya juga
meminta rakan saya mempromosikan QR Interaktif ini kepada guru-guru
Pendidikan Jasmani di sekolahnya. Di samping itu, saya juga mempromosikan
QR Interaktif ini kepada guru pelatih Pendidikan Jasmani. Mereka boleh
menggunakan QR Interaktif ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka semasa menjalani praktikum.

Di samping itu, saya juga akan mempromosikan QR Interaktif ini dengan


menyertai pertandingan inovasi peringkat IPG Kampus Perlis yang akan datang.
Dengan mengambil peluang tersebut, saya dapat memperkenalkan inovasi digital
kepada lebih ramai orang seperti pensyarah, guru pelatih, guru di sekolah, murid-
murid dan sebagainya.

Kesimpulannya, inovasi digital ini telah dipromosikan dengan menggunakan


pelbagai cara seperti melalui laman web, menyertai pertandingan dan
mempromosikan kepada pendidik.

Rajah 3 Rajah 4

31

Anda mungkin juga menyukai