Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 2 - Mentadbir Satu Ujian SEGAK

PANDUAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR


Pengenalan
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
merupakan satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap
kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam
SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan
sekolah menengah. Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan merupakan
keupayaan sistem badan bekerja secara efisen bagi membolehkan seseorang itu
sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen
kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan otot, daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Ujian jangkauan
melunjur merupakan salah satu ujian untuk mengukur komponen kecergasan
berdasarkan kesihatan seseorang murid iaitu komponen fleksibiliti.

Nama Ujian
Jangkauan Melunjur

Tujuan
Untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.

Tahap
Murid-murid sekolah rendah tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

Jantina
Lelaki dan perempuan

1
Alatan dan kemudahan
i) Alat Jangkauan Melunjur
- Jarak meletakkan tapak kaki adalah 23cm manakala ketinggiannya adalah
30.5cm.

30.5cm
23cm

ii) Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR)


Lampiran A

Pengurusan dan organisasi ujian


1. Murid perlu memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian tetapi tidak
perlu memakai kasut dan stoking.
2. Ujian akan dilaksanakan secara berpasangan.
3. Seorang murid melakukan ujian, manakala rakannya membaca dan mencatatkan
skor.
4. Alat jangkauan melunjur perlu diletakkan rapat ke dinding supaya tidak bergerak.
5. Arahan yang diberi oleh guru haruslah jelas.

2
Prosedur
1. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti ilustrasi 1.
2. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah kaki
lurus dan tapak kaki menyentuh papan sepanjang masa ujian.
3. Pembantu haruslah meletakkan tangan di atas pelaku bagi memastikan lutut tidak
difleksi atau dibengkok.
4. Tapak tangan dominan ditindih di atas belakang tapak tangan bukan dominan
dalam keadaan kedua-dua hujung jari tengah harus bertindih.
5. Jangkau tangan-tangan secara perlahan-perlahan sejauh mungkin atas skala
pengukur.
6. Kekalkan selama 3 saat.
7. Murid akan diberi tiga kali percubaan yang berturut-turut. Jangkauan yang terbaik
akan diambil kira sebagai skor.
8. Skor tidak diambil kira jika lutut difleksi atau dibengkok semasa melakukan
jangkauan.
9. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.

Ilustrasi 1: Turutan Ujian Jangkauan Melunjur

3
Norma SEGAK mengikut umur dan jantina bagi jangkauan melunjur

Jadual 1: Norma SEGAK Lelaki 10 Tahun

Jadual 2: Norma SEGAK Lelaki 11 Tahun

Jadual 3: Norma SEGAK Lelaki 12 Tahun

4
Jadual 4: Norma SEGAK Perempuan 10 Tahun

Jadual 5: Norma SEGAK Perempuan 11 Tahun

Jadual 6: Norma SEGAK Perempuan 12 Tahun

5
Rujukan

Corbin C.B. dan Lindsey R. (2007). Fitness for life (5th ed). Champaign, III. Human
Kinetics.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan standard kecergasan fizikal


kebangsaan untuk murid sekolah Malaysia (SEGAK). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan.

6
LAMPIRAN

7
Lampiran B
Proses Mentadbirkan Ujian Jangkauan Melunjur

8
Memberi penerangan tentang
cara melakukan ujian
jangkauan melunjur.

Pembantu meletakkan tapak


tangan di atas pelaku untuk
memastikan lutut tidak difleksi
atau dibengkok.

Pembantu membaca dan


mencatatkan skor yang telah
dicapai oleh pelaku.

Anda mungkin juga menyukai