Anda di halaman 1dari 9

APA ITU UJIAN SEGAK

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid sekolah Malaysia


adalah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan
fizikal murid berdasarkan kesihatan.

Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan


Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. Komponen Kecergasan
berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan.

TUJUAN UJIAN SEGAK

Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah,
ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid.

Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan
bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid dan diharap dapat
memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 KOMPONEN PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

Berikut adalah merupakan faktor penilaian Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan


Kesihatan iaitu:

Indeks Jisim Badan

1. Ukur Tinggi & Berat – (Body Mass Index – BMI);


2. Naik Turun Bangku – Daya Tahan Sistem Kardiovaskular
3. Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian – Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot
Tangan
4. Bangkit Ringkuk Separa – Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot
Abdomen
5. Jangkau Melunjur – Kelenturan / Fleksibiliti Tubuh

1
UJIAN : INDEKS JISIM BADAN
Tujuan : Mengukur komposisi badan melibatkan tinggi (cm) dan berat (kg).

Jantina : Lelaki & Perempuan

Alatan : 1. Pengukur tinggi


              2. Penimbang Berat
              3. Kalkulator
              4. Borang SEGAK

PENGIRAAN INDEKS JISIM BADAN ( BODY MASS INDEX – BMI)

2
Naik turun bangku 3 minit

Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Bangku  - Ketinggian 30.5 cm
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:


1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)

Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

3
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai)
diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan
turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan
dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini
dibatalkan.

4
Tekan tubi

Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi

Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:


1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan
disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.  Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada
menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya
meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara
sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

5
Ringkuk Tubi Separa

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap  :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1.     Pita lekat  bersaiz 2.5 cm


2.     Pita ukur 
3.     Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat  secara selari pada lantai di kiri dan kanan.  Jarak antara pita
adalah 10  cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah  dan tumit kaki sentiasa menyentuh 
lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.

6
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar
pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan  menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan
asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome
dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1     Berasa tidak selesa.
9.2     Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3     Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:


1.     Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2.     Tumit diangkat.
3.     Badan/ bahu senget.
4.     Punggung terangkat.
5.     Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1.     Rapatkan belakang ke lantai.


2.     Bahu sentuh lantai.
3.     Rapatkan tumit ke lantai.
4.     Seimbangkan bahu/badan.
5.     Buka kaki.
6.     Bengkokkan lutut.

7
Jangkauan Melunjur

Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur

Tujuan:
Mengukur fleksibiliti

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:


1.     Alat pengukur jangkauan
2.     Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:


1.     Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang  lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan
hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin
atas pita pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai
skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam
titik perpuluhan.
7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

8
9

Anda mungkin juga menyukai