Anda di halaman 1dari 8

Guru Besar sekolah anda sangat prihatin tentang prestasi kecergasan semua murid-muridnya dan memastikan bahawa Ujian

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dilaksanakan dan mendapat maklum balas tentang perkara ini dari guru-guru yang melaksanakan pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, anda telah ditugaskan oleh Guru Besar anda untuk melaksanakan ujian ini terhadap satu kelas Tahun Lima atau Enam dan melaporkannya dalam mesyuarat staf. Laporan anda perlu meliputi perkara-perkara berikut: (a) Skor ujian anda perlu mengandungi min, median, mod dan sisihan lazim dan bina lengkok norma. (b) Buat analisis dan huraikan dapatan anda berpandukan konsep SEGAK serta kemukakan cadangan-cadangan aktiviti-aktiviti yang bernas bagi meningkatkan kecergasan murid-murid anda.

Pengenalan

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan

dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasii SEGAK akan menjadi komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik wajib diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum. Objektif Murid dapat: 1. mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal; 2. menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri; 3. mengetahui tahap kecergasan kendiri; 4. merancang dan melakukan tindakan susulan; dan 5. mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi semasa.

Kaedah pelaksanaaan SEGAK

UJIAN 1 : NAIK TURUN BANGKU

TAHAP : MURID TAHUN 6

TUJUAN : UNTUK MENILAI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN Bangku ketinggian 30.5 cm (1 kaki ) Jam Randik Borang skor Rakaman metronome ( 96 detik ) Radio CD

Pengurusan dan organisasi Aktiviti dijalankan secara berpasangan Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan) Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit

Prosedur Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (mana yang sesuai)diletakkan di atas bangku

Penguji akan memberikan isyarat mula. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhanti. Selepas tamat aktiviti, murid akan duduk serta merta. Kadar nadi diambil selepas 5 saat tamat aktiviti. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid akan dibatalkan.

UJIAN 2 : TEKAN TUBI (LELAKI) : TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN)

TUJUAN : UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT SERTA BAHU BADAN

TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

ALATAN DAN KEMUDAHAN Kawasan lapang yang rata Span (5cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi) Jam randik Tilam senaman

Pengurusan dan organisasi Ujian dilaksanakan secara berpasangan Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat

Prosedur

Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jarijari kaki. Badan diluruskan (tekan tubi) -mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi suaian) Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu ulangan lakuan. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1-3 Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil hanya setakat murid berhenti. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid gagal melakukan aktiviti dengan sempurna mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.

UJIAN 3 : RINGKUK TUBI SEPARA

TUJUAN : UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN

Alatan dan kemudahan Pita lekat bersaiz 2.5 cm Pita ukur Jam randik Metronome (50 detik seminit) Pelapik getah Penanda 15 cm panjang

Pengurusan dan organisasi Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan palaku Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.

Prosedur Ujian dijalankan dengan murid mamakai kasut sukan yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari penanda pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelongsor hingga menyentuh penanda kedua. Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. Murid B akan mengambil skor dan ulangan murid A. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A Berhenti melakukan ujian Jari tidak menyentuh penanda kedua Tumit diangkat Tidak mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.

UJIAN 4 : JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN : UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PAHA DAN PINGGUL.

TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN Alat pengukur jangkauan Borang skor

Pengurusan dan organisasi Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard

Prosedur Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu rapat kedada. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

SEKOLAH KEBANGSAAN APING PANTU SKOR UJIAN SEGAK PENGGAL PERTAMA, 2012

KELAS; TAHUN 6
BIL NAMA MURID J INDEKS A JISIM N BADAN L 12 P 15.5 P 10.8 L 8.5 L 10.4 L 12.2 L 10 NAIK TURUN BANGKU 5 5 4 5 4 5 5 TEKAN RINGKUK TUBI TUBI SEPARA 5 5 5 5 5 5 5 4 4 5 5 5 3 5

JANGKA MELUN 4 4 4 5 2 4 3

1 2 3 4 5 6 7 8 9

AUSTIN RICO AK KLUNIE FEDRA AK FRANCIS HAYATI BT. YUSUF MIKELLIS AK JOHNNY RENGGIE AK BILLY WELLSON AK TAWI WENLEY AK KOLL

SKALA MARKAH KESELURUHAN BIL 1 2 3 4 5 JUMLAH SKOR KESELURUHAN 18 HINGGA 20 MARKAH 15 HINGGA 17 MARKAH 12 HINGGA 14 MARKAH 8 HINGGA 11 MARKAH 4 HINGGA 7 MARKAH GRED A B C D E PERNYATAAN 5 BINTANG 4 BINTANG 3 BINTANG 2 BINTANG 1 BINTANG

ANALISA SKOR BIL SKOR 1 A 2 B 3 C 4 D 5 E

JUMLAH 5 ORAN 2 ORAN TIADA TIADA TIADA

Anda mungkin juga menyukai