Anda di halaman 1dari 20

Kandungan

0.0 Kertas Soalan

Prakata

1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat dan Objektif Ujian SEGAK
3.0 Ahli Jawatankuasa Terlibat
4.0 Prosedur
6.0 Dokumentasi
7.0 Penutup

Rujukan
Prakata

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah
kami menyiapkan tugasan ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan
sepanjang kami berada dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih diucapkan kepada Encik Saiful Bahri Bin Mat, kerana telah memberikan
ruang dan peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan di samping memberi
tunjuk ajar semasa menjalankan ujian SEGAK. Tugasan ini telah menjadikan kami
sebagai individu yang berdisiplin, kuat mental dan fizikal, bekerjasama, menghargai
masa dan yang utama sekali ialah dapat mengekalkan gaya hidup sihat. Ujian
SEGAK ini dapat membantu kami agar tampil lebih cergas dalam menempuhi
kehidupan seharian. Sebelum mengakhiri, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ujian SEGAK ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Tanpa adanya mereka yang membantu dari
segi segala aspek, ujian SEGAK dan kertas kerja ini pasti mempunyai lebih banyak
kekurangan. Akhir kalam, kami berharap agar kertas kerja ini menepati kehendak
seperti yang diinginkan.
1.0 Pengenalan

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia


(SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap
kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah
rendah dan sekolah menengah. Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan
adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan
seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian.
Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan.
Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986
hingga kini menunjukkan kadar peningkatan peratus rakyat Malaysia mengidap
penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, dan obesiti adalah amat membimbangkan.
Masyarakat Malaysia perlu mengubah cara hidup sedentari kepada cara hidup aktif
dan sihat dengan memberi fokus kepada meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Kecergasan fizikal yang optimum boleh membantu seseorang itu melaksanakan
aktiviti harian dengan aktif tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti
kecergasan yang terancang di sekolah perlu dilaksanakan dengan sempurna
mengikut prosedur dan norma yang ditetapkan.

2.0 Matlamat dan Objektif Ujian SEGAK

Matlamat SEGAK

 Pelajar sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan


untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan
kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK

1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;


2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap
kecergasan fizikal; dan
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan
fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

1
3.0 Ahli Jawatankuasa yang Terlibat

Penasihat
En. Saiful Bahri Bin Mat

Pengerusi
Previn A/L Muniandy (020627-01-1861) (2020242310103)

Setiausaha
Nur Fatin Haziqah Binti Romyfaizal (020306-04-0370) (2020242310102)
Muhammad Dizaidy Zikry Bin Mohd Difardy (021127-02-0723) (2020242310097)

Ajk Body Mass Index


Eliza Kong Yuiin Li (020114-13-0160) (2020242310093)
Nur Aulya Safiyah Binti Abdul Latif (020119-07-0160) (2020242310101)

Ajk Naik Turun Bangku


Tarunisha A/P Jegathesan (020131-14-1240) (2020242310105)
Khirthikasri A/P Mohan (020311-01-1558) (2020242310094)

Ajk Tekan Tubi


Lin Aribah Binti Muhammad Sukri (020320-11-0304) (2020242310095)
Nur Adlina Syamimi Binti Othman (020721-02-0334) (2020242310099)
Nur Ain Amalin Binti Zakaria (020821-03-0628) (2020242310100)

Ajk Ringkuk Tubi Separa


Aisyah Adriana Binti Mohd ‘Asri (020207-08-1054) (2020242310091)
Darshini A/P Anumanthan (020228-14-1052) (2020242310092)
Sharmitha Mol A/P Thyvathas (021227-04-0254) (2020242310104)

Ajk Jangkauan Melunjur


Neevashini A/P Thamil Selvan (021203-07-0598) (2020242310098)
Ahmad Izzat Fathi Bin Ahmad Munif (021022-10-1607) (2020242310090)
Muhammad Aiman Arif bin Abu Bakar (020420-01-0239) (2020242310096)

4.0 Prosedur

Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan pelajar, dan
mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
2. Ujian SEGAK bagi setiap pelajar mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Ujian
ini dijalankan pada luar waktu pengajaran kursus GKK 1043 pada jam 4.00
petang di Balai Raya IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu.
3. Pelajar digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu beberapa hari
sebelum ujian dijalankan.

2
4. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam
SEGAK adalah seperti berikut :
4.1 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) ;
4.2 Jangkauan Melunjur ;
4.3 Tekan Tubi untuk lelaki dan perempuan ;
4.4 Ringkuk Tubi Separa ;
4.5 Naik Turun Bangku 3 minit.
5. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat sebelum melakukan ujian-ujian
lain.
6. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut turutan.

Langkah-langkah Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Pensyarah memberi taklimat ujian SEGAK kepada pelajar.


2. AJK yang bertugas perlu mengukur dan mencatat tinggi dan berat untuk
mendapatkan Indeks Jisim Badan.
3. Pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan dengan regangan dinamik.
4. Pelajar melaksanakan ujian SEGAK mengikut turutan dan mencatat skor.
5. Pelajar melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan regangan statik selepas
tamat ujian Naik Turun Bangku.
6. Pensyarah membimbing murid merujuk norma setiap item ujian SEGAK untuk
mendapatkan skor setiap ujian dan gred.
7. Pelajar melengkapkan Borang SEGAK masing-masing.
8. Pensyarah merekodkan dan menganalisis dapatan SEGAK.

Ujian 1: Indeks Jisim Badan

Tujuan

Indeks Jisim Badan adalah antara pengukuran yang digunakan untuk mengukur
komposisi badan melibatkan ukuran tinggi dan berat.

Alatan dan Kemudahan

1. Pengukur tinggi.
2. Penimbang berat.
3. Kalkulator.

3
4. Borang SEGAK

Pengurusan Ujian

1. Ukuran Indeks Jisim Badan dilakukan sebelum pelaksanaan ujian-ujian lain.


2. Memakai pakaian yang ringan.

3. Menanggalkan kasut dan stokin

Prosedur Mengukur Berat Badan Prosedur Mengukur Tinggi

1) Pastikan jarum penunjuk penimbang 1) Berdiri tegak dan pandang lurus ke


berada pada angka 0 kg sebelum hadapan.
setiap ukuran diambil. 2) Kedua-dua belah telapak kaki
2) Berdiri tegak di tengah-tengah menapak pada alas pengukur
penimbang. ketinggian.
3) Pandang lurus ke hadapan. 3) Pembantu menggerakkan palang
4) Pembantu membaca ukuran berat pengukur ketinggian ke atas kepala
secara pandangan selari dengan murid yang diukur.
jarum penunjuk penimbang. 4) Pembantu membaca ukuran secara
5) Ujian ini juga boleh menggunakan pandangan selari pada senggatandi
penimbang digital. alat pengukur tinggi.

Pengiraan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI)

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) /Tinggi (m) x Tinggi (m)

4
Ujian 2a : Tekan Tubi (Lelaki)

TUJUAN :
Menilai dan melihat keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahu .
LELAKI

PROSEDUR TEKAN TUBI


1. Pelajar perlu berada dalam keadaan sokong hadapan dan tangan
dibuka seluas bahu.

2. Kedudukan badan dan kaki perlu sentiasa diluruskan sambal muka


menghadap ke lantai.

3. Pelajar perlu sedaya upaya menyokong berat badan dengan tangan


yang lurus dan hujung kaki. Aktiviti tersebut perlu dilakukan di atas
tikar yang telah disediakan.

4. Turunkan badan dengan cara membengkokkan siku sehingga dada


menyentuh span yang disediakan.

5. Kemudian, luruskan tangan seperti sedia kala

6. Ulang langkah yang sama sehingga satu minit tanpa henti atau
mengikut kemampuan jika tak berupaya

7. Ujian tamat

5
ALATAN YANG DIPERLUKAN
 Tikar senaman
 Jam randik
 Borang segak
 Bola ping pong atau span
CARA PENGURUSAN
 Memakai pakaian sukan
 Dilakukan secara berpasangan
 Pelajar 1 melakukan ujian dan pelajar 2 mencatat
 Perlu masukkan baju ke dalam seluar (tuck- in)

Ujian 2b : Tekan Tubi Ubah Suai (Perempuan)

Tujuan

Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.

Alatan dan Kemudahan

1. Kawasan lapang dan rata.


2. Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi.
3. Jam randik.
4. Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
5. Borang SEGAK.

Pengurusan Ujian

1. Pelajar memakai kasut dan pakaian sukan.


2. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
3. Pelajar A melakukan ujian dan pelajar B mengira dan mencatat.
4. Pelajar yang bertudung perlu memasukkan tudung ke dalam baju-T.
5. Baju-T yang dipakai oleh murid perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

6
Prosedur Ujian

1) Pelajar hendaklah bermula dalam keadaan bersedia iaitu tangan dibuka seluas
bahu dan lutut fleksi. Berat badan disokong oleh tangan lurus dan lutut. Lutut
difleksi dan kedua-dua belah kakitidak bersilang. Kedudukan badan dan paha
sentiasa diluruskan dan muka pandang ke lantai.
2) Turunkan badan dengan siku difleksi sehingga dada menyentuh span yang
tingginya 10 cm.
3) Luruskan tangan dalam kedudukan asal.
4) Tekan tubi ubah suai diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika
pelajar melengkapkan lakuan yang betul.
5) Sekiranya pelajar tidak berupaya meneruskan tekan tubi ubah suai secara
berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang
dilakukan sehingga murid berhenti.
6) Ujian akan ditamatkan jika pelajar tidak melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut prosedur 1 hingga 3

7
Ujian 3 : Ringkuk Tubi Separa

Nama ujian: Ringkuk (partial curl-up) 1 minit


Tujuan: Menguji ketahanan dan daya tahan otot abdomen
Umur: 18 tahun
Jantina: Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar
2. Pembaris 30.5 cm
3. Jam randik
4. Metronom atau rakaman metronome 50 detik seminit
5. Pemain CD atau komputer
6. Tilam senaman (yoga mat / exercise mat)
7. Borang SEGAK
Pengurusan dan organisasi:
o Lekatkan pita pelekat secara selari pada tilam senaman di kiri dan
kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm
o Sediakan metronome atau pita rakaman rentak 50 detik seminit.

Prosedur:
1. Ujian ini dilaksanakan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki
sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu
4. Kedua-dua belah tangan perlu lurus di sisi dan hujung jari
menyentuh bhagian luar pelekat pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak
rakaman/metronome dengan kadar 40 kali ringkuk seminit. Pada
setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah
kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada
kedudukan asal (seperti langkah keempat) sebelum melakukan
ulangan seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua belah
tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada
murid A
9. Murid B mengira ulangan perlakuan
10. Ujian boleh ditamatkan apabila murid A: -
o Berasa tidak selesa
o Tidak dapat mengikut rentak metronome/pita
rakaman
o Tidak dapat mengekalkan Teknik ringkuk yang
sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4
detik metronome) setelah ditegur guru

8
o Jari tengah tidak menyentuh bahagian luar
garisan penanda
o Tumit diangkat

9
Ujian 4 : Jangkauan Melunjur

Tujuan

Untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.

Alatan dan kemudahan

1. Alat pengukur jangkauan lunjur


2. Borang SEGAK.

Pengurusan Ujian

1. Pelajar perlu memakai pakaian sukan tetapi tidak perlu memakai kasut dan stokin.
2. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
3. Seorang pelajar melakukan ujian manakala rakannya membaca dan mencatatkan
skor.
4. Alat jangkauan melunjur perlu diletakkan rapat ke dinding supaya tidak bergerak.

Prosedur Ujian

1) Pelajar hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah kaki
lurus dan telapak kaki menyentuh papan sepanjang masa ujian. Pembantu
meletakkan tangan di atas lutut pelaku bagi memastikan lutut tidak difleksi.
2) Telapak tangan dominan ditindih di atas belakang telapak tangan bukan dominan
dalam keadaan kedua-dua hujung jari tengah hendaklah bertindih.
3) Jangkau tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas skala pengukur.
4) Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat.
5) Pelajar diberi tiga kali percubaan
10 berturut-turut. Jangkauan terbaik diambil kira
sebagai skor. Skor tidak akan dikira jika lutut difleksi semasa melakukan
jangkauan. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (tidak perlu merekodkan
11
Ujian 5 : Ujian Naik Turun Bangku 3 Minit

Tujuan

Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular.

Alatan dan Kemudahan

1. Bangku dengan ketinggian 30.5 cm atau 1 kaki.


2. Jam randik.
3. Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit.
4. Pemain CD atau komputer.
5. Borang SEGAK

Pengurusan Ujian

1. Pelajar memakai kasut dan pakaian sukan yang bersesuaian.


2. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
3. Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.
4. Sediakan rakaman atau metronom 96 detik seminit.

Prosedur Ujian

1) Pelajar berdiri tegak dengan kaki kanan di atas bangku dan kaki kiri di atas lantai
2) Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
3) Pelajar melakukan pergerakan naik turun bangku. Lutut mesti lurus semasa kedua-
dua belah kaki berada di atas bangku dan di atas lantai.
12
4) Keseluruhan telapak kaki mesti memijak permukaan bangku dan permukaan lantai.
5) Pelajar melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronom dengan
13
6.0 Dokumentasi

14
7.0 Penutup

15
Kesimpulannya, ujian SEGAK memberi banyak manfaat kepada para pelajar yang
melaksanakannya dengan betul. Para pelajar di Malaysia dapat meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan tahap kesihatan yang optimum.
Hal ini akan membantu setiap individu dalam melaksanakan kehidupan seharian
kerana sentiasa tampil sihat dan cergas. SEGAK yang dijalankan secara sistematik
diharapkan dapat memotivasikan pelajar-pelajar untuk mengamalkan cara hidup aktif
dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui SEGAK, pelajar
dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat,
cergas, bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara. Oleh
itu, , budaya dan aktiviti yang sihat perlu diamalkan demi menjaga tahap kesihatan
rakyat Malaysia.

16
Rujukan

Pelaksanaan Ujian SEGAK - Jabatan Pendidikan Selangor - KPM. Diakses pada 16


Ogos 2019 di
http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/SEGAKcircularfile_file_001
365.pdf

Pengenalan - SEGAK. Diakses pada 15 Ogos 2019 di


http://segak.weebly.com/pengenalan.html

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) - Titian Ilmu (2014).


Diakses pada 16 Ogos 2019 di
http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2014/10/ujian-standard-kecergasan-
fizikal.html

Pelaksanaan SEGAK - Ringkuk Tubi - Perkongsian nota-nota PISMP (2012).


Diakses pada 16 Ogos 2019 di
http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/pelaksanaan-segak-ringkuk-tubi-
separa.html

Standard Kecergasan Fizikal - SEGAK - sinar ilmu (2012). Diakses pada 16 Ogos
2019 di http://sinarilmuuntuksemua.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-
false-en-my-x-none.html

Ujian SEGAK - Marilah Bersenam (2012). Diakses pada 17 Ogos 2019 di


http://d054501koonyinkuan.blogspot.com/2012/12/ujian-segak.html

Anda mungkin juga menyukai