Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas-asas


penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak mudah dan
semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu dilatih
(Zamerchili, 1977).

Menurut Bompa (1999) latihan yang bersistematik dengan menggunakan pendekatan


yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga. Sesuatu program latihan
perlu merangkumi faktor-faktor asas dalam latihan iaitu persediaan taktikal, teknikal dan
persediaan psikologi. Perkara yang penting dalam menghasilkan program latihan olahraga yang
berkesan ialah kefaham jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan ciri-ciri komponen
latihan dan bentuk-bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut peringkat-
peringkat latihan.

Manakal ujian merupakan instrument yang digunakan untuk mendapat maklumat atlet.
Ia boleh mengambil beberapa bentuk sesperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap
fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekddotal.

Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian ialah
perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia dilakukan
bertujuan bagi menjamon bahawa segala persediaan ujian adalah mencukupi dan diharapkan
bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan lancar. Manakala melalui ujian pasca
prosedurnya melibatkan analisis data ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod
pencapaian ujian secara individu dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan
menggunakan teknik statistic yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga
maklumat yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisis dan dihuraikan dalam bentuk min,
sisihan piawai dan juga melalui ujian e-test.
1.0 ITEM BATERI UJIAN

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dipanggil untuk menduduki
UKCG untuk kemasukan ke Institusi Pendidikan Guru (IPG). Oleh itu, calon yang telah dipanggil
untuk mengikuti ujian ini harus melakukan persediaan fizikal bagi menghadapi Ujian Kelayakan
Calon Guru (UKCG) IPG.

Terdapat 5 checkpoint yang akan dilalui oleh calon dalam ujian kecergasan ini:

1. Ukuran Berat Badan dan Tinggi :


 Mengukur ketinggian dan menimbang berat dengan tujuan mengetahui Body
Mass Index (BMI) iaitu kestabilan badan calon yang bakal menjadi guru,
 Dengan erti kata lain, calon hendaklah berbadan sihat atau mempunyai bentuk
fizikal yang ideal.

2. Ujian Bangkit Tubi Bervariasi (Sit Up) :


 Membuat bangkit tubi sehingga penat atau tidak terdaya lagi.
 Akriviti ini mempunyai 5 jenis sit up yang boleh dilakukan oleh calon iaitu:
I. Dalam keadaan berbaring, tangan di sisi dan melakukan ringkuk tubi
separa sehingga tapak tangan menyentuh lutut.
II. Dalam keadaan berbaring, tangan di sisi dan melakukan ringkuk tubi
separa sehingga siku menyentuh lutut,
III. Dalam keadaan berbaring melakukan ringkuk tubi separa dalam
keadaan tangan disilangkan di dada.
IV. Dalam keadaan berbaring melakukan ringkuk tubi separa dalam
keadaan tangan diletakkan di atas kepala.
V. Dalam keadaan berbaring melakukan ringkuk tubi separa dalam
keadaan tangan diletakkan di atas kepala dan disilangkan seperti bentuk
X.
3. Jangkauan Melunjur :
 Mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan paha dan sendi pinggul
 Aktiviti ini memerlukan alat ukuran seperti jangkaun dan borang skor.

4. Tekan Tubi (Push Up) :


 Tekan tubi merupakan senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian
atas torso.

Tekan tubi juga dapat menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis-
major dan dantriceps.

2.0 JANGKAUAN MELUNJUR

3.1 TUJUAN : Mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.

3.2 JANTINA : Lelaki dan Perempuan

3.3 ALATAN DAN KEMUDAHAN :


a) Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak meletakkan telapak kaki adalah
pada 23 cm.
b) Borang SKOR.

Contoh Borang Skor :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BORANG UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

NAMA
NO. IC
UNIT
PROGRAM
NO. TEL

PERCUBAAN
PERCUBAAN KEDUA PERCUBAAN KETIGA REKOD TERBAIK
PERTAMA

……………………………… ………………………………….
(Tandatangan pelajar) (Tandatangan pensyarah)
3.0 PROSEDUR
3.1 SEBELUM UJIAN

Sebelum melakukan ujian ke atas subjek, pengelola akan menyediakan kertas kerja bagi menjalankan
ujian UKCG yang telah terkandung dengan pelbagai ujian antaranya ialah jangkauan melunjur, tekan tubi
BMI (Body Mass Index) dan bangkit tubi bervariasi. Di dalam kertas kerja tersebut juga terkandung
pelbagai maklumat asas mengenai pelaksanaan ujian seperti tarikh dan tempat perlaksanaan ujian, etika
pemakaian dan lain-lain. Seterusnya, sebelum melakukan ujian subjek akan melakukan sedikit
pemanasan badan bagi mengelak sebarang kecederaan ketika melaksanakan ujian UKCG.

Selesainya pemanasan badan, pengelola akan memberi sedikit taklimat yang merangkumi seluruh
Ujian UKCG dan juga penerangan bagi setiap ujian secara umum. Subjek juga akan dibahagi kepada 2
kumpulan bagi 15 orang subjek bagi melancarkan program ini. Hal ini juga bagi mengelakkan berlakunya
kekeliruan kepada pengelola dan mempercepatkan satu-satu ujian dilaksanakan tanpa berlakunya
pembuangan masa. Subjek juga diedarkan borang skor keseluruhan bagi mencatat skor yang diperolehi
oleh subjek.

Rajah 3: Pengelola memberi penerangan mengenai Ujian UKCG.


3.2 SEMASA UJIAN
Setiap kumpulan akan diberi checkpoint bagi ujian-ujian yang akan dilakukan dengan kumpulan satu
yang bermula di ujian jangkauan melunjur. Seterusnya, subjek akan bergerak mengikut arah jam untuk
mengelak dari berlakunya pertindihan dalam melaksanakan ujian. Apabila berada di kawasan ujian,
pengelola akan menerangkan prosedur pelaksanaan ujian tersebut dan akan melakukan sedikit
demonstrasi bagi memudahkan pemahaman subjek sekaligus dapat mengelakkan subjek daripada
melakukan cara yang tidak betul.
Prosedur Jangkauan Melunjur:
1. Bagi menjalankan ujian jangkauan melunjur alatan yang diperlukan adalah papan
jangkauan melunjur.
2. Sebelum memulakan ujian ini, pengelola akan memberi sedikit penerangan awal
mengenai ujian jangkauan melunjur kepada peserta.
3. Peserta hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah kaki
lurus dan telapak kaki menyentuh papan jangkauan melunjur.
4. Pengelola akan meletakkan tangan di atas lutut peserta bagi memastikan lutut tidak
dibengkokkan.
5. Telapak tangan dominan perlu ditindih di atas telapak tangan bukan dominan dalam
keadaan kedua-dua hujung jari tengah hendaklah bertindih.
6. Peserta perlu menjangkau tangan perlahan-lahan sejauh mungkin atas sekala
pengukur.
7. Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat. Peserta akan diberi 3 kali percubaan
berturut-turut. Jangkauan terbaik akan diambil kira sebagai skor akhir. Skor tidak akan
dikira jika lutut dibengkokkan semasa melakukan jangkauan.

Rajah 4: Teknik yang betul ketika melakukan jangkauan melunjur.


3.3 SELEPAS UJIAN

Setelah selesainya penerangan, subjek akan melakukan ujian jangkauan melunjur dan diberi
sebanyak 3 kali percubaan dan percubaan yang terbaik akan diambil kira. Percubaan yang terbatal tidak
akan diambil kira seperti mengangkat lutut atau menolak penanda bacaan secara laju. Percubaan yang
terbaik akan dicatat di dalam borang skor.

Sebagai contoh:

Percubaan
terbaik
Akhir sekali, subjek akan bergerak ke checkpoint seterusnya sehingga selesai kesemua ujian.
Sehabis sahaja kesemua ujian telah selesai, kesemua subjek akan diminta untuk berkumpul bagi
memberi sedikit kesimpulan dan ulasan mengenai pelaksanaan bagi ujian UKCG ini. Ujian UKCG ini
merupakan salah satu bateri ujian yang dapat menguji kelayakan pelajar dari aspek kesihatan untuk
memastikan semua pelajar mempunyai kelayakan dalam menjadi seorang guru. Setelah itu, sebagai
penutup subjek diminta untuk membuat regangan selepas ujian (cooling down).

Rajah 5: Subjek melakukan cooling down setelah selesai ujiian UKCG.


4.0 ANALISIS DATA

Keputusan skor yang diperolehi oleh subjek W10 iaitu seramai 15 orang yang terdiri daripada 4
perempuan dan 11 lelaki. Sebanyak 15 borang skor diedarkan kepada subjek dan satu borang skor
kepada pengelola sebagai demontrasi kepada subjek.

Jenis Jantina Peratus Melepasi Tahap Cemerlang (%)


Lelaki 81.9%
Perempuan 100%
Jadual 1: Data subjek W10 bagi Jangkauan Melunjur

Norma UKCG Lelaki 18 tahun:

Skor
Jenis Ujian 5 4 3 2 1
Jangkauan 17 dan ke
39 dan ke atas 32-38 25-31 18-24
Melunjur bawah
Jadual 2: Norma Ujian UKCG lelaki 18 tahun

Norma UKCG Perempuan 18 tahun:

Skor
Jenis Ujian 5 4 3 2 1
Jangkauan 18 dan ke
36 dan ke atas 31-35 25-30 19-24
Melunjur bawah
Jadual 3: Norma Ujian UKCG perempuan 18 tahun

Data yang telah diperolehi dari subjek W10, major Pendidikan Jasmani menunjukkan bahawa peratus
jantina lelaki yang melepasi tahap cemerlang dengan memperoleh 81.9% . Manakala bagi peratusan
bagi jantina perempuan pula, subjek W10 telah mendapat 100% yang mendapat skor melepasi tahap
cemerlang. Hal ini jelaslah bahawa faktor berlaianan jantina juga turut memainkan peranan dalam
kelenturan dan kelembutan otot di bahagian hamstring. Hal ini sekaligus, dapat mencegah masalah
kecederaan muskuletal, masalah sakit belakang, dan risiko untuk jatuh.

5.0 KESIMPULAN
Pembinaan norma Ujian Jangkauan Melunjur bagi Ujian Kelayakan Calon Guru Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sangat penting dalam menilai dan mengukur tahap kelenturan
bakal calon guru di Malaysia. Hasil analisis pencapaian prestasi diklasifikasikan kepada lima tahap iaitu
Superior, Cemerlang, Baik, Sederhana dan Lemah. Norma ini dibentuk daripada skor mentah populasi
Malaysia yang berumur antara 17 hingga 36 tahun. Norma yang dihasilkan ini adalah menepati dengan
kumpulan umur yang terlibat dalam Ujian Kelayakan Calon Guru. Sehubungan dengan itu, ia dapat
memberi gambaran sejauh mana tahap kelenturan selain daripada membuat perbezaan antara mereka.
Justeru, dengan penggunaan norma ini akan dapat memberikan data-data yang lebih sah dan bermakna.
Hasil kajian ini juga oleh digunakan bagi oleh organisasi-organisasi pendidikan atau sukan yang lain bagi
menilai tahap kecergasan fizikal dalam kumpulan umur yang sama. Selain itu, dengan adanya norma ini,
pengamal-pengamal Pendidikan Jasmani tidak perlu lagi bergantung kepada norma-norma yang
diperolehi daripada luar negara. Norma yang diperolehi bersumberkan luar negara adalah tidak begitu
sesuai untuk digunakan dalam konteks negara kita kerana perbezaan daripada ciri-ciri demografi, gaya
hidup, sosio ekonomi, sosio budaya, dan kurikulum pendidikan sekolah. Hasil kajian ini, norma yang
dibentuk ini boleh dan sesuaikan digunakan sebagai norma rujukan bagi Ujian Kecergasan Fizikal
dalam Ujian Kelayakan Calon Guru Malaysia bagi menentukan tahap fleksibiliti calon.

Anda mungkin juga menyukai