Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERMAINAN TGFU 4

3.0 SQUASH 5

3.1 PERALATAN ASAS PERMAIANAN SQUASH 6-7

3.2 TEKNIK ASAS PERMAINAN SQUASH 8-9

4.0 PERMAINAN TGFU (DINDING) 10

4.1 NAMA 10

4.2 KATEGORI 10

4.3 PERALATAN 10

4.4 ORGANISASI 10

4.5 OBJEKTIF 10

4.6 PERATURAN 10-11

5.0 BOLA SEPAK (SERANGAN) 12

5.1 PENGENALAN 12
5.2 PERMAINAN KATEGORI SERANGAN 13

5.3 OBJEKTIF 13

5.4 CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN 14

5.5 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN 14-15

5.6 PERMAKAHAN 16

Page 1 of 16
Penghargaan

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Bahasa Melayu dan Konteksual
(PJM 1054) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada En Faizal Hakimi Bin Samsudin, selaku Pensyarah Asas Olahraga dan Permainan (II) kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus
dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya En. Faizal
Hakimi Bin Samsudin atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Page 2 of 16
1.0 Pengenalan TGFU

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran
yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU
merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian
kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku
Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) 

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan.
Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga
menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-
pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai
tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan
persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan
persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   

Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan
menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang
tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan
tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran dengan seronok.

Page 3 of 16
2.0 Permainan TGFU

TGFU dikategorikan kepada empat kategori utama iaitu sasaran, memadang, menjaring dan menyerang.

1. Sasaran (Target)
- Objek ditempatkan pada sasaran atau murid-murid mendekati sasaran untuk mendapatkan
mata.  Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran. Contoh permainan adalah seperti
boling, memanah  dan golf.  Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal
seperti ketelitian dan fokus

2. Padang (Striking/Fielding)
- Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding. Pasukan striking perlu
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas
menghalang pasukan striking mendapatkan mata. Kaedah pengumpulan mata adalah melalui
larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang
ditetapkan. Contoh permainan adalah ragbi, softball dan kriket. Kemahiran taktikal seperti
teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan.

3. Jaring/dinding (net/wall)
- Permainan di atas jaring atau menghentam dinding.  Kedua-dua pihak bermain dengan alat
manipulasi seperti bulu tangkis atau bola.  Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak
lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan.  Contoh permainan adalah
badminton, squash dan ping pong.

4. Serangan (Invasion)
- Dimainkan secara berpasukan. Dalam kerangka masa tertentu, pemain hendaklah masuk ke
dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan adalah bola sepak,
bola keranjang dan bola baling.

Page 4 of 16
3.0 Squash

Pengenalan

Sukan skuasy merupakan salah satu sukan yang menggunakan raket yang dulunya
dikenali sebagai ‘Squash Rackets’. Ia merujuk kepada bola lembut yang boleh dipenyek.
Permainan skuasy ini boleh dimainkan oleh dua pemain atau empat pemain bagi beregu
dengan raket dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan
berongga. Matlamat pemainan ini ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis dan
memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu. Perkataan skuasy
adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket.
Pada peringkat permulaan, permainan ini sekadar suka-suka sebelum ianya dijadikan
permainan secara kompetitif selepas perang dunia pertama. Menurut sejarawan skuasy,
permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke 19 di luar London, England.
Gelanggang pertama yang direkodkan adalah dalam tahun 1860-an di Harrow.
Selaku antara pelopor, pemain Inggeris menguasai sukan ini sebelum ia mula diperkenalkan ke
peringkat antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an Negara Pakistan mempunyai jaguh seperti
Hashim Khan, Azam Khan dan Rashan Khan.
Di Malaysia, permainan skuasy ini dipercayai mula diperkenalkan pada sekitar tahun
1920-an dimana ianya dimainkan oleh kelab-kelab yang dimiliki penjajah British. Selepas
merdeka, skuasy mula diminati sehingga terdapat sekolah-sekolah dan persatuan sukan yang
memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan sekolah masing-masing.

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau
kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina
gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar
awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini
popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia
(terutamanya selatan dan tenggara). Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur
dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang
eksklusif.

Page 5 of 16
3.1 Peralatan Asas Permainan Squash

a. Gelanggang

Permainan skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup dimana terdapat dinding menutup
depan dan belakang. Berikut merupakan gambar spesifikasi standard gelanggang skuasy.

Page 6 of 16
b. Bola

Bola bagi skuasy adalah bola getah dengan diamater kira-kira 40.0 mm dengan keberatan
sekitar 24 gram. Kualiti lantunan adalah kira-kira 254 cm. Bola ini merupakan sfera
berongga hasil gilapan dan cantuman bersama dua kepingan sebatian getah. Bola
berspesifikasi berbeza diberikan bergantng kepada kebolehan bermain serta suhu
persekitaran di mana bola yang mempunyai daya kelantunan tinggi lebih digunakan pemain
kurang berpengalaman.

c. Raket

Raket bagi sukan skuasy sedikit menyerupai raket tenis tetapi lebih ringan. Ia asalnya diperbuat
daripada kayu berlaminasi (biasanya ash) dengan bahagian bertali katgut. Raket moden kini lebih
diperbuat daripada logam atau bahan komposit (grafit, Kevlar, titanium, boron) dengan tali sintetik
sejak pertengahan tahun 1980-an; dengan dimensi maksimum 686 mm panjang dan 215 mm lebar
serta keluasan bahagian bertali sebanyak 500 sentimeter segi. Berat maksimum yang dibenarkan
ialah sebanyak 255 g namun julat timbangan ialah antara 90 dan 150 gram.

Page 7 of 16
3.2 Teknik Asas Permainan Squash

1. Dapatkan raket squash. Pemain yang tidak mempunyai satu atau tidak tahu menggunakannya
dengan betul boleh mengembangkan tabiat buruk. Oleh itu, cari kedai, fizikal atau dalam talian,
yang mengkhususkan diri dalam bahan sukan.
 Anda boleh menyewa raket dan bola di gelanggang dan kelab sukan.
 Anda boleh menggunakan raket tenis, misalnya, pertama kali anda bermain. Walau
bagaimanapun, disarankan untuk membeli model yang sesuai jika anda memutuskan untuk
berlatih lebih kerap.

2. Cari gelanggang sukan. Selain gim yang menyediakan ruang untuk pemain skuasy, terdapat
tempat eksklusif untuk berlatih sukan ini. Hubungi pihak pengurusan untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai prosedur tempahan.
 Secara amnya, penggunaan kasut dengan tapak kaki gelap tidak dibenarkan untuk mengelakkan
lantai gelanggang dicemari.
 Sekiranya anda ingin bermain secara berkala, sertai kelab atau pasukan atlet.

3. Fahami peraturannya. Squash adalah sukan yang diamalkan oleh dua orang. Walau
bagaimanapun, atlet boleh memilih untuk berlatih sendirian. Permainan dimulakan apabila salah
satu pemain, dalam posisi yang disebut "papan servis", melemparkan bola. Objek mesti
memukul dinding depan dan mencapai ke arah yang berlawanan.
 Tujuannya adalah memukulnya ke dinding sekali lagi, tanpa membiarkannya melantun di lantai
lebih dari sekali. Dalam perjalanan kembali, bola dapat memukul dinding sisi, tetapi tidak dapat
jatuh ke tanah. Pemain bergantian giliran sehingga salah seorang daripada mereka terlepas.
 Servis mesti dilakukan di atas garis bawah (dibuat dengan jalur warna untuk menunjukkan bila
bola memukulnya) dan di bawah garis atas.

4. Ketahui cara mengendalikan raket dengan betul. Posisikan tangan anda sehingga ibu jari dan jari
telunjuk anda membentuk "v". Sokong kabel dengan kuat, tetapi cubalah untuk tidak
memegangnya terlalu kuat agar tidak meregangkan otot anda.

5. Tingkatkan kemampuan memukul anda. Baling bola ke dinding, biarkan melantun di lantai, dan
kemudian memukulnya dengan raket lagi. Dengan cara itu, anda akan dapat menyesuaikan diri
dengan sukan yang lebih baik. Cuba tekan titik tertentu di dinding, hormati batas antara garis
atas dan bawah. Pemain skuasy yang baik perlu pandai membidik.

Page 8 of 16
6. Ketahui cara memukul yang berbeza. Setelah mempelajari asasnya, mulakan latihan teknik lain.
 Forehand, juga dikenali sebagai paralel kanan, adalah kedudukan di mana pemain
menggerakkan raket dengan lengan bawah menghadap ke arah yang sama dengan bola.
Sebilangan besar pemula menggunakannya semasa beberapa permainan pertama.
 Di "backhand" atau kiri selari, atlet melambung dengan lengan bawah di kedudukan yang
bertentangan. Pergerakan dapat dilakukan dengan satu tangan, tetapi biasanya perlu
memegang kabel dengan kedua-duanya. Walaupun lebih sukar untuk dikuasai, teknik yang
dimaksudkan cukup berguna semasa permainan.

7. Terus mengawal. Ramai profesional mendakwa bahawa untuk memenangi permainan skuasy,
pesaing perlu membuat lawan berlari. Oleh itu, cubalah meletakkan diri anda di tengah
gelanggang untuk mempelbagaikan pergerakan anda. Dengan cara itu, pemain lain perlu
bergerak dari sisi ke sisi. Apabila anda perlu menjauh, kembali ke "T" (tengah) secepat mungkin
sehingga anda dapat mencapai bola ke arah mana pun dengan lebih mudah.
 Peraturan menyatakan bahawa, semasa bermain, anda mesti membersihkan jalan bagi pesaing
lain. Menghalang lawan dengan cara apa pun dianggap sebagai "gangguan".
 Permainan segera terganggu apabila salah satu pemain terkena peralatan apa pun. Setelah
meneruskan permainan, pemukul kehilangan titik ketika servis tidak dijawab. Sekiranya lontaran
berjaya, hakim mesti menilai dua situasi. Sekiranya bola terkena tembok utama, skor akan
menjadi pemukul. Sekiranya objek tersebut telah memukul dinding sisi, juga dikenal sebagai
"let", langkah itu mesti dibuat semula

Page 9 of 16
4.0 Permainan TGFU (Dinding)

4.1 Nama : Squash Volley Easy (EZ)

4.2 Kategori : Dua Kategori iaitu

a) Bawah 12 tahun
b) Atas 12 tahun

4.3 Peralatan : Bola yang bersaiz seperti bola tampar atau bola getah (bawah 12 tahun) dan permukaan
dinding yang rata manakala atas 12 tahun pula menggunakan bola tenis

4.4 Organisasi Permainan:

i. Merupakan permainan individu dan kumpulan.


ii. Setiap kumpulan mempunyai dua pemain.
iii. Permainan dikendalikan sekurang-kurangnya seorang individu.
iv. Meletakkan tanda aras servis bola pada dinding.

4.5 Objektif Permainan:

 Untuk melatih kemahiran dalam menggunakan alatan bersesuaian berdasarkan persekitaran.


Kemahiran yang diterapkan diharapkan akan melatih sesorang tersebut peka dan juga cekap
dalam sesuatu permainan. Selain itu, bagi menggalakkan pelajar bagi bermain dan lebih
mengenali sukan squash yang kurang diberi perhatian di kalangan rakyat Malaysia.
 Sukan ini juga melatih pelajar dalam kemahiran memukul, refleks terhadap bola dan juga
ketangkasan dalam mengambil bola pihak lawan.

4.6 Peraturan Permainan:

I. Permainan dimulakan dengan seorang pelajar melakukan servis ke arah dinding dengan
melantunkan bola tenis tersebut.
II. Permainan akan dijalankan dalam kawasan permainan yang mempunyai dinding dan kawasan
lapang serta mempunyai permukaan yang dapat melantunkan bola.
III. Contoh kawasan permainan:

Dinding

Page 10 of 16
Dinding

4 meter

Aras pukulan
1 meter

5 meter

IV. Permain akan terbatal apabila bola yang dipukul tidak melebihi garis aras pukulan dengan mata
skor yang akan diberi kepada pihak lawan.
V. Berikut adalah contoh skor bagi permainan Squash Volley Easy (EZ) :

Skor Permarkahan:

Nama Win Set 1 Set 2 Set 3

Ali 2 11 9 11

Aiman 0 6 11 2

VI. Pemainan akan tamat apabila salah seorang dari pemain mencapai had skor iaitu 11 mata.
Pemainan akan dilanjutkan sekiranya berlakunya set seri bagi kedua-dua pemain.
VII. Permainan akan dihentikan apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
seperti cuaca yang buruk (outdoor) dan kerosakkan infrastruktur sebagai contoh dinding yang
runtuh (indoor).
VIII. Sekiranya berlaku pergaduhan atau kekasaran terhadap salah seorang pemain, pemain tersebut
akan dikenakan tindakan keras seperti mata berpihak kepada lawan atau lebih teruk lagi
permainan tersebut akan segera dimenangi oleh salah satu pihak.

Page 11 of 16
5.0 BOLA SEPAK

5.1 Pengenalan

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang
dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain.
Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200
negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan
untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan.
Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau
rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa.

      Pada umumnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan
tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk
menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk
menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang
menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa
berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun
tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.

        Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk


pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap-
tiap empat tahun sekali.

Page 12 of 16
5.2 Permainan Kategori Serangan

Nama Permainan : Advance Football

MATLAMAT

Permainan ini adalah mempunyai peranan dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid sekolah
rendah. Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan hiburan, namun permainan ini
dapat memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif,
psikomotor dan kesan sosialnya. Permainan kanak-kanak semasa PJ di sekolah merupakan
kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi
permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang
diinginkan. Kepantasan daya tenaga, kekuatan, ketangkasan, kemahiran dan faedah tentang
sesuatu permainan tersebut adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat
membantu murid itu sendiri dalam mengenal pasti bakat serta kebolehannya. Oleh itu, guru
mudah untuk membuat pengurusan dan mengelolakannya. Hal ini kerana, murid yang aktif
dapat menguasai kemahiran asas permainan dalam sukan.

5.3 Objektif

-Mengasah minda murid untuk merancang strategi serta berfikir secara bersama atau sepakat.

-Murid dapat bekerjasama dalam pasukan bagi memperthankan pihak masing-masing.

-Dapat membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri mereka.

-Membentuk sahsiah, disiplin serta jati diri murid.

-Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid.

-Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Page 13 of 16
5.4 Ciri-ciri Penting Dalam Permainan

-Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.

-Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.

-Sedikit atau tiada alat yang digunakan.

-Tidak menggunakan masa yang panjang.

-Ruang permainan yang sederhana atau kecil.

-Mudah untuk dilaksanakan.

5.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan

Cara Dan Peraturan Permainan

1. Permainan dibahagi kepada 2 kumpulan.


2. Ketua kumpulan akan membuat undian penentu bagi memulakan permainan iaitu dengan
melambung duit syiling. Ketua kumpulan yang mendapat bahagian duit syiling yang
bernombor akan diberi keistimewaan untuk memilih “rumah” dan memulakan permainan.
3. Pemain akan menyepak atau menggelecek bola dengan tidak boleh melepasi aras lutut serta
hendaklah meletakkan tangan di belakang.
4. Bola yang terkeluar daripada gelanggang akan diambil oleh pasukan lawan.
5. Untuk penjaring gol, pemain mesti berada di dalam kawasan gelung dan di luar kawasan
yang ditandai oleh ‘masking tape’.
6. Pemain diingatkan untuk menjaringkan dengan cara membaling bola kepada rakan yang
berada di dalam gelung rotan (rumah).
7. Pihak lawan tidak boleh menghalang pemain semasa melakukan balingan kepada rakan di
dalam gelung rotan.
8. Rakan di dalam gelung rotan akan menyambut bola dan membaling bola ke dalam bakul.
9. Sekiranya bola berjaya dibaling ke dalam bakul, permainan diteruskan dengan pasukan
lawan memulakan sepakan di kawasan tengah gelanggang.

Page 14 of 16
10. Jangka masa permainan adalah 20 minit dan terbahagi kepada separuh masa 10 minit.

Goal

Rumah

Kawasan
Balingan Bola

Page 15 of 16
5.6 Pemarkahan
Kiraan mata : Satu mata diberikan untuk setiap bola yang berjaya disambut.
Pemenang : Kumpulan pemain yang dapat menangkap bola paling banyak.

Page 16 of 16

Anda mungkin juga menyukai