Anda di halaman 1dari 24

NAMA: NUR ALYA BT ABU BAKAR NO. KAD PENGENALAN: 950301-14-5414 KELAS: 5 IXORA NAMA GURU : EN.

SAFARIM BIN SALIM

NAMA: NUR ALYA BT ABU BAKAR KELAS: 5 IXORA NO. KAD PENGENALAN: 950301-14-5414 ALAMAT: NO. 27, JALAN SRI GERIANG 4, KAMPUNG SRI GERIANG, HULU BERNAM, 35900 TANJONG MALIM, PERAK NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH MATLAMAT: MENDAPAT 9A+ DALAM KEPUTUSAN SPM TAHUN 201

1|Page

2|Page

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

TAJUK BIBLIOGRAFI PELAJAR TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUIAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8-20 21 22 23

3|Page

Assalamualaikum, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu tentang permaian Kriket dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Saya, Nur Alya bt. Abu Bakar ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang jelas kepada saya untuk meghasilkan folio ini dengan lebih baik. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya, Abu Bakar bin Sabran dan Puteri Noorhayanum bt Bahrun kerana menolong menyiapkan kerja kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini dari segi kewangan dan kemudahan. Ribuan terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang telah membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja ini secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.

4|Page

Permainan Kriket adalah permainan bet dan bola yang dimainkan antara dua pasukan daripada 11 pemain di padang, di pusat yang berbentuk segiempat tepat 22 meter padang panjang. Satu pasukan bet atau memukul, cuba untuk skor larian sebanyak yang mungkin manakala pasukan bowler atau memadang, yang cuba untuk mengalahkan batsmen dan dengan itu menghadkan larian mata oleh pasukan bet atau memukul.larian yang mendapat markah daripada batsmen memukul bola menggunakan bet perlu lari ke arah yang bertentangan di akhir pitch dan menyentuh 'crease' tanpa foul. Pasukan akan bertukar-tukar antara memukul dan memadang pada akhir perlawanan.

5|Page

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengkaji cara atau teknik permaian kriket. saya juga mampu menambah ilmu dengan membuat kajian atau folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Selain itu, saya mengetahui teknikteknik bermain permainan kriket di samping mengenali peralatan-peralatan yang perlu ada dan fungsinya. Seterusnya, saya juga mengetahui persaturan-peraturan yang telah di tetapkan agar dapat bermain permainan tersebut dengan sempurna.

6|Page

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunkan tiga kaedah untuk menyiapkan kerja folio ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:1)Pemerhatian Saya telah membuat permerhatian untuk mengenal pasti cara-cara untuk bermain kriket di Sekolah Menengah Sains Tapah. 2)Temu Bual Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang wakil ahli kriket peringkat daerah untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang permainan Kriket. 3)Rujukan Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang sejarah Kriket di Malaysia dan peraturan-peraturan permainan.

7|Page

Kriket adalah sebuah olahraga kumpulan yang dimainkan antara dua kelompok yang masing-masing terdiri dari sebelas orang. Bentuk kriket berasal dan sukan ini popular di negara-negara Persemakmuran. Di beberapa negara Asia Selatan, misalnya India, Pakistan dan Sri Lanka, kriket adalah sukan paling popular. Kriket juga merupakan sukan yang penting di Inggeris dan Wales, Afrika Selatan dan Zimbabwe dan wilayah Karibia yang penduduknya menuturkan Bahasa Inggeris (dipanggil Hindia Barat atau West Indies). Mengikut sejarah sukan kriket, permainan ini bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Sungguhpun begitu, sebuah kelab iaitu Marylebone Cricket Club (MCC) selalu dikaitkan apabila sejarah perkembangan permainan kriket dibincangkan. Kelab sukan inilah yang mengkaji semula undang-undang permainan kriket yang berbeza pada masa itu. pada tahun 1835, MCC memperkenalkan satu set undang-undang yang piawai bagi permainan kriket. Usaha ini menjadi salah satu faktor yang memperngaruhi perkembangan sukan ini di England. Pertandingan kriket antara bandar telah dimulakan pada tahun 1873. Di Malaysia, kriket diperkenalkan oleh pihak British ketika mereka memerintah Negeri-negeri Selat. Permainan ini dimainkan oleh pelajar-pelajar di sekolah mubaligh dan askaraskar British yang berpangkalan di kawasan-kawasan bandar. Dari segi perkembangan populariti di Malaysia, permainan kriket jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan permainan-permainan lain. Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor. Pada tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan permainan kriket kancil sebagai satu permainan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum Sukan di sekolahsekolah rendah. Langkah yang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket di kalangan penduduk di negara ini.

8|Page

Permainan kriket dimainkan dalam pitch yang terletak di tengah padang atau di kawasan rata, yang dilapik dengan rumput khas atau mat. Permainan kriket memerlukan alatan seperti bola, bet dan wiket. Pitch dikelilingi oleh satu sempadan yang dipanggil oval.

Pitch kriket

BOLA Bahagian dalam bola kriket diperbuat daripada gabus sementara luarnya pula dibalut dengan kulit.

Ukur lilit: 22.4 - 22.9 cm Berat: 155.9 - 163.0 gm

Dimensi bola kriket

9|Page

BET Bet diperbuat daripada kayu yang tahan hentakan. Pemegang diperbuat daripada rotan yang dibalut dengan getah. Saiz dan berat bet mengikut kesesuaian pemain

maksimum 96.5 cm 10.8 cm

Bet

WIKET Satu set wiket mengandungi tiga batang kayu (stumps) dan dua kayu palang kecil (bail) di antaranya. Dua set wiket berada bertentangan di antara satu sama lain dalam jarak 20.12 meter. Jarak di antars stumps perlu rapat supaya bola kriket tidak boleh melaluinya.

dimensi wiket

10 | P a g e

dimensi pitch kriket

11 | P a g e

PAKAIAN PEMAIN Secara tradisi, pemain kriket berpakaian serba puih. walau bagaimanapun, kini terdapat juga pasukan yang memakai pakaian berwarna selain daripada warna putih. Pemukul dan penjaga wiket mesti memakai pad kaki dan glove untuk tujuan keselamatan. Bahagian tapak glove dibalut dengan kulit untuk menguatkan genggamana supaya bet tidak mudah terlepas semasa membuat pukulan. Bahagian atas glove dibalut dengan getah berbusa bagi melindungi tangan pemukul. Glove penjaga wiket pula mempunyai pelapik tambahan di antara ibu jari dan jari telunjuknya untuk tujuan keselamatan. Topi keselamatan dipakai untuk melindungi kepala.

topi keselamatan

glove pad kaki

glove pemukul

kasut

glove penjaga wiket

PEMAIN Satu pemain kriket terdiri daripada 11 orang pemain. Ketika permainan, satu pasukan akan memadang dan satu pasukan lagi akan melakukan batting. kedua-dua pasukan akan bergilir-gilir melakukan batting dan memadang. Ketua pasukan pemadang akan mengarahkan pemainnya berada dalam kawasan tertentu mengikut kelebihan dan kelemahan pemukul.

12 | P a g e

Beberapa kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain kriket. Antara kemahiran tersebuat ialah bowl, batting, menangkap, membaling, menjaga wiket dan memadang.

BOWL Bowler perlu mengetahui teknik memegang bola untuk menentukan putaran bola. Secara umum terdapat beberapa cara pegangan bola iaitu outswinger, inswinger dan pegangan asas. Terdapat tiga fasa melakukan bowl iaitu fasa larian, lontaran dan ikut lajak

FASA LARIAN Gunakan kaki yang sama setiap kali memulakan larian. Kira dan tetapkan jumlah langkah yang diambil untuk mengekalkan rentak larian. Larian yang perlahan akan mengurangkan ikut lajak dan jarak langkah (pace). larian yang terlalu pantas pula kan menyukarkan kita mengatur langkah semasa membaling (delivery side)

13 | P a g e

FASA LONTARAN Teknik melakukan lontaran semasa membuat bowl 1. Condongkan badan ke belakang 2. rapatkan tangan dan kaki hadapan ke badan 3. gerakkan tangan untuk melakukan bowl ke sasaran 4. Lepaskan bola ke sasaran 5. Mendarat dengan sebelah kaki dan pastikan badan dalam keadaan stabil

fasa lontaran ketika membuat bowl MEMBALING Membaling ialah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemadang. Antara tujuan membaling adalah untuk mengembalikan bola kepada penjaga wiket atau menjatuhkan wiket (strumps). Pemadang perlu mahir mengembalikan bola dengan membuat balingan yang pantas dan tepat untuk mematikan pihak lawan yang sedang membuat larian. Teknik membaling: 1. Pegang bola dengan kemas 2. Pandang pada sasaran 3. Ayun tangan yang memegang bola ke arah sasaran 4. Lepaskan bola tepat ke sasaran
14 | P a g e

5. Ayun tangan terus ke bawah untuk ikut lajak MENANGKAP Pemadang perlu menguasai kemahiran menangkap. Hal ini kerana, pemadang yang berjaya menangkap bola dapat menghalang pihak lawan membuat larian dan membantu penjaga wiket menjatuhkan wiket. Teknik menangkap: 1.Melutut sebelah kaki hingga mencecah tanah, jika bola yang hendak ditangkap meleret 2. Badan perlu menghadap bola. 3. Mata tepat memandang bola 4. Jika bola tinggi, tangkap bola di udara dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan untuk mematikan pihak lawan.

LARIAN Larian dilakukan setelah pemukul berjaya melakukan pukulan. Setelah bola dipukul, pemukul akan berlari ke arah wiket yang bertentangan. Larian lengkap apabila seseorang pemukul dapat membuat larian dari wiket ke wiket yang bertentangan. Manakala seorang lagi rakan sepasukannya akan membuat pukulan. Mereka akan berusaha lari berulang-alik untuk mendapatkan skor.

BATTING Batting adalah kemahiran penting bagi pemain mendapatkan skor untuk pasukannya. Terdapat dua jenis batting yang biasa digunakan dalam permainan kriket iaitu batting menyerang dan batting bertahan. Teknik batting: 1. Pegangan bet dengan kedua-dua belah tangan pada bahagian paling atas pemegang bet untuk mendapatkan tenaga serta daya pukulan yang lebih tinggi semasa membuat batting. 2. Bawa satu kaki ke hadapan dan satu kaki lagi ke belakang untuk stabiliti.

15 | P a g e

3. Letakkan hujung bet di atas pitch dengan pemegang berada diantara kedua-dua belah kaki. 4. Bet perlu dipegagng dengan cekakan yang betul. Ibu jari serta jari telunjuk seolah-olah membentuk huruf 'V'. 5. Letakkan kedua-dua tapak tangan secara berlawanan arah iaitu satu atas dan satu di bawah. 6. Ayun bet dan pukul bola. 7. Lajakkan bet mengikut arah pukulan bola.

kedudukan sedia untuk batting

MENJAGA WIKET Penjaga wiket mempunyai kelebihan untuk melihat kekuatan dan kelemahan pemukul. Keadaan ini dapat membantu bowler pasukannya. Penjaga wiket dibenarkan berdiri atau mencangkung semasa menangkap bola mengikut keselesaanya. Teknik menjaga wiket: 1. Tegakkan kepala. 2. Rapatkan tangan dan pastikan mata dapat melihat pemain yang hendak melakukan bowl. 3. Buka kaki seluas bahu untuk stabiliti.
16 | P a g e

4. Bergerak dan berdiri berhampiran dengan wiket untuk menerima hantaran rakan selepas pemukul membuat pukulan. Tindakan pantas penjaga wiket boleh menyebabkan pemain lawan 'mati' sebelum menamatkan larian.

Persediaan penjaga wiket ketika menjaga wiket

Posisi pemain kriket semasa membuat pukulan

17 | P a g e

Cara bermain: permainan dimulakan dengan dua pemain dipanggil openers memulakan pukulan. Seorang pemain akan berada di wiket (bowling crease) untuk membuat pukulan. Seorang lagi yang berada di wiket bertentangan akan bersedia untuk berlari sebaik sahaja rakannya membuat pukulan. Pemukul yang berjaya memukul bola akan melengkapkan satu larian untuk memperolah skor. Pemukul akan 'mati' sekiranya bola yang dilontar berjaya disambut oleh pemadang, pukulan yang dibuat mengenai kriket atau bola mengenai pad kaki. Pemain lain akan menggantikan pemain yang telah 'dimatikan'. Sebelas orang pemain dari pasukan pemadang akan mengawal kawasan permainan dan cuba menangkap bola kriket yang dipukul oleh pasukan lawan.

Permainan kriket ditentukan mengikut: Inning Inning ialah pusingan perlawanan sama ada pusingan pertama atau pusingan kedua. Sekiranya inning pertama, pasukan A membuat batting, pasukan B akan memadang. Jika inning kedua pasukan B membuat batting, pasukan A akan memadang. Inning akan berakhir jika semua pasukan yang memukul selesai membuat batting. Overs Overs ialah jumlah balingan yang dilakukan oleh setiap bowler. Satu overs mengandungi enam balingan. Apabila bowler pasukan pemadang telah selesai melakukan enam balingan, seorang lagi pemain pasukan pemadang akan melakukan balingan dari wiket yang bertentangan pula. Lazimnya satu inning mengandungi 25 atau 30 overs. Kiraan larian Pemukul (batter) setiap pasukan akan berusaha mendapatkan seberapa banyak larian. Pemukul boleh mendapat seberapa banyak larian. Pemukul boleh mendapat larian jika bet atau salah satu daripada anggota badan pemukul

18 | P a g e

menyentuh popping crease. Kayu pemukul tidak boleh dibaling untuk mendapatkan mata atau larian.

Cara mendapatkan larian Lengkap satu larian Memukul bola meleret keluar melepasi garisan sempadan (boundary) Bola tinggi jatuh di luar garisan sempadan

Skor 1 larian 4 larian 6 larian

cara mendapatkan larian dalam permainan kriket

PERATURAN PERMAINAN Semua pemain mesti mematuhi peraturan kriket. Permainan diberhentikan atau terbatal sekiranya perkara-perkara berikut dilakukan. 1. Bola yang dilontar terkena wiket secara terus atau melantus. 2. Bola yang dipukul berjaya ditangkap pemadang sebelum bola menyentuh tanah. 3. Pemukul menyentuh bola sebanyak dua kali semasa mambuat pukulan. 4. Pemukul tertangkap atau tangannya terkena bola. 5. Bola terkena kaki pemukul semasa membuat pukulan (leg before wiket) 6. Pemukul dengan sengaja melengah-lengahkan masa. 7. Semasa larian, pemukul tidak sempat meletakkan atau menyentuh bet pada kawasan popping crease sebelum wiket dijatuhkan.

19 | P a g e

Antara aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pemain kriket adalah seperti yang berikut: Minum air banyak untuk mengelakkan dehidrasi Memakai peralatan seperti topi keselamatan, pad kaki, glove, ball guard dan pelindung gigi. Menghentikan permainan jika cuaca buruk.

20 | P a g e

Melalui kajian yang telah saya lakukan, pelbagai benda baharu yang saya dapat pelajari tentang kriket. Ilmu saya terhadap permainan kriket semakin bertambah. Saya berharap dengan maklumat yang saya peroleh ini dapat membantu saya menjadi lebih arif tentang dunia kriket dan menjadi pemain kriket yang hebat.

21 | P a g e

22 | P a g e

1. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, m/s 53-62 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kriket 3. http://en.wikipedia.org/wiki/Cricket 4. http://www.scribd.com/doc/26050251/GERKO-KRIKET 5. http://www.malaycricket.org.my/web/index.php?option=com_content&view= article&id=158&Itemid=20

23 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai