Anda di halaman 1dari 2

LAM-PT03-01i

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN


LAPORAN MINGGU PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

A. Tarikh : 02 Januari. 04 Januari 2013 Rujuk Jadual Minggu Pengurusan B. Pengenalan : Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu diadakan kepada pelajar baharu dengan tujuan untuk untuk memudah dan memperkenalkan mereka dengan warga dan suasana IPG Kampus Tuanku Bainun. Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu bagi pelajar ambilan KPLSPM ( PISMP ) Januari 2013 diadakan selama 3 hari bermula pada hari Rabu dan tamat pada hari Jumaat.. Dengan adanya Minggu Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu, mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana IPG Kampus Tuanku Bainun. C. Objektif: 1. Memberi kesediaan awal kepada pelajar baharu untuk menjadi guru pelatih. 2. Memberi kesedaran awal untuk menghormati seseorang yang lebih tua dari mereka. 3. Kesanggupan untuk memberi sepenuh kerjasama kepada warga IPGKTB dan menjadi warga IPGKTB yang tidak menimbulkan sebarang masalah. 4. Memahami lebih awal struktur kursus yang mereka akan mempelajarinya. D. Laporan Pelaksanaan: Pendaftaran Pelajar Baharu bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi. Taklimat waris diadakan pada pukul 10.30 pagi di Dewan Tun H. Taklimat MPPB telah disampaikan oleh En.Mohd Nasser Bin Md.isa. Pada sebelah petang, Taklimat Akta 174 telah disampaikan oleh En.Ravendran A/L Chelliah. Taklimat Kolej Kediaman telah disampaikan oleh KU Kolej Kediaman pada pukul 9.15 malam. Pada hari kedua, Taklimat Struktur Kursus telah disampaikan oleh Pn.Hairiah Bt.Munip. Selepas itu, Taklimat Kokurikulum telah disempurnakan oleh En.Mohd Zahir Bin Nasir. Selepas Taklimat Kokurikulum, Taklimat Peperiksaan telah disampaikan oleh En.Johari Bin Harun ( Ketua Unit Peperiksaan ), Pada sebelah malam, perjumpaan dengan kaunseling dan mentor. Pada hari ketiga, urusan membuat kad matrik baru dan penerangan cara membuat tuntutan perjalanan.

Jun 2012

E. Penilaian Keberkesanan: Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLSPM (PISMP) Ambilan Januari 2013 telah berjalan dengan berkesan dan tidak ada masalah yang timbul. Semua jawatankuasa dan JPP telah memainkan peranan masing-masing. ( Rujuk lampiran ) F. Cadangan Penambahbaikan TIADA G. Rumusan:

Sepanjang Minggu Pengurusan dan Pendaftaran telah berjalan dengan lancar dan tidak ada sebarang masalah yang timbul. Semua yang terlibat telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan dibantu sepenuhnya dengan JPPP. Semua pelajar baharu mendapat manfaat yang sepenuhnya sepanjang Hari Minggu Pendaftaran dan Pengurusan. Taklimat telah disampaikan oleh pensyarah yang banyak pengalaman.

Disediakan oleh : ........... (MOHD NASSER B,MD ISA) N/Setiausaha MPPB IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh: (MOHD SAAT BIN ABAS) Pengerusi MPPB IPG Kampus Tuanku Bainun

Jun 2012

Anda mungkin juga menyukai