Anda di halaman 1dari 17

TAJUK 1 SINTAKSIS Definisi Ayat (Sintaksis) Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan

n mengandungi makna yang lengkap. Terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Subjek Ali (FN) Pemburu itu (FN) Bajunya (FN) Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Predikat Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Subjek Amin Abang kandungku Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek Guru besar di sekolah baru itu Sedang berehat di bilik sebelah Amat cekap Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain Ayat terbitan : Ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan. Ayat Dasar Ayat terbitan (perluasan) a. Faridah guru (FN+FN) Faridah guru yang sabar. b. Ah Meng berlari (FN+FK) Ah Meng berlari dengan pantas. c. Pak Cik membaca(FN+FK) Pak Cik membaca surat khabar. d. Kucing comel (FN+FA) Kucing comel itu kesayangan Mama. e. Mak Limah ke sawah (FN+FS) Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

TAJUK 2 SINTAKSIS Konsep kata Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan. Mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata sendi nama. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: 1. Ramli sangat pandai bermain skuasy. 2. Maniam itu baik sungguh. 3. Kek lapis itu enak sekali.

Konsep perpindahan ayat berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan. Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) - Melihat Paul, Mary b) Min aina anta ? (bahasa Arab - daripada mana kamu) - Kamu datang dari mana? Ragam Ayat Terdapat dua jenis ragam dalam ayat:Ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif - kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif - mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. 1. Amar menendang bola itu. (ayat aktif) 2. Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) 3. Saya menendang bola itu. (ayat aktif) 4. Bola itu saya tendang. (ayat pasif) 5. Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Subjek Pekerja Budin Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Kanak-kanak Ombak Diana Predikat Kata Kerja Tak Transitif Objek sedang mandi di kolam itu. memutih di pantai Damai. menangis sepanjang malam. Predikat Kata Kerja Transitif membaiki membeli membasahi

Objek jalan itu. buah durian. pipinya.

Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kereta itu Semak samun Kata Kerja Pasif sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja Keterangan minggu lepas setiap bulan.

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Subjek Diri Pertama atau kedua Kereta itu Kuih itu sudah saya bersihkan belum awak makan

Keterangan pagi tadi. lagi.

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Rusa itu Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. oleh anjing.

Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. a. Saya sudah memiliki kereta baru. b. Dunia ini penuh dengan dugaan. c. Dia pandai mengawal emosinya. Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan. Tujuannya melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

TAJUK 3 FRASA NAMA BAHASA MELAYU Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama.

Subjek Frasa Nama Emak Emak Wan Seng Putrajaya Bandar Putrajaya

Predikat Frasa Nama peniaga. peniaga sayur. bandar selamat. bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti Ibu Keluar Inti bapa masuk saling bantu-membantu. untuk pekerja sahaja. Predikat

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti Atlet Pelajar Pegawai Anak Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan. Predikat

Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis.

Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Frasa Nama Penerang Penerang nama keturunan Penerang nama jenis Penerang nama kegunaan Penerang nama penyambut Penerang nama kelamin Penerang nama tempat Binaan Frasa Nama Penerang (Penentu Hadapan) Inti askar Suku bangsa kucing bunga serbuk minyak pemutar penjaga pelakon guru pinggiran Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit tuan atas hidup British. Jawa. Parsi mawar kari pelincir skru pintu lelaki. wanita. pantai Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. Penerang itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. kedua ketiga badan bukau puan bawah mati Penerang

Inti + Penerang Nama

TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu Peraturan (Hukum D - M), D (diterangkan) M(menerangkan) Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama. Unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar

Contoh-contoh lain: sos cili (bukan cili sos) Restoran Ali (bukan Ali Restoran) Kedai Makanan Rahim (bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) pisang goreng (bukan goreng pisang) kentang goreng (bukan goreng kentang) cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) sup kambing (bukan kambing sup) nasi goreng (bukan goreng nasi) Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Diterangkan (D) Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras

Kekecualian Hukum D - M Berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri, cth, bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadaan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M. Akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya. Contoh penggunaan dalam ayat: a. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. b. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. c. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. d. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. e. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali. f. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. g. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.

Kata Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan kata nama inti. Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. a. b. c. d. e. f. g. lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja

Contoh ayat:

a. b. c. d. e. f. g.

Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna. i. Kata bilangan tentu ii. Kata bilangan tak tentu iii. Kata bilangan himpunan iv. Kata bilangan pisahan v. Kata bilangan pecahan; dan vi. Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 empat = IV dua = 2 sepuluh = X Contoh ayat: a. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. b. Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. c. Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. d. Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. e. Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . Kata Bilangan Tak Tentu Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: a. Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. b. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. c. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. contoh ayat: a. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. b. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. c. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu, konsep panggilan (kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan, Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh: Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz Datuk Sagor Tunku Kamalia Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal Contoh ayat : a. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. b. Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. c. Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.

TAJUK 5 FRASA KERJA BAHASA MELAYU Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.

Frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan - berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.

Contoh : Subjek Emak Emak Ahmad Pemuzik itu P.Ramlee

Predikat Frasa Kerja menjemur kain. menjual sayur di pasar. meniup saksofon. mencipta lagu itu.

Binaan Frasa Kerja Terdiri drp - kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Contoh : a. Faisal tidur lena. b. Budak nakal itu terjatuh lagi. c. Dia selalu bergaduh. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Contoh: a. Faisal tidur lena di bilik tidur. b. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. c. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Dalam ayat di atas kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif. (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Ibu menganyam tikar setiap hari. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. Penyambut bendera tikar radio

Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat di atas frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat di bawah Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. Datuk Amran menghasilkan produk berasaskan herba. Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.

Catatan: kejadian, tangan, produk , bulu tangkis dan isu pendidikan ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. TAJUK 6 FRASA KERJA BAHASA MELAYU Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, kini atau masa hadapan. Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah, telah, pernah) a. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. b. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. c. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) a. Wan Malini akan memetik bunga di taman. b. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan. Contoh : telah, sudah, sedang, masih, akan, belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

Frasa Kerja Deng an Kata Bantu Raga m

Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Contoh ayat: a. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. b. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. c. Dia harus pulang ke kampung segera. d. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. e. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. f. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : a. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. b. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. c. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat di atas menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen a. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. b. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. c. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Dalam ayat di atas, frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur-unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.

Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: a. Keterangan tempat atau arah b. Keterangan waktu c. Keterangan cara d. Keterangan tujuan atau harapan e. Keterangan alat f. Keterangan penyertaan g. Keterangan hal h. Keterangan bagai Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. Contoh: a. b. c. d.

Dia belajar di universiti. Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.

Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, Contoh : a. Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. b. Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. c. Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. Keterangan cara Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda nya. Contoh : a. Air sungai mengalir deras. b. Air sungai mengalir dengan derasnya. c. Azman berlari pantas. d. Azman berlari dengan pantasnya. e. Menteri berjalan megah. f. Menteri berjalan dengan megahnya. Keterangan tujuan atau harapan Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi. Contoh : a. Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. b. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. c. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Keterangan alat Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: a. Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api b. Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. c. Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: a. Aminah datang ke masjid dengan suaminya. b. Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. c. Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

Keterangan hal keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap. Contoh: a. Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. b. Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. c. Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. Keterangan bagai Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak. Contoh : a. Amran berlagak seperti pegawai tinggi . b. Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . c. Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. d. Hidungnya mancung bak seludang. Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.

TAJUK 7 FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif Contoh : Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat di atas Wak Samad merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar -

Kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.

Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. Contoh: a. Salim sangat rajin. b. Guru pelatih itu cergas c. Dia kelihatan ceria. d. Penglihatannya kabur. e. Tanamannya subur. Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat. Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:

kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung Kata Penguat Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat: i. Penguat hadapan ii. Penguat belakang iii. Penguat bebas Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Contoh: a. Rumahnya terlalu besar. b. Lukisan itu paling cantik. Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian a. b. c. Pakaian puteri itu cantik sekali. Kereta lembu itu lambat benar. Taman Bunga di istana itu indah nian.

Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh. a. Kubah masjid itu amat besar. b. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut: a. Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . b. Perangai anaknya terlalu amat sopan. Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Contoh: a. Anaknya sudah besar. b. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. c. Pekerja yang berkualiti harus cekap. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai Contoh: a. b. c. d. e.

Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Pekerja baru itu belum sangat cekap. Anak sulungnya itu sungguh masih muda. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.

Senaraikan Frasa Adjektif Dalam Petikan Sajak Di Bawah. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali, di bumi Gaza ini,

jatuh bangunnya, letih lesunya, penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis, bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kau tidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas, untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga, menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh, hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru.

TAJUK 8 FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh : Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Contoh: Stadium itu sudah usang. Dalam ayat (1) [stadium itu] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Contoh-contoh lain: a. Kulitnya putih bersih. (susunan biasa) b. Putih bersih kulitnya. (susunan songsang) [predikat + subjek] c. Warna bola itu merah tua. (susunan biasa ) d. Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek] Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.

Subjek Frasa Kerja a. b. c. d. e. Amira Pelajar itu Air sungai itu Pemuzik Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari

Predikat Keterangan (Frasa Adjektif) sangat pantas. lancar sekali. deras sekali. hebat sekali. laju.

Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab Kata Adjektif besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen. Contoh: a. b. c. d.

sebagai predikat dalam ayat boleh

Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

TAJUK 9 FRASA SENDI NAMA BAHASA MELAYU Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Contoh : Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu

Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama kemewahan semalam klorofil siang ayah

Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.

Kata Sendi Nama i. ii. iii. iv. v. vi. di di ke ke dari dari

Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah dalam dalam belakang Frasa Nama takungan takungan kolam kolam pentas pentas

Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama atas luar bawah pentas pentas garisan garisan rumah rumah

Kata Sendi Nama

Keterangan

i. ii. iii. iv. v. vi.

di di ke Ke dari dari

pada saat itu. dengan bergaya dengan kayu -

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek. Contoh: (1). Ahmad ke sekolah setiap hari. (2). Kolam ikan di tepi taman. (3). Yushiro dari bandar raya Tokyo. (4). Kerusi itu daripada kayu jati. (5). Hadiah ini untuk ibu Zarina. (6). Bahaman daripada keluarga seni.

Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Contoh: Keterangan bagi frasa kerja Contoh: a. Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)

b. c. d. e. f. g.

Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat) Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal) Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan) Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)

Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : a. John segak seperti model. (keterangan bandingan) b. Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal) c. Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa) d. Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan) Keterangan bagi frasa nama Contoh: a. Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat) b. Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) c. Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan) d. Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) e. Lagu oleh Dato Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat) Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi. Contoh: a. Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. b. Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? c. Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. d. Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. Dalam ayat di atas frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: a. Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan. b. Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? c. Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. d. Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu Contoh : a. Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek) b. Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)

TAJUK 10 AYAT BAHASA MELAYU Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap dan mempunyai makna yang lengkap. Mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.

Contoh : Sekolah di tepi laut. Dalam ayat sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat. Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. Rumah langsir biru. Dalam ayat rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik

Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: a. Klausa bebas b. Klausa tak bebas Klausa bebas Sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat. Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. Frasa baju sehelai baju sehelai baju kurung baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya. Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya. Contoh: kata nama : pelajar, ayah, Seremban, taman kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sedang berehat. sungguh pandai di Pusat Islam.

Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.

Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur.

Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Contoh: Subjek Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab Predikat pensyarah. sangat tangkas. membaca kitab jawi. ke kedai runcit.

Terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh: a. Mariam ke pasar raya hari ini. b. Ke pasar raya Mariam hari ini. a. b. a. b. c. d. Baju itu di dalam almari. Di dalam almari baju itu. Kuih itu dimakannya. Dimakannya kuih itu. Pokok kayu itu ditebangnya. Ditebangnya pokok kayu itu.

Subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa.

Anda mungkin juga menyukai