Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN PROJEK



PROGRAM: Program Pensiswazahan Guru
(PPG)
NAMA PELAJAR:



KOD DAN NAMA KURSUS :
BMM3133 Penyelidikan Tindakan I- Bahasa
Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah)

SEMESTER: Semester 2/Tahun 4


TARIKH MULA 21 JUN 2014 TARIKH HANTAR:

13 SEPTEMBER 2014





Hasil Pembelajaran Tugasan :

1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.
2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam
pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika penyelidikan.
3. Membincang proses penyelidikan tindakan.
4. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh
dikaji melalui penyelidikan tindakan.
5. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan.

Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, dan 5.

Objektif Projek:
1. Menganalisis isu-isu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah melalui penyelidikan tindakan secara terperinci.
2. Mencadangkan tindakan yang sesuai dan berasional untuk diselidiki dalam
usaha menangani isu yang dikenal pasti.
3. Memilih kaedah pengumpulan dan analisis data yang sesuai dan tepat untuk
penyelidikan yang dicadangkan.
4. Menulis satu proposal penyelidikan tindakan mengikut format yang ditetapkan.



Tugasan 1 (100%)

Dalam tugasan ini anda dikehendaki menyediakan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan
(proposal) untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu anda di
sekolah. Anda perlu membuat refleksi PdP yang lalu untuk mengenal pasti masalah, amalan, isu dan
situasi PdP anda. Kemudian, anda perlu membuat tinjauan awal bagi mengutip dan menganalisis
data yang akan menentukan isu, keprihatinan dan fokus kajian. Seterusnya, anda dikehendaki
mengemukakan tindakan yang dicadangkan untuk menambah baik amalan PdP anda dengan
menggunakan model penyelidikan tindakan yang dipilih.

Sediakan kertas cadangan penyelidikan tindakan (proposal) anda tersebut.

Prosedur:

i. Tugasan ini ialah tugasan individu.
ii. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
iii. Kertas cadangan penyelidikan perlu bertaip menggunakan fon Arial bersaiz 11, dan langkau
1.5 baris.
iv. Kertas cadangan penyelidikan tindakan perlu mengikut format yang ditetapkan.
v. Rujukan harus mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association).
vi. Muka depan kertas cadangan penyelidikan tindakan merangkumi:
Nama Pelajar
Angka giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan/Unit
Kod dan Nama Kursus
Tajuk Kertas Cadangan Penyelidikan
Nama Penyelia
Tarikh Hantar

vii. Anda wajib menyertakan Borang Maklum Balas Kerja Kursus. Borang ini hendaklah tidak
dilekatkan bersama-sama dengan kertas cadangan tersebut. Lampirkan secara berasingan.
viii. Anda juga wajib menyertakan borang kolaborasi yang dilekatkan bersama-sama dengan
tugasan tersebut. (Lekatkan selepas muka depan tugasan)
ix. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred tugasan anda.
x. Secara umumnya, tugasan yang baik ialah tugasan yang memenuhi kriteria yang berikut:
Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
Format dan organisasi proposal perlu jelas dan koheren.
Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah untuk
menterjemah maklumat atau data secara kritikal dan analitikal.

xi. Anda wajib membentangkan kertas cadangan penyelidikan tindakan anda pada tarikh yang
akan ditentukan oleh pihak IPG KTB.
xii. Tugasan ini membawa markah 100% (Wajarannya ialah 50%)
xiii. Sila rujuk Panduan untuk Tugasan
xiv. Sila rujuk format penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan.
xv. Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan ini akan diperiksa berdasarkan Rubrik Pemarkahan
yang disediakan.



Disediakan oleh : Disemak oleh :


_______________________ _______________________
( ) ( )
Penyelaras : Pakar Bidang (SME) :
Jabatan : Jabatan:
IPG Kampus: IPG Kampus :


Tarikh: Tarikh:



Disahkan oleh:



_______________________
( )
Ketua Jabatan
Jabatan
IPG Kampus


Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai