Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: SCES3152 Semester / Tahun: Semester 2 / Tahun 3
Nama Inovasi Digital dalam Ambilan: JUN 2017
Kursus: Pengajaran dan Kumpulan: SN1, SN2, SN3, SN4,SN5 & SN6
Pembelajaran
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1: Pembentangan (10%) 17 Februari 2020 (M7) 21 Februari 2020 (M7)
Tugasan 2: Projek (70%) 24 Februari 2020 (M8) 23 Mac 2020 (M12)
Tugasan 3: Laporan Projek (10%) 31 Mac 2020 (M13) 6 April 2020 (M14)
Tugasan 4: Kuiz (10%) 6 April 2020 (M14) 10 April 2020 (M14)

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan terang


dan berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, A2, PLO1, PLO4, CS3)
2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogikal dalam aktiviti pembangunan projek atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (C3, A1, PLO2)
3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan
pemasaran. (C6, A3, PLO2, PLO7, KK1)
4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:


1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui kuiz, pembentangan dan
laporan projek terhadap hasil inovasi digital. (CLO1)
2. Menghubungkaitkan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan
projek atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains melalui projek. (CLO2)
3. Menghasilkan produk inovasi digital berasaskan masalah pengajaran dan
pembelajaran Sains yang boleh dikomersialkan. (CLO3)
4. Melaporkan hasil inovasi dan kesannya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran
Sains dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif. (CLO4)

1
TUGASAN KERJA KURSUS ( 100% )

I”Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam
bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.”

Pelajar dikehendaki menjalankan tugasan-tugasan berasaskan tema (Big Idea) dan soalan
pencetus idea (Essential Questions) berikut untuk menjana idea bagi menghasilkan tugasan
atau projek yang baik dan bermakna.

Tema (Big Idea) : Globalisasi


Tugasan 1: Pembentangan Proposal Projek - individu (10%)

(i) Membentangkan proposal projek yang lengkap berdasarkan model pembelajaran


trialogikal yang sesuai.
(ii) Pembentangan setiap pelajar mengambil masa 30 minit termasuk sesi soal jawab.

Tugasan 2: Projek (70%)


Soalan pencetus idea (Essential questions):
Bagaimanakah ciri-ciri globalisasi boleh diterapkan dalam penghasilan projek inovasi digital?

Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu projek inovasi digital yang
mengandungi:

(i) proposal projek yang mengandungi pelan penyediaan dan pembangunan produk
inovasi digital yang mengaplikasikan model pembelajaran trialogikal yang sesuai.
Proposal projek inovasi digital ini mesti menunjukkan bukti perkongsian idea secara
global. Panjang penulisan proposal ialah 1000 patah perkataan. (20%)
(ii) produk inovasi digital yang dapat mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran Sains
di sekolah rendah dengan berkesan berdasarkan DSKP terkini serta berpotensi untuk
dikomersialkan. (30%)
(iii) manual penggunaan untuk produk inovasi digital yang dihasilkan. Cara penggunaan
produk mesti lengkap dengan ilustrasi yang jelas. Panjang penulisan manual
penggunaan ialah 500 patah perkataan. (10%)
(iv) cara promosi dan pemasaran hasil produk inovasi digital yang digunakan. Panjang
penulisan laporan ialah 500 patah perkataan. (10%)

Tugasan 3: Laporan Projek – individu (10%)

(i) Tuliskan laporan keberkesanan hasil produk inovasi digital anda dan kesannya
terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains. Cadangkan idea-idea untuk
penambahbaikan dan penyelesaian alternatif

(ii) Panjang penulisan laporan ialah 500 patah perkataan

2
Tugasan 4: Kuiz (10%)

Anda dikehendaki menjawab 3 soalan struktur tentang topik 1 dan 7 dalam masa 30 minit.
Jumlah markah bagi kuiz adalah 10 markah.

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek


Projek inovasi yang dihasilkan perlu:
● berbentuk digital untuk digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Sains.
● menggunakan alat-alat digital yang sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
Sains.
● mengaplikasikan model pembelajaran trialogikal dalam aktiviti pembangunan projek atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.
● Bertujuan untuk mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran dan berpotensi untuk
pemasaran.
● Berkesan dari segi impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains .

Panduan Pelaksanaan Tugasan Laporan Projek dan Pembentangan


● Format laporan projek
(i) Fon Arial
(ii) Size huruf 11 poin
(iii) Langkau 1.5 baris

● Muka depan kerja kursus hendaklah menggunakan format yang ditetapkan.

● Senaraikan sumber rujukan (sekurang-kurangnya 3 jenis sumber) anda dengan jelas


dalam senarai rujukan dengan menggunakan format APA (American Psychological
Association).
● Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
● Lampirkan sumber rujukan dan bahan-bahan bukti (gambar dan rajah) mengenai projek
anda.
● Tuliskan bilangan patah perkataan pada akhir penulisan laporan anda.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut :


1. Liputan isi kandungan yang relevan, menyeluruh, konsisten dan terperinci mengenai
konsep inovasi digital.
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan pengolahan isi pembentangan dan laporan projek perlu menunjukkan
keaslian dengan sokongan ilmiah.
4. Laporan dan pembentangan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

3
6. Kandungan tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
(i) Pengenalan
(ii) Perkembangan: Fakta dan huraian bagi setiap isi
(iii) Penutup
(iv) Bibliografi (sekurang-kurangnya 3 jenis sumber)
7. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
8. Pentaksiran adalah berdasarkan kerja kursus 100%.

Disediakan oleh Disemak oleh

____________________________ ____________________________
(Nama: Anuar bin Yunus) (Nama: Rahana binti Mahadzir)
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

___________________________
(Mior Shaharuddin bin Mior Abu Bakar)
Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai