Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA NAMA PELAJAR:


MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

KOD: RBTS3023 SEMESTER / TAHUN: SEMESTER 1 TAHUN 1


AMBILAN: JUN 2021
NAMA KURSUS:
KUMPULAN: REKA BENTUK DAN
PENGURUSAN BENGKEL DAN TEKNOLOGI
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR

1. Penulisan Ilmiah 26 Julai 2021 20 Ogos 2021

2. Pembentangan 30 Ogos 2021 6 September 2021

3. Kuiz 23 September 2021 23 September 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan skop organisasi dan personel dalam pengurusan dan keselamatan


bengkel.(C2, PLO1)

2. Menghuraikan secara bertulis dan pembentangan tatacara yang berkaitan dengan


pengurusan bengkel dan kesihatan pekerjaan. (C4, A5, PLO1, PLO4, CS1)

3. Mengenal pasti punca dan pencegahan kemalangan serta amalan keselamatan


bengkel.(C5, PLO1)

4. Membincangkan secara bertulis dan pembentangan peraturan dan perundangan


dalam pengurusan kesihatan pekerjaan melalui rujukan pelbagai sumber. (C5, A4,
PLO1, PLO4, PLO6, CS4, LL3)

5. Mereka bentuk pelan sebuah bengkel yang efisien berdasarkan prinsip pengurusan
bengkel dan kesihatan pekerjaan melalui kerjasama berpasukan. (C6, P5, A5, PLO1,
PLO5, TS4)

Tugasan projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 dan 5


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Menyediakan penulisan ilmiah berkaitan cadangan satu (1) reka bentuk pelan dan
susun atur bengkel Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang memenuhi ciri-ciri pengurusan
bengkel dan kesihatan pekerjaan serta peraturan dan perundangan dalam
pengurusan kesihatan pekerjaan dengan merujuk pelbagai sumber. (CLO 2, CLO
4,CLO 5)

2. Membahaskan tatacara yang berkaitan dengan pengurusan bengkel dan kesihatan


pekerjaan dan peraturan dan perundangan dalam pengurusan kesihatan pekerjaan
melalui sesi pembentangan dengan bantuan teknologi terkini. (CLO2 , CLO 4)

3. Menjelaskan skop organisasi dan personel dalam pengurusan dan keselamatan


bengkel dan punca dan pencegahan kemalangan serta amalan keselamatan bengkel
melalui kuiz. (CLO1, CLO2, CLO3)

Seorang guru Reka Bentuk Teknologi yang kompeten perlu menguasai kurikulum
dengan baik bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Aspek
reka bentuk pelan dan susun atur sesebuah bengkel akan menjamin pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk Teknologi yang kondusif dapat dijalankan. Pengurusan
risiko keselamatan dan pencegahan kemalangan merupakan eleman penting yang
perlu dititikberatkan di samping mengikut peraturan dan perundangan yang ditetapkan.
Guru Reka Bentuk Teknologi juga perlu menguasai aspek pengurusan dan
pengendalian bengkel agar memastikan bengkel berada dalam keadaan yang baik.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Penulisan Ilmiah (30%)

Tugasan 1a (Berkumpulan) - 10%


Hasilkan satu (1) cadangan reka bentuk pelan dan susun atur sebuah bengkel Reka Bentuk
Teknologi (RBT) yang efisen dengan mengambil kira elemen pengurusan fizikal bengkel,
pencegahan kemalangan dan keselamatan bengkel secara digital melalui kerjasama
berpasukan (dua orang satu kumpulan). Pelan bengkel yang disediakan tersebut perlu
mendapat nasihat daripada pakar.

Tugasan 1b (Individu) - 20%


Hasilkan satu (1) penulisan ilmiah berkaitan cadangan reka bentuk pelan dan susun atur
bengkel Reka Bentuk Teknologi yang telah direka bentuk tersebut. Justifikasi terhadap
elemen dalam pelan dan susun atur bengkel tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
- Organisasi dan Pengurusan Bengkel
- Pengurusan Keselamatan Bengkel
- Pengurusan dan Pengendalian Bengkel
- Peraturan dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel dan Kesihatan Pekerjaan
Penulisan perlu dihuraikan secara kritis dengan merujuk pelbagai sumber dalam anggaran
1000 patah perkataan berkaitan dan dihasilkan secara individu.
Bagi menyempurnakan tugasan 1 anda perlu:
a. menjelaskan berkenaan organisasi dan pengurusan bengkel, pengurusan
keselamatan bengkel dan pengendalian bengkel serta prinsip 5S
b. membuat pembacaan berkenaan pengurusan keselamatan dan pengendalian bengkel
c. menghurai dan menganalisis pengurusan dan keselamatan bengkel
d. menjelaskan peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel dan kesihatan
pekerjaan
e. penulisan ilmiah tersebut perlulah menggunakan strategi dan gaya penulisan yang
menarik supaya dapat membina pengetahuan bermakna dan koheran.
f. mengolah isi kandungan secara kreatif dengan menggunakan info grafik yang sesuai
dan menarik
g. rujukan sahih lima tahun terkini tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
Tugasan perlu dihantar secara muatnaik atas talian sebelum 20 Ogos 2021

TUGASAN 2: Pembentangan (10%)


Secara individu, pelajar perlu membuat pembentangan berdurasi 30 minit berdasarkan tajuk:
- Organisasi dan Pengurusan Bengkel
- Pengurusan Keselamatan Bengkel
- Pengurusan dan Pengendalian Bengkel
- Peraturan dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel dan Kesihatan Pekerjaan

Bagi menyempurnakan tugasan 2, anda perlu:


a. Secara individu, pelajar dikehendaki menyediakan bahan digital bagi pembentangan
yang akan dilaksanakan
b. Rakam pembentangan tersebut menggunakan media yang bersesuaian dan muatnaik
rakaman tersebut secara atas talian.
c. Penggunaan bahasa Melayu dan mempunyai kelancaran semasa penyampaian
pembentangan.
d. Penyampaian keseluruhan yang baik dan bermaklumat
Pembentangan akan bermula dari 30 Ogos 2021 hingga 6 September 2021

TUGASAN 3: Kuiz (10%)


Penilaian kuiz secara soalan struktur berdurasi selama 30 minit yang meliputi aspek:
- Punca dan Pencegahan Kemalangan
- Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Pengurusan Personel

Bagi menyempurnakan tugasan 3, anda perlu:


a. Secara individu, pelajar diminta menjawab kesemua soalan kuiz yang diberikan dalam
masa yang ditetapkan.

Kuiz akan diadakan pada 23 September 2021

Setiap tugasan, perlu mematuhi keperluan berikut;


1. Rujukan perlu mengikut format APA terkini sekurang-kurangnya 5 rujukan sahih lima
tahun terkini
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Font Arial
b. Saiz huruf – 11
c. Langkau 1.5 baris
3. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
4. Persembahan yang menarik dan inovatif.

Catatan tambahan bagi tugasan:


1. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
2. Sebarang unsur plagiarism tidak dibenarkan.
3. Format muka depan hendaklah mengikut templet pada helaian yang dilampirkan.
4. Kesemua tugasan akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(HALIMATUN SA’ADIAH BT HARITH) ( PN HJH ASMA BINTI MUDA )


Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
RBTS3023 RBTS3023

Disahkan oleh:

(DR ROMY BIN ABD KADIR)


Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai