Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: JUN – NOVEMBER 2017

Program : Program Ijazah Sarjana Nama Pelajar:


Muda Perguruan (PISMP)
Kod : EDUP3053 Semester / Tahun : Semester 1 Tahun 2
Nama Kursus : Ambilan : Ambilan Jun 2016
Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan :
MZK/ BM SJKT/ TESL/ BC/ BT/ PAI/ PSV/ BM
SJKC/ PAKK/ PEM SJKC/ PEM1/ PEM 2
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. PProjek 31 Julai 2017 25 September 2017
2. PPenulisan Esei 18 September 2017 22 September 2017
3. PPembentangan Kumpulan 18 September 2017 29 September 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan
pembelajaran. (C2, LO1)
2. Mengguna teknologi dan media pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran
yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan secara
pembentangan kumpulan. (C3, A5, P6, LO3, LO4, LO5, CTPS1, CS4, TS1)
3. Menilai keberkesanan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
instrumen penilaian dengan cekap. (C5, A5, P7, LO3, CTPS5)
4. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (C6, A3, P5, LO2)
5. Menginterpretasi isu dan trenda terkini dalam teknologi pendidikan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. (CS5, LO3, LO6, CTPS2, LL2)

Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berupa objek pembelajaran (LO) bagi
satu topik opsyen kursus dengan menggabung kemahiran multimedia (visual, audio,
video) dan teknologi maklumat. (CLO4)
2. Menilai kesesuaian dan keberkesanan objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan
dengan menggunakan instrumen penilaian yang telah ditetapkan. (CLO3)
3. Membentang penggunaan satu media pengajaran yang digunakan dalam objek
pembelajaran (LO) berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai. (CLO2)

.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Projek - Objek Pembelajaran (40%).

Objek pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai bagi


kaedah pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Ia merupakan sumber,
biasanya dalam bentuk digital atau berasaskan web yang digunakan untuk
menyokong pembelajaran. Objek pembelajaran yang baik dapat membawa
sesuatu konsep pelajaran dalam kehidupan harian kepada pelajar. Pelajar dapat
melihat sesuatu pengajaran dalam konteks yang menyeluruh dan lebih mudah
memahami berbanding mendengar guru menyampaikan PdP secara lisan.
Dengan kemudahan teknologi yang ada pada masa kini menjadikan pembinaan
objek pembelajaran lebih mudah dan bermanfaat berbanding penyediaan bahan
pengajaran yang lain. Objek pembelajaran mestilah ringkas, boleh diguna semula
dan bersifat kendiri.

Tugas anda ialah menghasilkan satu objek pembelajaran (LO) berasaskan web
yang sesuai untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik
mata pelajaran sekolah rendah.

TUGASAN 2: Penulisan Esei (700 perkataan) (20%)

Anda dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah dapatan penilaian kesesuaian


dan keberkesanan objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan.

Bincangkan sejauh mana objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan dapat


membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Gunakan instrumen penilaian
yang telah ditetapkan bagi menyokong dapatan anda.

TUGASAN 3: Pembentangan Kumpulan (10%)

Membentang penggunaan satu media pengajaran yang digunakan dalam objek


pembelajaran (LO) berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Secara berkumpulan, pilih satu media pengajaran yang paling sesuai dan menarik
yang digunakan dalam objek pembelajaran (LO). Berikan justifikasi di atas
pemilihan tersebut berdasarkan model rekabentuk yang sesuai.

Satu salinan persembahan perlu disertakan semasa persembahan.


Arahan Pelaksanaan Tugasan:

A. Tugasan 1: Penghasilan Objek Pembelajaran


1. Isi kandungan objek pembelajaran (LO) dipilih daripada opsyen kursus
(major/minor).
2. Penggunaan elemen seperti visual, audio, video dan animasi adalah diwajibkan.
3. Elemen dalam (no. 2) di atas yang bukan ciptaan anda haruslah dinyatakan
sumber asalnya dengan jelas.
4. Penghasilan objek pembelajaran hendaklah yang asli, kreatif, berkualiti dan jelas.
5. Pemilihan i-Devices perlulah sesuai dengan objektif pembelajaran
6. Pemilihan elemen-elemen multimedia yang sesuai perlu diteliti.
7. Pembinaan objek pembelajaran (LO) dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
jelas, berkesan dan mengikut urutan yang betul.
8. Nyatakan metadata yang jelas dalam objek pembelajaran.
9. Sediakan hasil tugasan ini dalam bentuk hardcopy dan softcopy (dalam
CD/DVD) dan lengkapkan perkara-perkara berikut iaitu nama anda, No K/P, kelas
dan nama pensyarah pada bahan tugasan yang dihantar.
10. Semua bahan objek pembelajaran (LO) hendaklah dipakej dengan baik dan
kemas.
11. Tugasan dalam CD/DVD diletak dalam sampul surat yang digamkan di bahagian
lampiran tugasan
12. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

B. Tugasan 2: Penulisan Esei


1. Penulisan akademik ini perlu dihasilkan dalam 700 patah perkataan.
2. Perbincangan perlulah mengandungi pro dan kontra bagaimana objek
pembelajaran (LO) yang dihasilkan dapat membantu sesuatu pengajaran dan
pembelajaran
3. Setiap fakta yang diberikan perlulah mempunyai rujukan yang relevan.
4. Penghuraian fakta perlu mengambil kira keberkesanan dan terdapat unsur
pemikiran logik.
5. Aplikasikan Peraturan Penulisan gaya APA.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

C. Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan


1. Masa pembentangan adalah selama 30 minit / kumpulan
2. Pembentangan perlulah menggunakan aplikasi persembahan yang sesuai.
3. Satu salinan bercetak (hardcopy) berjilid perlulah di sertakan semasa
pembentangan
4. Maklumat diri perlulah dinyatakan seperti muka depan maklumat pada
penghantaran tugasan 1.

AM
1. Muka depan salinan bercetak, maklumat perlu merangkumi
i. Nama pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No Kad Pengenalan
iv. Unit
v. Kod dan nama Kursus
vi. Tajuk tugasan / penulisan
vii. Nama Pensyarah
viii. Tarikh hantar
2. Setiap tugasan perlulah dihantar berasingan mengikut tarikh yang ditetapkan.
3. Setiap tugasan yang lewat dihantar akan ditolak markah.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________ _________________________________
(ABDUL JALIL BIN MOHAMAD) (MOHD MAZNIHAN BIN MOHAMAD NOOR)

Penyelaras Kursus EDUP3053 Pakar Bidang (SME) EDUP3053


Unit Teknologi Pendidikan Unit Teknologi Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur

Disahkan oleh:

______________________
(ZURAIDA BINTI YUSOF)
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

Anda mungkin juga menyukai