Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021
Program : PISMP Nama Pelajar :
Kod Kursus : PACK3013 Semester / Tahun : Semester 8/ Tahun 4
Ambilan : Jun 2018
Nama Kursus : Pengurusan Acara
Kumpulan : PISMP BnK, PI, BA & SEJ
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei 1 (1000 pp) 14.11.2021 23.11.2021
2. Penulisan Esei 2 (600 pp) 16.11.2021 22.11.2021

3. Pengajuran/Penilaian Acara 19.12.2021 26.12.2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan definisi dan kepentingan pengurusan acara dengan merujuk pelbagai sumber;
(C2, LO1, LO6,LL1)
2. Menghuraikan tatacara, organisasi dan pengurusan seranta dalam menguruskan acara
dengan berkesan; (C5, LO3, CTPS2)
3. Menghasilkan skrip pengacaraan menggunakan format yang betul mengikut konteks dan
etiket berdasarkan jadual pengurusan acara, dengan merujuk pelbagai sumber; (C6,LO6,
LO8, LL2, EM3)
4. Mengendalikan majlis berdasarkan garis panduan dan tatatertib acara secara berkumpulan
(C5,L04, LO5, CS4, TS4)

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjelaskan definisi dan kepentingan pengurusan acara .


2. Menghuraikan dengan berkesan pengurusan seranta dalam pengurusan acara.
3. Menghasilkan skrip pengacaraan menggunakan format yang betul mengikut konteks dan
etiket berdasarkan jadual pengurusan acara, dengan merujuk pelbagai sumber.
4. Menilai penganjuran program pementasan Teater Kanak-Kanak di IPG Kampus
Darulaman.
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI – 40%

Sebagai bakal seorang guru, anda akan menghadapi pelbagai program dan acara semasa di sekolah
atau di luar sekolah, sesuai sebagai warga penjawat awam. Ilmu mengenai Pengurusan Acara perlu
difahami oleh anda untuk melengkapkan diri sebagai seorang guru.

Secara individu anda dikehendaki ,menulis esei berkaitan definisi dan kepentingan pengurusan acara
serta membincangkan pengurusan seranta dalam menguruskan acara yang berkesan dengan
merujuk pelbagai sumber

Penulisan anda perlu disokong oleh contoh-contoh yang relevan dan terkini. Panjang tugasan
hendaklah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

TUGASAN 2 : PENULISAN SKRIP PENGACARAAN MAJLIS (30%)

Tugasan 2 : Penulisan 2

Sebelum menyediakan teks pengacaraan majlis, anda terlebih dahulu perlu mengetahui nama majlis
tersebut, dan tujuan majlis. Senarai nama tetamu kehormat dan penaja acara jika ada.

Secara individu, anda dikehendaki menyediakan teks pengacaraan yang lengkap berdasarkan kepada
maklumat seperti berikut;

 Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan


 Tetamu Kehormat;
- Menteri Besar Kedah
- Rektor IPGM.
 Tempat, Dewan Besar IPGKDA.
 Tarikh 13.08.2021
 Masa, 09.00 pagi

Panjang tugasan hendaklah dalam lingkungan 600 patah perkataan.

TUGASAN 3 : PENILAIAN ACARA (30%)

Kumpulan anda dikehendaki mengendalikan satu acara/program Teater Kanak-Kanak di IPGKDA.


Anda perlu mengaplikasikan semua ilmu dalam subjek ini untuk menjayakan program pementasan
teater .

Secara berkumpulan dua atau tiga orang, pelajar perlu menilai pengendalian acara melalui satu
penulisan refleksi.
Arahan Pelaksanaan Tugasan :
Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi tugasan 1 dan 2, secara berkumpulan bagi tugasan 3.
1. Anda boleh secara kolaboratif mengumpul maklumat dan data.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
a. Muka depan mengikut templat terkini.
b. Fon Arial.
c. Saiz huruf 11.
d. Langkau 1.5 baris
e. Penulisan rujukan mengikut format APA.
f. Lampiran disertakan jika perlu.
g. Jawapan ditulis dalam bahasa Melayu.
3. Amalan PLAGIAT tidak dibenarkan.
4. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Tugasan ini membawa markah 100%
6. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
7. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah hendaklah dikemukakan.
8. Organisasi laporan perlu jelas dan berkaitan.
9. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
10. Penulisan esei menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan kematangan hujah.
11. Pengurusan persembahan yang mantap, penggunaan bahasa yang baik dan menepati masa.
12. Rujukan perlu pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
13. Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
14. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No Kad pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensayarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan Pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(JAFRI JAFFAR) ( EN. HAMDAN BIN AHMAD)

(Penyelaras Kursus PACK3013) Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu


Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman. IPG Kampus Darulaman.
01.11.2021 07.10.2021

Disahkan oleh:
( EN. HAMDAN BIN AHMAD)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman.
08.10.2021

Anda mungkin juga menyukai