Anda di halaman 1dari 11

TAJUK

Apliaksi Teori Tingkah Laku Dalam Menangani Murid Yang Ponteng Sekolah
Menggunakan Teknik Peneguhan : Satu Kajian Kes

1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

Bryman dan Bell (2007) mendefinisikan kajian kes sebagai salah satu strategi
kajian. Kajian kes banyak digunakan dalam situasi serta menjadi strategi kajian yang
biasa dalam bidang psikologi, sosiologi, sains politik, kerja sosial, perniagaan dan
perancangan komuniti (Yin, 2009). Kajian kes adalah bersesuian dengan reka bentuk
kajian kualitatif (Bryman, 2008; Chaparro, 2008). Pengkaji dikehendaki menetapkan
prosedur dan hala tuju khusus dalam reka bentuk kajian setelah menentukan reka
bentuk kajian (Creswell, 2009). Seterusnya, pengkaji perlu menyediakan kerangka bagi
tujuan pengumpulan dan analisis data (Bryman dan Bell, 2007; Bryman, 2008).

Bidang kajian kes yang dipilih adalah berkaitan dengan kes disiplin yang berlaku
di dalam sekolah pengkaji. Pengkaji akan menggunakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling iaitu kaunseling individu dalam meneroka dan mencari penyelesaian bagi
kajian kes tersebut. Pengkaji akan menjalankan kajian kes ini berpandukan pendekatan
pemulihan untuk memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dikenalpasti
dari semasa ke semasa dan langkah-langkah mengatasi diambil dengan harapan murid
mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Penggunaan teknik
peneguhan dalam teori tingkah laku akan digunakan oleh pengkaji untuk menangani
murid A yang ponteng sekolah.

1.2 Objektif Kajian Kes

Secara umumnya, kajian kes dijalankan untuk mengutip maklumat awal atau
latar belakang. Kajian kes adalah bersifat deskriptif di mana menjawab soalan tentang
siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana. Tujuannya adalah untuk menjelaskan subjek,
biasanya dengan menyediakan profil masalah, orang atau peristiwa. Alat kajian yang
sesuai diperlukan untuk memperolehi maklumat yang berkenaan (Chua, 2006).

1
Pengkaji menjalankan kajian kes ini adalah untuk meneroka punca-punca murid
A terlibat dalam ponteng sekolah. Setelah mengenalpasti punca masalah, pengkaji akan
mengambil tindakan yang seterusnya iaitu mengaplikasikan teori tingkah laku dalam
kaunseling individu untuk membantu murid A membuat perubahan tingkah laku.

1.3 Kepentingan Kajian Kes

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada


kepada penyelidik atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi
implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah kajian yang dijalankan. Oleh
itu, kajian yang dijalankan turut mempunyai kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh
pengkaji dan murid A.

1.3.1 Kepentingan Kepada Pengkaji

Pengkaji mendapati bahawa adalah penting bagi pengkaji melakukan kajian ini
untuk membantu sekolah dalam menyelesaikan masalah murid yang kerap ponteng
sekolah. Hal yang demikian kerana kehadiran setiap murid ke sekolah adalah amat
penting untuk menjaga nama baik sekolah di samping meningkatkan pencapaian
akademik murid. Pengkaji dapat memperolehi pengalaman untuk mencari penyelesaian
bagi isu ponteng sekolah sebagai seorang bakal Guru Bimbingan dan Kaunseling.

1.3.2 Kepentingan Kepada Murid A

Murid A dapat mengetahui bahawa kehadiran ke sekolah adalah penting.


Tingkah laku ponteng sekolah adalah tidak sepatutnya dilakukan kerana dianggap
sebagai melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Murid A juga mengetahui
kesan-kesan ponteng sekolah dengan jelas. Murid A akan dapat menguasai
pembelajaran dengan baik sekiranya dia dapat hadir ke sekolah.

2.0 KAJIAN KES DALAM KAUNSELING


2.1 Langkah-langkah tindakan (proses sesi)
2.1.1 Langkah Pertama : Menyediakan Prasesi

Pengkaji harus mengetahui murid A yang datang ke sesi kaunseling adalah


secara dirujuk dan membuat temu janji dengan murid A terlebih dahulu. Pengkaji perlu
mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari murid A untuk memudahkan

2
pengkaji membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. Pengkaji dikehendaki
menyediakan kemudahan fizikal yang selesa dan tenang bagi menjalankan sesi
kaunseling dengan murid A.

2.1.2 Langkah Kedua : Membina Hubungan

Pengkaji perlu menunjukkan kesediaan untuk membantu murid A. Pada


peringkat ini, pengkaji bertanya mengenai latar belakang murid A, ahli keluarganya,
kegemaran dan juga perkara yang disukai atau dibenci. Pertanyaan diajukan dengan
soalan tertutup atau terbuka. Pengkaji harus menunjukkan sikap mesra dan
bersungguh-sungguh terhadap murid A. Persepsi atau pandangan pertama ini akan
mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuan antara kaunselor dan klien (Mizan Adiliah
dan Halimatun Halaliah, 2006). Penstrukturan tentang peranan pengkaji dan murid A,
tempoh masa sesi dijalankan serta kerahsiaan harus dijelaskan kepada murid A.
Penstrukturan ini dapat membantu klien memahami apa yang dilaksanakan dan apa
yang diharapkan daripadanya di samping menimbulkan rasa selamat kepada klien
(Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof, 2008). Pengkaji akan meminta persetujuan
daripada murid A untuk memulakan proses kaunseling setelah pengkaji dan murid A
benar-benar bersedia.

2.1.3 Langkah Ketiga : Meneroka dan Menganalisis Masalah

Masalah murid A perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa
meneroka masalah murid A, pengkaji tidak boleh mengabaikan diri murid A kerana
murid A dan masalahnya adalah berkait rapat. Penerokaan yang dilakukan dari sesi ke
sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang mendalam. Pengkaji harus
meneroka dan memahami punca sebenarnya yang menyebabkan murid A ponteng
sekolah berlarutan dari segi pemikiran, perasaan, perlakuan dan pengalamannya.

Pengkaji mengemukakan soalan terbuka bagi menggalakkan murid A berbincang


tentang masalahnya. Berdasarkan Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008), soalan
terbuka dapat memberi ruang kepada klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa
defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri. Dalam sesi ini,
pengkaji akan memanfaatkan kemahiran komunikasi seperti menggunakan perkataan
yang ringkas, melibatkan gerak badan yang sesuai, kontak mata dan kedudukan badan
yang betul.

3
2.1.4 Langkah Keempat : Mengenalpasti Punca Masalah

Murid A perlu mengenal pasti punca masalahnya terlibat dalam ponteng sekolah.
Hal ini akan membantu murid A untuk mengetahui tingkah laku diri yang tidak sesuai
dan perlu membuat perubahan. Adalah sukar bagi pengkaji dan murid A untuk
menentukan matlamat kaunseling sekiranya murid A masih kabur tentang punca
masalahnya. Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses
kaunseling atau destinasi bagi klien (Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah, 2006).
Perbincangan matlamat akan membantu murid A memilih jalan yang sesuai bagi dirinya.

2.1.5 Langkah Kelima : Mengambil Tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Pengkaji
meminta murid A mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
olehnya. Dalam proses kaunseling, pengkaji perlu meneroka tindakan-tindakan yang
bakal diambil oleh murid A untuk memastikan murid A benar-benar tahu apa yang akan
dilakukannya. Murid A tidak akan berjaya sekiranya dia masih berada pada tahap ‘ingin
bertindak’ tetapi masih tidak bertindak.

2.1.6 Langkah Keenam : Menamatkan Sesi

Kejayaan sesuatu kaunseling ialah apabila klien mampu berdikari dan boleh
mengurus diri sendiri (Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah, 2006). Pada sesi ini,
pengkaji menyatakan bahawa sesi telah tamat dan meminta murid A untuk
melaksanakan alternatif penyelesaian yang telah dipilihnya sendiri. Seterusnya, pengkaji
membuat rumusan besar tentang keseluruhan perbincangan sesi yang telah dijalankan.

2.2 Cadangan aplikasi kaedah dan teknik mengikut teori kaunseling yang dipilih

Pengkaji akan mengaplikasikan teknik modifikasi tingkah laku yang terdapat


dalam teori tingkah laku yang diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (B.F.Skiner)
dan Ivan Petrovich Palvov. Konteks modifikasi tingkah laku yang disediakan dengan
ganjaran dan harapan kepada remaja akan mengekalkan tingkah laku yang baik atau
mengubah tingkah laku yang bermasalah (Stumphauzer, 1985). Pengkaji menggunakan
teknik peneguhan positif kepada murid A yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana
teknik ini adalah suatu rangsangan yang diberikan kepada seseorang murid supaya
sesuatu tingkah laku diulangi. Pemberian ganjaran positif ini dapat dijadikan sebagai

4
galakan dan motivasi untuk mendorong murid kekal dengan tingkah laku yang
ditetapkan pihak sekolah.

2.3 Justifikasi pemilihan kaedah dan teknik serta teori kaunseling yang akan
diaplikasikan

Merujuk buku Teori Motivasi Al-Ghazali dalam Yatimah dan Tajudin (2005),
setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Motivasi akan
mendorong seseorang individu melakukan sesuatu. Apabila murid A dapat hadir ke
sekolah, pengkaji akan memberikan nota pujian dalam bentuk kertas kepada mereka
atas kehadiran mereka ke sekolah. Contohnya, “Tahniah, anda telah berjaya hadir ke
sekolah”, “Kemasnya pakaian sekolah anda”, “Manisnya senyuman anda” dan
sebagainya. Sekiranya memperolehi lima nota pujian dalam seminggu, pengkaji akan
memberikan hadiah kepada mereka sebagai ganjaran untuk menggalakkan mereka
datang ke sekolah. Hal ini kerana setiap individu memerlukan penghargaan kendiri yang
terdiri daripada kejayaan (Azizi dan Jaafar Sidek, 2006). Pengkaji berpendapat teknik
peneguhan ini memberi kesan apabila mereka berasa diri dihargai secara tidak
langsung mempunyai motivasi untuk hadir ke sekolah apabila nota pujian diberikan
kepada mereka. Penghargaan kendiri yang sempurna mendorong pelajar untuk
berkelakuan baik dan seterusnya mempengaruhi personalitinya mengikut teori hierarki
keperluan Maslow. Hal ini juga dinyatakan oleh Sapora Sipon (2012) bahawa tingkah
laku akan meningkat dan berulang apabila peneguhan positif diberikan.

3.0 METOD KAJIAN KES


3.1 Huraian kes (senario isu / masalah)

Murid A merupakan klien rujukan oleh guru kelas kepada pengkaji atas dasar
kategori masalah ponteng sekolah (Rujuk Lampiran 1). Sepanjang bulan 3 April
sehingga 30 Jun tahun 2016, murid A telah tidak hadir ke sekolah selama 28 hari dan
mendapatkan surat amaran daripada pihak sekolah.

Murid A merupakan anak kelima daripada lima belas orang adik-beradik. Dia
berumur 10 tahun dan bersekolah rendah di sekolah yang terletak di Alor setar, Kedah.
Dia adalah seorang murid yang pasif dan pendiam. Berperwatakan sopan santun serta

5
lemah lembut tetapi malas menyiapkan kerja sekolah. Bapa murid A bekerja sebagai
peniaga manakala ibunya adalah seorang jururawat.

Pada sesi awal, murid A kurang bercakap dan hanya menyebut tidak melebihi 20
patah perkataan sepanjang 30 minit sesi berlangsung. Maka, murid A diberikan
sekeping kertas untuk menyenaraikan sebab-sebab tidak hadir ke sekolah. Murid A
menyatakan bahawa dia tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada bapanya.
Hal yang demikian kerana bapa murid A mempunyai empat isteri dan hanya balik ke
rumah kadang-kala sahaja. Dia hanya dapat berjumpa dengan bapanya pada setiap
hujung minggu sahaja. Tambahan pula, murid A adalah seorang murid yang malas dan
tidak suka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya kerja sekolah tidak disiapkan, dia akan
ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh gurunya (rujuk lampiran 2).

3.2 Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data melibatkan proses merancang dan melaksanakan pengutipan


data dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk memperolehi data dan
maklumat berkenaan dengan sesuatu masalah yang dikaji (Mohd Majid Konting, 2009).
Pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul data awal tentang
isu ponteng sekolah. Kajian Kamarul Azmi Jasmi (2012) menyatakan bahawa data
kualitatif adalah dalam bentuk temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji
telah mengumpul data kualitatif dengan menggunakan ketiga-tiga jenis bentuk data iaitu
analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian.

3.2.1 Analisis Dokumen

Fraenkal dan Wallen (1993) menyatakan bahawa pengumpulan data melalui


analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan dengan isu dan masalah
yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana
maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Pengkaji memperolehi isu ponteng sekolah
berdasarkan borang rujukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (BK 07) yang
diberikan oleh guru kelas murid A (Rujuk Lampiran 1). Seterusnya, penganalisisan buku
rekod kehadiran membolehkan pengkaji mengumpul maklumat tentang bilangan hari
ponteng sekolah murid A berdasarkan tarikh dari bulan 3 April sehingga 30 Jun tahun
2016.

6
3.2.2 Temu Bual

Pengkaji juga mengumpul data tentang murid yang ponteng sekolah melalui
kaedah temu bual dengan guru kelas. Penggunaan temu bual membolehkan pengkaji
memperolehi maklumat yang mendalam (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin,
2011). Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temu bual yang boleh
digunakan dalam pengumpulan data iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa
berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji telah menggunakan temu bual
tidak berstruktur untuk mengumpul data yang digunakan untuk kajian tindakan ini.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) mengatakan bahawa temu bual ini tidak
mempunyai julat jawapan yang disediakan dan tiada batasan jawapan kepada soalan
yang dikemukakan bagi memperolehi lebih banyak maklumat.

3.2.3 Pemerhatian

Pengkaji telah membuat tinjauan ke kelas murid A untuk memantau tingkah laku
murid A semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seterusnya, pengkaji juga
dapat memerhati tingkah laku murid A pada sesi awal dijalankan. Hal ini dapat
membantu pengkaji untuk meneroka punca-punca murid A terlibat dalam ponteng
sekolah.

3.3 Cara Menganalisis Data


3.3.1 Analisis Dokumen

Borang rujukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (BK 07) yang diberikan
oleh guru kelas murid A telah ternyata murid A terlibat dalam ponteng sekolah. Mengikut
buku rekod kehadiran tahun 2016, pengkaji mendapati bahawa murid A telah ponteng
sekolah selama 28 hari dari bulan 3 April sehingga 30 Jun tahun 2016. Murid A telah
mencapai ketidakhadiran paling tinggu iaitu 12 hari pada bulan Mei (Rujuk Rajah 1).
Murid A juga ponteng sekolah selama 10 hari pada bulan April dan 6 hari pada bulan
Jun.

7
Bilangan Hari Ponteng Sekolah
14

Bilangan Hari Ponteng Sekolah


12
10
8
April
6
Mei
4
Jun
2
0
April Mei Jun
Murid

Rajah 1 : Bilangan Hari Ponteng Sekolah

3.3.2 Temu Bual

Mengikut hasil temu bual dengan guru kelas, ibu bapa murid A telah bercerai
kebelakangan ini dan murid A tinggal bersama dengan bapanya. Ibu bapa kurang
memainkan peranan sebagai pendidik di rumah dan tidak mengambil peduli masalah
tentang pelajaran anaknya. Hal ini menunjukkan ibu bapa murid A kurang kesedaran
bahawa pentingnya ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan. Guru kelas telah
menghantar surat peringatan kepada ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang
bilangan hari murid A tidak hadir sekolah. Pihak sekolah juga dikehendaki memberi
nasihat serta surat peringatan kepada ibu bapa murid yang ponteng sekolah berturut-
turut seperti yang dicatatkan dalam Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan
Guru (1988). Guru kelas berasa kecewa dengan anak murid A yang masih mengulangi
tingkah laku yang sama walaupun tindakan telah diambil (Rujuk Rajah 2).

Soalan Guru Kelas


Apakah punca yang menyebabkan Ibu bapa kurang memainkan peranan sebagai
murid ponteng sekolah? pendidik di rumah dan tidak mengambil peduli
masalah anak mereka walaupun tentang
pelajaran anak mereka disebabkan Ibu bapa
kurang kesedaran tentang pendidikan.
Apakah tindakan yang diambil bagi Pertama, surat peringatan telah dihantar ke
menyelesaikan isu ponteng sekolah? rumah mereka.
Kedua, meminta murid ponteng menjemput ibu
bapanya ke sekolah.

8
Apakah respon yang diperolehi melalui Surat-surat yang ditujukan kepada waris tidak
tindakan yang diambil? mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu
bapa terlalu sibuk dengan urusan harian
mereka tidak dapat hadir untuk berbincang
dengan pihak sekolah. Murid masih tidak hadir
ke sekolah walaupun bantuan telah diberikan
kepada mereka.
Rajah 2 : Hasil Temu Bual Dengan Guru Kelas

3.3.3 Pemerhatian

Berdasarkan hasil pemerhatian ke kelas murid A, pengkaji mendapati murid A


seorang murid yang pasif dan pendiam di dalam kelas. Murid A selalu tidak memberi
perhatian dan mengantuk semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila guru
bertanya soalan kepada murid A, dia akan berdiam diri dan tidak memberi respon
kepada guru tersebut. Murid A juga sering dimarahi oleh guru subjeknya kerana tidak
menyiapkan kerja sekolah. Pengkaji juga memerlihatkan murid A kelihatan takut untuk
memberi respon pada sesi awal dijalankan.

3.4 Cara Menyemak Data

Pengkaji menyemak data yang sesuai dengan menggunakan triangulasi data


kajian. Berdasarkan Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011), triangulasi adalah
cara untuk memastikan kesahan dapatan penyelidikan melalui penggunaan beberapa
kaedah dan pendekatan mengumpulkan maklumat atau data. Triangulasi membolehkan
pengkaji mengumpulkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif daripada sumber
utama dan sumber sekunder. Pengkaji menggunakan triangulasi data dan juga
triangulasi kaedah untuk memantau kehadiran peserta kajian.

3.4.1 Triangulasi Data

Triangulasi data melibatkan penggunaan pelbagai sumber data atau maklumat


yang berbeza (Othman Lebar, 2015). Pengkaji boleh mendapatkan isu murid A ponteng
sekolah melalui borang rujukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling oleh guru kelas.
Pengkaji juga merujuk buku rekod kehadiran bagi mengukuhkan data tentang bilangan
hari ketidakhadiran murid A. Kedua-dua sumber data ini telah menunjukkan murid A
terlibat dalam ponteng sekolah.

9
3.4.2 Triangulasi Kaedah

Triangulasi kaedah memerlukan penggunaan pelbagai kaedah untuk mengkaji


sesuatu isu dalam mengkaji kajian kes. Pengkaji menggunakan tiga kaedah seperti
analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpulkan data
ketidakhadiran dan tingkah laku murid A. Pengkaji dapat memperolehi hasil
ketidakhadiran murid A ke sekolah selama 28 hari melalui buku rekod kehadiran dari
bulan April 2016 sehingga bulan Jun 2016. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah
pemerhatian di mana menjalankan membuat pemerhatian di dalam kelas untuk
memantau tingkah laku murid A sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pengkaji juga menemubual dengan guru kelas dengan menggunakan garis panduan
soalan temubual yang disediakan (Rujuk Rajah 2). Temu bual dijalankan bersama
dengan guru kelas untuk mengetahui tindakan yang telah diambil bagi isu ponteng
sekolah murid A.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, pengkaji telah memilih bidang kajian kes yang berkaitan
dengan kes disiplin iaitu ponteng sekolah yang berlaku di sekolah pengkaji. Pengkaji
telah menggunakan teknik peneguhan dalam teori tingkah laku untuk menangani murid
yang ponteng sekolah dalam kaunseling individu. Seterusnya, pengkaji juga
menggunakan tiga kaedah mengumpul data iaitu analisis dokumen, temu bual dan
pemerhatian untuk mengumpul ketidakhadiran murid ke sekolah. Tiga kaedah tersebut
juga digunakan untuk penganalisisan data ketidakhadiran murid ke sekolah.

SENARAI RUJUKAN

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam
penyelidikan pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2006). Siri Kaunseling : Membentuk identiti
remaja. Bentong : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bryman, A. & Bell, E. (2007). Planning a research project and formulating research
questions. In : Business Research Methods. New York. Oxford University Press.
P. 75-92.

10
Bryman. (2008) "Of methods and methodology", Qualitative Research in Organizations
and Management : An International Journal, Vol. 3 Iss: 2, pp.159 – 168

Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Malaysia :
McGraw-Hill.

Creswell, John W. (2009). Research Design : Qualitative, Quantitative, and Mixed


Methods Approaches. 3rd Edition. Los Angeles: Sage Publications, Inc.

Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. (1993). How to design and evaluate research in
education. New York: McGraw-Hill.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial. Universiti
Teknologi Malaysia : Fakulti Tamadun Islam.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education.


San Francisco : Jossey Bass Publishers.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2006). Kaunseling Individu
Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Lebar. (2015). Kajian tindakan dalam pendidikan : teori dan amalan. Perak :
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof. (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor
Darul Ehsan : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Sapora Sipon. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi. Negeri Sembilan : University
Sains Islam Malaysia.

Stumphauzer, J. S. (1985). School programs : Staying In school and learning to learn.


Child and Youth Services, 8, 137-146.

Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Minggal (2011). Teori kaunseling Al-Ghazali :
mengenal ilmu, sejarah dan kandungan Al-Quran.

Yin. (2009). Qualitative Research from Start to Finish. New York: The Guilford Press.

11

Anda mungkin juga menyukai