Anda di halaman 1dari 47

Berdasarkan teori-teori motivasi yang telah dipelajari dalam kursus ini, saya memilih dan mengaplikasikan 

Teori Hierarki
Keperluan Maslow dalam membantu meningkatkan motivasi dalam kalangan murid saya.
Teori Hierarki Keperluan Maslow diperkenalkan oleh Maslow pada tahun 1943 yang menekankan kepada lima peringkat
keperluan seseorang manusia iaitu (1) keperluan fisiologi, (2) keperluan keselamatan dan jaminan diri, (3) keperluan untuk
berkasih sayang, (4) keperluan penghargaan kendiri dan (5) keperluan kesempurnaan kendiri. Dalam konteks teori ini, tingkat
memenuhi keperluan diri adalah berdasarkan susunan secara berhierarki. Ini bermaksud seseorang itu perlu memenuhi hierarki
keperluan yang berada pada peringkat bawah supaya dapat memenuhi hierarki keperluan yang berada di peringkat atas.
Berikutnya merupakan 5 peringkat yang perlu dipenuhi oleh murid dalam usaha meningkatkan motivasinya dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.
- Keperluan Fisiologi - keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk terus hidup seperti udara, makanan, minuman, tempat tinggal
dan sebagainya. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) amat bergantung kepada situasi seseorang murid.
Ini bermaksud murid yang ‘memenuhi dirinya’ dengan makan sarapan di rumah sebelum hadir ke sekolah adalah lebih bermotivasi
dan bersemangat melibatkan diri dalam sesi PdPc jika berbanding dengan murid yang tidak mengambil sarapan. Jadi, saya selalu
memesan murid-murid mengambil sarapan sebelum hadir ke sekolah supaya dapat mengelakkan masalah kurang tumpuan
semasa belajar di dalam atau di luar bilik darjah.
- Keperluan Keselamatan - perasaan selamat baik dari segi fizikal dan juga psikologikal. Tidak dapat dinafikan bahawa
persekitaran bilik darjah atau kawasan sekolah yang selamat dan kondusif dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar.
Hal ini dinyatakan demikian kerana murid-murid menghabiskan hampir separuh daripada masanya di sekolah. Oleh itu, guru perlu
bertindak secara kreatif dan inovatif dalam pengurusan bilik darjah supaya sesi PdPc dapat berlaku secara berkesan selain dapat
menarik minat dan motivasi murid terus belajar dari semasa ke semasa.
- Keperluan Kasih Sayang - rasa disayangi, dibelai dan sentiasa diambil berat. Kasih sayang yang diberi oleh guru kepada anak
murid sememangnya dapat memenuhi keperluan kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi di rumah. Dalam konteks teori ini,
kasih sayang merupakan salah satu keperluan yang berada di peringkat ketiga yang perlu dipenuhi. Seperti sedia maklum,
penyayang merujuk kepada perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Sebagai
seorang warga pendidik, sifat penyayang memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, seseorang guru yang memiliki
sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan anak muridnya (every child matters) dapat membantu
meningkatkan tahap motivasi murid-murid dalam jangka masa yang pendek.
- Keperluan Penghargaan Kendiri - rasa dihargai setelah seseorang individu telah berjaya melakukan sesuatu tugas dengan baik
atau diiktiraf usaha-usaha yang telah dicurahkan. Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang suka dan mahu apa yang dilakukan
olehnya dapat menerima pengiktirafan dan sokongan yang sewajarnya oleh pihak tertentu. Begitu juga dengan murid-murid.
Sebagai seorang guru, saya amat menghargai (appreciate) hasil kerja dan usaha-usaha yang dipaparkan oleh murid-murid
walaupun mereka hanya melaksanakan tugasan kecil dengan memberi pujian atau ganjaran kepada mereka. Penghargaan diri
yang positif ini dapat mempengaruhi sikap murid-murid dalam proses pembelajarannya dan secara tidak langsung akan memberi
impak positif dalam aspek motivasinya.
- Keperluan Kesempurnaan Kendiri - tahap keperluan yang paling tinggi bagi seseorang, di mana seseorang individu akan cuba
sedaya upaya untuk mencapai kepuasaan hidupnya. Dalam konteks teori ini, keperluan kesempurnaan kendiri ini dapat dicapai
sekiranya tahap-tahap keperluan di bawah hierarki dipenuhi. Pada peringkat ini, tibanya masa untuk guru memberi peluang kepada
murid untuk mencapai kesempurnaan masing-masing selepas guru telah memuaskan keperluan fisiologi murid, merancang dan
menyediakan persekitaran yang selamat untuk belajar, memberi kasih sayang serta menghargai usahanya.
 0 Comment

CHAN SIOK WEI9 hours ago


Teori Pelaziman Operan Skinner merupakan teori yang dipelopori oleh Burrhus Frederic Skinner yang lebih dikenali sebagai BF
Skinner pada tahun 1938 (McLeod, 2015). Menurut Bf Skinner, seseorang boleh mengawal tingkahlaku berdasarkan motivasi
tersendiri dan kesan tingkahlaku sebelumnya. Tingkahlaku operan mengandungi dua elemen penting iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017).
Sebagai seorang guru, saya harus bijak menitikberatkan pemberian motivasi di dalam pengajaran di mana motivasi dapat
mempertingkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Dalam Teori Skinner, ia mengambil kira motivasi sebagai satu unsur yang
penting di dalam pembelajaran di mana kehadiran motivasi itu merupakan satu bentuk kebendaan dan bukan kebendaan.
Sebenarnya motivasi itu sendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi luaran (motivasi ekstrinsik) dan motivasi dalaman
(motivasi intrinsik). Motivasi ekstrinsik merupakan ganjaran yang berbentuk kebendaan seperti hadiah yang akan diberi kepada
pelajar yang memberikan tindakbalas yang diingini manakala motivasi intrinsik merupakan ganjaran yang bukan berbentuk
kebendaan seperti kata-kata perangsang, pujian dan nasihat.
Dari segi kekuatan, motivasi intrinsik memberikan kesan yang berterusan di dalam diri pelajar manakala motivasi ekstrinsik adalah
sebaliknya. Memandangkan motivasi intrinsik memberikan kesan yang berterusan, maka adalah baik sekiranya sesuatu
pembelajaran itu diselitkan dengan motivasi jenis ini agar pelajar sentiasa berminat untuk belajar. Motivasi intrinsik ini juga boleh
dikaitkan dengan keperluan dalaman pelajar di mana pelajar yang tahu akan kepentingan ilmu di dalam hidup akan rajin belajar
jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak tahu
Peneguhan positif merupakan salah satu cara untuk membantu murid sentiasa bermotivasi dalam belajar. Salah satu dari jenis
peneguhan positif ialah ganjaran, yang mana paling banyak digunakan oleh guru di sekolah. Sememangnya ganjaran menjadi
motivasi terbesar dalam hidup sesiapa saja apatah lagi bagi murid-murid. Untuk meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran,
guru boleh memberi pelbagai ganjaran untuk menggalakkan murid belajar dengan rajin dan mencapai kejayaan yang diinginkan.
Penghargaan seperti hadiah, anugerah, pujian, tepukan dan sebagainya boleh diberikan mengikut kebolehan dan pencapaian
yang ditunjukkan seseorang murid. Murid yang menerima ganjaran pasti akan sentiasa bermotivasi untuk mengekalkan kejayaan
mereka atau berusaha untuk berjaya. Selain itu, kesannya juga dapat dilihat pada rakan sekelas mereka yang lain. Rakan mereka
juga akan turut berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mendapatkan ganjaran yang disediakan.
Guru perlu menerapkan teori-teori motivasi yang bersesuaian kepada murid agar proses pengajaran dapat berjalan dengan
berkesan dan mengekalkan tingkah laku positif terhadap pengajaran. Oleh itu, dalam proses pembelajaran, motivasi merupakan
suatu kuasa penggerak dalam diri seseorang untuk menentukan arah bagi mencapai matlamat pembelajaran.
 0 Comment

UKANESWARY A/P KALIa day ago


Teori Penetapan Matlamat ( Goal-Setting Theory)  telah dipelopori  dan dikemukakan oleh Edwin A.Locke pada akhir tahun 1960-
an . Dalam artikel 1968 beliau ‘ Toward a Theory of Task Motivation and Incentives’ menunjukkan terdapat keberkaitan antara
tujuan dan potensi seseorang terhadap  sesuatu kerja atau tugasan. Edwin Locke mengaitkan asas motivasi individu dalam
melakukan sesuatu kerja bergantung kepada keinginannya untuk mencapai matlamat. Matlamat itu mewakili tindakan yang akan
dilakukan pada masa hadapan. Penetapan matlamat secara khusus , jelas dan mencabar dapat memotivasikan dan mengarahkan
tingkahlaku ke arah prestasi kerja yang berkesan.
Peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar dapa masa kini. Guru harus mendorong pelajar untuk menetapkan matlamat
bagi setiap mata pelajaran dan memotivasikan mereka untuk mengoptimakan usaha demi merealisasikan matlamat masing-
masing.  Dalam Teori Penetapan Matlamat, Edwin A. Locke mengaitkan asas motivasi individu dalam melakukan sesuatu kerja
bergantung kepada keinginannya untuk mencapai matlamat. Penetapan matlamat secara spesifik, jelas dan mencabar dapat
memotivasikan dan mengarahkan tingkahlaku kearah cemerlang terhadap tugasan.
Prinsip asas Penetapan Matlamat untuk memotivasikan seseorang pelajar adalah
-                             Kejelasan
Matlamat haruslah jelas , boleh diukur dan ada jangka masa tertentu untuk meneyelesaikan tugas. Kebaikannya ketika berlaku
sedikit salah faham dalam perilaku maka murid lain masih boleh bertoleransi dan menghargai. Seseorang murid itu tahu apa yang
diharapkan , dan cuba menggunakan hasil tersebut sebagai sumber motivasi.
 
-   Mencabar
Salah satu ciri yang paling penting dari matlamat adalah tahap cabaran. Murid  sering dimotivasikan oleh prestasi akademik
mereka. Dan mereka akan menilai tujuan berdasarkan pentingnya pencapaian yang telah dijangkakan. Jika pencapaian murid
dipuji , maka motivasi membantu untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi. Jadi, perlulah memberi perhatian kepada
keseimbangan yang tepat antara sasaran yang mencabar dan tujuan yang realistik.
 
-   Komitmen
Menggalakkan murid untuk mengembangkan tujuan dan mereka menjadi berinisiatif memperoleh makumat tentang apa yang
berlaku di sekolah. Dengan cara ini mereka boleh meyakinkan diri dalam bidang yang diceburi.
 
-   Ambil berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami
adalah lebih baik dari menghukum.  Ini membantu untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai  dan saling
bertanggungjawab.
 
-   Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.  Mempersembahakan sesuatu di kalangan murid
dapat memotivasikan mereka  dan menghilangkan rasa takut mereka.
Jadi,   objektif  dan matlamat  yang jelas dapat membantu meningkatkan tahap pelaksanaan dan pencapaian yang cemerlang.
 0 Comment
SITI NURUL KARMILA BINTI MOHD BAKRIa day ago
Proses pembelajaran merupakan satu elemen penting dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Oleh itu, penglibatan guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana yang seronok dalam bilik darjah
sekaligus mengekalkan motivasi murid sepanjang pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh
diaplikasikan untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Penulisan ini akan memfokuskan kepada teori Maslow
terhadap motivasi dan pembelajaran murid.
Abraham Maslow (1908-1970) telah menggunakan pendekatan humanistik berdasarkan dua perkara iaitu keperluan-keperluan
defisit dan keperluan-keperluan perkembangan manusia. Maslow berpendapat bahawa seseorang individu itu akan  memuaskan
keperluan defisitnya terlebih dahulu.
Menurut Maslow, keperluan fisiologi yang juga dikenali sebagai keperluan primer ialah merupakan keperluan yang paling asas.
Keperluan ini melibatkan keperluan untuk mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori keperluan
Maslow dalam konteks pendidikan,  keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung
kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan murid dipenuhi. Contohnya, murid-murid yang kurang  makanan akan
menyebabkan kesihatan pelajar terbabit akan terjejas. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuh serta tidak bermotivasi untuk belajar. Justeru, para guru perlu mengambil berat kepada tanda-tanda kekurangan dari segi
fizikal pelajar itu.
Selain itu, guru perlu mempunyai sifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi di
rumah. Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid serta memberikan motivasi dan peneguhan yangs sesuai
supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Penghargaan diri yang positif akan mempengaruhi sikap kanak-kanak dalam sistem persekolahan dan mereka akan dapat
menerima seterusnya menguasai ilmu dan kemahiran dengan mudah. Mereka akan menetapkan matlamat cita-cita mereka dan
memastikan yang mereka akan dapat mencapainya. Namun begitu, Maslow juga dapat menerima hakikat bahawa tidak semua
kanak-kanak dapat melalui setiap peringkat yang tertera dalam hierarki keperluan beliau.
Selain itu, guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid agar dapat meningkatkan keperluan
penyuburan serta dapat memperolehi pengetahuan dan mennikmati karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.  
 0 Comment
SITI NUR SYAHIRAH BINTI MOHD BAKRI2 days ago
Motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi merupakan
suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti. Motivasi adalah keadaan
dalaman sesorang yang membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara berterusan. Motivasi bertindak sebagai agen yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar sebelum dipengaruhi oleh tingkah laku pelajar. Saya telah memilih teori pengukuhan
Pelaziman Operan Skinner oleh B.F. Skinner yang mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran pelajar serta dapat
meningkatkan motivasi mereka.
TEORI PENGUKUHAN
 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER B.F Skinner berpendapat bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa
yang panjang dan membentuk perlakuan kompleks daripada perlakuan yang mudah. Menurut Skinner(1953), dalam teori
pelaziman operan gerak balas boleh diperlakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberi peneguhan sebaik sahaja
gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Positive Reinforcement- Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakukan itu ditunjukkan yang
menyebabakan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh – Pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Guru segera memuji pelajar. Tingkah laku masa hadapan
pelajar ialah pelajar akan terus menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna serta akan dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar
lain.  
Negative Reinforcement- rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah
laku ditunjukkan. Penuguhan ini megelakkan daripada rangsangan yang tidak diingini.
Contoh – Pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan. Guru menegur sikap pelajar tersebut.
Kesan Tingkah laku masa hadapan ialah pelajar akan terus menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
Punishment- Ia bermaksud melemahkan atau mengurangkan kebarangkalian mengulangi tingkah laku yang tidak diingini pada
masa akan datang.
Contoh – Pelajar membuat bising di dalam kelas. Guru menegur dan memberi amaran kepada pelajar tersebut. Kesan tingkah laku
masa hadapan ialah pelajar akan berhenti membuat bising di dalam kelas.

Dendaan terbahagi kepada 2 iaitu dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran


Dendaan Persembahan – berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar
tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya murid yang masih membuat
bising, tidak dapat pulang dari sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.
Dendaan Penyingkiran - berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Contohnya, pelajar akan diberi rehat lewat 5 minit jika tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan.
 Saya memilih teori pelaziman operan Skinner kerana ia bersesuaian dengan keadaan pelajar saya di dalam kelas. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa teori ini mampu meningkatkan tingkah laku yang positif untuk pelajar saya. 
 
Oleh itu bagi pandangan saya  teori Atribusi sangat sesuai bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar saya. 
 0 Comment

LOH JOE YING3 days ago


Saya mengaplikasikan teori motivasi hieraki Maslow yang berbentuk piramid — keperluan fisiologi, keselamatan diri, pertalian
sosial, harga diri dan aktualisasi diri — sebagai kunci dorongan kepada pembelajaran pelajar yang ideal. Seperti anak tangga,
setiap keperluan perlu dipenuhi sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Dengan bertanya kepada diri sendiri sama ada lima
keperluan itu dipenuhi di sekolah atau bilik darjah mereka, pendidik boleh menilai sejauh mana mereka menerapkan hierarki
Maslow dalam amalan pengajaran mereka. Pelajar mungkin bergerak ke sana ke mari mengikut hierarki, jadi adalah penting untuk
mengadakan penilaian berterusan tentang sejauh mana keperluan mereka dipenuhi.
Kita bermula dengan keperluan fisiologi pelajar —

Makanan, pakaian dan tempat tinggal — kerana mustahil untuk mencapai keperluan yang lebih tinggi jika pelajar lapar, tidak
mempunyai pakaian yang cukup panas atau terpaksa tidur di jalanan. Sesetengah sekolah menggunakan tahap hierarki Maslow ini
dengan menawarkan program sarapan pagi atau makan tengah hari untuk memastikan keperluan pemakanan asas pelajar mereka
dipenuhi. Di Malaysia, sekolah telah menyediakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak 1979. Rancangan ini  adalah
untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan
berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan
pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di
sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
 
Keduanya ialah menangani isu keselamatan diri.
Pelajar, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa, perlu berasa selamat — dari segi fizikal dan mental — sebelum mereka boleh
melepaskan diri dan belajar. Sukar untuk menumpukan perhatian pada konsep matematik teori, contohnya, jika anda bimbang bom
akan meletup atau anda akan dibuli di taman permainan pada waktu rehat. Untuk menggunakan langkah hierarki ini, adalah
penting untuk mewujudkan ruang pembelajaran yang selamat.
 
Ketiganya ialah menggalakkan hubungan sosial.
Pelajar perlu merasakan bahawa mereka tergolong dalam kelas dan bahawa mereka diterima sebagai ahli kumpulan jika mereka
ingin mencapai tahap seterusnya. Permainan, kerja kumpulan dan latihan kerja berpasukan ialah cara untuk menggunakan
peringkat hierarki ini, kerana interaksi membantu pelajar berasa lebih terlibat, sama ada di sekolah rendah atau dalam kelas
peringkat sarjana.
Keempat ialah menggalakkan harga diri.
Membuat pelajar berasa bahawa mereka membuat sumbangan dan bahawa mereka dihargai sebagai individu boleh dilakukan
dengan pujian mudah: "Syabas!" pergi jauh untuk membantu pelajar mencapai tahap ini dalam hierarki Maslow.
 
Keempat-empat anak tangga bermatlamat ke arah aktualisasi kendiri — konsep ilusi "menjadi semua yang anda boleh jadi" —
Ia merangkumi pengalaman pembelajaran, dan merupakan tahap tertinggi dalam hierarki. Peringkat ini berkaitan dengan
keupayaan untuk menggunakan apa yang pelajar telah pelajari dan menjadi mampu "memberi kembali" dan terlibat dengan
peningkatan komuniti yang lebih besar. Satu cara untuk menerapkan ini dalam pendidikan adalah dengan mempunyai pelajar yang
sangat baik dalam subjek - sama ada menulis esei Bahasa Inggeris atau melakukan eksperimen biologi - membantu rakan sekelas
mereka dengan mereka.
Sebagai seorang pendidik, adalah penting untuk mempertimbangkan Hierarki Keperluan Maslow untuk setiap pelajar di dalam bilik
darjah. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi lebih penting untuk menghubungkan Hierarki Keperluan Maslow secara khusus,
pelajar yang mempunyai keistimewaan dan amalan khusus dalam bilik darjah. Mengasingkan pelajar ke dalam bilik darjah
pendidikan khas tidak akan memberikan rasa kekitaan kepada pelajar yang mempunyai kebolehan di sekolah. Atas sebab ini,
pelajar harus dimasukkan dalam persekitaran yang paling tidak terhad. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat ujian Bahasa
Inggeris dengan lemah, tidak seharusnya dimasukkan ke dalam bilik darjah pendidikan khas yang berasingan, sebaliknya
dimasukkan ke dalam bilik darjah Bahasa Inggeris pendidikan am dengan sokongan yang sewajarnya untuk pelajar tersebut
berjaya. Reka Bentuk Sejagat ialah cara yang bagus untuk memberikan pelajar yang mempunyai ciri-ciri luar biasa rasa kekitaan.
Reka bentuk sejagat membolehkan seseorang guru merancang lebih awal untuk mengelakkan sebarang bencana bagi pelajar
yang mengalami kecacatan fizikal atau intelek (Hall, 2012). Sebagai contoh, jika pelajar di dalam bilik darjah anda menggunakan
kerusi roda, adalah penting untuk menjadikan bilik darjah sebagai orang kurang upaya yang boleh diakses sebaik mungkin
sebelum sekolah bermula. Dengan cara ini, seseorang pelajar akan berasa "normal" kerana dia akan mudah bergerak melalui bilik
darjah sama seperti rakan-rakannya. Satu lagi cara reka bentuk universal boleh digunakan ialah dengan pelajar yang mempunyai
IEP. Sebagai contoh, jika IEP pelajar mengatakan bahawa dia memerlukan panduan belajar tiga hari lebih awal daripada penilaian,
panduan belajar boleh disediakan untuk semua pelajar dan bukan hanya pelajar yang mempunyai IEP. Dengan cara ini, semua
pelajar akan mendapat manfaat, dan pelajar yang mempunyai keistimewaan tidak akan pernah berbeza daripada rakan
sebayanya. Dengan menjadikan setiap pelajar sama, pelajar yang mempunyai keistimewaan akan mempunyai semangat kekitaan
yang lebih baik. Seorang pendidik yang baik juga akan mengenali kekuatan setiap pelajar dan membantunya untuk cemerlang
dalam bidang yang memberikan pelajar rasa berharga. Ini berkaitan secara khusus dengan tahap penghargaan dalam Hierarki
Keperluan Maslow. Pelajar kurang upaya terutamanya akan memerlukan rasa hormat. Satu cara untuk melakukan ini di dalam bilik
darjah, adalah dengan menyediakan pengajaran yang berbeza dan juga memberikan beberapa contoh yang mungkin menarik
minat setiap pelajar. Juga, anda boleh bertanya soalan khusus tentang konsep yang anda tahu pelajar faham dengan baik.
Dengan cara ini, setiap pelajar, malah pelajar yang mempunyai kepakaran, mengambil bahagian dalam kelas dan menerima
maklum balas.
 0 Comment

VEETIYAH A/P SUROMUTHU3 days ago


Saya memilih teori Atribusi sebagai teori bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar saya, Teori Atribusi Weiner
merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik.  Weiner menegaskan bahawa murid
abikan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan tertumpu  kepada persepsi murid yang mempengaruhi 
cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk
mengulangi tingkah laku yang sama.
 
Teori Atribusi Winer menegaskan bahawa pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Merangkumi teori
kognitif dan efikasi kendiri, di mana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir
kejayaan atau kegagalan usaha mereka. Ia mempengaruhi kecenderungan pelajar  untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
Terdapat empat faktor yang berkait rapat dengan teori atribusi yang akan mempengaruhi motivasi dalam Pendidikan iaitu
kebolehan, kesukaran tugasan, usaha dan nasib.  Kebolehan merupakan faktor dalaman yang stabil di mana pelajar tidak
mempunyai kawalan secara langsung kesukaran tugasan adalah faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh pelajar
sendiri. Seterusnya usaha pula faktor dalaman yang tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya. Akhir sekali nasib iaitu faktor
luaran yang tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit sekali.
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar iaitu  membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah
kompeten. Kegagalansekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada
masa hadapan. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana
pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan
berhenti mengatributkan kegagalan mererkan kepada kurangnya usaha. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya,
mereka akan melipat gandakan usaha mereka.
Adalah baik jika guru membantu pelajar  memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau
kegagalan. Hal ini dirujuk kepada fokus kawalan dalaman. Merangsangkan konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada
usaha sebagai faktor ke arah kejayaan. Kesimpulan Prinsip asas teori atribusi ialah persepsi atau atribusi seseorang terhadap
kejayaan atau kegagalan menentukan betapa banyaknya usaha seseorang itu dalam aktiviti yang sama pada masa hadapan. Guru
digalakkan untuk menggunakan teori ini untuk memotivasikan pelajar secara efektif.
Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter  seseorang wujud  dalam tiga dimensi iaitu:
·         Lokus; Lokasi sesuatu penyebab berada.
·         Satbiliti : penyebab boleh berubnah atau tidak berubah.
·         Kawalan : Sejauhmana murid bertanggung jawab atas kejayaan atau kegagalan mereka dalam mengawal situasi
pembelajaran yang dilalui.
Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidiklan  berasaskan perspektif  kognitif iaitu:
·         Kebolehan
·         Usaha dengan lokusnyaada dalam diri murid
·         Nasib
·         Aras kesukaran sesuatu tugansnan dengan lokusnya di luar kawalan murid
Dalam peroses pengajaran dan pembelajaran peranan guru diperlukan untuk meningkatkan motivasi murid. Antaranya
adalah  guru perlu membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompenten. Kegagalan hanya berlaku sekai sekala atau
mungkin disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi.Justeru perkara ini tidak akan berlaku  pada masa hadapan.
Seterusnya guru menggalakkan murid untuk berusaha  dan melipatgandakan usaha jika berjaya. Guru memastikan murid
berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal beruilang kali
supaya murid berasa tidak kompenten.
Tambahan pula, guru membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa kepada kejayaan atau
kegagalan. Guru meransang konsep kendiri murid dan memfokus usaha sebagai faktor kejayaan.
Oleh itu bagi pandangan saya  teori Atribusi sangat sesuai bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar saya. 
 0 Comment
KU SHIN NI3 days ago
Saya memilih Model Maslow sebagai teori bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar saya. Model Maslow yang
berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh
individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-
sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya
mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal
ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.
 
Keperluan Fisiologi 
 
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu
organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti
keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan,
pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi
mengelakkan perkara ini berlaku, saya sebagai  guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda
yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang
bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. 
 
 
Keperluan Keselamatan 
 
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu
memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan
menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga
menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak
kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk
mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat
memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi
menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut
menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
 
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam
bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan
mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam
mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. 
 
Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan
konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau
‘mood’’ guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah.
Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar
akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. 
 
 
Keperluan Kasih-sayang 
 
Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan
diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau
perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil
menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal
dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di
kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun
kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap. 
 
Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk
mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan
mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh
anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung,
proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat
memenuhi keperluan kehendaknya. 
 
Keperluan Penghargaan Kendiri 
 
Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya
amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan
individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima
diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali
memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri
mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran
dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan
mendampingi murid yang lain. 
 
Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan
perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai
oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan
kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan
penghargaan diri. 
 
Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang mempunyai
konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri
seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan
menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka. 
 
Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani
proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru
memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan
diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar
untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang
guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan
penghargaan dirinya amat rendah. 
 
 
Keperluan Mengetahui 
 
Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan
mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha
mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa
mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat
dan pemikiran reflektif. 
 
Keperluan Estetik 
 
Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam
dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-
unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk
memiliki barangan yang indah .
 
Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat
mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya
 0 Comment

MUHAMMAD HANIFFUDDIN BIN NASIR3 days ago


Implikasi Teori Motivasi Terhadap Aspek Pembelajaran Pelajar
Teori Atribusi Bernard Weiner (1979) merupakan salah satu cabang pendekatan motivasi berbentuk kognitif. Ia juga merupakan
salah satu teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik. Menurut Weiner, murid akan lebih
bermotivasi sekiranya memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Fokus dan penekanan tertumpu kepada pandangan dan persepsi
murid yang amat mempengaruhi cara mereka mentafsirkan sesuatu hasil sama ada berjaya atau gagal disebabkan usaha sendiri
dan turut mempengaruhi kecenderungan mereka untuk mengulangi tingkahlaku yang sama sekiranya hasil yang diperoleh adalah
positif.
Tiga dimensi yang wujud dalam atribusi menurut Bernard Weiner:
Atribut Lokus (lokasi Stabiliti Kawalan (situasi
penyebab) pembelajaran)
Kebolehan   stabil Luar kawalan murid
Dalam diri murid
Usaha   Tidak stabil Dalam kawalan murid
Nasib   Stabil  
Luar murid Luar kawalan murid
Aras kesukaran   Tidak stabil  
tugasan yang
diberi
 
Sebagai guru, saya boleh mengaplikasikan teori ini bagi meningkatkan motivasi murid dengan membantu murid untuk percaya
dan yakin bahawa diri mereka ialah kompeten untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik. Selain itu, guru boleh
menggalakkan murid untuk senantiasa berusaha secara konsisten dan sekiranya berjaya dalam sesuatu perkara murid tidak boleh
alpa dan lalai kerana usaha merupakan sesuatu yang boleh dikawal oleh murid.
Selain itu, ketika proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus melakukan sesuatu agar murid tidak gagal berulang kali.
Hal ini kerana kegagalan yang terlalu kerap menyebabkan murid akan berasa tidak kompeten dan secara tidak langsung
menghakis keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka juga turut boleh berjaya. Guru yang baik juga boleh mengaplikasikan teori
ini dengan memfokuskan bahawa kegagalan hanya berlaku sekali-sekala atau mungkin disebabkan usaha yang tidak
mencukupi serta nasib yang tidak menyebelahi diri mereka. Murid juga perlu dijelaskan bahawa belajar melalui kegagalan
adalah ilmu yang sangat berguna bagi memperbaiki diri sendiri agar berusaha lebih keras dimasa akan datang.
Seterusnya, guru boleh menjalankan proses P&P dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid jadi
murid itu akan lebih bertanggungjawab terhadap hasil yang diterima sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Antara contoh
pembelajaran berpusatkan murid adalah seperti pembelajaran secara penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan
projek dimana guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja manakala murid yang akan menentukan cara mereka ingin
menyiapkan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.
Guru juga boleh membantu dan membimbing murid untuk memahami dengan jelas bahawa tingkahlaku mereka akan memberi
kesan yang besar terhadap hasil akhir iaitu kejayan atau kegagalan. Selain itu, guru juga perlu merangsang konsep kendiri dan
memberi penekanan dan fokus bahawa faktor utama iaitu usaha sebagaimana yang digariskan dalam teori ini merupakan
faktor paling penting sesebuah kejayaan.
 0 Comment

VINNIE TOH LEE CHOO3 days ago


Teori motivasi yang mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran pelajar ialah teori Maslow. Motivasi penting dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memastikan murid sentiasa mempunyai minat dan semangat untuk belajar. Minat dalam
belajar penting bagi memastikan murid sentiasa mengikuti aktiviti pengajaran. Motivasi merupakan sesuatu langkah untuk
memajukan murid agar dapat belajar dengan baik. Apabila murid bermotivasi untuk belajar, mereka lebih memahami dan
menerima input pengajaran yang diajar oleh guru dengan mudah.
Seorang guru perlu prihatin dengan kehendak anak muridnya. Pertama sekali, guru perlu mengambil tahu sama ada murid tersebut
telah memenuhi keperluan fisiologinya sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya cuba ambil tahu
sekiranya ada mana-mana murid yang belum bersarapan kerana miskin dan ibu bapa tidak dapat menyediakan makanan untuk
mereka. Jika ini ada berlaku, maka guru itu perlu berusaha untuk membantu murid berkenaan. Antaranya, mungkin guru boleh
mencadangkan murid tersebut untuk menerima bantuan dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Selain itu, guru juga perlu
memastikan murid mempunyai baju sekolah yang cukup terutamanya bagi golongan yang miskin. Guru boleh mendapatkan
bantuan daripada pihak PIBG bagi membantu murid yang menghadapi masalah tersebut.
Selepas keperluan fisiologi anak murid dipenuhi, seseorang guru perlu fokus kepada aspek keselamatan murid. Aspek
keselamatan merangkumi aspek fizikal dan psikologikal. Seorang guru mesti memastikan murid berasa selamat apabila berada di
dalam bilik darjah. Antaranya guru perlu memastikan bangunan fizikal sekolah dalam keadaan yang selamat, peralatan di dalam
bilik darjah seperti kerusi meja, kipas dan lain-lain adalah dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Di samping itu, murid
juga perlu rasa selamat dari segi psikologikalnya, misalnya tidak berasa terancam dan terganggu emosi dengan sikap guru yang
terlalu tegas dan garang sehingga murid berasa takut untuk mengikuti kelas guru tersebut. Motivasi dapat membentuk hubungan
yang baik antara guru dan murid dan antara murid dengan murid. Pengaruh rakan amat penting semasa murid mengawal aktiviti
pembelajaran mereka sendiri. Motivasi sangat mempengaruhi emosi murid. Misalnya sekiranya emosi mereka dikecewakan oleh
rakan mereka dalam aktiviti kelas, murid berkenaan berkemungkinan besar akan patah semangat dan tidak bermotivasi untuk
belajar. Oleh itu, guru sangat berperanan besar dalam menghidupkan kembali motivasi agar murid dapat belajar dengan minat
yang tinggi. Motivasi dapat membantu pelajar menjadi lebih yakin terhadap keputusan diri sendiri. Murid yang sentiasa yakin
dengan diri sendiri akan sentiasa bermotivasi untuk menjadi seseorang yang berjaya.
Sebagai seorang guru, jangan kedekut untuk menunjukkan sifat penyayang kepada murid kita. Guru bagaikan ibu dan bapa
kepada murid di sekolah, luangkanlah lebih masa untuk mendengar luahan hati mereka dan cuba membantu mereka seperti mana
kita membantu anak sendiri. Sekiranya ada di antara murid yang melakukan kesilapan, jangan terus memberi dendaan dan
hukuman sebelum kita mendengar dan menyiasat. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Yang lebih penting ialah
membimbing mereka dengan penuh kasih sayang supaya balik ke pangkal jalan. Guru harus mengajar dengan cara yang menarik
agar dapat menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar ini penting bagi meningkatkan lagi mutu
pencapaian akademik. Motivasi juga dapat mendorong pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Interaksi
antara guru dengan murid sangat penting bagi meningkatkan tindak balas pelajar semasa guru mengajar.
Apabila murid kita menunjukkan perubahan yang positif atau melakukan sesuatu tingkah laku yang baik, cepat-cepat kita memuji
mereka, biar mereka berasa seperti beroleh kejayaan dan dihargai. Setiap murid suka dipuji, pujian daripada seorang guru yang
tepat masa dan tempatnya, amat besar maknanya kepada murid. Apabila anak-anak murid rasa dihargai, maka mereka akan
bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih baik pada masa akan datang. Penggunaan motivasi seperti berbentuk
penghargaan dan kasih sayang dapat membantu murid minat terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru yang prihatin sangat
disukai oleh murid-murid. Apabila seseorang guru prihatin terhadap muridnya, murid akan berasa bahawa mereka dihargai dan
murid menyukai guru serta meminati mata pelajaran yang diajar, pelajar akan dapat menerima apa sahaja yang diajar oleh guru
dan berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.
Menurut Maslow (1970), setiap manusia berupaya untuk mencapai kesempurnaan kendiri sekiranya tahap-tahap keperluan di
bawah hierarki keperluan dipenuhi. Dengan memuaskan keperluan fisiologi murid, menyediakan persekitaran yang selamat dan
kondusif untuk belajar, menabur kasih sayang kepada mereka, dan biar mereka rasa dihargai, maka generasi-generasi muda akan
berjaya mencapai ke tahap kesempurnaan kendiri.
 0 Comment

ARUNASALAM A/L SUPRAMANIAN4 days ago


Teori Maslow Hirarki
Keperluan fisiologi merujuk kepeda keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk terus hidup seperti udara, makanan, minuman,
tempat tinggal dan sebagainya. Keperluan keselamatan pula merujuk kepada perasaan selamat baik dari segi fizikal dan juga
psikologikal. Seterusnya keperluan kasih sayang merujuk kepada rasa disayangi, dibelai dan sentiasa diambil berat. Keperluan
penghargaan kendiri pula merujuk kepada rasa dihargai setelah seseorang individu telah berjaya melakukan sesuatu tugas dengan
baik atau diiktiraf usaha-usaha yang telah dicurahkan. Keperluan terakhir adalah merujuk kepada keperluan kesempurnaan kendiri
iaitu merujuk kepada tahap keperluan yang paling tinggi bagi seseorang, di mana seseorang individu akan cuba sedaya upaya
untuk mencapai kepuasaan hidupnya.
seorang guru perlu prihatin dengan kehendak anak muridnya. Pertama sekali, guru perlu mengambil tahu sama ada murid tersebut
telah memenuhi keperluan fisiologinya sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya cuba ambil tahu
sekiranya ada mana-mana murid yang belum bersarapan kerana miskin dan ibu bapa tidak dapat menyediakan makanan untuk
mereka. Jika ini ada berlaku, maka guru itu perlu berusaha untuk membantu murid berkenaan. Antaranya, mungkin guru boleh
mencadangkan murid tersebut untuk menerima bantuan dalam Rancangan Bantuan Pemakanan Sekolah. Selain itu, pastikan guru
juga perlu pastikan murid mempunyai baju sekolah yang cukup terutamanya bagi golongan yang miskin. Guru boleh mendapatkan
bantuan daripada pihak PIBG bagi membantu murid yang menghadapi masalah tersebut.
 
Selepas keperluan fisiologi anak murid dipenuhi, seseorang guru perlu fokus kepada aspek keselamatan murid. Aspek
keselamatan merangkumi aspek fizikal dan psikologikal. Seorang guru mesti pastikan murid berasa selamat apabila berada di
dalam bilik darjah. Antaranya guru perlu pastikan bangunan fizikal sekolah dalam keadaan yang selamat, peralatan di dalam bilik
darjah seperti kerusi meja, kipas, dan lain-lain ada dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Di samping itu, murid juga
perlu rasa selamat dari segi psikologikalnya, misalnya tidak berasa terancam dan terganggu emosi dengan sikap guru yang terlalu
tegas dan garang sehingga murid berasa takut untuk mengikuti kelas guru tersebut.
 
Sebagai seorang guru, jangan kedekut untuk menunjukkan sifat penyayang kepada murid kita. Guru bagaikan ibu dan bapa
kepada murid di sekolah, luangkanlah lebih masa untuk mendengar luahan hati mereka dan cuba membantu mereka seperti mana
kita membantu anak sendiri. Sekiranya ada di antara murid yang melakukan kesilapan, jangan kenakan dendaan dan hukuman
sebelum kita mendengar dan menyiasat. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Yang lebih penting ialah membimbing
mereka dengan penuh kasih sayang supaya balik ke pangkal jalan.
 
Apabila murid kita menunjukkan perubahan yang positif atau melakukan sesuatu tingkah laku yang baik, cepat-cepat kita memuji
mereka, biar mereka berasa seperti beroleh kejayaan dan dihargai. Setiap murid suka dipuji, pujian daripada seorang guru yang
tepat masa dan tempatnya, amat besar maknanya kepada murid. Apabila anak-anak murid rasa dihargai, maka mereka akan
bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih baik pada masa akan datang (Eggen, P. & Ksuchak, D.,  2001).
 
Menurut Maslow (1970), setiap manusia berupaya untuk mencapai kesempurnaan kendiri sekiranya tahap-tahap keperluan di
bawah hierarki keperluan dipenuhi. Dengan memuaskan keperluan fisiologi murid, menyediakan persekitaran yang selamat dan
kondusif untuk belajar, menabur kasih sayang kepada mereka, dan biar mereka rasa dihargai, maka generasi-generasi muda akan
berjaya mencapai ke tahap kesempurnaan kendiri.
 0 Comment

ZAHRATUL AINI BINTI HASAN4 days ago


Assalamualaikum Dr,
Pada pandangan saya, antara teori yang mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran pelajar ialah Teori Keperluan
Pencapaian McClelland. Menurut McClelland, ada tiga konsep yang melatarbelakangi motivasi seseorang dan salah satunya
iaitu The Need for Achievement. Keperluan kepada pencapaian iaitu orang yang memiliki keperluan pencapaian yang tinggi
biasanya selalu ingin menghadapi cabaran baru dan mencari peringkat kebebasan yang tinggi. Sebab-sebab seseorang memiliki
keperluan pencapaian yang tinggi di antaranya adalah pujian akan kejayaan yang dicapai, perasaan positif yang timbul dari
pencapaian dan keinginan untuk menghadapi cabaran. Teori ini menyatakan bahawa setiap pelajar mempunyai motivasi untuk
mencapai kejayaan yang diinginkan tetapi dalam keperluan yang tidak sama antara satu sama lain. Teori ini melihat kejayaan
adalah suatu yang dipandang sebagai satu keperluan manusia.
Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu memotivasikan pelajar supaya dapat mencapai kejayaan
dalam pelajarannya. Bagi mengaplikasikan teori ini, saya sebagai seorang guru boleh menjalankan aktiviti P&P yang mencabar
seperti menggunakan kaedah permainan, kuiz, pertandingan dan sebagainya. Saya perlu memastikan pelajar jelas tentang
objektif yang hendak dicapai dalam pembelajaran mereka agar pelajar tidak leka dengan permainan yang dilakukan. Pelajar-
pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat memahami ilmu yang hendak dipelajari
pada waktu berkenaan.  Selain itu, saya akan menggalakkan pelajar untuk mengikuti kelas tambahan bagi menambahkan
kefahaman terhadap sesuatu subjek. Dalam masa yang sama, saya akan menggalakkan pelajar untuk menggunakan strategi
belajar yang betul agar membantu dalam meningkatkan prestasi akademik. Dengan meningkatkan motivasi pelajar secara tidak
langsung membantu pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik.
 2 Comment

GOH KAH SAN4 days ago


Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike
pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan
bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.
Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak
balas ini tidak sama dengan gerak balas yang dihasilkan daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik.
Beliau menggunakan kotak ajaib dalam eksperimennya yang berfungsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental. Maksudnya
disini ialah apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi,
jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.
Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan juga hukum kesan. Thorndike
amat menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya
jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan.
Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid
memulakan pembelajaran. Seseorang murid hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran
di dalam kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu menerima ganjaran tersebut.
Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti
tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid bersedia
sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan
mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses pembelajaran tersebut.
Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas
adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan
yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi
latihan matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat.
Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya seseorang murid itu mendapat kesan
pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas yang dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan
semakin kukuh. Namun begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan
semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang
dihasilkan.
Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.
Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran
dengan berkesan.
Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu
bersedia dari segi mental, minat dan sikap serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid
tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.
Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan
kemahiran dan ingatan murid. Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.
 1 Comment

MUHAMMAD ADAM BIN ROSLAN4 days ago


     Untuk seorang kanak-kanak berjaya di sekolah mereka perlu diberi makan dengan baik, tidur yang lena, berasa selamat di
rumah, dan mempunyai keyakinan terhadap diri mereka sendiri. Hierarki Keperluan Maslow ialah teori popular yang memfokuskan
pada satu siri keperluan untuk berjaya. Abraham Maslow menerbitkan hierarki keperluannya untuk menjelaskan motivasi manusia.
Dia menganggap bahawa terdapat lima keperluan utama manusia iaitu fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan
aktualisasi diri dan untuk itu, dia telah meletakkannya dalam bentuk piramid.
     Maslow meletakkan semua keperluan ini dalam aturan bagaimana proses keperluan daripada yang paling perlu hingga yang
kurang perlu seterusnya berlaku. Bermula dengan aspek asas keperluan asas - fisiologi dan keselamatan dan akhirnya mencapai
puncak piramid kepada penyempurnaan kendiri, yang merujuk kepada seseorang mencapai potensi sepenuhnya sebagai manusia.
     Teori ini masih berfungsi sebagai rangka kerja yang mudah dan peringatan yang berguna, bahawa semua pelajar
berkemungkinan kecil untuk berjaya jika keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Hierarki keperluan Maslow boleh membantu
memberi tumpuan kepada perkara yang diperlukan oleh kanak-kanak, dan untuk mengenal pasti di mana terdapat jurang,
contohnya, sarapan mungkin disediakan untuk kanak-kanak yang datang ke sekolah dalam keadaan lapar.
     Perkara pertama yang paling penting dalam Hierarki Keprrluan Maslow adalah keperluan fisiologi. Ia adalah mengenai
pemakanan dan air yang betul, akses kepada udara segar, rehat yang cukup dan senaman. Di dalam sesebuah kelas sebagai
contoh, seorang guru haruslah bersikap perihatin akan keadaan belajar para pelajar. Ketika masuk sahaja ke dalam kelas,
haruslah seseorang guru itu memastikan bahawa tingkap dibuka dan kelas berada dalam keadaan bersih bagi membolehkan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan selesa.
     Keperluan keselamatan adalah mengenai keselamatan dan perasaan selamat samada dari segi fizikal dan emosi, keperluan
untuk mempunyai tempat tinggal/rumah dan mempunyai kestabilan dalam kehidupan seseorang. Sebagai guru, perlulah juga kita
memastikan semua pelajar kita merasa selamat ketika belajar di dalam kelas. Haruslah diambil berat akan segala masalah-
masalah disiplin yang timbul di dalam kelas seperti pelajar mengganggu kawan-kawan di dalam kelas. Keadaan fasiliti di dalam
kelas juga perlu diambil perhatian, seperti kerusi dan meja, kipas dans ebagainya agar para pelajar tidak berada dalam risiko
cedera sekiranya memakai kerusi atau meja yang rosak. Apa-sahaja kerosakan, haruslah segera dilaporkan dan diganti dengan
benda yang baharu.
     Kepunyaan dan kasih sayang dan berkaitan dengan orang lain, sisi sosial perasaan bahawa anda adalah milik, dihubungkan,
disayangi dan disertakan. Para guru haruslah memastikan supaya anak-anak pelajar kita berasa disayangi di sekolah. Mungkin
sebilangan kecil daripada mereka mempunyai masalah peribadi dan keluarga. Apabila mereka rasa disayangi oleh para guru,
mereka akan lebih bermotivasi untuk datang ke sekolah.
     Bagi aspek seterusnya pula, harga diri memerlukan keprihatinan dalaman yakni mempunyai perasaan pencapaian, diiktiraf,
mempunyai kuasa ke atas kehidupan seseorang dan menjadi orang yang berbeza daripada orang lain. Berilah para pelajar kita
suatu rasa dan perasaan mereka dihargai atas segala usaha mereka walau sekecil menggambilkan pen cikgu yang terjatuh.
Apabila mereka rasa dihargai dalam segala perbuatan positif mereka, mereka akan lebih termotivasi untuk terus melakukan
perkara-perkara yang positif.
     Setelah hampir semua keperluan telah dipenuhi, baharulah keperluan penyempurnaan kendiri dapat diambil perhatian. Ianya
adalah berkaitan dengan mencapai potensi penuh seseorang, menjadi kreatif dan mencari keistimewaan diri sendiri. Apabila
kesemua keperluan asas yang penting telah dicapai, maka seseorang pelajar dapat mencapai kesempurnaan dengan memperbaiki
diri dengan lebih lagi untuk mencapai target yang diharapkan.
     Dari segi perkembangan kanak-kanak semata-mata, semua keperluan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam teori
Maslow iaitu perkembangan fizikal, perkembangan emosi, perkembangan sosial, perkembangan kognitif dan bahasa serta
perkembangan estetik. Apa yang penting untuk diambil daripada melihat teori Maslow ialah keadaan manusia yang positif
bergantung pada kesihatan badan dan minda. Seseorang guru perlu memenuhi keperluan asas para pelajar sebelum boleh
mengharapkan mereka mencapai potensi penuh mereka.
 0 Comment

FATIN INARA BINTI ISKANDAR5 days ago


Teori Edwin Locke merupakan teori yang menyatakan bahawa individu akan bergerak dengan aktif sekiraya mereka mempunya
tujuan yang jelas dan tepat. Justeru, teori ini menetapkan individu untuk merancang dan membina ‘goal’ atau matlamat mereka
dalam mencapai sesuatu perkara bagi memberikan kepuasan dan motivasi yang berpanjangan. 
 
Dalam hal ini, guru-guru boleh mengingatkan dan melatih murid untuk sentiasa menetapkan matlamat mereka ketika belajar. Hal
ini termasuklah matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang. Dalam hal ini, matlamat yang dibina haruslah sesuatu
yang boleh dicapai dan bersifat realistik. Perkara ini bagi memberikan kepuasan apabila matlamat dapat dicapai, dan mengelakkan
daripada kekecewaan apabila matlamat gagal dicapai kerana matlamat yang terlalu tinggi dan tidak realistik dijadikan sebagai
tujuan utama. Justeru, matlamat yang ditetapkan haruslah perkara yang boleh dicapai dan diukur. 
 
Tambahan, guru juga boleh menyemai sikap berdaya saing dalam kalangan murid dengan menggalakkan mereka untuk membina
matlamat yang sedikit mencabar bagi membolehkan murid keluar daripada zon selesa. Dalam hal ini, guru-guru perlu menekankan
efikasi kendiri murid agar mereka yakin dan percaya terhadap diri masing-masing, yang membolehkan murid untuk mencapai
matlamat yang mencabar diri mereka. 
 
Pada masa yang sama, matlamat yang ditetapkan ini juga seharusnya boleh diberi maklum balas, bagi tujuan penambahbaikan
matlamat tersebut, yang membolehkan murid lebih yakin terhadap pencapaian mereka. Justeru, jelaslah bahawa guru berperanan
dalam membolehkan murid meningkatkan motivasi mereka bagi mencapai matlamat kehidupan yang lebih baik.
 1 Comment

ANG DAE RIEH5 days ago


Teori Hierarki Keperluan Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Harold Maslow menyatakan bahawa seseorang individu
dimotivasikan untuk memenuhi lima tingkat keperluan mengikut keutamaan. Keperluan di peringkat bawah menguasai kelakuan
seseorang dan akan berusaha untuk mendapat atau menyempurnakannya terlebih dahulu. Manakala keperluan di peringkat asas
hanya menjadi utama apabila keperluan di peringkat bawah telah diperoleh dan dipenuhi.
Teori Maslow mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran pelajar. Keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bergantung kepada sejauh mana hierarki keperluan-keperluan murid dipenuhi. Murid yang tidak mempunyai makanan akan
menjejaskan kesihatan murid tersebut. Sehubungan itu, murid tersebut tidak dapat memberi tumpu perhatian dalam proses PdPc.
Justeru, guru perlu menghulurkan bantuan kepada murid tersebut bagi menangani masalah yang dihadapi. Guru perlu mengambil
berat terhadap murid dengan mendapatkan makanan percuma seperti Rancangan Makanan Tambahan atau bantuan daripada
pihak luar.
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS-polis) telah memainkan peranan dalam keperluan keselamatan di mana mereka akan
sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah murid. Contoh seperti Program Ziarah
Cakna dilaksanakan bersama PPS untuk membantu murid yang menghadapi masalah keluarga. PPS dan pihak sekolah akan
berjumpa dengan penjaga murid untuk lebih memahami keadaan keluarganya dan memastikan murid tidak mengalami sebarang
ancaman keselamatan.
          Guru yang bersifat penyayang dapat memenuhi keperluan kasih sayang dalam kalangan murid yang kurang bernasib baik
seperti anak yatim atau anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. Motivasi dan peneguhan yang sesuai dapat
menggalakkan murid supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
            Di samping itu, keperluan penghargaan dapat memotivasikan murid kerana ia melibatkan kepentingan harga diri dan
maruah seseorang. Contohnya, guru memberi sijil kehadiran penuh dan hadiah kepada murid yang hadir penuh. Dengan itu, murid
dapat dimotivasi dan mendapat reputasi yang baik dalam kalangan murid. Secara tidak lasngsung, murid akan meneruskan tingkah
laku yang baik iaitu menghadirkan diri ke sekolah pada setiap hari.
            Keperluan aktualisasi diri lebih fokus kepada realisasi potensi seeorang, pemenuhan matlamat diri, mencari perkembangan
kemahiran dan pengalaman perbadi. Tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi
keperluan tahap yang paling tinggi. Tanpa proses pembelajaran yang normal, seseorang individu tidak dapat mencapai ke tahap
yang paling tinggi. Oleh itu, setiap tahap keperluan amat penting bagi memotivasikan murid untuk ke arah yang sihat dan betul.

Saya berpendapat the achievement motivation theory yang dari McClelland amat berkesan dalam aspek pembelajaran pelajar.
Mengenai pengertian motivasi, sesetengah ahli psikologi merujuk kepada motivasi sebagai konstruk hipotetikal yang digunakan
untuk menerangkan keinginan, arah, intensiti, dan kegigihan tingkah laku yang diarahkan matlamat. Motivasi merangkumi konsep,
seperti keperluan untuk pencapaian, keperluan untuk pertalian, tabiat, dan rasa ingin tahu seseorang tentang sesuatu.
Jika dilihat dari sumber kemunculannya, motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
1. Motivasi intrinsik berasal dari rangsangan dari dalam atau tidak memerlukan rangsangan luar kerana rangsangan dari dalam
individu, kerana ia sesuai dengan keperluannya.  
2. Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang timbul kerana rangsangan dari luar individu, contohnya seseorang yang menyertai
pertandingan kerana ingin menjadi pemenang pertama. Jadi keinginan untuk menjadi juara adalah faktor yang datang dari luar
individu.
Teori McClelland memfokuskan kepada tiga keperluan iaitu keperluan pencapaian (need of archievement), keperluan kuasa
(need for power) dan keperluan pertalian (need for affiliation). Teori keperluan McClelland menyatakan bahawa pencapaian,
kuasa dan perhubungan merupakan tiga keperluan penting yang boleh membantu menjelaskan motivasi seseorang. Keperluan
untuk pencapaian adalah dorongan untuk melebihi, memenuhi piawaian, dan berusaha untuk berjaya. Keperluan untuk kuasa
boleh membuat orang lain berkelakuan sedemikian rupa sehingga mereka tidak akan berkelakuan sebaliknya, dan keperluan untuk
hubungan adalah keinginan interpersonal yang mesra dan intim dalam persekitaran organisasi.
Keperluan pencapaian (need of archievement)
Dalam pembelajaran, sekiranya murid yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat biasanya berorientasikan hasil. Mereka
bermotivasi untuk terus menangani tugas yang mencabar namun boleh dicapai. Sebagai contoh mereka lebih suka akan projek
atau cabaran yang lebih mencabar, soalan yang lebih sukar sedikit daripada kemampuan yang sedia ada. Mereka akan cuba
menyelesaikan tugas atau projek dengan lebih baik daripada yang dijangkakan untuk menarik perhatian pencapaian mereka.
Pengiktirafan pencapaian mereka juga diutamakan contohnya pengiktirahan oleh guru dan rakan sekelas, kejayaan dalam
pertandingan ataupun dijadikan wakil dalam sekolah.
Murid juga berasa puas sekiranya jika mereka mendapat tugasan dengan tahap kesukaran yang sederhana. Mereka realistik untuk
bekerja dengannya. Sekiranya projek itu sepadan dengan kemahiran dan kebolehan mereka, mereka dapat menghabiskannya
dengan baik kerana mereka mahir.
Guru boleh memberikan projek tempoh panjang berdasarkan kemampuan murid. Contohnya PBL di mana murid diberikan masa
untuk mencari data, membuat pemerhatian dan menghasilkan hasilan. Hasilan yang baik boleh dijadikan wakil untuk menyertai
pertandingan. Keseronokan dan kepuasan hati sepanjang tempoh melengkapkan hasil berdasarkan matlamat sendiri sehingga
berjaya, memotivasikan murid untuk sering mencuba menerokai limit sendiri dan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.
Keperluan untuk kuasa pencapaian(need for power)
Keperluan untuk kuasa pencapaian pula,  murid  yang mempunyai keperluan kuasa yang tinggi didorong untuk mempunyai
pengaruh dan kuasa ke atas orang lain. Contohnya ketua kelas, ketua kumpulan, pengawas dan jawatan yang diberi oleh
guru.  Mereka seronok mempunyai kuasa dan dihormati oleh orang lain, mendorong mereka untuk mengejar pengiktirafan status.
Mereka juga berusaha untuk memenangi persaingan untuk mengawal dan ke atas. Walaupun kedengaran negatif, individu yang
mempunyai keperluan yang kuat untuk kuasa boleh mencetus motivasi sesama lain, mewujudkan keadaan persaingan yang positif.
Mereka amat sesuai untuk mengisi jawatan kepimpinan kerana mereka lebih mampu mengarahkan organisasi dan orang di
dalamnya ke arah matlamat berbanding murid yang  mempunyai dua keperluan yang lain. Malah, mereka berani mengambil risiko
tinggi asalkan mendapat pengiktirafan dan penghormatan orang lain.
 
Keperluan pertalian (need for affiliation).
Murid yang mempunyai keperluan pertalian yang kuat sangat menikmati membina dan membangunkan hubungan interpersonal.
Mereka sukakan persekitaran kerja yang mesra, di mana murid rapat antara satu sama lain. Mereka bermotivasi untuk menjadi
lebih baik, diterima dan disukai oleh orang lain.
Murid tersebut ini seronok menjadi sebahagian daripada pasukan kerana melaluinya, mereka boleh mewujudkan dan mengekalkan
hubungan sosial. Mereka lebih suka kerjasama daripada persaingan.
Kemudian, keperluan emosi yang tinggi menjadikan murid yang bermotivasi oleh gabungan memainkan peranan penting dalam
menyatukan ahli atau rakan sekerja dan membina sinergi bersama. Mereka boleh menjadi jambatan yang baik antara pekerja yang
bermotivasi kuasa dan pekerja yang bermotivasikan pencapaian. Mereka memainkan peranan yang penting mewujudkan suasana
pembelajaran yang mesra dan selesa. Walau bagaimanapun, mereka cenderung untuk meletakkan hubungan interpersonal yang
kuat di atas kemajuan dan pencapaian. Jadi, mereka boleh berhubung baik dengan orang tetapi prestasi mereka mungkin biasa-
biasa sahaja.
Guru boleh membimbing murid-murid tersebut menyertai aktiviti ko-kurikulum, menjawat jawatan dalam penubuhan persatuan,
menjadikan AJK bagi pesta-pesta seperti Pesta Tahun Baru Cina, Temasya sukan. Walaupun mereka mungkin lebih berkurangan
dari segi pimpinan, tetapi kemampuan mereka untuk saling mendorong, memotivasi, mewujudkan situasi bekerja yang baik
merupakan unsur yang amat dihargai dalam menyempurnakan sesuatu projek.
Akhir kata, setiap murid mempunyai cara bermotivasi dan keperluan masing-masing. Setiap murid mampu menggunakan kelebihan
mereka dalam pelbagai aspek.
 0 Comment

KALPANA A/P MARAYA4 hours ago


H.W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan
mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia
mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan
tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan  tersebut. Secara
ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke
arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana
keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik ( dalaman) dan motivasi ekstrinsik
( luaran).
 
Motivasi Intrinsik
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya
cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan
sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang
didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi intrinsik’.
Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin
tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan penghargaan kendiri. Dorongan dalaman ialah kesediaan
seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.
Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang
lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka
lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga
menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas
berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat atau pun
penilaian.
 Motivasi Ekstrinsik
Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah ‘motivasi ekstrinsik’. Ia
melibatkan ganjaran yang jelas dan nyata seperti memberi markah, gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan
dan sebagainya yang diberi untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik.
Motivasi luaran boleh menjadi kurang berkesan kerana matlamat penggunaannya mungkin disalah tafsirkan oleh pelajar. Ini
berlaku kerana pemberian ganjaran ditakuti menjadi fokus dan objektif pembelajaran pelajar yang sebenar.  Bagaimanapun
motivasi ektrinsik yang berbentuk sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan tetap berkesan kerana ianya boleh memberi
dorongan dan peneguhan positif yang memberangsangkan pelajar.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan
sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar.
Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha
pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang
pelajar.
 PENDEKATAN GURU MEMOTIVASIKAN PELAJAR
 1.      Ganjaran 
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai
bentuk ganjaran.  Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan
sebagainya. Seperti juga dengan saya. Saya sentiasa sediakan ganjaran seperti stiker dan alat tulis dalam PdPc saya. Ganjaran
seperti ini, sangat sesuai bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi
tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.  Insentif seperti ini berikan agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan
maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi
dalaman pelajar.
 2.      Tetapkan Matlamat
Saya mengajar Bahasa Melayu bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Saya memastikan agar setiap pelajar menetapkan matlamat bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu.  Kaedah ini akan diberikan perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu
merealisasikan matlamat masing-masing. 
 3.      Ambil Berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.  Memahami
adalah lebih baik dari menghukum.  Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau,  memberitahu kesilapan-kesilapan yang
pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai  suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan
pelajar.  Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab.  Sekiranya mereka
lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu
manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. 
            Hubungan diantara saya dan pelajar seperti kawan. Pelajar zaman kini amat berbeza dengan pelajar zaman dulu. Oleh itu,
saya menggunakan pelbagai kaedah unuk menarik perhatian pelajar terhadap mata pelajaran supaya tidak berasa bosan. Saya
sentiasa memberi dorongan kepada pelajar agar tidak mudah berputus asa. Saya juga sentiasa berbincang dengan murid tentang
masalah yang dihadapi oleh murid.
4.      Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.   Saya merangsang setiap pelajar untuk terlibat
dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu
dalam PdPc saya.  Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.  Oleh itu, melibatkan
setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah
mengangkat buku dan sebagainya.
Kesimpulannya, hubungan guru dan pelajar terjalin melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru harus mengamati
pengajaran dan pembelajaran dalam konteks menggunakan bahan-bahan yang membantu dalam pengajaran. Selain itu, guru juga
perlu sedar proses yang dialami sewaktu mengajar, iaitu elemen-elemen yang tersirat yang merangsang kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Motivasi dalam pembelajaran tidak boleh menyangkal kehadiran motivasi
ekstrinsik dan inrtinsik dalam mendekati motivasi manusia. Kedua-dua motivasi ini sangat penting dalam menggerakkan seseorang
pelajar untuk memenuhi objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru
 
 0 Comment
Teori yang mempunyai implikasi kepada aspek pembelajaran dalam meningkatkan motivasi pelajar adalah teori penetapan matlamat yang telah
diketengahkan oleh Edwin Locke. Teori ini mempunyai lima prinsip iaitu kejelasan matlamat, cabaran, komitmen, maklum balas dan kerumitan tugasan.
Seseorang pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas akan terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Semakin besar cabaran, semakin banyak
usaha diberikan dan motivasi untuk belajar juga lahir dalam diri kerana keinginan untuk belajar. Tindakan ini disertai dengan memberikan komitmen yang
tinggi terhadap apa yang ingin dilakukan. Pelajar akan memberikan tumpuan dan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan berserta dengan
semangat yang berterusan. Maklum balas dapat membantu pelajar untuk memahami bagaimana untuk mencapai matlamat dan juga untuk mengetahui sama
ada usaha yang telah dilakukan boleh diteruskan atau bersesuaian dengan matlamat. Terakhir adalah kerumitan tugasan. Semakin rumit tugasan yang ada,
semakin tinggi semangat pelajar itu untuk berusaha sehingga mencapai apa yang diinginkan.
Dengan mengaplikasikan teori penetapan matlamat ini, pelajar dapat meningkatkan motivasi dalam diri mereka. Sebagai seorang guru, diawal sesi
persekolahan saya akan mengadakan sesi suai kenal dengan pelajar. Mengenal latar belakang pelajar dan akan memastikan setiap pelajar mempunyai hala
tuju atau tujuan kenapa ingin belajar. Pelajar harus mempunyai kesedaran dan tahu tujuan kenapa mereka perlu belajar. Memberi suntikan semangat kepada
pelajar untuk terus berusaha dan bersemangat menghadapi tugasan-tugasan yang mencabar. Mengingatkan pelajar agar sentiasa mencabar diri mereka
untuk melakukan sesuatu. Bukan setakat bersemangat tetapi harus sentiasa mengingatkan pelajar bahawa komitmen dalam melakukan sesuatu itu sangat
penting agar boleh mencapai matlamat. Bukan sahaja di awal persekolahan tetapi sebelum kelas pnp dijalankan, suntikan motivasi akan diberikan agar
pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar. Selepas satu topik selesai, tugasan akan diberikan dan sudah tentu tugasan yang diberikan agak mencabar
(bersesuaian dengan aras penerimaan pelajar) dan memerlukan permikiran yang kritis tetapi masih boleh diselesaikan jika berusaha. Selain itu, maklum
balas juga diberikan dengan berbincang bersama bagaimana untuk mencapai matlamat. Apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat dan
berdasarkan daripada hasil tugasan yang sudah dilakukan, adakah usaha dan teknik menjawab yang digunakan bersesuaian dengan usaha dan tujuan untuk
mencapai matlamat.
<!--EndFragment-->
 
 0 Comment

MICHELLEE A/P SANDRA @ MATTHEWS SANDRA3 hours ago


Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada DR dan kawan-kawan,
Efikasi Kendiri menjadi pilihan saya. Ini adalah satu situasi sebenar yang berlaku di sekolah saya. Saya telah ditugaskan untuk menghantar murid ke
pertandingan pidato. Ada seorang murid tingkatan 3 berminat tetapi masalahnya dia risau dia akan gagap apabila berucap. Oleh itu, murid tersebut telah
memberitahu saya yang dia jadi begitu kerana tidak yakin dan takut. Untuk membina keyakinan pada dirinya, saya telah meminta murid tersebut mencari
tajuk yang dia rasa selesa untuk berhujah. Selepas itu, saya sentiasa minta dia bacakan teks tersebut kepada saya. Dengan cara ini, saya percaya ia dapat
meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Selain itu, saya juga sering memberikan kata-kata semangat supaya murid tersebut akan lebih bermotivasi untuk
mencuba. Bagi saya murid menang atau gagal bukan satu keutamaan malah saya sangat berharap mereka dapat menyertai sesuatu pertandingan dan dapat
menimba ilmu dan pengalaman. Hasil dari apa yang telah saya gunakan ini, murid itu dapat membina keyakinan dan dalam video yang telah kami hantar
murid tersebut tidak gagap. Murid itu juga berjaya merangkul Naib Johan untuk pidato dimana melayakkan dia untuk menyertai pidato spontan. Pada masa
ini juga saya telah menggunakan efikasi kendiri. Murid itu sekali lagi nampak lebih berkeyakinan dari kali pertama. Sudah sebulan berlalu, kami masih
menunggu keputusan pidato ini. Akhir kata, dengan kata-kata yang tepat dan betul kita boleh membina keyakinan dalam diri murid tersebut. Murid itu akan
lebih bersemangat apabila keyakinan dalam dirinya tinggi. Seseorang itu mampu mencapai kejayaan bila mempunyai keyakinan yang tinggi. Keyakinan
adalah asas kepada kejayaan. Oleh itu, efikasi kendiri sangat penting. Walaupun sekolah saya adalah kategori luar bandar tapi kami mampu merangkul
pencapaian Naib Johan untuk peringkat Selangor.  
Itu sahaja. Terima Kasih kerana sudi membaca.
 0 Comment

TIONG JIA YIN3 hours ago


Antara teori yang boleh diaplikasikan bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar adalah Teori Pelaziman Operant Skinner. Beliau membahagikan
tingkahlaku manusia kepada dua kategori, iaitu tingkahlaku individu bagi tingkahlaku hasil gerak balas terhadap alam sekitar dan tingkah laku operan bagi
tingkah laku hasil gerak balas yang dihasilkan oleh diri sendiri. Tingkahlaku operan mengandungi dua elemen penting iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017). Peneguhan Positif merupakan rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu
tingkahlaku. Misalnya, murid membantu guru untuk mengawal disiplin kelas, jadi saya akan memuji murid tersebut atas tingkah laku yang sepatutnya. Secara
tidak langsung, murid lain akan mengetahui bahawa tingkah laku tersebut adalah tingkah laku yang boleh dicontohi dan ditiru. Peneguhan ini berfungsi
sebagai ganjaran yang menggalakkan individu mengulangi tingkahlaku tertentu (McLeod, 2015). Dalam Peneguhan Negatif, Rangsangan yang dipindahkan
atau dihapuskan bertujuan untuk menguatkan tingkahlaku positif dikenali sebagai peneguhan negatif dalam Teori Pelaziman Operan Skinner (Sang, 2008;
Zhou & Brown, 2017). Peneguhan negatif ini berkaitan dengan memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya menghasilkan sesuatu yang baik (Khalim
Zainal, 2008). Misalnya, murid meniru semasa ujian PBD dijalankan. Saya akan memberi hukuman yang sepatutnya seperti bagi murid duduk sekali lagi ujian
atau menjumpa ibu bapa murid bagi membincangkan penyelesaian. Jadi, peneguhan negatif yang dibagi kepada murid adalah untuk mengurangkan sesuatu
perkara yang tidak diingini. 
Oleh itu, saya berpendapat bahawa Teori Pelaziman Operan Skinner adalah sesuai kepada murid atas kebebasan guru menggunakan peneguhan positif
atau peneguhan negatif. Melalui Teori tersebut, ganjaran dan hukuman akan diberi dengan melihat situasi tersebut. Secara tidak langsung, peraturan kelas
yang berdisipkin akan diwujudkan. 
 0 Comment

KAHLAI SELVEE A/P ARUMUGAM4 hours ago


H.W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965),  menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala
Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau
tiada minat terhadap tujuan  tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang
individu ke arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan
fisiologi atau psikologi yang timbul. Menurut Woolfolk (1990) motivasi dirujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat
serta tingkah laku manusia. Manakala Chaplin (1985) menyatakan bahawa angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalaman organisma
yang membangkitkan dan mengarahkan tingkah lakunya ke arah sesuatu matlamat. Vernon pula menjelaskan bahawa motivasi adalah tugasan yang
memerlukan inisiatif peribadi.
vasi mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran pelajar.
Seorang guru perlu dedikasi dan prihatin dengan kemahuan dan kehendak anak muridnya. Pertamanya, guru perlu mengambil tahu sama ada murid tersebut
telah memenuhi keperluan fisiologinya sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya cuba ambil tahu sekiranya murid yang belum
bersarapan kerana miskin dan ibu bapa tidak dapat menyediakan makanan untuk mereka. Jika ini ada berlaku, maka guru itu perlu berusaha untuk
membantu murid berkenaan. Antaranya, mungkin guru boleh mencadangkan murid tersebut untuk menerima bantuan dalam Rancangan Bantuan
Pemakanan Sekolah. Selain itu, guru memastikan murid mempunyai baju sekolah yang cukup terutamanya bagi golongan yang miskin. Guru boleh
mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG bagi membantu murid yang memerlukan bantuan tersebut.
Disamping itu, seseorang guru perlu fokus kepada aspek keselamatan murid. Aspek keselamatan merangkumi aspek fizikal dan psikologikal. Seorang guru
mesti pastikan murid berasa selamat apabila berada di dalam bilik darjah. Antaranya guru perlu pastikan bangunan fizikal sekolah dalam keadaan yang
selamat, peralatan di dalam bilik darjah seperti kerusi meja, kipas, dan lain-lain dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Di samping itu, murid juga
perlu berasa selamat dari segi psikologikalnya, misalnya tidak berasa terancam dan terganggu emosi dengan sikap guru yang terlalu tegas dan garang
sehingga murid berasa takut untuk mengikuti kelas guru tersebut.
Sebagai seorang guru, hendaklah sifat penyayang kepada murid kita. Guru bagaikan ibu dan bapa kepada murid di sekolah, luangkanlah lebih masa untuk
mendengar luahan hati mereka dan cuba membantu mereka seperti mana kita membantu anak sendiri. Sekiranya ada di antara murid yang melakukan
kesilapan, jangan kenakan dendaan dan hukuman sebelum kita mendengar dan menyiasat. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Yang lebih
penting ialah membimbing mereka dengan penuh kasih sayang supaya balik ke pangkal jalan.
Apabila murid kita menunjukkan perubahan yang positif atau melakukan sesuatu tingkah laku yang baik, guru hendaklah memuji mereka, biar mereka berasa
seperti peroleh kejayaan dan dihargai. Setiap murid suka dipuji, pujian daripada seorang guru yang tepat masa dan tempatnya, amat besar maknanya
kepada murid. Apabila anak-anak murid rasa dihargai, maka mereka akan bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih baik pada masa akan datang
(Eggen, P. & Ksuchak, D., 2001).
Menurut Maslow (1970), setiap manusia berupaya untuk mencapai kesempurnaan kendiri sekiranya tahap-tahap keperluan di bawah hierarki keperluan
dipenuhi. Dengan memuaskan keperluan fisiologi murid, menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk belajar, menabur kasih sayang kepada
mereka, dan biar mereka rasa dihargai, maka generasi-generasi muda akan berjaya mencapai ke tahap kesempurnaan kendiri.
 0 Comment

VANITA A/P RANGANADAN8 hours ago


Salam sejahtera Dr dan rakan-rakan sekalian.

Pada pandangan saya,  TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER B.F Skinner amat berkesan dalam aspek pembelajaran pelajar. Motivasi merupakan
elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Motivasi adalah keadaan dalaman sesorang yang membangkitkan, mengarah dan
tingkah laku secara berterusan. Motivasi bertindak sebagai agen yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar sebelum dipengaruhi oleh tingkah laku
pelajar.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER B.F Skinner berpendapat bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk
perlakuan kompleks daripada perlakuan yang mudah. B.F. Skinner berpendapat , bahawa motivasi pelajar sangat ditentukan oleh persekitarannya. Pelajar
akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar dapat memberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar. Guru harus mengatur
persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana sehingga pelajar termotivasi untuk belajar.
Menurut Skinner(1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperlakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberi peneguhan
sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin
(1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
 Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi
pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual
dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negative.

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan.
Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Kita juga boleh
mengaplikasikan teori ini bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar kita di dalam kelas.
 0 Comment
ADHA BINTI SULAIMAN11 hours ago
Assalamualaikum Dr dan salam sejahtera rakan-rakan. Teori motivasi yang mempunyai implikasi terhadap aspek pembelajaran murid-murid ialah Teori
Pelaziman Operan oleh B.F Skinner yang menggunakan konsep peneguhan (ganjaran) dan dendaan. Menurut B.F Skinner, proses pembelajaran murid
terhasil daripada peneguhan dan dendaan yang diberikan oleh guru terhadap tingkah laku murid. Peneguhan akan menggalakkan tingkah laku yang
diinginkan daripada murid dan memotivasikan murid untuk mengulang tingkah laku tersebut pada masa hadapan. Sebaliknya, dendaan akan mengurangkan
tingkah laku yang tidak diinginkan daripada murid.
Berdasarkan teori Pelaziman Operan B.F Skinner ini terdapat dua jenis peneguhan dan dendaan yang boleh diberikan oleh guru iaitu positif dan negatif.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu yang disenangi oleh murid-murid bagi menggalakkan tingkah laku manakala peneguhan negatif ialah
menghapuskan sesuatu yang tidak disenangi murid bagi menggalakkan lagi tingkah laku yang diinginkan. Dendaan positif pula memberikan sesuatu yang
tidak disenangi oleh murid bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak diinginkan manakala dendaan negatif pula ialah menghapuskan sesuatu yang
disenangi murid untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diinginkan.
              Guru boleh mengaplikasi teori ini untuk meningkatkan motivasi murid dengan mewujudkan sistem kad ganjaran di dalam bilik darjah. Kad ganjaran
digunakan untuk mengumpul pelekat yang diperoleh murid bagi setiap tingkah laku yang baik dalam bilik darjah. Pelekat yang diberikan bukan hadiah yang
menjadi ganjaran kepada murid tetapi berfungsi sebagai rekod amalan baik murid. Hadiah atau ganjaran pula diberikan setelah murid mencapai jumlah
kutipan pelekat terbanyak dalam tempoh waktu tertentu. Contohnya, murid yang berjaya mengumpul pelekat terbanyak dalam minggu tersebut akan
mendapat hadiah sebagai peneguhan positif daripada guru.
Dalam pada itu, guru boleh berbincang dengan murid-murid dalam kelas hadiah yang mereka inginkan jika berjaya mengumpul pelekat dengan jumlah
tertentu. Hal ini bagi memastikan hadiah yang diberikan oleh guru sesuai dengan keperluan murid dan dapat memotivasikan murid untuk mendapatkannya.
Namun begitu, guru perlu memainkan peranan untuk memastikan hadiah yang ditetapkan bersama-sama murid merupakan hadiah yang bermanfaat untuk
pembelajaran murid.
Bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak diinginkan pula. Guru boleh mengaplikasikan teori Pelaziman Operan ini dengan menetapkan peraturan yang
perlu dipatuhi murid dalam kelas. Setiap peraturan yang disenaraikan perlu mempunyai akibat pelanggaran peraturan sebagai dendaan kepada murid. Akibat
pelanggaran peraturan boleh dibincangkan bersama-sama murid supaya murid mempunyai rasa tanggungjawab terhadap peraturan dan akibat
pelanggarannya yang telah ditetapkan bersama-sama. Contohnya, murid yang mengganggu rakan sehingga menyebabkan kecederaan akan dibatalkan
pelekat amalan baik. Hal ini akan menyebabkan kelayakan murid untuk menerima hadiah daripada guru berkurangan. Situasi ini dijelaskan dalam teori
Pelaziman Operan sebagai dendaan negatif kerana menghapuskan perkara yang disenangi murid untuk mengurangkan tingkah laku tidak diingikan.
Hasil daripada aplikasi teori Pelaziman Operan yang direalisasikan dengan menggunakan sistem kad ganjaran dalam bilik darjah, disiplin murid-murid dalam
bilik darjah menjadi lebih terkawal. Bukan itu sahaja, penglibatan murid-murid terhadap aktiviti PdPc juga semakin aktif. Hal ini menunjukkan aplikasi Teori
Pelaziman Operan dapat meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran.
 
Contoh Kad Ganjaran Murid
 0 Comment

NA'IMULLAH BIN NAZARI14 hours ago


Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah kebangsaan di mana usia murid adalah dalam lingkungan tujuh hingga dua belas tahun, toeri atribusi
oleh Weiner amat bersesuaian untuk diaplikasikan kepada murid bagi meningkatkan motivasi mereka. Hal ini kerana, teori dapat memberikan gambaran jelas
dan konkrit kepada murid untuk meningkatkan motivasi mereka dalam mengejar matlamat terutama dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
mereka. Sememangnya, gambaran yang jelas dan konkrit dalam mencapai matlamat amat bersesuaian dengan murid dalam lingkungan usia tersebut
berdasarkan Skinner dan Pavlov.
                Sebagai pengenalan, teori atribusi (Weiner) ini menjelaskan mengenai proses bagaimana kita menentukan penyebab dan motif tentang tingkah
laku seseorang. Teori ini juga menjelaskan bahawa tindakan dan usaha seseorang individu adalah berdasarkan persepsi kognitif dan pemikiran mereka.
Maksudnya, jika seseorang individu berfikiran positif, maka tindakan serta usaha mereka akan lebih bermotivasi. Manakala, apabila mereka berfikiran negetif,
maka tindakan mereka menjadi sambil lewa. Oleh yang demikian, perkara ini wajar di tanam dalam minda atau pemikiran murid-murid bahawa mereka boleh
berjaya supaya tindakan serta usaha mereka termotivasi untuk berjaya.
                Selain itu, Teori ini memperlihatkan kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman di mana murid berjaya atau gagal
adalah bergantung kepada diri sendiri atau faktor persekitaran. Secara tidak langsung murid akan mendapat satu gambaran bahawa jika mereka berusaha,
maka mereka akan berjaya. Sebagai contoh, apabila mereka balajar bersungguh-sungguh, mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang atau jika
mereka rajin melakukan latihan sukan, maka mereka akan menang dalam pertandingan sukan tersebut. Maka, guru memainkan peranan penting dalam
membentuk pemikiran murid berteraskan teori atribusi.
                Persoalannya, apakah peranan sebenar seorang guru dalam mengaplikasikan teori atribusi ini kepada murid? Berdasarkan kajian Aswad (2019),
terdapat beberapa tindakan yang boleh di ambil bagi menerapkan pemikiran positif dalam proses memotivasikan murid. Antaranya, guru boleh
menggalakkkan murid untuk rajin berusaha dan beranggapan mereka boleh berjaya. Selain itu, guru membantu murid faham bahawa setiap tindakkan atau
tingkah laku mereka akan membawa mereka kepada kejayaan atau kegagalan kelak. Kemudian, guru harus meransang konsep kendiri murid dan sentiasa
berfokus kepada usaha gigih sebagai faktor ke arah kejayaan. Akhir sekali, murid perlu dirangsang untuk melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan
kumpulan, aktiviti luar, interaksi antara murid dan saling membantu.
                Tuntasnya, teori atribusi sebenarnya telah lama diamalkan di setiap institusi di Malaysia. Namun, peredaran zaman kini telah mengakibatkan
kelompongan dalam minda anak-anak untuk berjaya. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketagihan gadjet dan lain-lain sehingga murid
beranggapan bahawa tidak berusaha untuk belajar tetap boleh kaya dan terkenal dengan memuat naik video-video dilaman sosial.

Salam sejahtera Dr dan rakan-rakan sekalian.


Satu teori motivasi yang menarik perhatian saya sebagai seorang pendidik dalam meningkatkan motivasi dalam kalangan murid iaitu Teori Hierarki
Keperluan Maslow. Dalam teori ini, banyak aspek yang boleh kita gunakan untuk membantu murid agar terus bersemangat dalam menimba ilmu. Dalam
setiap peringkat teori Hierarki Keperluan Maslow ini, peringkat bawah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai peringkat yang lebih tinggi.
Apabila dikaitkan dengan motivasi murid, peringkat pertama yang perlu dipenuhi iaitu keperluan fisiologi yang mana merupakan keperluan yang paling asas
dan wajib ada dalam setiap individu. Di sekolah misalnya, keperluan seperti makanan dan minuman disediakan oleh pihak kantin yang dilantik oleh sekolah
agar murid tidak kelaparan semasa berada di sekolah. Kadang kala persekitaran kantin yang bersih dan juadah yang pelbagai mampu menarik murid untuk
belajar bersama-sama dengan rakan-rakan di kawasan kantin apabila terdapat masa terluang atau pertukaran sesi pembelajaran pagi dan petang.
Peringkat seterusnya pula ialah keperluan keselamatan. Murid akan berasa gembira dan selesa datang ke sekolah sekiranya keselamatan mereka terjamin
dalam segala aspek. Contohnya bebas daripada kes buli, ejekan kawan-kawan, keselamatan semasa balik ke sekolah dan sebagainya. Pengawal
keselamatan yang dilantik mampu memberi keyakinan kepada pihak ibu bapa terutamanya masa murid datang ke sekolah dan masa pulang ke rumah
kerana pengawal akan mengawal lalu lintas di jalan raya. Selain daripada tu, apabila murid berada di kawasan sekolah, guru merupakan individu yang
sentiasa memastikan keselamatan murid diutamakan terlebih dahulu.
Peringkat ketiga pula iaitu keperluan sosial. Murid akan selalu hadir ke sekolah sekiranya mereka disayangi bukan sahaja oleh guru-guru tetapi rakan-rakan
yang lain. Perasaan dikasihi mampu memberi semangat kepada murid kerana mereka dianggap penting dalam persekitaran sekolah. Guru harus
mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan murid dan antara murid-murid itu sendiri seperti menerapkan sikap hormat menghormati antara satu
dengan yang lain.
Peringkat yang keempat pula adalah keperluan penghargaan. Guru harus memberikan penghargaan dan pujian kepada murid apabila melakukan sesuatu
hal yang baik atau memperoleh kejayaan yang mampu membanggakan sekolah. Penghargaan berbentuk hadiah, sijil, wang tunai ataupun pujian di hadapan
rakan-rakan dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha mencapai matlamat dalam hidup. Malahan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut menyumbang kepada kemenjadiaan murid apabila guru-guru di sekolah mengisi
amalan terbaik yang dilakukan oleh murid.
Akhir sekali keperluan kesempurnaan kendiri. Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam Hierarki Keperluan Maslow yang mana hanya diperolehi
apabila semua keperluan peringkat bawah itu dipenuhi. Dari konteks sekolah, guru harus membantu menyuburkan minat, mengasah bakat dan juga
kebolehan murid supaya menjadi pembimbing atau fasilitator kepada rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran
dapat ditingkatkan malahan memberi impak kepada semua pihak. 

 0 Comment

MOHD AMAR IZZAT BIN MOHD RAZALIa day ago


TEORI MOTIVASI McCLELLAND
Motivasi merupakan rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan bagi mengelakkan kegagalan hidup. Motivasi juga turut memainkan peranan
penting dalam bidang pendidikan. Ini kerana guru dan murid memerlukan motivasi untuk menggerakkan dirinya bagi mencapai kualiti kerja atau kejayaan
yang lebih cemerlang. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan ntuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam
kehidupan.
Justeru itu, bagi mencapai implikasi pembelajaran yang berkesan bagi murid, teori motivasi McClelland sesuai untuk dijadikan asas teori motivasi bagi para
pelajar. Menurut Azizi et al.(t.t), McClelland (1978), mengatakan bahawa motivasi individu akan meningkat jika pertama, apabila dia dimotivasikan. Kedua,
memahami unsur-unsur motivasi. Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha tersebut. Hal ni secara tidak langsung, menjelaskan proses motivasi itu
bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan menerima.
Sebagai seorang pelajar, keinginan untuk meraih prestasi yang cemerlang itu amatlah diharapkan, apatah lagi setelah menempuhi pelbagai rintangan dan
cabaran untuk mencapainya. Menerusi teori ini, semakin tinggi prestasi yang diinginkan, semakin keras usaha yang harus ditonjolkan. Dalam hal ini,
McClelland menggembangkan suatu bentuk motivasi iaitu motivasi berprestasi. Motivasi ini diperoleh oleh seseorang sejak kecil dan terus dikembangkan
pada saat seseorang itu meningkat dewasa. (Ridho, 2020).
Menurut Muhammad Ridho (2020), pentingnya berprestasi akan mewujudkan sikap positif bagi manusia. Dengan itu, secara tidak langsung, ia akan selalu
menerima dengan tenang atau dapat menerima nasihat bagi meningkatkan prestasinya. Menurutnya lagi, McClelland menjelaskan sikap seseorang apabila
mengaplikasikan teori ini iaitu antaranya melakukan suatu pekerjaan dengan baik, kecenderungan dalam mengatur tujuan dengan baik dan akan
melaksanakan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah.
Secara kesimpulannya teori motivasi McClelland ini dipilih adalah kerana ia mudah untuk diaplikasikan kepada para pelajar. Hasil dorongan dan semangat
yang kuat  dalam diri pelajar dapat menghasilkan sesuatu yang mereka ingin capai. Kazirul (2019) dan Azizi et al. (t.t) berpendapat bahawa teori ini
menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika didorong dalam memperoleh sesuatu hasil yang didingni. Semua motivasi tersebut tidak hanya dirasai oleh
murid- murid sahaja melainkan guru dan pihak yang terlibat dalam pendidikan juga dapat merasakan manfaatnya. Oleh itu, motivasi dapat menjadi
pendorong seseorang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan. 
 0 Comment

LUM WEI XINa day ago


Saya berpendapat the achievement motivation theory yang dari McClelland amat berkesan dalam aspek pembelajaran pelajar.
Mengenai pengertian motivasi, sesetengah ahli psikologi merujuk kepada motivasi sebagai konstruk hipotetikal yang digunakan untuk menerangkan
keinginan, arah, intensiti, dan kegigihan tingkah laku yang diarahkan matlamat. Motivasi merangkumi konsep, seperti keperluan untuk pencapaian, keperluan
untuk pertalian, tabiat, dan rasa ingin tahu seseorang tentang sesuatu.
Jika dilihat dari sumber kemunculannya, motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
1. Motivasi intrinsik berasal dari rangsangan dari dalam atau tidak memerlukan rangsangan luar kerana rangsangan dari dalam individu, kerana ia sesuai
dengan keperluannya.  
2. Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang timbul kerana rangsangan dari luar individu, contohnya seseorang yang menyertai pertandingan kerana ingin
menjadi pemenang pertama. Jadi keinginan untuk menjadi juara adalah faktor yang datang dari luar individu.
Teori McClelland memfokuskan kepada tiga keperluan iaitu keperluan pencapaian (need of archievement), keperluan kuasa (need for power) dan
keperluan pertalian (need for affiliation). Teori keperluan McClelland menyatakan bahawa pencapaian, kuasa dan perhubungan merupakan tiga keperluan
penting yang boleh membantu menjelaskan motivasi seseorang. Keperluan untuk pencapaian adalah dorongan untuk melebihi, memenuhi piawaian, dan
berusaha untuk berjaya. Keperluan untuk kuasa boleh membuat orang lain berkelakuan sedemikian rupa sehingga mereka tidak akan berkelakuan
sebaliknya, dan keperluan untuk hubungan adalah keinginan interpersonal yang mesra dan intim dalam persekitaran organisasi.
Keperluan pencapaian (need of archievement)
Dalam pembelajaran, sekiranya murid yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat biasanya berorientasikan hasil. Mereka bermotivasi untuk terus
menangani tugas yang mencabar namun boleh dicapai. Sebagai contoh mereka lebih suka akan projek atau cabaran yang lebih mencabar, soalan yang lebih
sukar sedikit daripada kemampuan yang sedia ada. Mereka akan cuba menyelesaikan tugas atau projek dengan lebih baik daripada yang dijangkakan untuk
menarik perhatian pencapaian mereka. Pengiktirafan pencapaian mereka juga diutamakan contohnya pengiktirahan oleh guru dan rakan sekelas, kejayaan
dalam pertandingan ataupun dijadikan wakil dalam sekolah.
Murid juga berasa puas sekiranya jika mereka mendapat tugasan dengan tahap kesukaran yang sederhana. Mereka realistik untuk bekerja dengannya.
Sekiranya projek itu sepadan dengan kemahiran dan kebolehan mereka, mereka dapat menghabiskannya dengan baik kerana mereka mahir.
Guru boleh memberikan projek tempoh panjang berdasarkan kemampuan murid. Contohnya PBL di mana murid diberikan masa untuk mencari data,
membuat pemerhatian dan menghasilkan hasilan. Hasilan yang baik boleh dijadikan wakil untuk menyertai pertandingan. Keseronokan dan kepuasan hati
sepanjang tempoh melengkapkan hasil berdasarkan matlamat sendiri sehingga berjaya, memotivasikan murid untuk sering mencuba menerokai limit sendiri
dan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.
Keperluan untuk kuasa pencapaian(need for power)
Keperluan untuk kuasa pencapaian pula,  murid  yang mempunyai keperluan kuasa yang tinggi didorong untuk mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas
orang lain. Contohnya ketua kelas, ketua kumpulan, pengawas dan jawatan yang diberi oleh guru.  Mereka seronok mempunyai kuasa dan dihormati oleh
orang lain, mendorong mereka untuk mengejar pengiktirafan status. Mereka juga berusaha untuk memenangi persaingan untuk mengawal dan ke atas.
Walaupun kedengaran negatif, individu yang mempunyai keperluan yang kuat untuk kuasa boleh mencetus motivasi sesama lain, mewujudkan keadaan
persaingan yang positif. Mereka amat sesuai untuk mengisi jawatan kepimpinan kerana mereka lebih mampu mengarahkan organisasi dan orang di
dalamnya ke arah matlamat berbanding murid yang  mempunyai dua keperluan yang lain. Malah, mereka berani mengambil risiko tinggi asalkan mendapat
pengiktirafan dan penghormatan orang lain.
 
Keperluan pertalian (need for affiliation).
Murid yang mempunyai keperluan pertalian yang kuat sangat menikmati membina dan membangunkan hubungan interpersonal. Mereka sukakan
persekitaran kerja yang mesra, di mana murid rapat antara satu sama lain. Mereka bermotivasi untuk menjadi lebih baik, diterima dan disukai oleh orang lain.
Murid tersebut ini seronok menjadi sebahagian daripada pasukan kerana melaluinya, mereka boleh mewujudkan dan mengekalkan hubungan sosial. Mereka
lebih suka kerjasama daripada persaingan.
Kemudian, keperluan emosi yang tinggi menjadikan murid yang bermotivasi oleh gabungan memainkan peranan penting dalam menyatukan ahli atau rakan
sekerja dan membina sinergi bersama. Mereka boleh menjadi jambatan yang baik antara pekerja yang bermotivasi kuasa dan pekerja yang bermotivasikan
pencapaian. Mereka memainkan peranan yang penting mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra dan selesa. Walau bagaimanapun, mereka
cenderung untuk meletakkan hubungan interpersonal yang kuat di atas kemajuan dan pencapaian. Jadi, mereka boleh berhubung baik dengan orang tetapi
prestasi mereka mungkin biasa-biasa sahaja.
Guru boleh membimbing murid-murid tersebut menyertai aktiviti ko-kurikulum, menjawat jawatan dalam penubuhan persatuan, menjadikan AJK bagi pesta-
pesta seperti Pesta Tahun Baru Cina, Temasya sukan. Walaupun mereka mungkin lebih berkurangan dari segi pimpinan, tetapi kemampuan mereka untuk
saling mendorong, memotivasi, mewujudkan situasi bekerja yang baik merupakan unsur yang amat dihargai dalam menyempurnakan sesuatu projek.
Akhir kata, setiap murid mempunyai cara bermotivasi dan keperluan masing-masing. Setiap murid mampu menggunakan kelebihan mereka dalam pelbagai
aspek.
 0 Comment

KALPANA A/P MARAYAa day ago


H.W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala
Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau
tiada minat terhadap tujuan  tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang
individu ke arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan
fisiologi atau psikologi yang timbul.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik ( dalaman) dan motivasi ekstrinsik
( luaran).
 
Motivasi Intrinsik
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang
timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya
supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi intrinsik’.
Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu
perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan
keperluan penghargaan kendiri. Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya
berasa seronok dan puas hati.
Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan
sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang
membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat
maklumat atau pun penilaian.
 Motivasi Ekstrinsik
Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah ‘motivasi ekstrinsik’. Ia melibatkan ganjaran yang jelas
dan nyata seperti memberi markah, gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan sebagainya yang diberi untuk sesuatu pencapaian
prestasi yang baik.
Motivasi luaran boleh menjadi kurang berkesan kerana matlamat penggunaannya mungkin disalah tafsirkan oleh pelajar. Ini berlaku kerana pemberian
ganjaran ditakuti menjadi fokus dan objektif pembelajaran pelajar yang sebenar.  Bagaimanapun motivasi ektrinsik yang berbentuk sederhana seperti
memberi pujian dan penghargaan tetap berkesan kerana ianya boleh memberi dorongan dan peneguhan positif yang memberangsangkan pelajar.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik
diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang
kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan
menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang
pelajar.
 PENDEKATAN GURU MEMOTIVASIKAN PELAJAR
 1.      Ganjaran 
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran.  Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Seperti juga dengan saya. Saya sentiasa sediakan
ganjaran seperti stiker dan alat tulis dalam PdPc saya. Ganjaran seperti ini, sangat sesuai bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Ganjaran bukan sahaja diberikan
terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.  Insentif seperti ini berikan agar pelajar berusaha untuk menguasai
pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman
pelajar.
 2.      Tetapkan Matlamat
Saya mengajar Bahasa Melayu bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Saya memastikan agar setiap pelajar menetapkan matlamat bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.  Kaedah ini akan diberikan perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. 
 3.      Ambil Berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.  Memahami adalah lebih baik dari
menghukum.  Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau,  memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai  suatu
teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar.  Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan
saling bertanggungjawab.  Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan
kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. 
            Hubungan diantara saya dan pelajar seperti kawan. Pelajar zaman kini amat berbeza dengan pelajar zaman dulu. Oleh itu, saya menggunakan
pelbagai kaedah unuk menarik perhatian pelajar terhadap mata pelajaran supaya tidak berasa bosan. Saya sentiasa memberi dorongan kepada pelajar agar
tidak mudah berputus asa. Saya juga sentiasa berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi oleh murid.
4.      Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.   Saya merangsang setiap pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu dalam PdPc saya.  Pelajar akan lebih bermotivasi
apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.  Oleh itu, melibatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan,
mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.
Kesimpulannya, hubungan guru dan pelajar terjalin melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru harus mengamati pengajaran dan
pembelajaran dalam konteks menggunakan bahan-bahan yang membantu dalam pengajaran. Selain itu, guru juga perlu sedar proses yang dialami sewaktu
mengajar, iaitu elemen-elemen yang tersirat yang merangsang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Motivasi dalam
pembelajaran tidak boleh menyangkal kehadiran motivasi ekstrinsik dan inrtinsik dalam mendekati motivasi manusia. Kedua-dua motivasi ini sangat penting
dalam menggerakkan seseorang pelajar untuk memenuhi objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru

Anda mungkin juga menyukai