Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN

KONSEP KENDIRI
KONSEP KENDIRI POSITIF
•  Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian
seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara
positif atau negatif.

•  Konsep kendiri seseorang terbina melalui pengalaman


yang dilalui dan pencapaian seseorang sepanjang
hidupnya.

•  Setiap individu berkembang melalui peringkat-peringkat,


pengalaman yang dilalui oleh seseorang semasa bekerja
dan bersosial serta persekitaran yang menyokong dalam
mempengaruhi pembentukan kendiri yang positif.

•  Seseorang yang menyedari tentang konsep kendirinya, akan
berusaha untuk mengekalkannya kerana ia akan membantu
seseorang untuk memahami dirinya dan hubungannya dengan
persekitaran.

•  Kesedaran mengenai konsep kendiri akan membantu individu


membentuk harga diri.

•  Untuk membina konsep kendiri seseorang juga perlu


menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri
seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.


Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri
positif

•  Sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian
yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil
apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan
mahupun kegagalan.

•  Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu
bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat
dengan individu tersebut seperti pujian dan penghargaan.

•  Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan
yang baik daripada ibu bapa dan keluarga tidak akan berasa
kekurangan dan kekosongan dalam hidupnya kerana
sentiasa di hargai.
Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri
negatif

•  Konsep kendiri yang negatif lahir daripada
kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian
daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa
yang lain.

•  Wujudnya perasaan tidak dipunyai serta
kekurangan dalam diri individu tersebut yang
akhirnya akan membentuk konsep kendiri yang
negatif.


•  Kedudukan sosioekonomi yang rendah juga
merupakan punca yang menyebabkan terbentuknya
konsep kendiri yang negatif.

•  Individu tersebut akan berasa rendah diri kerana


keperluan dan kehendaknya tidak dapat dipenuhi.
KEPENTINGAN KONSEP KENDIRI POSITIF

•  Mempengaruhi kejayaan seseorang

•  Dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik

•  Meningkatkan prestasi akademik dan pembentukan
tingkah laku yang baik

•  Asas kepada kepimpinan yang berkesan

•  Menghadapi cabaran dengan penuh semangat


BELAJAR TERUS BELAJAR

DR. NORLIZA ABDUL MAJID
UPSI/2022

Anda mungkin juga menyukai