Anda di halaman 1dari 19

Keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu.

Konsep Kendiri

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekitaran.

Jenis Konsep Kendiri

Konsep Kendiri Positif

Konsep Kendiri Negatif

Bebas membuat pilihan dan keputusan Mudah berkawan Bertanggungjawab

Pemurah

Menghargai

Ciri Konsep Kendiri Positif

Bangga dengan kejayaan yang dicapai

Menghadapi cabaran dengan penuh semangat

Boleh mempengaruhi orang lain

Selalu merasa gembira

Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan

Ciri Konsep Kendiri Positif


# Mempunyai penerimaan kendiri.

# Mempunyai kefahaman tentang diri sendiri.


# Stabil dan mempunyai ruang untuk menerima dirinya samada positif atau negatif. # Memahami dan menerima pelbagai fakta tentang dirinya. # Menetapkan matlamat dan tujuan yang sesuai dengan kebolehan kendirinya. # Menghasilkan beberapa ciri tingkahlaku yang menunjukkan keperibadian yang tinggi.

Bebas Membuat Pilihan Dan Keputusan


Jarang berdepan dengan dilema atau masalah dalam membuat sebarang pilihan atau keputusan. Tidak teragak-agak dalam membuat keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan atau desakan keluarga.

Bertanggungjawab
Mempunyai tanggungjawab terhadap orang orang di sisi dan perkara yang berlaku di persekitaran. Bertanggungjawab ke atas tingkahlaku dan disiplin diri-sendiri.

Bangga Dengan Kejayaan Yang Dicapai


Mempunyai hala tuju dan matlamat yang realistik. Menghadapi Cabaran Dengan Penuh Semangat Mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi. Percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup.

Selalu Merasa Gembira


Selalu kelihatan riang dan gembira. Tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi.

Boleh Bertolak Ansur dengan Kekecewaan


Kegagalan dan kekecewaan yang dihadapi dapat diterima dengan hati yang terbuka. Tidak merasa kesal atau berputus asa . Kegagalan akan memberi semangat baru untuk terus mencuba.

Boleh Mempengaruhi Orang Lain


Ciri ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira akan membantu individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain. Dapat mempengaruhi orang lain dalam usaha mendapat tempat di kalangan masyarakat atau membuat keputusan.

Menghargai
Menghargai diri sendiri dan orang lain. Membentuk sikap menghargai kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan dalam pada masa yang sama mempu menghargai orang lain. Penghargaan kepada orang lain di persekitaran seperti memberi pujian, penghormatan akan menambahkan pengaruh kerana orang yang diberi penghargaan akan dihargai dan diambil berat.

Pemurah
Suka membantu orang lain. Merasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan dan membantu menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.

Mudah berkawan
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati

senang kawan dan disenangi oleh orang di persekitaran.


Sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampingi mereka.

Kesimpulannya
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Masyarakat juga senang menerima kehadiran mereka dengan sikap positif yang ditunjukkan.

Ciri Konsep Kendiri Negatif


Tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang dirinya. Kurang mempercayai diri mereka sendiri dan ragu-ragu dalam menyatakan pendapat atau idea. Hanya mengenali sebahagian kecil daripada dirinya sahaja. Membuat jangkaan prestasi yang tidak realistik dan penghargaan kendiri yang rendah.

Konsep Kendiri Negatif

Melibatkan pandangan individu terhadap dirinya yang tidak teratur, tidak mantap serta tidak menampakkan pembinaan diri yang sempurna

Konsep kendiri negatif yang stabil akibat daripada pengaruh persekitaran atau asuhan.

Antaranya faktor yang menyebabkan terbentuknya konsep kendiri negatif :


Pengaruh sebaran am ( rancangan televisyen) Pengaruh iklan yang menunjukkan unsurunsur negatif budaya barat Pengaruh daripada persekitaran ( ibu bapa, guru, rakan sebaya, masyarakat) yang tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak. Melemparkan kritikan dan komen yang tidak wajar kepada kanak-kanak.

Selalu meminta pertolongan Mudah tersinggung dan merajuk Murung dan sering tertekan Selalu memberi kritikan atau komen yang menyinggung Selalu rasa tidak puas hati

Tidak sukakan cabaran

Ciri Individu Yang Konsep Kendiri Negatif

Bersikap pasif

Selalu beranganangan dan risau tentang pelbagai perkara Menagih simpati

Keyakinan diri yang rendah Mementingkan diri sendiri

Menyalahkan orang lain

Faktor faktor yang membentuk konsep positif atau negatif


Peranan guru dalam perkembangan kendiri murid
Kanak kanak perlu diberi peluang untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat. Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat

membantu guru mengenalpasti kebolehan dan minat


mereka.

Guru perlu menjadi model yang terbaik dalam mencerminkan sifat-sifat dan ciri-ciri konsep kendiri yang positif kepada murid-murid. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan muridnya. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan kebolehan serta membimbing murid yang ketinggalan. Guru perlulah melancarkan aktiviti luar bilik darjah seperti gerak kerja ko kurikulum.

Kesimpulannya
Ibu bapa perlu memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak serta membimbing dan menasihati mereka supaya kanak-kanak merasakan diri mereka berkebolehan dan berkeyakinan serta membina watak kanak-kanak yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai