Anda di halaman 1dari 33

Konsep Kendiri

Pengertian konsep kendiri


Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personality seseorang individu. Ia bermaksud bagaimana pendapat dan tanggapan seseorang terhadap dirinya. Pendapat dan tanggapan itu adalah berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Pendapat ini juga bersandarkan maklumat yang diterima daripada orang lain di sepanjang pergaulan, hubungan atau aktiviti yang dilakukan bersama.

Carl Rogers (1950)


Beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suati gambaran persepsi seseorang tentang ciriciri dan kebolehannya, juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekitarannya. Nilai-nilai diri yang dilihat adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah dilalui dan matlamat hidup jangka masa depan. Ia mempunyai kedua-dua nilai; positif dan negatif.

Jenis konsep kendiri


terbahagi kepada dua jenis iaitu : konsep kendiri positif konsep kendiri negatif.

Individu yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai kelakuan dan tingkahlaku yang baik dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif memiliki tingkahlaku yang tidak disenangi oleh orang lain.

Ciri konsep kendiri positif


Individu yang berkonsep kendiri positif mempunyai penerimaan kendiri dan mempunyai kefahaman tentang diri sendiri. Konsep kendiri yang positif adalah stabil dan mempunyai ruang untuk menerima dirinya samada positif atau negatif. Seseorang yang berkonsep kendiri positif boleh memahami dan menerima pelbagai fakta tentang dirinya.

sambungan

Sebagai contoh: Saya seorang pelajar yang komited tetapi saya agak sukar mengawal emosi marah saya. Saya seorang yang peramah dan suka bergaul tetapi ada ketikanya saya cepat iri hati dengan kelebihan orang lain. Individu jenis ini dapat menerima semua fakta tentang dirinya tanpa menjadikan fakta tersebut sebagai ancaman terhadap dirinya. Individu yang berkonsep kendiri positif menetapkan matlamat dan tujuan yang sesuai dengan kebolehan kendirinya.

Ciri-ciri konsep kendiri yang positif


Bebas membuat pilihan dan keputusan
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Mereka jarang berdepan dengan dilemma atau masalah dalam membuat sebarang pilihan atau keputusan. Mereka tidak teragak-agak dalam membuat keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan atau desakan keluarga.

Bertanggungjawab
Konsep kendiri yang positif akan membuatkan individu bertanggungajwab di atas segala tingkahlakunya. Sekiranya dia melakukan sesuatu kesilapan, dia akan mengakui kesilapan itu ataupun dia mempunyai tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di persekitarannya. Sebagai contoh: seorang murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif merasa bertanggjawab untuk menjaga disiplin diri dan membantu rakan yang lemah semasa ketiadaan guru.

Bangga dengan kejayaan yang dicapai


Salah satu ciri konsep kendiri yang positif ialah individu tersebut berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Mereka mempunyai hala tuju dan matlamat yang realistik. Oleh itu sekiranya mereka beroleh kejayaan, mereka akn bersyukur dan berbangga di atas kejayaan tersebut.

Menghadapi cabaran dengan penuh bersemangat


Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi. Apabila berdepan dengan sebarang cabaran, mereka akan menghadapinya dengan penuh bersemangat. Mereka percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus Berjaya dalam hidup.

Selalu merasa gembira


Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan selalu kelihatan riang dan gembira. Walaupun mereka mempunyai masalah, mereka pandai menyembunyikan masalah tersebut. Mereka tidak pernah mengeluh dan mengganggap masalh tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Sekiranya tidak, mereka akan merujuk kepada orang yang boleh dipercayai dan memahami diri mereka untuk bantuan nasihat.

Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan


Konsep kendiri yang positif yang dimiliki akan membantu individu menangani kekecewaan yang dihadapinya. Kegagalan dan kekecewaan yang dihadapi dapat diterima dengan hati yang terbuka dan mereka tidak merasa kesal atau berputus asa. Kegagalan akan memberi semangat baru untuk terus mencuba.

Boleh mempengaruhi orang lain


Ciri-ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira, mengahadapi cabaran dengan bersemangat akan membantu individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain. Mereka dapat mempengaruhi orang lain dalam usaha mendapat tempat dalam kalangan masyarakat atau membuat keputusan.

Menghargai
Menghargai bermaksud menghargai diri sendiri dan orang lain. Konsep kendiri positif membantu individu membentuk sikap menghargai kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan dalam pada masa yang sama mampu menghargai orang lain. Penghargaan kepada orang lain di persekitaran seperti memberi pujian dan penghormatan akan menambahkan pengaruh kerana orang yang diberi penghargaan akan merasa dihargai dan diambil berat.

Pemurah
Individu berkonsep kendiri yang positif juga dilihat sebagai pemurah dan suka membantu orang lain. Mereka merasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan dan membantu menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.

Mudah berkawan
Hasil daripada sifat-sifat yang diincangkan di atas, individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati senang membuat kawan dan disenangi oelh orang dipersekitarannya. Sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampingi mereka.

Kesimpulan
individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Masyarakat juga senang menerima kehadiran mereka dengan sikap positif yang ditunjukkan. Sikap ini menjadi teladan dan contoh yang baik kepada rakan sebaya dan masyarakat.

Ciri Konsep Kendiri Negatif


Konsep kendiri negatif menyebabkan individu tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang dirinya. Mereka kurang mempercayai diri mereka sendiri dan ragu-ragu dalam menyatakan pendapat atau idea. Konsep kendiri yang negatif seperti membuat jangkaan prestasi yang tidak realistik dan penghargaan kendiri yang rendah patut dikenalpasti pada peringkat perkembangan kanak-kanak. Situasi ini harus dibantu oelh ibu bapa dan guru untuk menolong kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai pandangan yang realistik dan positif terhadap diri mereka.

Konsep kendiri negatif boleh dibahagikan kepada dua jenis:


Jenis yang pertama melibatkan pandangan individu terhdap dirinya yang tidak teratur, tidak mantap serta tidak menampakkan pembinaan diri yang sempurna. Individu itu tidak mengenali dirinya, tidak mengetahui kekuatan dan kelemahan diri malah tidak dapat mengenal pasti keinginan dalam hidupnya. Keadaan ini sering berlaku semasa peringkat remaja yang sedang mencari identiti diri. Menjadi tanggungjawab orang dewasa di persekitaran mereka membantu remaja membentuk konsep kendiri mereka dengan baik. Jenis konsep kendiri negatif yang kedua ialah konsep kendiri negatif yang stabil akibat daripada pengaruh persekitaran atau asuhan. Sebagai contoh, mereka menjadi seorang yang pendiam, tidak bertimbang rasa dan pemarah akibat daripada asuhan yang diterima. Ciri ini seterusnya menjadi konsep kendiri mereka yang stabil.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif pada kanakkanak. Antaranya:
Pengaruh sebaran am : rancangan televisyen, pita-pita video daripada luar negara mempunyai pengaruh negatif ke atas golongan remaja. Pengaruh iklan menunjukkan unsur-unsur negative budaya barat. Kemerosotan nilai-nilai disiplin. Kebanyakan individu mahukan kebebasan dan tidak mahu menerima tanggungjawab. Pengaruh daripada persekitaran (ibu bapa, guru, rakan sebaya, masyarakat) yang tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak. Melemparkan kritikan dan komen yang tidak wajar kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ketandusan kasih-sayang. Kanak-kanak memerlukan kasih-sayang dan bukan keperluan kebendaan sahaja.

Kanak-kanak yang selalu hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat daripada tekanan persekitaran. Ibu bapa yang menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap kanak-kanak.l Kanak-kanak mempunyai pandangan yang rendah terhadap diri sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi. Kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal seperti kecacatan. Kanak-kanak yang mempunyai pengalaman yang traumatik. Latar belakang keluarga yang tidak sihat.

Individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif akan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:
Selalu meminta pertolongan Selalu memberi kritikan atau komen yang menyinggung. Selalu rasa tidak puas hati Selalu berangan-angan dan risau tentang pelbagai perkara Menagih simpati Menyalahkan orang lain Mementingkan diri sendiri Keyakinan diri yang rendah Bersikap pasif Tidak sukakan cabaran Murung dan sering tertekan Mudah tersinggung dan merajuk

Helah Bela Diri Defense Mechanism


Bermaksud usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada secara sedar atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego, ancaman dan kebimbangannya. Helah bela diri seringkali digunakan oleh individu yang mengalami kerisauan.

Sigmund Freud telah membuat kajian tentang helah bela diri dan mengklasifikasikannya seperti berikut:
Rasionalisasi
Ialah memberikan penerangan atau alasan yang kelihatan munasabah dan logik terhadap sesuatu tingkahlaku untuk melindungi atau menyembunyikan motif yang sebenar dan mempertahankan ego. Tegasnya, rasionalisasi merupakan penjelasan atau alasan sebab satusatu situasi itu tidak dapat diterima. Sebagai contoh: Seorang murid yang gagal dalam peperiksaan memberi alasan bahawa dia gagal kerana guru bersikap pilih kasih atau kanak-kanak itu tifak mahu berkongsi mainan memberi alasa bahawa mainan itu sudah rosak.

Sublimasi
Merupakan helah bela diri yang paling sihat. Ia merupakan cara-cara yang digunakan oleh individu untuk menyalurkan kekecewaannya kepada saluran yang dapat diterima dan yang memuaskan daripada segi social. Keinginan sedemikian dipuaskan melalui aktiviti yang diterima oleh masyarakat. Contoh: Seorang yang kecewa dalam percintaan menyalurkan rasa kekecewaannya dengan menulis lagu yang kreatif. Seorang ibu yang kematian anaknya mencurah sepenuh kasih sayang kepada anak buahnya.

Pemindahan displacement
Pemindahan berlaku apabila individu memindahkan perasaannya atau rasa kekecewaannya kepada individu yang lain. Pemindahan memerlukan individu mencari seorang mangsa untuk melepaskan perasaan. Biasanya objek atau orang yang menjadi mangsa terdiri daripada yang inferior yang dijangka tidak akan bertindakbalas terhadapnya. Contoh: Jika seorang kanak-kanak dimarahi oleh ibu bapanya, dia memindahkan perasaan marahnya kepada adiknya. Seorang guru yang dimarahi oleh guru besar memindahkan kemarahannya kepada murid-murid.

Projeksi
Satu tindakan yang dilakukan oelh individu untuk membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Seseorang akan berusaha meletakkan kesalahan atau kegagalan kepada orang lain, dengan dakwaan individu tersebut juga bersalah. Beliau sengaja memesongkan pandangan orang ramai kepada kekurangan orang lain agar kekurangan dirinya terlindung. Contoh: Seorang yang benci kepada orang lain menyatakan bahawa orang lain membenci dirinya. Seorang pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran bercadang untuk meniru dalam peperiksaan dengan membuat prijeksi bahawa pelajar lain juga meniru.

Introjeksi
Introjeksi ialah sejenis helah bela diri yang berlawanan dengan projeksi. Dalam introjeksi, seseorang menyerap pengaruhpengaruh dan ciri-ciri orang lain dan persekitaran ke dalam dirinya. Contoh : Seorang kanak-kanak menyamakan dirinya dengan ayahnya kerana dia sangat suka kepada ayahnya. Seorang remaja mengikuti ciri-ciri seorang aktres terkenal kerana dia sangat meyanjung aktres tersebut.

Pembentukan reaksi
Satu bentuk helah bela diri bagi mempertahankan diri daripada sesuatu ancaman dengan memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan bentuk ancaman tersebut. Contoh: Seorang bapa yang tidak mahu memikul tanggungjawab dalam mendidik anak-anak, memuaskan kehendak anak dengan wang ringgit. Seorang kanak-kanak yang gentar untuk menghadapi peperiksaan UPSR bergelak ketawa dengan rakan-rakan seolaholah tidak gentar tetapi pada hakikatnya dia ingin menyembunyikan kebimbangannya.

Kompensasi
Kompensasi ialah menggunakan suatu aktiviti yang hampir serupa untuk menggantikan aktiviti yang lain. Contoh: Seorang murid yang lemah dalam bersukan akan menggunakan kebolehannya dalam bidang akademik untuk mendapatkan perhatian daripada rakan-rakan dan guru.

Represi
Ialah tindakan yang digunakan untuk mengatasi perasaan yang menyakitkan hati atau sedia, iaitu dengan cara mengalihkan perasaan tersebut daripada kesedaran dan mempercayai bahawa perkara itu tidak wujud atau tidak berlaku. Menurut Freud, tindakan ini ialah seperti memendamkan fikiran, keinginan atau konflik kepada alam bawah sedar. Contoh: Apabila seseorang berdepan dengan keadaan yang traumatic, mereka tidak mahu berbincang tentang perkara tersebut seolaholah mahu membuang perasaan tersebut daripada dirinya. Apabila seseorang membenamkan konflik yang mendalam dan lama, mereka akan membebankan emosi. Keadaan ini akan mengganggu perkembangan psikologi dan menjejaskan perhubungan emosi dan sosial.

Regresi
Regresi berlaku apabila seseorang kembali kepada jenis tingkahlaku yang menjadi kebiasaan di peringkat perkembangan terdahulu daripada peringkat yang ada sekarang. Lazimnya regresi dilakukan apabila pola penyesuaian biasa sudah tidak mendatangkan kesan, maka idividu kembali kepada tingkah laku terdahulu. Contoh: Seorang kanak-kanak menangis, meraungraung apabila rakannya tidak mempedulikannya. Perbuatan tersebut adalah amalan sewaktu kecil. Seorang dewasa bergaduh dengan membalingkan barang-barang, perbuatan yang dilakukannya semasa kecil.

Fantasi
Fantasi berlaku apabila seseorang cuba mengurangkan ketegangan dengan cara berkhayal dan membentuk situasi yang lain dalam imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan lebih selesa daripada keadaan sebenar. Contoh: Seorang pelajar berfantasi untuk menjadi seorang yang popular di sekolahnya. Seorang yang rendah pendapatannya berfantasi untuk menjadi seorang yang kaya.

Penyangkalan
Merupakan satu bentuk helah bela diri yang menafi dan menolak realiti. Penyangkalan ini berlaku apabila individu tidak mahu menerima kenyataan. Contoh: Seorang pesakit barah tidak dapat menerima kenyataan tentang penyakitnya. Beliau menyatakan diagnosis doktor itu salah.

Identifikasi
Identifikasi berlaku apabila seseorang cuba melindungi dirinya bagi menutup kelemahan dan kekurangan dengan menyifatkan dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa. Membuat identifikasi dengan seseorang atau kumpulan yang lebih berkuasa atau lebih berjaya daripada dirinya merupakan penyesuaian yang berkesan. Contoh: Seorang kanak-kanak menyatakan kepada rakannya tentang kehebatan bapanya supaya dia diidentifikasikan sebagai orang kaya. Seorang remaja menyatakan beliau rapat dengan kumpulan sorak sekolah untuk mengidentifikasikan dirinya sebagai seorang yang popular.

Keagresifan
Keagresifan ialah tindakan untuk meluahkan rasa kekecewaan secara agresif. Mereka akan mencederakan, merosakkan, memberi ancaman atau menggunakan tindakan fizikal yang agresif untuk membendung kekecewaan. Contoh: Seorang kanak-kanak meraung dan menendang abunya apabila tidak dibelikan mainan. Seorang remaja memukul rakannya apabila tidak mendapat sesuatu yang dihajatinya.

Setiap orang menggunakan helah bela diri dari semasa ke semasa. Jika helah bela diri digunakan secara sederhana, ia akan dapat mengurangkan kebimbangan. Sebaliknya, jika helah bela diri digunakan secara keterlaluan, maka ia adalah merbahaya dan boleh membawa kepada pembentukan konsep kendiri yang negatif. Ini adalah kerana, helah bela diri tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia dilakukan hanya untuk mengurang atau menangguhkan rasa bimbang atau kecewa. Oleh itu, individu haruslah menyedari kesan helah bela diri dan tidak menjadikannya sebagai alasan untuk melindungi diri. Berfikirlah dengan teratur, bijak dan rasional untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sifat semulajadi - Baka - Persepsi terhadap diri

Model: Ibu bapa Rakan sebaya Orang dewasa KONSEP KENDIRI POSITIF / NEGATIF

Kepercayaan nilai keperluan: Keselamatan Kasih sayang Penghormatan diri

Persekitaran Media massa Budaya Persepsi masyarakat

Faktor-faktor Pembentukan Konsep Kendiri

Peranan guru dalam perkembangan Kendiri Murid


Setiap kanak-kanak adalah berbeza Perbezaan ini kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh guru. Guru sering mengandaikan murid-murid di dalam kelas adalah sama. Ini membawa kepada pembentukan konsep kendiri yang salah.

Zaman persekolahan kanak-kanak merupakan satu peringkat di mana kendiri dilihat sebagai sesuatu yang berubah-ubah dalam diri seorang kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai individu yang berperanan penting untuk membantu kanakkanak dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Kanak-kanak mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran yang diperkenalkan oleh guru di sekolah.

Kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat yang unik yang ada dalam setiap diri kanak-kanak. Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengenalpasti kebolehan dan minat mereka. Guru boleh menggunakan kebolehan murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang ada dalam diri murid.

Apabila kanak-kanak sedar akan keupayaan diri, maka keyakinan diri mereka akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalinkan persahabatan dan membentuk hubungan sosial yang baik, gaya percakapan yang sopan dan berhemah, cara bertindak yang bijak, dapat mengawal emosi dengan baik akan membantu membentuk konsep kendiri yang positif dlam diri mereka. Guru perlu menjadi model yang terbaik dalam mencerminkan sifat-sifat dan ciri-ciri konsep kendiri yang positif.

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan meuridnya. Memberi peluang di dalam bilik darjah kepada murid untuk menunjukkan kebolehan di samping membimbing murid-murid yang ketinggalan. Aktiviti luar darjah seperti gerak kerja kokurikulum juga dapat menanamkan sikap yang positif kepada murid-murid kerana memerlukan murid-murid bekerja secara berkumpulan, menyelesaikan masalah, berdikari, berdisiplin, tolong menolong dan menonjolkan sifat kepimpinan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai