Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Konsep kendiri adalah suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang itu. Konsep kendiri bermula apabila seseorang kanak-kanak mula untuk membesar. Kebiasaannya mereka sudah mula bertanya pada dirinya seperti soalan siapakah saya? dan sukakah saya pada diri saya. Kebanyakkan soalan dan persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep kendiri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang individu itu akan berfikir adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga berfungsi untuk penentuan dalaman serta luaran seseorang itu. Definisi konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang itu juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk menegas kan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan. Pantulan di sini bermaksud bagaimana orang lain bergerak balas dan memberi respon terhadap diri mereka. Carl Rogers (1950), beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay yang dipetik oleh Staats (1963), mereka berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu, tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik yang lahir
1

daripada

interaksinya

dengan

persekitaran.

Hal

tersebut

seterusnya

akan

menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran. Konsep kendiri dibentuk daripada kepercayaan dan sikap yang dipegang berkaitan diri sendiri. Konsep kendiri juga menentukan siapakah diri kita sendiri seperti apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan dan apa yang terjadi pada diri kita di masa hadapan. Konsep kendiri adalah sebagai pemboleh ubah dalam memahami tingkah laku manusia. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat mengharungi kehidupan dengan penuh keyakinan dan berjaya. Konsep kendiri terbahagi kepada tiga iaitu: i. Pengetahuan kendiri (self-knowledge) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya. ii. Penilaian kendiri (self-evaluation) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya. iii. Pengaturan kendiri (self-regulation) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan diri. Kesimpulannya, konsep kendiri merupakan suatu proses dinamik yang berlaku terhadap sistem psikofizik manusia sehingga membentuk pola penyesuaian diri yang unik pada setiap individu dalam lingkungan persekitarannya.

1.2 Teori Konsep Kendiri

Pandangan konsep kendiri dari sudut teori menurut Carl rogers (1950), ia menyatakan diri dimana individu itu sendiri berikan kepada dirinya sendiri secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku. Manakala Vernon (1980) pula menyatakan personaliti ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain. Konsep kendiri tersebut akan menjadi sesuatu yang penting kerana konsep tersebut akan digunakan untuk meramal masa depannya atau tindakan yang bakal diambil. Menurut Stewat dan Friedman (1987), menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi. Manakala pendapat Amir Awang (1991) pula, menyatakan ianya integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

Gambar 1: Kenditi Positif dalam diri kanak-kanak

2.0 Jenis Konsep Kendiri

Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut.

2.1 Konsep Kendiri Positif

Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan diterimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting kepada individu yang berkonsep kendiri positif. Mereka akan menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Di samping itu, perasaan gembira dan riang adalah perasaan seorang individu yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka pandai menyembunyikan masalah walaupun mereka mempunyai banyak masalah serta tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka akan rasa sangat gembira jika masalah tersebut dapat diatasi dan sekiranya tidak, mereka akan merujuk serta meminta nasihat daripada orang yang boleh dipercayai dan memahami diri mereka. Di samping itu, individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain dengan menunjukkan ciri-ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira serta menghadapi cabaran dengan

semangat. Mereka dapat mempengaruhi orang lain dalam usaha mendapat tempat dalam kalangan masyarakat atau membuat keputusan. Sifat menghargai meliputi menghargai diri sendiri dan orang lain. Individu berkonsep kendiri positif akan membentuk sikap menghargai kebolehan,

pencapaian, kewibawaan diri dan dalam masa yang sama mampu menghargai orang lain. Memberi pujian dan penghormatan kepada orang lain akan menambahkan lagi pengaruh kerana orang yang diberi penghargaan akan merasa dihargai dan diambil berat. Tambahan pula, individu yang pemurah dan suka membantu orang lain merupakan individu yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka merasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. Perbuatan ini sangat mulia dan patut ada dalam setiap diri individu. Akhir sekali, individu yang mempunyai sifat-sifat diatas didapati senang mendapat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Ramai orang suka mendampingi mereka kerana sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan.

2.2 Konsep Kendiri Negatif

Jika dilihat pula kendiri negatif merupakan individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di

persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan

menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa

dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain. Di samping itu, individu itu juga akan mudah putus asa apabila menemui kegagalan. Lama-kelamaan, dia akan bersikap pasif dan tidak lagi mahu berusaha. Mereka kurang jelas berkenaan konsep kendiri. Menurut Kernis, Brocker, dan Frankel (1989), mereka sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk atau tidak baik pada diri mereka, sentiasa menetapkan sasaran yang tidak wujud ataupun tidak mungkin dicapai dan bersikap pesimistik dengan masa depan, bertingkah laku buruk ataupun beremosi pada pendapat, pandangan ataupun kritikan orang lain Sebagai contoh, sekiranya individu gagal dalam menyelesaikan masalah, dia cenderung membuat penilaian negatif pada diri sendiri. Mereka akan berputus asa dan hilang keyakinan. 2.3 Faktor Perkembangan Konsep Kendiri Positif dan Negatif Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang individu. Konsep ini juga merupakan keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Terdapat dua jenis konsep individu iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang individu sama ada positif atau negatif. Faktor sifat semulajadi seseorang individu merupakan faktor perkembangan konsep kendiri iaitu dari segi aspek baka dan persepsi terhadap diri sendiri. Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif. Hal ini adalah kerana tubuh badan dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Sebaliknya jika seseorang itu mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif sekiranya mempunyai masalah kecacatan yang diwarisi semasa lahir iaitu seperti kerosakan otak.
6

Persepsi terhadap diri sendiri juga mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang individu. Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap diri sendiri dapat menerima semua perkara tentang dirinya dengan baik. Hal ini yang demikian persekitaran di sekeliling individu juga merangkumi pengalaman awal ketika memasuki alam persekolahan, media massa, budaya serta adat resam dan persepsi masyarakat sekitar. Media massa atau pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton. Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan seperti program Al-Khuliyyah dapat membentuk perkembangan konsep kendiri yang positif daripada segi moral. Media massa juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan konsep kendiri yang negatif kepada remaja. Terdapat rancangan televisyen seperti filem barat yang memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan budaya masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas.

Gambar 2 : Anak diajar menghormati antara satu sama lain Seterusnya, Role Model juga menjadi salah satu faktor perkembangan konsep kendiri. Ibu bapa adalah Role Model yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta menunjukkan peribadi yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu bapa mereka. Manakala jika sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak menunjukkan
7

contoh teladan yang baik maka anak-anak mereka akan mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif. Rakan sebaya memberi pengaruh yang sangat besar. Ramai para remaja yang terlibat dengan gelaja yang tidak sihat disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Individu yang mudah terpengaruh dengan orang lain adalah individu yang tidak mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif yang kukuh. Selain itu, orang dewasa juga boleh mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif kepada kanak-kanak. Mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu mereka membina konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya. Selain itu, faktor kepercayaan nilai keperluan juga membantu perkembangan kendiri yang positif. Aspek keselamatan diri adalah aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Kanak- kanak akan menjalani hidup mereka secara sihat tanpa rasa terancam jika sentiasa dilindungi oleh orang di sekelilingnya. Namun, jika kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat tekanan persekitaran mereka mungkin akan mengalami masalah dalam diri yang serius suatu hari nanti. Kasih sayang adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia, khususnya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Dengan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga dan orang sekeliling, mereka akan sentiasa gembira dan membina konsep kendiri yang positif. Contohnya, sifat penyayang, saling sayangmenyayangi dan sebagainya. Selain itu, penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap individu. Khususnya, golongan remaja. Jika mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat mencegah diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Sifat malu melakukan perkara yang tidak bermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu. Hal ini adalah kerana sifat malu dapat membuatkan seseorang individu menjaga maruah dirinya daripada tercalar dan tercemar.

3.0 Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Prinsip Kajian terhadap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak telah lama dibuat oleh tokoh-tokoh psikologi. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Antara tokoh-tokoh psikologi yang membuat kajian ke atas perkembangan kanak-kanak ialah Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak, Teori Perkembangan Sosial Kanak-kanak oleh Diana Baumrind, Arnold Lucius Gesell dengan Teori Kematangan Kanak-kanak. Secara terperincinya, tokoh-tokoh psikologi membuat kajian ke atas seseorang kanak-kanak yang membesar secara fizikal yang juga akan membina kualiti kelakuan dan personalitinya berdasarkan kepada empat faktor tingkah laku. Empat kategori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu ialah perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan afektif dan psikologi, dan perkembangan sosial.

Perkembangan fizikal merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali apabila badan mula melalui prosese penuaan. Merujuk Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca.

Berbeza dengan pendapat di dalam carian laman web http://www.scribd.com, perkembangan fizikal dapat ditakrifkan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Selain itu, carian di dalam laman web

http://www.mycreche.com.my/services.htm pula, mentakrifkan perkembangan fizikal sebagai perubahan dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi anggota badan. Secara huraiannya,
9

pembentukan manusia adalah hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransuransur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui bayi itulah dipanggil proses pertumbuhan dan perkembangan.

Perkembangan kognitif mengupas isu kemahiran yang merangkumi kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan ini adalah perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi. Ini bermaksud persepsi, pembentukan konsep permerolehan bahasa, daya ingatan, kebolehan ruang dan kebolehan matematik. Lain-lain aspek perkembangan kognitif ialah kebolehan penghujahan, penaakulan secara rasional untuk penggunaan dalam penyelesaian masalah-masalah logik.

Menurut Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan dalam buku Pengantar Psikologi, perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek manusia. Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak dalam carian laman web http://www.anakku.my/artikel menyifatkan perkembangan kognitif sebagai

proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual kanakkanak. Dalam kata lainnya, proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah di samping memahami dan menganalisa masalah tersebut. Secara amnya, bidang ini

mementingkan siasatan ke atas bagaimana seseorang kanak-kanak dapat berkembang dari satu usia ke usia mental yang lebih tinggi. Dalam usia tersebut, kanak-kanak biasanya mula membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Justeru, perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.

Aspek perkembangan afektif dan psikologi menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak membincangkan aspek kemahiran mengurus dan mengawal emosi. Aspek ini merujuk kepada perkembangan
10

perasaan, emosi, dan kelakuan individu. Ia melibatkan kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi serta ketrampilan diri. Dalam proses perkembangan ini, kanak-kanak sudah dapat mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang manakala pertumbuhan kanak-kanak pula akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya. Perasaan gembira digambarkan oleh bayi apabila dia dapat menguasai sesuatu seperti dapat berdiri, dapat memicit butang televisyen dan sebagainya dan akan berasa marah jika keinginannya untuk melakukan sesuatu dihalang.

Perkembangan afektif dan psikologi lebih dikaitkan dengan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif atau positif kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat, dan perancangan. Kemampuan untuk bereaksi secara emosional sudah ada sejak bayi dilahirkan. Gejala pertama perilaku emosional dapat dilihat dari keterangsangan umum terhadap suatu stimulasi yang kuat. Misalnya apabila bayi suka dengan sesuatu, maka bayi akan menghentak-hentakkan kakinya. Sebaliknya bila bayi tidak suka dengan sesuatu, maka bayi bereaksi dengan cara menangis. Contoh lain boleh dilihat pada usia kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun, di mana karakteristik emosi anak muncul pada ledakan marahnya. Ini boleh dilihat apabila anak-anak menampilkan rasa tidak senang, anak-anak melakukan tindakan yang berlebihan, misalnya menangis, menjerit-jerit, melemparkan benda, atau memukul ibunya. Pada usia ini anak tidak memperdulikan akibat dari perbuatannya, apakah merugikan orang lain ataupun tidak.

Pada usia 5 hingga 6 tahun, emosi anak mulai matang. Pada usia ini anak mulai menyedari akibat-akibat dari tampilan emosinya. Anak mulai memahami perasaan orang lain, misalnya bagaimana perasaan orang lain bila disakiti, maka anak belajar mengendalikan emosinya. Ekspresi emosi pada anak mudah berubah dengan cepat dari satu bentuk ekspresi ke bentuk ekspresi emosi yang lain. Anak dalam keadaan gembira secara tiba-tiba dapat langsung berubah menjadi marah kerana ada sesuatu yang dirasakan tidak menyenangkan, sebaliknya apabila anak dalam keadaan

11

marah, melalui bujukan dengan sesuatu yang menyenangkan anak akan berubah menjadi gembira.

Perkembangan

yang

terakhir

ialah

perkembangan

sosial.

Dalam

buku

Perkembangan Kanak-kanak membincangkan perkembangan sosial ialah satu bentuk kemahiran menjalin perhubungan sosial dengan menunjukkan perlakuan yang baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Dalam laman web http://www.geocities.com pula berpendapat perkembangan sosial sebagai satu proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka iaitu bagaimana individu menjalin hubungan dengan orang lain, membentuk persahabatan, dan ikatan. Ia melibatkan perubahanperubahan dan perkembangan yang berlaku pada personaliti dan kemahiran berhubung sesama manusia supaya individu dapat menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di sekelilingnya.

Gambar 3: Pergaulan sihat antara kawan-kawan

Interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembanganya dalam aktiviti bermain iaitu merupakan satu aktiviti penting kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun. Ada empat faktor penting yang mempengaruhi kemampuan anak

bersosialisasi iaitu adanya kesempatan untuk bergaul dengan orang-orang di


12

sekitarnya dari berbagai usia dan latar belakang, adanya minat dan motivasi untuk bergaul, adanya bimbingan dan pengajaran dari orang lain yang biasanya menjadi model bagi anak dan adanya kemampuan berkomunikasi yang baik yang dimiliki anak.

3.1 Prinsip Pertumbuhan Kanak-kanak

Apabila membincangkan prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak terdapat lapan prinsip-prinsip seperti mana yang digariskan oleh Ruffin (2001). Prinsip yang pertama perkembangan berlangsung dari kepala ke bawah. Arah kepala ke kaki yang juga disebut sebagai sefalokandal yang mana perubahan berlaku pada struktur dan fungsi pada bahagian kepala terlebih dahulu kemudian diikuti bahagian belakang badan. Kemudianya perkembangan berlaku di bahagian kaki. Dalam fungsi pergerakan, apabila kanak-kanak ditiarapkan, kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya terlebih dahulu sebelum boleh mengangkat dadanya. Contohnya kanak-kanak mula mengawal diri mulai dari kepala, kemudian tangan dan seterusnya kaki. Bayi berkembang bermula dengan kawalan di bahagian kepala, kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka mempelajari untuk memegang objek-objek. Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan pada bahagian kaki dan bermula untuk merangkak, berdiri atau berjalan.

Prinsip yang kedua perkembangan berlangsung dari tengah badan ke bahagian luar. Arah tengah ke tepi yang juga disebut sebagai promiksodistal. Perkembangan berlaku secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Dari segi fungsi, didapati kanak-kanak menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. Kesimpulannya tahap perkembangan ini menjelaskan bahawa bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu daripada bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan kaki berkembang dahulu daripada jari-jari.

Prinsip ketiga merujuk kepada perkembangan bergantung pada kematangan dan pembelajaran. Pada peringkat pertama iaitu selepas lahirnya seorang bayi, mereka hanya dapat menghasilkan gerak balas dengan cara menyeluruh terhadap sesuatu
13

ransangan kerana setiap tulang ototnya belum matang. Sebagai contoh, apabila seseorang bayi hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya maka seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan, sedangkan jari-jari kecilnya tidak dapat digunakannya. Ini menunjukkan bayi tersebut menghasilkan gerak balas terhadap objek tersebut dengan cara menyeluruh. Apabila bayi itu bertambah besar,maka ia akan dapat menggunakan jari sahaja untuk mengambil sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar anggota badannya yang lain.

Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan berlangsung daripada mudah (konkrit) kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit semasa awal zaman kanak-kanak. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang abstrak dan kompleks apabila mencapai zaman keremajaan. Kanak-kanak menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa mudah dalam zaman awal kanakkanak untuk memberi sebab musabab dan menyelesaikan masalah. Selepas itu, kuasa penghujahan mereka bertambah baik kerana ketika itu mereka sudah boleh membezakan dan mengklasifikasikan objek-objek.

Selain itu, prinsip tumbesaran dan perkembangan adalah satu proses berterusan. Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru berdasarkan pengetahuan lalu. Seperti blok binaan, kanak-kanak membina dan mengumpul pengetahuan beransur-ansur, sedikit demi sedikit. Semua kanak-kanak mengikut pola perkembangan yang serupa. Satu peringkat mengikut pola perkembangan menjadi asas kepada peringkat perkembangan seterusnya. Kanak-kanak mesti pandai mengawal pergerakan tangan untuk memegang pensil atau krayon sebelum mereka dapat melukis atau menulis.

Prinsip perkembangan yang seterusnya ialah tumbesaran dan perkembangan berlangsung daripada umum ke spesifik. Dalam perkembangan motor, kanak-kanak mestilah sudah boleh menggengam objek dengan keseluruhan tangan barulah mereka boleh belajar mengguna ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Tumbesaran berlaku daripada pergerakan otot kepada pergerakan otot yang lebih seni.

14

Prinsip yang terakhir iaitu kadar tumbesaran dan perkembangan tersendiri. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan kadar tumbesaran mereka adalah berbeza-beza. Walaupun pola dan ukuran tumbesaran dan perkembangan adalah serupa bagi semua kanak-kanak tetapi kadar pencapaian peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. Terdapat satu julat bagi setiap tugas perkembangan untuk berlaku. Walau bagaimanapun, ianya tidak seragam di dalam diri seseorang individu kanak-kanak. Contohnya perkembangan intelek seseorang kanak-kanak mungkin maju lebih cepat daripada perkembangan emosi dan sosialnya.

4.0 Persekitaran Sosial yang mempengaruhi perkembangan konsep kendiri kanak-kanak Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Antaranya faktor kebakaan yang dihubungkaitkan dengan kecerdasan dan juga bentuk tubuh. Pola genetik yang wujud pada masa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Contohnya, kerosakan otak yang diwarisi, kecacatan atau penyakit semasa lahir sangat mempengaruhi tingkah laku individu. Ini termasuklah faktor-faktor yang berhubung dengan bentuk tubuh badan seperti ketinggian, berat badan, warna kulit dan fungsi-fungsi kederiaan. Kajian untuk membuktikan kesan perwarisan ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, di mana kembar seiras dibesarkan di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal. Perkembangan personaliti juga dipengaruhi oleh pengalaman awal individu. Setiap individu akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri individu. Ini disokong oleh Freud yang menekankan kepentingan pengalaman awal (zaman kanak-kanak) dalam perkembangan personaliti. Trauma kelahiran, perpisahan dari ibu (Separation) adalah pengalaman yang sukar dihadapi oleh kanak-kanak. Persekitaran individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup masyarakat juga mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
15

Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Perhubungan emosi awal di mana kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal kerana ibu-ibu menghabiskan banyak masa dengan anak-anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak-anak dan tingkah laku. Ibu juga merupakan model kepada anak-anak mereka. Di samping itu, penyusuan botol dan penyusuan ibu menjadi masalah terhadap sebilangan kaum ibu yang bekerjaya. Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, di mana samaada susu yang diberikan susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat. Bukan itu sahaja, rutin amalan pemeliharaan anak turut mempengaruhi pengalaman awal individu. Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin turut mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak-anak mereka akan mampu membentuk sikap dan keyakinan diri yang positif, serta pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian. Manakala, ibu bapa yang berkeadaan kucar-kacir dalam mendidik anak-anak mereka serta mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak-anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar-kacir lebih cenderung menghasilkan anak-anak yang tidak gembira serta rendah diri dalam kalangan rakan-rakan. Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemeliharaan anak, samaada secara autokratik atau demokratik adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak. Seterusnya, latar belakang sekolah dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi dan sosial menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Sekolah merupakan tempat
16

bimbingan dan pembentukan personaliti. Ini termasuklah peranan pihak pentadbiran sekolah seperti guru besar, guru disiplin, guru agama, kaunselor dan guru biasa. Amalan sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak selamat, terancam dan takut turut menyumbang kepada perkembangan personaliti individu yang tidak stabil. Pelbagai aktiviti seperti kelas, bimbingan, latihan dan aktiviti kokurikulum membantu membentuk perkembangan personaliti individu. Bukan itu sahaja, pengaruh keluarga turut mempengaruhi personaliti kanakkanak kerana masa kanak-kanak banyak diluangkan bersama keluarga. Keluarga yang dapat mewujudkan suasana kemesraan, kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan-santun mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan memilih sesuatu yang diminati. Ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri seterusnya dapat membantu ke arah perkembangan personaliti yang positif. Latar belakang keluarga yang porak-peranda akibat penceraian, kematian dan perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak. Peranan media dan elektronik juga memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti individu pada hari ini. Ini kerana menerusi media, pelbagai maklumat disampaikan secara terus kepada kanak-kanak. Maklumat tersebut akan mempengaruhi minda kanak-kanak yang menyebabkan mereka mudah terikut-ikut dan cuba mengadaptasi idea tersebut ke dalam diri mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah menerangkan implikasi dan motif serta apa sebab yang betul berkenaan maklumat yang disampaikan menerusi media tersebut. Pemakanan yang seimbang juga penting dalam proses perkembangan personaliti kanak-kanak. Individu digalakkan makan makanan yang berzat, bersih dan halal. Elakkan makanan atau minuman yang boleh mengancam dan menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan personaliti seseorang. Aspek lain yang mempengaruhi perkembangan personaliti secara langsung mahupun tidak adalah pengaruh sosiobudaya. Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh, individu mudah terdedah dengan budaya masyarakat yang negatif. Ini akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti individu. Gaya hidup bebas
17

menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskan kehidupan individu. Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli-ahlinya yang baru. Anak-anak adalah cenderung meniru tingkah laku yang terdekat dengan mereka. Faktor-faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahupun sosial boleh membentuk personaliti ahli-ahlinya. Kelompok agama, etnik, komuniti dan sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti. Kesimpulannya, daripada analisis kajian yang dijalankan daripada pelbagai sumber, dapat disimpulkan bahawa perkembangan personaliti individu bukanlah terletak pada bahu kedua ibu bapa mahupun ahli keluarga sahaja, malah terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi personaliti individu. Tanggungjawab yang terpenting akan terletak pada diri sendiri apabila seseorang kanak-kanak sudah mampu berfikir serta membuat keputusan sendiri.

18

5.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, perkembangan konsep kendiri adalalah penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri, keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan warga masyarakat serta pengalaman yang sesuai dengan persekitaran. Dalam perkembangan kendiri terdapat dua aspek iaitu aspek personaliti dan konsep kendiri. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Aspek personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan

menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitaranya. Personaliti seseorang dapat dikenali dengan cara tingkah laku, gaya percakapan dan sebagainya. Seterusnya, aspek konsep kendiri pula meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Aspek-aspek ini adalah penting bagi menimbulkan kesedaran guru pelatih terhadap kepentingan mempunyai konsep kendiri yang positif adalah sangat penting supaya mereka bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam dunia pendidikan. Contohnya, bertanggungjawab, jati diri yang tinggi, bijak menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Kesimpulannya tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, afektif dan psikologi, dan sosial walaupun masingmasing melalui peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan

perkembangan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa atau guru. Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring. Ibu bapa atau guru perlu menyediakan keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Semua keperluan dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah saling berkaitan. Penyediaan terhadap keperluan dalam mempengaruhi perkembangan dan

pertumbuhan seseorang kanak-kanak haruslah perlu dititikberatkan dari aspek

19

keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi kepentingan kepada kanak-kanak tersebut. Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Jika baik persekitaran yang dibina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik. Namun jika persekitaran yang dibina ke arah pembentukan yang negatif maka akan mempegaruhi corak pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, perkembangan konsep kendiri adalalah penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri, keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan warga masyarakat serta pengalaman yang sesuai dengan persekitaran. Dalam perkembangan kendiri terdapat dua aspek iaitu aspek personaliti dan konsep kendiri. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Aspek personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan

menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitaranya. Personaliti seseorang dapat dikenali dengan cara tingkah laku, gaya percakapan dan sebagainya. Seterusnya, aspek konsep kendiri pula meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Aspek-aspek ini adalah penting bagi menimbulkan kesedaran guru pelatih terhadap kepentingan mempunyai konsep kendiri yang positif adalah sangat penting supaya dapat bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam dunia pendidikan. Bab ini sekali gus telah memberi pengetahuan kepada saya mengenai perbezaan konsep kendiri dan juga personaliti yang terdapat dalam diri setiap individu.

20

6.0 Rujukan

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998). Psikologi II (Semester II). Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sdn. Bhd.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD) (2012). Pedagogi Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi Pertama Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. Edisi ke -2. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. 2001. Perkembangan Kanak-kanak. Penilaian Secara Portfolio Serdang: Universiti Putra Malaysia.Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.2008. Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia

Mok

Soon

Sang.2008.

Perkembangan

Kanak-kanak.

Selangor:

Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2012), Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Edisi Ketiga.

21

Anda mungkin juga menyukai