Anda di halaman 1dari 12

ABPK 2103

Faculty Of Psychology
MEI 2015
ABPK 2103
<KONSEP KENDIRI>

NO. MATRIKULASI

880914035583001

NO. KAD PENGNEALAN

880914-03-5583

NO. TELEFON

013-4421843

E-MEL

wizuroi@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM Shah Alam

ABPK 2103

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0
1.1
1.2
2.0
3.0

PERKARA
DEFINISI KONSEP KENDIRI
TEORI-TEORI KONSEP KENDIRI
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
KEUNIKAN KENDIRI
KAJIAN BERSAMA KLIEN

1.0 DEFINISI KONSEP KENDIRI


Kendiri merujuk kepada diri, perihal diri, keupayaan diri sendiri dan juga persepsi
orang lain terhadap diri individu tersebut. Ianya merujuk kepada kefahaman tentang diri
yang merangkumi aspek jantina, tingkahlaku, fizikal, kebolehan, emosi, minat dan juga
1

ABPK 2103

impian serta matlamat seseorang itu. Kendiri juga melibatkan akan perkembangan
sahsiah individu atau pun cara bagaimana seseorang individu itu

berpendapat dan

beranggapan terhadap dirinya sendiri. Melalui konsep kendiri ini, individu itu akan
mengenali kelebihan dan kekurangan dirinya berdasarkan kepada maklumat daripda
orang lain ketika berkomunikasi, peyertaan di dalam komuniti, kerjasama dalam
membuat sesuatu tindakan dan juga cara ketika berinteraksi. Menurut Stewart &Friedman
(1987), Konsep kendiri adalah sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang
berbeza dengan individu yang lain sejak daripada peringkat bayi. Dalam kajian ini,
konsep kendiri ini dirujuk kepada cara individu mengenali dirinya dengan merujuk
kepada tindak balas daripada responden berdasarkan kepada The Tennessee SelfComcept Scale (TSCS) yang diperkenalkan oleh Fits (1965). Terdapat lima aspek dalam
TSCS ini iaitu :
1- Kendiri Fizikal yakni menerangkan bagaimana individu akan memberikan
pandangan tentang tubuhnya , rupanya, kesihatannya, kemahiran dan
fizikalnya.
2- Kendiri Peribadi iaitu kenyataan yang mencerminkan nilai diri yang
dirasakan sendiri oleh individu tetapi ianya tidak berkaitan dengan dirinya
sendiri ataupun hubungan dengan orang lain. Sebagai contoh Saya berpuas
hati dengan apa yang saya perolehi buat masa sekarang
3- Kendiri Moral dan Etika iaitu gambaran kendiri indvidu dari segi moral dan
perilaku. Ianya melibatkan tentang harga diri , kerohanian diri dan perihal
yang melibatkan budaya dan agama yang dianuti.
4- Kendiri Keluarga iaitu menggambarkan tentang kefungsional diri di dalam
keluarga dan mengukur sejauh mana

kepentingan individu itu di dalam

keluarga.

5- Kendiri Sosial iaitu menggambarkan diri berpandukan kepada hubungan


dengan orang lain. Ianya jelas menunjukkan sense of adequancy and worth
dalam soal interaksi sosial dengan orang lain.

ABPK 2103

Konsep kendiri juga adalah perasaan individu tentang identitinya sebagai individu
bermula daripada bayi yang mula mengenal bahagian-bahagian badannya dan apabila
berumur satu hingga dua tahun, kanak-kanak mula akan merasai perbezaan dirinya
dengan orang lain (Clark Stewart ; Perlmutter & Friedman,1988). Menurut Carls
Rogers(1950), ianya adalah suatu gambaran persepsi kendiri yang tersusun dan boleh
dibawa ke peringkat sedar termasuklah persepsi seseorang terhadap kebolehan, persepsi
dan konsep kendirinya berbanding orang lain yang berada dalam persekitarannya.
Konsep kendiri juga terdiri daripada persepsi , kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai
yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya (H.V Perkin,1974). Setiap
pengkaji mempunyai pendapat dan penjelasan menurut kefahaman masing-masing.
Namun begitu ianya tidak lari dari maksud asal konsep kendiri itu sendiri. Menurut Hall
& Lindsey (1963) , konsep kendiri ini boleh dilihat dalam dua cara iaitu :
I- Tanggapan diri seseorang individu iaitu sikap dan perasaan individu itu terhadap
dirinya atau proses dalaman yang ditentukan pendapat individu terhadap dirinya.
II-

Proses-proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

1.1 TEORI-TEORI KONSEP KENDIRI


1- Teori Maslow (1970) : Individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap
dirinya

berpandukan

kepada

tanggapan

dan

penerimaan

orang-orang

disekelilingnya. Individu akan lebih yakin padadirinya sendiri sekiranya ada


perspektif positif daripada masyarakat sekeliling. Keadaan ini akan membina
konsep kendiri iaitu penilaian terhadap diri sendiri dan akan mempengaruhi sikap,
interkasi sosial dan juga personaliti seseorang. Sekaligus turut mempengaruhi
matlaat dan impian dalam memenuhi kehendaknya. Dalam pernyataan ini maka
Teori Hieraki Keperluan yang dikemukan oleh Abraham Maslow(1970) dapat
diterjemahkan.

Menurut

Maslow(1970)

dalam

Azlina

(2002),

beliau

membahagikan keperluan manusia kepada lima keperluan hierarki.


Antaranya adalah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih
sayang, penghargaan diri dan juga peringkat paling tinggi yakni kesempurnaan
diri.

ABPK 2103

2- Teori Karen Horney (1950) : Menurut Horney (1950) dalam Azizi (2005),
memperkenalkan konsep kendirinya dengan mengambil kira konsep kendiri
sebenar dan konsep kendiri ideal. Dalam petikannya menyatakan konsep kendiri
sebenarnya merujuk kepada hal-hal yang benar tentang diri seseorang. Beliau juga
mendefinisikan konsep kendiri ideal sebagai apa yang diingin dan dihasrat oleh
seseorang untuk memiliki sesuatu.
1.2 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
Terbahagi kepada dua konsep iaitu Konsep Kendiri Positif (KKP) Dan Konsep
Kendiri Negatif (KKN). KKP akan terhasil apabila individu itu mendapat kasih
sayang yang penuh, pujian, orang di sekeliling menghargainya, rasa selamat dan
membuat dirinya lebih yakin dalam tindakannya. Clark, Clames & Bean (1982)
mengemukakan tujuh ciri individu yang mempunya KKP. Antaranya adalah :
1- Bebas membuat pilihan dan keputusan Individu ini tidak menghadapi
masalah dalam membuat keputuan atau pilihan dalam sesuatu hal. Keputusan
yang dilakukan tidak diragui dan tiada timbul rasa was-was malah yakin
dengan tindakannya.
2- Bertanggungjawab Individu ini sentiasa mengakui kesalahannya dan
bersedia untuk dipertanggungjawabkan atas dasar tugas, bangsa, agama dan
negara.
3- Bertolak ansur dengan kekecewaan Individu ini menerima kegagalan
dengan hati yang redha dan pasrah dan lebih bersikap keterbukaan serta
menangani kekecewaan tanpa berasa kesal ataupun putus asa. Individu ini
lebih tabah dalam menghadapi kegagalan dan menjadikan kegagalan itu satu
semangat baru atau motivasi bagi dirinya.

4- Hadapi cabaran dengan tabah individu ini tidak mudah mengalah dan
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun pernaha gagal dan
sentiasa yakin dengan diri sendiri.

ABPK 2103

5- Bangga dengan kejayaan Individu ini bangga dengan pencapaian tanpa ada
rasa riak atau takabur dan sentiasa berpuas hati dengan kejayaan yang
dimilikinya.
6- Berasa gembira individu ini gembira walaupun menghadapi masalah dan
tidak mmudah menyuarakan masalahnya kepada orang lain sebelum dapat
mengatasinya. Tetap akan berusaha menyelesaikan tiap masalah yang dihadapi
dengan keadaan tenang dan positif.
7- Kebolehan mempengaruhi orang lain - individu ini mempunyai kebolehan
dalam mempengaruhi dan mendapat perhatian serta kerjasama daripada orang
di sekeliling dan disukai oleh mereka.
Ciri-ciri lain yang boleh diselitkan bersama adalah seperti menghargai diri sendiri dan
orang lain, bermurah hati dan senang berkawan. Bagi konsep kendiri negatif pula
merupakan konsep kendiri yang sering dimarahi, dikritik, didera dan pelbagai lagi sifat
negatif yang berlaku pada individu itu. Antara ciri-cirinya adalah :
1- Selalu meminta pertolongan Individu ini gagal menyesuaikan diri dengan
masyarakat dan sering berinteraksi meminta simpati danpertolongan akibat
disisih oleh rakan.
2- Kata-kata meninyunggung Individu ini suka menyinggung perasaan orang
lain dengan mengunakan komunikasi yang negatif serta suka memberi komen
yang merendahkan hasil kerja orang lain tanpa mempedulikan aspek perasaan
satu sama lain.
3- Selalu tidak berpuas hati Indibvidu ini sentiasa tamak dan tidak berterima
kasih bila dihulurkan pertolongan. Selain itu tidakberpuas hati dengan apa
yang dimiliki dan tidak boleh menyesuaikan diri dengan baik di dalam
masyarakat.
4- Berangan-angan individu ini sering lalai dalam melakukan tugas yang
diberikan dan tidak peka dengan perubahan persekitaran.
5- Mencari simpati individu ini sering menyatakan permasalahan pada dirinya
dan sering meminta pertolongan dengan meletakkan masalahnya itu kepada
orang lain menyebabkan tekanan kepada orang disekelilingnya.
5

ABPK 2103

6- Menyalahkan orang lain indidvidu ini akan menyalahkan orang lain setiap
kecelakaan yang berlaku keatas dirinya. Tidak mengakui kesalahan diri
sendiri.
7- Mementingkan diri inidividu ini tidak mempedulikan perihal orang lain
dan hanya memikirkan hasrat dan matlamatnya sahaja. Hanya meikirkan
perkara yang menguntungkan dirinya sahaja.
Faktor yang mempengaruh konsep kendiri negatif ini adalah daripada pengaruh media
masa, laman sesawang, majalah dan juga rancangan TV dan iklan. Selain itu, keruntuhan
sosialisme masyarakat di masa kini juga ditahap yang membimbangkan. Sikap
masayarakt kini yang kian merosot nilai disiplin diri memberi kesan kepada
kebertanggungjawaban di dalam diri masing-masing. Selain itu, sikap suka mengkritik
dan pengaruh persekitaran yang tidak baik memberi kesan kepada kecenderungan
seseorang individu itu kepada KKN. Kesimpulannya, konsep kendiri ini melibatkan
perasaan, nilai, matlamat dan kepercayaan seseorang terhahadap dirinya sebagai seorang
yang unik. Ianya juga berkait rapat dengan kekuatan dan kelemahan seseorang dan juga
bertindak secara konsisten bagi mengekalkan dan meningkatkan pembinaan kendiri
seseorang individu supaya menjadi lebih kukuh dan mengawal tindakan-tindakan yang
lain (Mohd Daud Hamzah,1990). Di dalam pembentukan konsep kendiri ini mempunyai
pengaruhnya yang tersendiri. Konsep kendiri lebih cenderung kepada sifat yang dimiliki
oleh ibubapa, rakan-rakan, masyarakat dan keadaan sekeliling dalam memenuhi
keperinadian seseorang individu. Pengaruh golongan ini dalam kendiri seseorang
individu itu amat memainkan peranan yang besar dalam menterjemahka imej dan
personaliti seseorang individu itu. Menurut Coopermith (1967), konsep kendiri yang
memiliki harga diri tinggi di dapati lebih bebas dan kreatif, lebih disenangi rakan sebaya,
asertif, lantang bercakap, berpandangan jauh, dan menerima sebarang kritikan berbanding
mereka yang mempunyai harga diri yang rendah. Oleh yang demikianlah, dalam
menentukan konsep kendiri seseorang individu itu adalah berdasarkan faktor-faktor yang
telah dibincangkan dalam kenyataan di atas.
2.0 KEUNIKAN KENDIRI

ABPK 2103

Memahami pernyataan di atas sedikit sebanyak memberikan kaedah kepada saya


bagi mengenali diri sendiri dengan berpandukan kepada teori, konsep-konsep serta
faktor-faktor yang berkaitan. Tidak dinafikan, setiap manusia atau diri seseorang itu
mempunyai keunikan diri masing-masing. Keunikan ini kadang-kadang disedari atau
tidak disedari oleh individu itu sendiri. Namun kebiasaannya, keunikan ini lebih jelas
dilihat oleh orangdi sekeliling kita. Keunikan diri masing-masing dapat dinilai atau
diukur berpandukan kepada persepsi, hubungan dan juga penerimaan orang di sekeliling
kita. Kita perlu tahu bahawa setiap manusia itu di lahirkan dengan kemampuan otak yang
sama dan juga berbeza. Soal kreativiti semestinya berbeza diantara satu sama lain.
Walaupun kita semua sebenarnya memiliki kemapuan otak yang sama, namun faktor
pertumbuhan dan persekitaran menyebabkan cara berfikir itu pasti berbeza samada dalam
keadaan kita sedar atau pun tidak. Pada diri saya sendiri kadang-kadang tidak dapat
mengetahui akan keunikan diri sendiri. Hal ini kerana, kurangnya saya dalam merungkai
sendiri akan minat dan kebolehan yang ada pada diri. Setiap orang melakukan kerja atau
melaksanakan tanggungjawab. Namun apa yang menjadikan seseorang itu unik adalah
pekerjaan atau kebolehan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak mampu dilakukan oleh
orang lain atau sedikit sahaja bilangan orang yang boleh melakukan perkara yang sama.
Sebagai contoh, kemahiran seseorang dalam bidang kesenian, ianya suatu yang unik
kerana tidak semua yang memiliki kemahiran itu secara lahiriah.
Keunikan ini tidak dapat diterjemahkan dengan mudah oleh diri sendiri kerana
tiap orang memiliki potensi diri yang berbeza. Potensi ini menentukan populariti
seseorang atau meruntuhkan seseorang. Mungkin pada diri orang lain itu kelebihan yang
dimiliki itu sudah cukup baik, tetapi dari segi lain mungkin kita lebih baik.
Kesimpulannya, bagi saya sendiri keunikan ini suatu yang abstrak yang kita sendiri tidak
ketahui secara zahir. Ianya timbul secara semulajadi dan bukan direka-reka. Oleh yang
demikian, bagi saya sendiri keunikan yang ada dalam diri saya mungkin lebih kepada
cara menangani masalah, komunikasi dan cara menyesuaikan diri dalam keadaan sukar
tanpa memberi kesan negatif pada diri. Lebih mudah difahami adalah cara menangani
stress di dalam kehidupan seharian.
3.0 KAJIAN BERSAMA KLIEN

ABPK 2103

(INTERVENSI BERKAITAN PERCANGGAHAN KOGNITIF)


1) KLIEN PERTAMA
Dikenali sebagai Ahmad, berumur 29 tahun dan sudah pun berumah
tangga. Intervensi bersama klien ini di lakukan sewaktu bersenam di Tasik
Kepong di hujung minggu yang lalu. Intervensi ini berlangsung lebih kurang 30
minit. Di dalam segmen intervensi ini, klien yang juga merupakan rakan karib
saya telah diajukan pertanyaan berkaitan maksud kognitif (tingkahlaku) agar klien
lebih memahami tujuan kajian di lakukan. Klien menyatakan bahawa kognitif ini
adalah tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu dan memberikan imej terhadap
seseorang itu. Maksud klien adalah, perbuatan sesorang itu menunjukkan
personaliti atau kendiri seseorang. Saya tidak menafikan jawapan yang diberikan
kerana ianya tidak lari dari maksud asal kognitif itu sendiri. Setelah itu, klien
diajukan persoalan berkaitan dengan percanggahan kognitif iaitu ketidaksamaan
seseorang itu akibat dari sikap, pemikiran, dan perilaku yang saling bertentangan
dan membuatkan seseorang itu mengambil langkah demi mengatasi permasalahan
yang dihadapinya itu. Dalam keadaan ini, klien akan menghadapi situasi marah,
terkejut, sedih, malu dan rasa bersalah terhadap sesuatu yang berkaitan. Klien
menceritakan bagaimana beliau menyesuaikan diri dengan suasana kekeluargaan
isterinya yang berbeza dari segi adat dan budaya. Beliau mengakui untuk
menyesuaikan diri dalam sesebuah keadaan itu amat sukar kerana ingin
memahami dari segi komunikasi, hubungan, minat dan juga budaya itu agak
memakan masa yang lama.
Emosi perlu sentiasa stabil dan mempunyai ketabahan diri yang tinggi.
Bagi beliau, terdapat sedikit sebanyak kesukaran bagi dirinya mengadaptasikan
dirinya di dalam keluarga isterinya yang mana bersesuaian dengan dirinya.
Kesimpulannya, klien ini menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan dirinya
dengan cara hidup yang mungkin sedikit berbeza daripada kehidupan asalnya.
2) KLIEN KEDUA

ABPK 2103

Dikenali sebagai Reena, berumur 25 tahun dan bertugas sebagai guru di


salah sebuah sekolah cina. Pertemuan ini diadakan secara sengaja oleh saya ketika
melawat ke sekolah ini bagi melakukan kajian bagaimana guru berbangsa melayu
menjalankan tanggungjawabnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Beliau ditemubual oleh saya berkenaan bagaimana beliau menyesuaikan diri di
SJKC yang kita sedia maklum 80% adalah pelajar berbangsa cina. Mungkin dari
segi kesukaran komunikasi, sukatan pembelajaran atau dari segi hubungan dengan
kakitangan lain di sekolah. Klien kelihatan agak tenang dan bersahaja. Walaupun
masih baru di sekolah ini, beliau tidak menafikan bahawa mempunya perbezaan
ketara berbanding di sekolah kebangsaan biasa. Tidak dinafikan jugak beliau
mempunyai kesukaran dari segi berkomunikasi dengan pelajar-pelajar terutama di
Tahun 1 yang keseluruhannya adalah pelajar berbangsa cina. Untuk memberikan
kefahaman kepada pelajar ini di dalam kelas menjadi kesukaran bagi beliau.
Walaubagaimanapun, beliau tidak segan silu untuk bertanyakan kepada guru lain
dari segi pandangan dan teknik mengajar daripada kakitangan terutama guru-guru
yang lebih senior. Lebih menyukarkan lagi kerana di sekolah itu dialah satusatunya cikgu melayu yang bertugas di SJKC tersebut. Cabarannya di sekolah itu
cukup hebat dan bukan mudah untuk dihadapi. Disinilah beliau mula mencuba
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perlu lebih peka pada keadaan
sekeliling. Teknik mengajar juga berubah-ubah mengikut kesesuaian pelajar-pelajr
di dalam kelas.
Beliau mengakui bahawa beliau agak pendiam dan agak takut pertama kali
bertugas di sekolah ini, namun dengan menjadikan ketakutan itu sebagai azam
untuk tidak membantut tugasnya,akhrinya berjaya beliau tempuhicabaran di
sekolah itu dengan baik dan kini beliau diantara guru yang disenangi oleh pelajar
dan juga kakitangan di sekolah itu.

3) KLIEN KETIGA
9

ABPK 2103

Dikenali sebagai Rashid dan merupakan warganegara Myanmar. Kajian


dilakukan sewaktu menyertai program bersama JKM dalam mebanteras
pengemis. Kejadian ini berlaku di ibu kota Kuala Lumpur. Klien ini ditangkap
kerana mengemis di Jalan Chow Kit dan kawasan sekitar. Dengan izin pegawai
yang bertugas, saya melakukan intervensi dengan klien. Klien memberitahu
bahawa dia sudahpun menetap di Malaysia hampir 5 tahun dan aktiviti mengemis
ini adalah rutin wajib baginya. Tangkapan ini merupakan tangkapan pertama
keatas dirinya. Klien tidak lancar berbahasa melayu, namun masih boleh difahami
ketika berkomunikasi dengan klien. Menyoal berkaitan asal usul kemasukan klien
ke Malaysia, bagaimana beliau mengelakkan diri dari ditangkap dan menjalani
kehidupan seharian sebagai pengemis di Ibu Kota. Klien ini menjelaskan bahawa,
pada awal kemasukan dulu klien di arahkan bekerja di salah sebuah tapak
pembinaan tidak jauh dari bandaraya. Setelah selesai pembinaan tersebut, beliau
telah berhenti kerja dan dibiarkan mencari kerja lain yang bersesuaian. Klien ini
mengethaui bahawa dirinya mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan
masyarakat setempat dan hal ini menyukarkan beliau untuk meneruskan hidup.
Klien pernah berhasrat untuk membunuh diri akibat tidak tahu kemana hala tuju
yang harus di ikuti. Sentiasa melarikan diri dari pihak berkuasa dan samseng
bandar. Selama 5 tahun klien mengharungi hidup di Malaysia dengan hasil
kutipan besi, barangan terbuang dan juga mengemis di tepi-tepi jalan. Klien cuba
menyesuaikan dirinya dalam kelompok manusia yang bukan dari negaranya.
Klien ini menyatakan bahawa kesukaran hidup juga membuatkan beliau bertindak
mencuri dan menyamun apabila berkesempatan melakukan kelakuan tersebut.
Kini klien telah diajukan kepada pihak UNCHR sebagai wakil rasmi bagi
warganegara myanmar. Kesimpulannya, kesempitan hidup memberikan kesan di
dalam perilaku individu samada kearah kebaikan ataupun keburukan.

RUJUKAN / REFERENSI
10

ABPK 2103

Friedman, S. D., 1987 (Ed.). Leadership succession. New Brunswick, NJ: Transaction
Books. Paperback edition, with new Preface, published in 2011.
Porter, E.H. (1950) An Introduction to Therapeutic Counseling. Boston: Houghton
Mifflin
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006). Siri Kaunseling: Membentuk Identiti Remaja.
Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai