Anda di halaman 1dari 23

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

1.0 Pengenalan
Pemahaman diri adalah suatu cara untuk memahami, mentaksir karakteristik, potensi dan
masalah yang ada pada seseorang individu. Pemahaman diri yang objektif akan membuat
seseorang mengerti akan dirinya, termasuk dari segi kelebihan mahupun kelemahan yang
dimiliki oleh seseorang individu. Ianya juga berkait rapat dengan seseorang itu bersikap positif
dalam menanggani kelemahan yang ada pada dirinya. Menurut Loekmono, (dalam Kartono,
1985) tujuan mengenal dan memahami diri sendiri bukannya untuk membuat orang menjadi
sedih atau kecewa setelah mengetahui bagaimana keperibadian dirinya, tetapi dianggarkan
setelah mengenal dan memahami dirinya, seseorang individu itu dapat menerima kenyataan yang
ada lalu berusaha dengan apa yang ada pada dirinya untuk mengembangkan keperibadiannya
agar memiliki ciri-ciri karakteristik dan perwatakan yang positif (http://www.academia.edu/908
3057/Makalah_Mengenal_Menerima_Dan_Menghargai_Diri_Sendiri_Dan_Orang_Lain).
Selain itu, pemahaman diri terdiri daripada persepsi seseorang individu terhadap dirinya
sendiri. Willi (dalam Fahiroh dan Sulaiman, 2002) menyatakan bahawa pemahaman diri
berhubung rapat dengan penyesuaian diri yang tinggi selain memberikan sumbangan pada
kesihatan mental seseorang serta hubungan peribadinya. Lebih terperincinya ialah hubungan
antara persepsi dengan penyesuaian diri dalam pemahaman diri iaitu diawalkan dengan
pengamatan seseorang individu menghadapi objek-objek yang sebenar atau realiti secara dalam
kontaks langsung dengan stimulus yang memberikan tanggapan yang dialami oleh perangsang
sehingga menyebabkan individu mempunyai pendapat sendiri mengenai sesuatu objek yang
diamati. Setelah timbul tanggapan, individu akan mula melakukan tindakan penyesuaian diri
untuk memasuki dalam objek realiti tersebut (https://bukunnq.wordpress.com/4-pemahamandan-penerimaan-diri-secara-objektif-dan-konstruktifkelemahan-kelebihan-fisik-dan-psikis/).
Pemahaman diri juga akan membuatkan seseorang individu tersebut untuk membentuk
rasa percaya pada diri sendiri dan terus merenungi diri sendiri tetapi dengan cara yang teratur
dan betul tentang pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Individu yang mempunyai pemahaman
diri juga ingin tahu bagaimana pendapat orang lain tentang diri mereka.

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

2.0 Definisi Pemahaman Diri


Pemahaman diri berasal dari kata pemahaman dan diri. Menurut Sobur (2003)
mendefinisikan bahawa pemahaman diri adalah komposisi fikiran dan perasaan yang menjadi
kesedaran seseorang individu mengenai keperibadiannya terhadap kualiti dan segala yang
dimiliki. Pemahaman diri merupakan pemahaman terhadap diri peribadi, sosial, keagamaan dan
kelebihan serta kelemahan yang ada pada diri sendiri. Pemahaman diri tidak hanya terbatas
kepada pemahaman terhadap identiti diri, namun lebih daripada itu (Ridwan, 2011).
Pemahaman diri juga boleh dikaitkan dengan gambaran yang dimiliki dalam diri individu
tentang dirinya yang dapat dibentuk melalui pengalaman-pengalaman yang diperoleh daripada
interaksi dengan linkungan yang sedia ada. Menurut Agustiani (2006), beliau berpendapat
bahawa pemahaman diri bukan merupakan faktor bawaan tetapi merupakan perkembangan
melalui pengalaman yang secara terus-menerus. Selain itu, menurut Reker yang ditulis oleh
Maria (dalam Romafajrin 2009), menjelaskan bahawa orang yang memahami diri adalah mereka
yang memiliki tujuan hidup, memiliki arah tuju, mempunyai rasa kewajiban dan alasan untuk
wujud, identiti diri yang jelas dan kesedaran sosial yang tinggi. Pemahaman diri juga dapat
melahirkan individu yang tenang, bebas dari rasa bersalah, malu dan rendah diri atas
keterbatasannya sendiri dan berpendapat bahawa ada beberapa keadaan yang dapat mendukung
penerimaan diri seseorang individu (Maslow,1970).
Pemahaman diri merupakan satu bahagian yang penting dalam setiap perbicaraan tentang
keperibadiaan seseorang individu. Pemahaman diri ini merupakan sifat yang unik pada diri
seseorang individu sehingga dapat digunakan untuk membezakan manusia dari makhluk hidup
yang lain. Pemahaman diri individu dinyatakan melalui sikap dirinya yang merupakan
akauntabiliti individu. Manusia mempunyai dorongan untuk berkembang dan akhirnya akan
sedar akan keberadaan dirinya. Perkembangan yang berlangsung ini kemudiaannya membantu
pembentukan pemahaman diri individu dalam pelbagai aspek yang tertentu. Menurut Warjito
(2010), beliau mengemukakan bahawa salah satu penentu dalam keberhasilan perkembangan
individu adalah pemahaman diri yang menjelaskan sifat dan fungsi sehingga terdapat beberapa
pengertian atau sesuatu yang bermakna.

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Berdasarkan huraian diatas jelas menunjukkan bahawa pemahaman diri adalah dimana
seseorang individu mengenali tenang potensi yang baik dari aspek potensi fizikal mahupun
potensi psikologi sehingga individu memahami arah dan tujuan hidupnya. Potensi fizikal iaitu
kelebihan kepada anggota badan, pancaindera beserta dengan kekuatan atau kualiti manakala
potensi psikologi merupakan seluruh kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh individu yang
berkaitan dengan intelektual, bakat, minat dan sifat.

3.0 Konsep Kendiri


Konsep kendiri merupakan tanggapan diri, persepsi diri ataupun gambaran diri tentang
diri sendiri. Ia merujuk kepada penerimaan diri dan penghargaan diri secara positif ataupun
negatif. Konsep kendiri berkait rapat dengan kognitif individu. Pemikiran seseorang individu
akan menpengaruhi pembentukan serta perkembangan konsep kendiri.
3.1 Definisi Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan gambaran identiti tersendiri yang timbul dalam
pemikiran setiap individu sejak kecil lagi (Rohaty Mohd. Majzub, 1992: 175). Setiap
individu adalah unik dan hanya diri kita sendiri sahaja yang akan memahami diri. Setiap
individu mampu membuat perbandingan diri dengan individu lain tanpa mengira usia.
Sebagai contoh, kanak-kanak dapat membezakan dirinya dengan rakannya sama ada dari
segi jantina, paras muka, pemakaian ataupun ketinggian.
Namun, kefahaman diri ini boleh membawa kepada pengetahuan tentang
kelebihan dan kekurangan diri. Tanggapan tentang kekuatan dan kekurangan diri sendiri
berdasarkan tindakbalas pergaulan juga boleh didefinisikan sebagai konsep kendiri (Mok
Soon Sang, 2008: 99). Persepsi diri ini membolehkan seseorang mengukur darjah
kebaikan serta kelemahan dirinya. Tanggapan orang lain terhadap diri sendiri serta
kefahaman diri terhadap diri sendiri akan diambil kira. Persepsi ini penting dalam
membentuk konsep kendiri yang positif ataupun negatif.
Tambahan pula, konsep kendiri juga dikaitkan dengan harga diri. Konsep kendiri
merupakan kebolehan seseorang individu untuk menyayangi dirinya (Rohaty Mohd.
3

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Majzub, 1992: 177). Seseorang itu akan gembira serta bangga dengan diri sendiri dan
sentiasa berfikiran positif untuk menerima kelemahan yang ada pada diri sendiri. Maka,
dia akan memiliki harga diri yang tinggi dan yakin dengan kebolehan diri semasa
berdepan dengan cabaran luar. Jika harga diri tinggi, maka konsep kendiri adalah positif.
Justeru, konsep kendiri adalah apa yang kita fikir tentang diri kita sendiri. Konsep
ini memberi fokus kepada cara kita melihat diri sendiri secara menyeluruh. Pengetahuan
diri ini penting dalam kitaran hidup manusia.

3.2 Jenis-jenis Konsep Kendiri


Terdapat dua kumpulan konsep kendiri, iaitu konsep kendiri positif dan konsep
kendiri negatif. Berikut merupakan pernyataannya :
3.2.1 Konsep Kendiri Positif
Individu yang mempunyai konsep kendiri positif adalah individu yang
betul-betul mengenali diri sendiri serta berpuas hati dengan dirinya. Dia
merupakan individu yang disukai dan dihormati orang ramai. Dia merupakan
individu yang sentiasa yakin, berani dan mampu menghadapi pelbagai cabaran.
Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif memiliki pemikiran yang
optimistik. Dia sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima hakikat, kegagalan,
kritikan ataupun pandangan orang lain. Sifat ini melahiran individu yang dedikasi
dan tekal dengan usaha mencari jalan penyelesaian. Dia sentiasa bersedia serta
akan berusaha untuk menghilangkan kesan negatif yang ada. Individu yang
konsep kendirinya positif memiliki harga diri yang tinggi. Harga diri ini
melibatkan empat aspek (Abd Majid Mohd Isa Rahil Mahyuddin,1997: 85).
Pertama, ialah pengiktirafan orang ramai dan juga sentiasa disayangi. Kedua,
sedar akan kepentingan kecekapan diri terhadap amanah yang diberi. Selain itu,
ialah individu yang menghayati etika moral. Akhir sekali adalah orang yang
berpengaruh.

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

3.2.2 Konsep Kendiri Negatif


Seseorang yang memiliki konsep kendiri negatif akan menunjukkan sikap
yang bertentangan dengan norma sosial. Dia akan bersikap rendah diri dan tidak
memberi peluang kepada orang lain untuk memahami dunianya. Dia juga takut
dan tidak boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Konsep kendiri negatif
akan menyebabkan seseorang itu tidak berkeyakinan dan hanya memandang
dirinya gagal untuk melakukan sesuatu. Keadaan ini juga boleh dilihat pada paras
muka yang tidak ceria dan suka mengasingkan diri. Individu itu juga tidak sudi
menerima pandangan, teguran ataupun nasihat orang lain dan mungkin timbul
perasaan benci. Konsep kendiri negatif membawa kepada kesan yang buruk dan
perlu dititik beratkan. Ibu bapa serta guru memainkan peranan yang penting
dalam masalah ini kerana mereka merupakan anggota yang boleh mempengaruhi
konsep kendiri individu. Hal ini demikian kerana, pembentukan konsep kendiri
bermula sejak kecil lagi. Kasih sayang keluarga dan pendidikan di sekolah yang
akan membantu dalam pembentukan konsep kendiri.

3.3 Perkembangan Konsep kendiri


Konsep kendiri mula terbentuk sejak bayi itu dilahirkan dan berakhir pada zaman
tua (Rohani binti Abdullah, 2005: 156). Setiap individu sudah pasti akan melalui kitaran
hidup yang penuh dengan konflik. Usaha mengatasi konflik ini boleh dikaitkan dengan
perkembangan konsep kendiri kerana ia melibatkan perasaan, kepercayaan, sikap dan
juga keyakinan diri.
3.3.1 Perkembangan Zaman Kanak-kanak
Perkembangan pertama berlaku apabila bayi mula berhubung dengan
persekitarannya dengan menerokai kewujudan kendiri. Mereka mula mengetahui
bahawa

fizikalnya

terpisah

daripada

persekitarannya

(Mohamad

Daud

Hamzah,1994: 189). Kefahaman ini terus berkembang sehingga mereka tahu


bahawa dirinya adalah berbeza daripada orang lain. Kesedaran ini merupakan
5

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

pembentukan konsep diri. Seterusnya kanak-kanak mula mengenali dirinya secara


fizikal dan mula membuat perbandingan. Kanak-kanak suka menilai fizikalnya,
pemikirannya ataupun emosinya dengan rakan sebaya.
Pemerhatian dan rakan sebaya juga membantu dalam perkembangan
konsep kendiri kanak-kanak. Kanak-kanak selalu bermain dengan rakan
sebayanya di mana mereka akan belajar melalui keraguan serta berpeluang
memahami kebolehan diri dengan lebih jelas. Penilaian kendiri ini akan memberi
gambaran identiti dan seterusnya penghargaan kendiri. Penghargaan diri yang
rendah membawa kesan negatif kepada perkembangan konsep kendiri. Individu
itu akan berasa tersingkir, tidak yakin, rendah diri dan tidak percaya terhadap diri
serta orang lain (Abd Majid Mohd Isa Rahil Mahyuddin,1997: 80).
3.3.2 Perkembangan Zaman Remaja
Bagi remaja, usaha mencari jawapan Saya siapa? adalah proses
perkembangan konsep kendiri (Arieff Salleh bin Rosman & Wardah binti
Mokhtar, 2003: 12). Peringkat pemikiran remaja pada masa ini akan mula
menimbulkan banyak persoalan terhadap perkembangan psikologi diri. Remaja
mula mencari identiti mereka yang tersendiri. Mereka ingin memiliki kriteria
yang unik dan berlainan. Jadi, pembinaan konsep kendiri mula berlaku. Kini
mereka mula jelas dengan kekuatan dan kelemahan diri serta cuba untuk
menerima kelemahan diri dan berusaha membaikinya. Dalam masa yang sama,
mereka memerlukan emosi yang stabil dan pemikiran yang opstimistik untuk
berhadapan dengan cabaran. Cabaran merupakan pengalaman yang melatih
mereka untuk menjadi lebih matang.
Selain itu, rakan sebaya juga membantu dalam perkembangan konsep
kendiri remaja. Pengaruh rakan sebaya sudah pasti tidak akan kurang pada zaman
remaja. Pemikiran serta tingkah laku individu sangat mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya. Semasa berada dalam kumpulan sebaya, keistimewaan setiap
individu senang dikenalpasti dan juga diakuri oleh rakan. Hubungan rapat yang
sihat dalam kalangan rakan sebaya juga akan membina emosi yang stabil.
6

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Pembentukan konsep kendiri akan berlaku dengan sihat serta membawa kesan
yang baik kepada pembentukan pemuda yang beramal dan berakhlak.

3.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri


Setiap pembentukan insan termasuk pembentukan konsep kendiri bermula sejak
kecil lagi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri,
seperti dinyatakan di bawah:
3.4.1 Faktor Keluarga
Semua ini berlaku dan bermula dari rumah. Maka ibu bapa ataupun
keluarga merupakan faktor yang utama dalam mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri. Pengaruh mereka boleh berlaku secara pengamatan ataupun
peniruan secara semula jadi tanpa disedari. Ini akan meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap konsep kendiri. Keluarga yang sihat akan membina konsep
kendiri yang sihat iaitu bermula dengan ibu bapa sendiri yang bersikap positif.
Mereka perlu peka dan mengambil berat terhadap anak sendiri. Mereka perlu
sentiasa memberi galakkan dan sokongan seperti memberi respon yang positif
terhadap pencapaian anak-anak. Kanak-kanak ataupun remaja sangat memerlukan
kasih

sayang

yang

mencukupi

untuk

meningkatkan

penghargaan

diri.

Penghargaan diri hanya wujud apabila mereka dapat merasai dirinya dihargai dan
memdapat kepujian. Semakin tinggi harga diri semakin tinggi konsep kendiri
positif. Pembentukan identiti yang baik terbentuk daripada keluarga yang mesra
dan penuh kasih sayang. Maka keluarga dapat menyediakan suasana yang sesuai
untuk pembentukan konsep kendiri yang positif.
3.4.2 Faktor Persekitaran Sekolah dan Guru
Selain itu, pencapaian di sekolah juga mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai kaitan secara
timbal balik dengan pencapaian. Murid yang mempunyai konsep kendiri yang
positif menunjukkan pencapaian akademik yang lebih tinggi (Mohamad Daud
7

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Hamzah, 1994: 221). Guru merupakan watak yang penting dalam pencapaian
pembelajaran individu. Peneguhan positif ataupun kepujian yang diberi oleh guru
menggalakkan perkembangan emosi murid yang stabil dalam kelas. Keadilan
serta kesabaran guru membolehkan kanak-kanak atau remaja merasa mereka
dihormati dan dihargai. Keadaan ini membawa kepada pembentukan konsep
kendiri yang sihat serta meningkatkan motivasi murid dan juga kepuasan murid.
Murid mempunyai keyakinan dalam menjawap soalan di kelas dan mereka juga
berani untuk mencuba soalan yang mencabar. Kepuasan diri ditambah dengan
suasana yang kondusif serta guru yang peramah membawa banyak kebaikan
dalam pembentukan konsep kendiri yang positif.
3.4.3 Faktor Rakan Sebaya
Persekitaran

juga

mempengaruhi

pembentukan

konsep

kendiri.

Persekitaran ini termasuk kebudayaan dan rakan sebaya. Rakan sebaya


merupakan antara model yang berpengaruh besar. Penyelidikan ada menyatakan
bahawa remaja lebih mementing rakan mereka berbanding ibu bapa (Abd Majid
Mohd Isa Rahil Mahyuddin,1997: 84). Hal ini kerana, bagi remaja mereka lebih
selesa untuk berkongsi rahsia mereka dengan rakan sebaya. Rakan menghabiskan
masa yang paling banyak bersama kita semasa alam persekolahan. Seseorang
akan mengalami perubahan tingkah laku serasi dengan amalan kumpulan sebaya.
Jika rakan mempunyai budaya malas, maka seseorang itu berkemungkinan besar
akan bertukar menjadi malas. Maka adalah penting untuk memilih rakan sebaya
yang boleh membawa kepada pembinaan sifat atau ciri individu yang beramal dan
positif.

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

4.0 Penghargaan Kendiri


Penghargaan kendiri merupakan tanggapan dan kepercayaan yang wujud dalam
diri sendiri sejak kecil lagi. Menurut Zaiton Mohamad (2013) penghargaan kendiri
memainkan peranan penting dalam memandu pemikiran seseorang individu itu ke arah
yang betul. Dengan itu, tidak kira apa jenis kebolehan kanak-kanak itu, ibu bapa haruslah
mengetahui cara berkomunikasi dan membina penghargaan kendiri kanak-kanak bagi
mengelakkan mereka gagal menghadapi cabaran hidup.
4.1 Definisi Penghargaan Kendiri
Istilah penghargaan kendiri berasal daripada perkataan Yunani yakni
junjungan diri. Perkataan kendiri membawa maksud nilai dan sikap yang kita
percayai tentang diri kita sendiri. Manakala perkataan penghargaan pula
menerangkan nilai dan harga diri yang diberi kepada diri sendiri. Tuntasnya,
penghargaan diri bermakna penerimaan individu terhadap dirinya sendiri dalam
sepanjang kehidupannya (Azizi Yahaya dan Rakan, 2005: 53).
Penghargaan kendiri adalah satu pemikiran, perasaan, dan penilaian
individu mengenai dirinya dan orang di sekelilingnya. Selain itu, ia juga dapat
mendefinisikan bagaimana perasaan dalaman diri sendiri mempengaruhi
kehidupan harian seseorang individu itu. Penghargaan kendiri bukanlah satu
sistem yang rijid, ia akan berubah mengikut perasaan individu itu ( Connie D
Palladini, 1989: 11).

Penghargaan kendiri ialah satu personaliti yang

menunjukkan sejauhmana kita suka pada diri sendiri. Ia adalah salah satu aspek
yang digunakan untuk mengukur konsep kendiri mengenai perasaan yang kita
rasai dan nilai yang ada pada diri kita (Nurul Nadia bt Abd Hamid, 2010)
Penghargaan kendiri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu penghargaan
kendiri tinggi dan penghargaan kendiri rendah. Individu yang telah dimotivasikan
akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Manakala, individu yang
mempunyai latar belakang kehidupan yang susah seperti mangsa penceraian
rumah tangga akan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Semakin positif
penghargaan kendiri seseorang itu, dia akan suka akan kehidupan ini dan akan
9

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

semakin berjaya dalam mengharungi sebarang cabaran hidup. Sebaliknya,


semakin rendah penghargaan kendiri seseorang itu, dia akan cepat berputus asa
dalam melakukan segala urusan dalam sepanjang hidupnya.

4.2 Perkembangan Penghargaan Kendiri


Menurut Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Lin Wei May dalam kajiannya
yang memetik kata Ranjit Singh Malhi (1997) perkembangan estim diri bermula sejak
kelahiran lagi. Pakar-pakar psikologi bersetuju bahawa pengalaman awal ketika zaman
kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap perkembangan penghargaan diri
seseorang individu itu. Berikut dibincangkan perkembangan penghargaan kendiri yang
bermula zaman awal kanak-kanak (bayi) sehinggalah zaman pengakhiran kanak-kanak
(umur 8-12 tahun).
4.2.1 Zaman Awal Kanak-Kanak
Sejak kelahiran seseorang itu sebagai bayi dan sudah mula bergantung
kepada orang dewasa yang bertanggungjawab ke atas mereka, maka asas
perkembangan kendiri pun bemula. Keadaan ini dapat ditunjukkan semasa orang
dewasa bertindak balas terhadap tanggisan dan senyuman bayi itu, dan pada masa
itu bayi itu akan belajar untuk disayangi dan dikasihi. Kanak-kanak merasai
mereka diterima apabila mereka mendapat kasih saying daripada orang dewasa di
sekelilingnya.
Walaupun pada masa zaman ini penghargaan kendiri sudah mula
terbentuk, tetapi penghargaan kendiri tidak dapat diukur sebelum umur lima atau
enam tahun. Hal ini kerana kedua-dua fungsi penghargaan kendiri, iaitu
kecekapan dan kebernilaian beroperasi berasingan (Azizi Yahaya dan Rakan
2005: 56).

10

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

4.2.2 Zaman Pertengahan Kanak-Kanak


Pada zaman ini, penghargaan kendiri pada kanak-kanak semakin ketara.
Kanak-kanak mula membuat penilaian dalam lima bidang, iaitu penerimaan
sosial, kebolehan akademik, rupa fizikal, kemahiran seni dan sukan serta tingkah
laku. Menerusi kelima-lima bidang ini, kanak-kanak dapat menilai diri mereka
dan mengetahui tahap perkembangan penghargaan kendiri mereka. Semakin
meningkat umur mereka, semakin sedar mereka akan kebolehan diri dalam
sesuatu perkara.
Pada umur lima hingga lapan tahun, penghargaan estim diri mula
bertindak sebagai penapis dalam penilaian prestasi kendiri. Ia memberi kesan
kepada

tingkah

laku

apabila

seseorang

kanak-kanak

itu

cuba

untuk

mempertahankan fahaman bernilaian kendiri daripada cabaran hidup. Menurut


Azizi Yahaya dan rakan dalam kajian yang memetik kata-kata Harter (1999)
kanak-kanak cenderung untuk berfikir secara mutlak, iaitu sama ada positif dan
negatif.
4.2.3 Zaman Pengakhiran Kanak-Kanak
Zaman pengakhiran kanak-kanak ialah pada tahun 8 hingga 12 tahun.
Pada zaman ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara mutlak. Kanak-kanak
sudah mula berupaya membandingkan diri mereka dengan rakan sebaya.
Contohnya, dalam kebolehan akademik mereka akan membuat perbandingan
markah-markah dengan rakan-rakan di sekolah. Pada masa yang sama, kanakkanak mula membuat tanggapan bahawa diri mereka lebih mahir dalam sesuatu
bidang dan ini dapat memberi impak pada fahaman nilai kendiri mereka yang
bergantung kepada kepentingan dan minat bidang tersebut (Azizi Yahaya dan
Rakan 2005: 57).

11

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

4.3 Punca Kekurangan Penghargaan Kendiri


Penghargaan kendiri adalah penting kerana memandangkan penghargaan kendiri
memainkan peranan penting dalam membantu individu menyesuaikan diri dengan
kehendak persekitaran. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kekurangan estim
diri dalam diri seseorang individu dan akhirnya memberikan kesan kepada dia. Berikut
adalah punca kurangnya penghargaan kendiri.
4.3.1 Kegagalan
Dalam kehidupan ini, matlamat hidup adalah penting bagi membolehkan
seseorang itu mempunyai hala tuju dan berjaya dalam segala urusan. Dengan
adanya matlamat, kita akan lebih bermotivasi untuk mencapainya. Namun begitu,
sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi akhirnya kita hanya menemui
kegagalan. Walaupun kegagalan merupakan lumrah kehidupan, tetapi ia juga
akan akan menyebabkan keyakinan diri terancam dan seterusnya membawa kesan
kepada penghargaan kendiri.. Akibat daripada kegagalan itu, kita akan mendapati
diri kita tidak berguna dan tidak bernilai.
4.3.2 Tertekan
Pada masa kini, tertekan merupakan isu yang biasa. Tertekan boleh
berlaku pada bila-bila masa atas sebab tertentu. Jikalau kita sering mengalami
tekanan, estim diri kita akan menjadi rendah. Misalnya, seorang ayah telah
berjanji akan memberi ganjaran kepada anaknya sekiranya mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun, apabila anak mendapat keputusan
yang cemerlang ayahnya tidak menunaikan janjinya. Keadaan ini menyebabkan
anak mula berasa tertekan kerana dia telah belajar bersungguh-sungguh untuk
mencapai keputusan yang baik dan mengharapkan ganjaran yang dijanjikan. Pada
masa itu, anak akan merasakan ayah telah menipu dia. Dengan itu, penghargaan
kendiri anak itu akan menjadi rendah.

12

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

4.3.3 Kritikan
Tujuan kritikan diberi adalah untuk membolehkan kita melakukan dengan
lebih baik lagi. Namun begitu, terdapat sesetengah individu tidak dapat menerima
kritikan orang lain kerana kritikan yang diberi itu sering disalahfahamkan oleh
mereka (Azizi Yahaya dan Rakan 2005: 59). Contohnya, guru mengkritik latihan
yang telah disiapkan oleh muridnya bagi membolehkan murid itu melakukan
dengan lebih baik lagi. Tetapi jikalau kritikan itu disalahfahamkan, murid itu
akan mengganggapkan bahawa

dia telah gagal. Keadaan ini menyebabkan

keyakinan kendiri murid itu terancam dan akhirnya menyebabkan estim dirinya
berkurangan.

4.4 Langkah-Langkah Membina Penghargaan Kendiri


Estim diri menggalakkan mereka menghadapi halangan baru dan mempercayai
akan ciri-ciri yang ada dalam diri mereka. Selain itu, penghargaan kendiri membolehkan
individu itu berasa megah dan bangga dengan pencapaian dan kebolehannya. Dengan itu,
bagi membolehkan kita membina penghargaan kendiri, berikut adalah beberapa cara yang
boleh dijadikan panduan dalam membentuk dan mempertingkatkan penghargaan kendiri.
4.4.1 Keyakinan Diri
Pada kebiasaanya dalam menentukan hala tuju perjalanan hidup kita, kita
sering dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti pandangan ibu bapa, rakan
sebaya dan pengaruh persekitaran. Keadaan itu berlaku adalah disebabkan oleh
kita tidak yakin akan diri sendiri. Bagi membina penghargaan kendiri, kita
perlulah yakin bahawa kita mampu untuk menguruskan diri. Dalam membuat
keputusan, pendapat orang lain adalah diperlukan tetapi ia hanyalah sebagai
panduan. Sekiranya kita terikut-ikut dengan pendapat orang lain, ia akan
menyebabkan kita tidak menilai baik buruknya dan akhirnya akan membuat diri
kita tertekan. Oleh itu, kita harus percaya dan yakin bahawa keputusan akhir yang

13

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

dilakukan adalah terbaik untuk diri kita (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.
1997:52)
4.4.2 Tetapkan Cita-cita yang Realistik
Cita-cita atau harapan yang ditetapkan mestilah bersesuai dengan umur,
tabiat dan latar belakang individu itu. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan
kelemahan sendiri, sekiranya harapan yang ditetapkan itu melangkaui aspekaspek berikut maka ia akan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu
matlamat. Tambahan itu, kesempurnaan juga disarankan supaya tidak
dititikberatkan. Hal ini kerana semakin kesempurnaan itu dititikberatkan, kita
mungkin akan kecewa apabila gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.
Misalnya, sebagai ibu bapa ataupun guru kita hendaklah mengelakkan daripada
membuat jangkaan berdasarkan impian kita dengan berpandukan keperluan anak
atau anak murid kita. Kita seharusnya membantu mereka menetapkan sasaran
yang realistik untuk diri mereka sendiri dan berusaha sendiri untuk mencapai
matlamat itu (Azizi Yahaya dan Rakan, 2005: 62).
4.4.3 Elakkan Rendah Diri
Kita haruslah menggelakkan diri daripada terlalu merendah diri. Perasaan
rendah diri wujud dalam diri adalah kerana kita lebih melihat kelemahan dan
kurang menghargai kekuatan diri yang kita miliki. Rendah diri akan menyebabkan
kita tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, apabila kita
berjaya dalam peperiksaan, kita haruslah yakin bahawa ia adalah hasil daripada
kemampuan diri sendiri dan bukan kerana nasib semata-mata. Selain itu, semasa
kita berbual dengan rakan-rakan, kita perlulah bersikap sederhana dan janganlah
terlalu mendedahkan kelemahan diri kepada orang lain, hal ini kerana orang lain
akan memandang rendah pada kita dan sebaliknya janganlah terlalu meninggi diri
kerana orang lain akan menganggap kita sombong (Abdullah Hassan dan Ainon
Mohd. 1997:53).

14

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

5.0

Efikasi kendiri
Efikasi merupakan kebolehan kita dalam melakukan sesuatu tugas sehingga ke

tahap tertentu. Seorang pakar psikologi yang terkenal iaitu Prof. Bandura menyatakan
bahawa apabila kita dapat menyelesaikan masalah dengan memiliki keyakinan tugas itu
maka ia akan menghasilkan kejayaan. Begiu juga sebaliknya, apabila kita tidak
berkeyakinan dengan kemampuan diri, maka kita akan gagal sebelum mencuba sesuatu
(Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2003: 54). Selain itu, dalam penulisan Ahmad Zabidi Abdul
Razak (2003) yang memetik kata Sayidina Ali yang menyatakan bahawa orang yang
sentiasa memikirkan tentang risiko, beliau akan menjadi seorang yang tidak berani. Sifat
keyakinan diri terletak dalam tangan kita sendiri. Dengan kata lain, kita boleh memiliki
keyakinan kita sendiri dan kita juga boleh melenyapkannya daripada diri kita sendiri.

5.1

Teori Efikasi Kendiri


5.1.1

Teori Pembelajaran Sosial


Albert

Bandura

merupakan

pakar

psikologi

yang

terkenal

dan

memperkenalkan teori ini. Beliau menyatakan bahawa sikap, tabiat dan tingkah
laku kita ialah tiruan dan kita mempelajarinya daripada interaksi dengan
masyarakat, iaitu interaksi kita dengan orang lain. Apabila kita menganggap sikap
kita tidak disukai oleh orang lain, maka kita akan memilih sama ada untuk
meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat kita itu. Menurut teori bandura juga,
sekiranya kita mengubah atau meneruskan sikat dan tabiat kita disebabkan 2
faktor pengukuh. Faktor pengukuh yang pertama ialah faktor luaran iaitu perkara
yang kita alami secara langsung akibat perilaku kita. Contohnya, pujian atau
kutukan yang kita akan terima selepas kita melakukan sesuatu perkara. Faktor
pengukuh yang kedua ialah faktor yang datang daripada sistem faktor dalaman
kita iaitu sistem seperti konsep kendiri dan estim diri yang terdapat dalam jiwa
manusia (Abdullah Hassan, Ainon Mohd. 1997: 64).

15

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1997) juga menyatakan bahawa orang
yang berada di sekeliling kita menjadi sumber pelajaran kepada kita melalui
proses-proses tertentu. Antaranya ialah orang di sekeliling memberi ganjaran atau
hukuman ke atas sikap, tabiat dan perilaku kita. Apabila mereka menganggap
sikap kita merupaka sikap yang betul maka mereka akan memuji kita dan
sebaliknya. Dengan ini, secara tidak langsung, kita telah belajar peraturan
masyarakat. Selain itu, kita juga belajar melalui role-playing atau main peranan.
Setiap hari, kita melakukan main peranan disebabkan oleh kita selalu
membayangkan diri kita berfikir, berbuat dan berasa seperti orang lain.
Seterusnya, orang lain juga akan menjadi sumber kepada sikap, tabiat dan
perilaku kita yang dipaggil role model. Melalui pemerhatian sikap, tabiat dan
perilaku orang lain di sekeliling kita belajar dan mengamalkan sikap tersebut.
Semasa kecil, role model kita ialah ibu bapa. Semasa remaja, role model kita ialah
rakan sebaya dan lain-lain lagi.

5.2

Kepentingan Efikasi Kendiri


Efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam mencapai kajayaan

seseorang. Dengan ini, terdapat beberapa kepentingan dalam efikasi kendiri iaitu dalam
proses kognitif dan proses motivasi.
5.2.1

Proses Kognitif
Mat Rijal (2010), semakin kuat seseorang itu menilai kecekapan

kendirinya, semakin tinggi ia mencabar dirinya untuk menetapkan matlamat yang


tinggi dan mereka lebih komited kepada matlamat yang ditetapkan. Tingkah laku
seseorang telah tersusun dalam pemikiran mereka untuk bertindak. Sekiranya
seseorang itu memikirkan dirinya dimana mereka akan memperoleh kejayaan
maka, mereka akan mempunyai panduan dan sokongan yang positif dalam
tindakan mereka. Dengan ini, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencapai
kejayaan mereka. Sekiranya seseorang itu mempersoalkan kemampuan mereka
untuk bertindak, maka mereka akan sentiasa berfikiran negatif yang membawa
16

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

kepada kegagalan. Fungsi utama pemikiran seseorang adalah untuk membantu


seseorang itu meramal peristiwa dan untuk mencari cara untuk mengawal perkara
yang akan memberi kesan kepada kehidupan atau kejayaan mereka. Dengan ini, ia
memerlukan proses kognitif yang berkesan yang mengandungi perkara yang tidak
jelas dan kabur.
5.2.2

Proses Motivasi
Mat Rijal (2010), efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam

membentuk motivasi kendiri. Terdapat 3 teori yang boleh menjadi motivasi


kognitif iaitu teori atribusi, teori penghargaan nilai dan teori matlamat. Orang
yang mempunyai kecekapan yang rendah biasanya akan mempercayai bahawa
dirinya akan gagal dan mereka tidak akan bermotivasi dan tidak memberi usaha
yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila seseorang itu mempunyai
kecekapan kendiri yang tinggi akan mempunyai motivasi untuk melakukan
sesuatu perkara kerana mereka percaya kepada dirinya mereka akan berjaya.

5.3

Sumber yang Mempengaruhi Efikasi Kendiri


Ainon Mohd (2001) yang memetik kata Albert Bandura mengatakan bahawa

apabila seseorang individu itu mempunyai keyakinan bahawa sesuatu tugas itu dapat
diselesaikan, maka keyakinannya itu akan menghasilkan kejayaan. Maka, dapat dikatakan
bahawa efikasi kendiri adalah penting dalam diri seseorang untuk berjaya. Menurut
Ainon Mohd (2001), kajian pakar-pakar psikologi mendapati beberapa sumber yang
dapat mempengaruhi efikasi kendiri iaitu keyakinan terhadap keupayaan sendiri dan
estim kendiri.
5.3.1

Keyakinan Terhadap Keupayaan Sendiri


Keyakinan terhadap keupayaan sendiri adalah penting bagi meningkatkan

efikasi kendiri yang merupakan faktor dalaman dalam teori bandura. Hal ini
disebabkan jika kita memiliki pengetahuan, kelulusan dan kemahiran yang tinggi,
tetapi jika kita tidak yakin terhadap keupayaan dan kemampuan diri kita dalam
17

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

melakukan tugas, maka kita akan gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Sebagai contoh, jika seseorang mahasiswa kelas satu itu tidak berkeyakinan dia
boleh menjadi seorang pakar bedah yang bagus, maka dia tidak akan menjadi
pakar bedah yang bagus walaupun dia mempunyai ijazah yang cemerlang.
Keyakinan merupakan faktor dalaman yang perlu ada dalam diri seseorang supaya
mereka
5.3.2

Estim Diri
Menurut Ainon Mohd (2005), estim adalah perasaan yang dirasai

berkenaan nilai diri sendiri. Apabila seseorang itu suka menjadi dirinya, maka dia
dikatakan mempunyai estim yang tinggi. Apabila dia kesal dengan keadaan
dirinya dan dia ingin menjadi orang lain, maka dia dikatakan mempunyai estim
yang rendah. Orang yang mempunyai estim diri yang rendah selalu akan
merasakan mereka akan gagal. Hai ini disebabkan apa yang mereka ramalkan
akan terjadi pada diri mereka, maka mereka betul-betul gagal sebelum bertindak.
5.3.3

Pengharapan Seseorang Terhadap Diri Sendiri


Pengharapan seseorang ke atas dirinya sendiri juga mempengaruhi

pandangannya terhadap orang lain. Apabila seseorang itu mempunyai


pengharapan kononnya orang-orang tidak suka kepadanya, maka dia akan
bersikap berperilaku sebagai seorang yang defensive dan meninggi diri.
Akibatnya, orang-orang lain akan bersikap membenci dan tidak suka kepadanya.
Sebaliknya apabila seseorang itu mempunyai pengharapan bahawa orang-orang
lain akan suka kepadanya, maka dia akan sendirnya bersikap ramah mesra kepada
orang-orang itu. Akibatnya, sikap dan tingkah lakunya menjadi lebih peramah dan
mudah disukai, dan akan menghasilkan dia benar-benar disukai orang-orang lain
(Ainon Mohd. 2001: 111).

18

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

5.4

Kesan Efikasi Kendiri


Efikasi kendiri merupakan kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas

pada tahap tertentu. Oleh itu, terdapat beberapa kesan dalam efikasi kendiri.
5.4.1

Meneguhkan Motivasi
Hashim Fauzy Yaacob dan Ishak Md. Shah (2009) dalam kajiannya yang

memetik kata Schunk (1990) menyatakan bahawa dengan adanya rasa efikasi
dapat membantu pelajar untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mencapai kejayaan di sekolah.
Dalam hal ini, perasaan mereka tentang efikasi ialah ke arah meneguhkan atau
memperkuatkan motivasi. Rasa efikasi menunjukkan kesan ke atas motivasi
melalui penetapan matlamat, dan mempengaruhi matlamat yang akan diteruskan.
Individu akan menentukan matlamat yang tinggi dan akan meneruskan tugas
mereka walaupun mereka terpaksa menghadapi kesukaran sekiranya individu
tersebut mempunyai rasa efikasi yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.
Sebaliknya jika efikasi rendah, individu akan mengelak daripada tugas atau
mengambil mudah apabila timbul masalah.
5.4.2

Pencapaian Akademik
Hashim Fauzy Yaacob dan Ishak Md. Shah (2009) dalam kajiannya yang

memetik kata Kare Multon dan rakan pada tahun 1991 yang membuat kajian meta
analisis terhadap efikasi diri dan kejayaan akademik terhadap 39 kajian,
mendapati bahawa kepercayaan terhadap efikasi mempunyai kaitan dengan
pencapaian dan ketekunan dalam suasana akademik yang berbeza. Didapati
pelajar yang percaya mereka akan berjaya adalah lebih tekun dalam usaha dan
secara sebenar berjaya berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai
keyakinan.
Selain itu, dalam kajian Fadhilah Binti Abtholuddin (2013) yang memetik
kata Lent et al., (1996) yang menjalankan kajian ke atas 28 pelajar lelaki dan 14
pelajar perempuan tentang hubungan antara efikasi kendiri dan ketekunan pelajar
19

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

untuk menamatkan pengajian dalam bidang sains dan kejuruteraan. Keputusan


dalam kajian tersebut telah menunjukkan bahawa jangkaan efikasi kendiri yang
tinggi akan menyebabkan mereka kekal untuk menamatkan pengajian dalam
kejuruteraan berbanding mereka yang rendah efikasi kendirinya.

6.0 Kesimpulan
Setiap individu mesti mempunyai pemahaman diri. Dengan adanya pemahaman kendiri,
individu itu dapat menjalankan kehidupnya dengan lebih bermakna dan sempurna. Konsep
kendiri mengalami perkembangan seiring dengan perubahan jasmani, rohani, intelek serta emosi
kita. Ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat memainkan peranan yang penting terhadap
perkembangan konsep kendiri seseorang anak atau murid. Konsep kendiri yang berkembang
dengan sihat, sempurna dan positif akan membentuk penghargaan kendiri yang tinggi.
Individu yang memahami kekuatan dan kelemahan dalam dirinya didapati lebih berjaya
dalam kehidupan mereka. Sebaliknya, individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif
akan gagal dalam kehidupannya. Sehubungan itu, keyakinan memainkan peranan yang penting
dalam diri seseorang itu. Hal ini disebabkan keyakinan diri dapat merealisasikan impian dan
kejayaan yang ingin dicapaikan untuk menjadi satu realiti. Sekiranya keyakinan diri terjejas,
efikasi diri dalam diri individu itu juga akan merundum.
Tuntasnya, setiap individu perlulah menyemaikan nilai-nilai positif dalam diri mereka.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, penyemaian nilai-nilai positif dalam
diri individu, perlulah bermula sejak perkembangan bayi kepada kanak-kanak lagi. Keluarga
merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih ini. Selain itu, faktor
persekitaran terutamanya sekolah, rakan sebaya dan masyarakat turut menyumbang kepada
pembentukkan insan yang berakhlak mulia. Oleh itu, kerjasama yang padu dan jitu dari semua
pihak mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

20

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Rujukan
Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 1997. Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd Majid Mohd Isa Rahil Mahyuddin, 1997. Psikologi pendidikan 1. Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Agustiani. H, 2006. Psikologi perkembangan: Pendekatan ekologi kaitannya dengan konsep diri
dan penyesuaian diri pada remaja. Bandung: PT Refika Aditya
Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2003. Memimpin diri sendiri. Pahang: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Ainon Mohd, 2001. Psikologi orang berjaya. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ainon Mohd, 2005. Kejayaan dari dalam. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Akhmad Harum. Pemahaman dan penerimaan diri secara objektif dan konstruktif (kelemahan
kelebihan:

fisik

dan

psikik).

Diperoleh

pada

April

2015

daripada

https://bukunnq.wordpress.com/4-pemahaman-dan-penerimaan-diri-secara-objektif-dankonstruktifkelemahan-kelebihan-fisik-dan-psikis/
Arieff Salleh bin Rosman & Wardah binti Mokhtar. 2003. Membentuk jati diri remaja.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya dan Rakan, 2005. Pembangunan kendiri. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia

Azizi Yahaya dan Rakan.2005.


Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan
penghargaan kendiri di kalangan remaja. Diperoleh pada 23 Mac 2015 daripada
http://eprints.utm.my/1518/2/AziziYahaya_Hubungan_Antara__Tingkah_laku_Keibubap
aan.pdf
Connie D Palladino. 1989. Developing self-esteem: A positive guide for personal success. USA.
Biddles Ltd.

21

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

Fadhilah Binti Abtholuddin, 2013. Hubungan antara efikasi kendiri dan kemahiran belajar
dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Diperoleh pada 25 Mac 2015 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/4171/1/FADHILAH_ABTHOLUDDIN.p df
Hashim Fauzy Yaacob dan Ishak Md. Shah, 2009. efikasi diri dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar IPTA. Diperoleh pada 25 Mac 2015 daripada
http://eprints.utm.my/14464/1/IshakMd.Shah2009EfikasiDiridanHubungannyaDenganPe
ncapaianAkademik.pdf
M. Nurcholis. 2014. Makalah mengenal, menerima dan menghargai diri sendiri dan orang lain.
Diperoleh pada 6 April 2015 daripada http://www.academia.edu/9083057/Makalah_Men
genal _Menerima_Dan_Menghargai_Diri_Sendiri_Dan_Orang_Lain
Maslow Abraham, 1970. Motivation and personality. New York: Harper & Row
Mat Rijal, 2010. Kecekapan kendiri self efficacy. Diperoleh pada 22 Mac 2015 daripada
http://www.scribd.com/doc/35636599/Kecekapan-Kendiri-Self-Effic acy#scribd
Mohamad Daud Hamzah. 1994. Perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 2008. Psikologi pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nurul Nadia bt Abd Hamid. 2010. Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Kanak-Kanak dan
Remaja Mangsa Penceraian. Perak. UPSI
Rohani binti Abdullah. 2005. Bayi cerdik. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama.
Rohaty Mohd. Majzub. 1992. Psikologi perkembangan untuk bakal guru. Kuala Lumpur:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
Sobur Alex, 2003. Psikologi Umum. Bandung: Pustaka Setia
Zaiton Mohamad. 2013. Kenali apakah itu penghargaan kendiri. Diperoleh pada 23 Mac 2015
daripada http://eprints.ums.edu.my/5817/1/nc0000002771.pdf
22

KPP 6014 Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral

23

Anda mungkin juga menyukai