Anda di halaman 1dari 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311105424

MENGUBAHSUAI TINGKAH LAKU MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN KIRI


MELALUI TEKNIK PENEGUHAN SOSIAL

Article · August 2016

CITATIONS READS

0 1,076

3 authors, including:

Mohd Hanafi Mohd Yasin Mohd Mokhtar Tahar


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
122 PUBLICATIONS   172 CITATIONS    75 PUBLICATIONS   190 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Multimedia Visual module View project

Pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hanafi Mohd Yasin on 30 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MENGUBAHSUAI TINGKAH LAKU MAKAN MENGGUNAKAN
TANGAN KIRI MELALUI TEKNIK PENEGUHAN SOSIAL

Nurul Azura Che Hashima, Mohd Hanafi Mohd Yasinb, Mohd Mokhtar Taharc

abc
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik peneguhan sosial
iaitu pujian dan penghargaan bagi mengubahsuai tingkah laku makan murid menggunakan
tangan kiri. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan reka bentuk satu-subjek, A-B-A
dimana A - mewakili fasa Baseline, B - mewakili fasa intervensi dan A - mewakili fasa
Baseline (tidak ada intervensi). Sampel kajian merupakan seorang murid yang mempunyai
masalah lembam di sebuah sekolah rendah program pendidikan khas di daerah Pasir Gudang
Johor. Kaedah pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian di kantin sekolah sepanjang
waktu rehat 30minit selama tiga minggu. Data direkod menggunakan senarai semak
kekerapan tingkah laku makan dan rakaman video. Hasil kajian menunjukkan teknik
peneguhan sosial iaitu pujian dan penghargaan dapat mengubah tingkah laku makan
menggunakan tangan kiri.

Kata Kunci: Teknik peneguhan sosial, masalah tingkah laku

Abstract
The aim of this study was to examine the effectiveness of using social reinforcement
technique of praise and appreciation for modifying eating behavior of students using the left
hand. This research is qualitative and uses a single - subject design, A-B-A wherein A -
represents the baseline phase, B - represents the intervention phase and A - represents the
baseline phase (no intervention) . The sample is a student who is slow learner in a secondary
school special education programs in the area of Pasir Gudang, Johor. Method of data
collection is done by observation in the school canteen during the break 30 minutes for three
weeks. Data recorded using a checklist frequency of eating behavior and video recording.
The results show that social reinforcement techniques praise and appreciation can change
eating behavior using the left hand.
Keywords: Social reinforcement technique, behavioral problems

1.0 Pengenalan

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan


masyarakat umum. Gejala tingkah laku bermasalah ini boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Dalam
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, tingkah laku bermasalah adalah fenomena biasa
yang dihadapi oleh guru. Hampir setiap hari guru berhadapan dengan pelbagai masalah yang
berhubung kait dengan tingkah laku murid bekeperluan khas. Tingkah laku bermasalah
didefinisikan sebagai aksi, gerak-geri atau lakuan murid yang dianggap menganggu kerana
menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh
berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku bemasalah positif seperti ingin tahu, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif. Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada
distruktif, distruptif dan bergantungan. Tingkah laku bermasalah tidak boleh dipandang
ringan dan perlu diberi perhatian serius kerana jika berterusan akan menjadi satu kebiasaan
dan semakin rumit untuk mengatasinya.

1.1 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian

Tingkah laku bermasalah sering dikaitkan dengan murid bekeperluan khas. Tingkah laku
bermasalah ini adalah tidak normal dan terkeluar daripada nilai dan norma masyarakat,
samada dalam kehidupan bermasyarakat atau di sekolah. Sehubungan itu, tingkah laku
bermasalah ini perlu diurus dengan sebaiknya agar tingkah laku bermasalah yang dihadapi
oleh murid dapat dikurangkan. Pengurusan tingkah laku dilaksanakan melalui proses
modifikasi tingkah laku. Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah sistematik
berdasarkan prinsip psikologi. Bertujuan untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada
yang positif. Ahli behavioris bersetuju bahawa teknik peneguhan adalah sangat berkesan
dalam proses mengubahkan tingkah laku yang diingini (Nazari Raduan, 2015). Banyak kajian
telah dijalankan menggunakan strategi modifikasi tingkah laku peneguhan. Perkara ini telah
menjadikan ianya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Modifikasi tingkah laku
peneguhan diasaskan oleh B.F.Skinner dan dikenal sebagai Teori Pelaziman Operan Skinner.
Menurut Skinner (1938), peneguhan dibahagikan kepada peneguhan positif, peneguhan
negatif, dendaan dan pelupusan. Teknik peneguhan yang dilaksanakan secara berterusan
dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini.

Dalam kajian ini, tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid adalah makan
menggunakan tangan kiri. Sudah menjadi amalan budaya masyarakat di Malaysia makan
menggunakan tangan kanan. Tingkah laku makan menggunakan tangan kiri adalah sesuatu
yang bertentangan dan di luar kelaziman amalan budaya di negara ini. Tingkah laku ini akan
menjadi gangguan dan menjejaskan aktiviti serta kualiti hidup murid. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk:
i. Mengubah tingkah laku murid makan menggunakan tangan kiri.
ii. Mengenalpasti keberkesanan teknik peneguhan sosial iaitu pujian dan penghargaan
sebagai intervensi mengubahsuai tingkah laku makan menggunakan tangan kiri.

2.0 Metadologi

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian satu-subjek. Reka bentuk ini dipilih kerana ia
bersifat langsung dan mempunyai fokus secara individu (OUM, 2012). Jenis reka bentuk
yang digunakan adalah reka bentuk A-B-A. Ia terdiri daripada 3 peringkat, A - mewakili fasa
Baseline. Tidak ada intervensi dilakukan pada fasa ini, B - mewakili fasa intervensi dan A -
mewakili fasa baseline dan tidak ada intervensi dilakukan.

Sampel kajian merupakan seorang murid lelaki berumur 11 tahun. Murid mempunyai
masalah lembam. Murid lembam juga dikenali sebagai slow learner dan mempunyai
permasalahan pembelajaran. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif
pengajaran yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).

Dalam kes ini, pengkaji memilih teknik peneguhan sosial sebagai intervensi mengubah
tingkah laku makan murid menggunakan tanan kiri. Peneguhan sosial ialah sesuatu
peneguhan yang diberikan secara semulajadi melalui senyuman, penerimaan, pujian,
penghargaan dan perhatian daripada orang lain (Khendra Cherry, 2016). Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang murid itu menghasilkan tingkah laku yang baik
pada masa hadapan. Kajian ini berlandaskan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut
Skinner (1938) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner, modifikasi tingkah laku peneguhan
positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan yang diingini itu ditunjukkan
dan perlakuan itu diulang dan diperkuatkan lagi. Peneguhan positif boleh dalam bentuk lisan
seperti galakan dan pujian. Manakala bentuk bukan lisan seperti pelukan dan senyuman.
Peneguhan positif ini dipanggil peneguhan sosial.

Kaedah merekod data yang digunakan adalah pemerhatian secara individu. Untuk
memerhatikan tingkah laku makan, rakaman video dan senarai semak kekerapan tingkah laku
makan menggunakan tangan kiri digunakan. Rakaman video sepanjang 30minit (9.15pagi–
9.45Pagi) murid makan sewaktu rehat di kantin direkodkan. Penggunaan rakaman video
berkesan untuk mendapatkan maklumat kejadian yang berlaku ketika itu (Raymond, 2008).
Manakala senarai semak digunakan untuk mencatatkan kekerapan makan menggunakan
tangan kiri. Kaedah persampelan masa digunakan untuk mencatat kekerapan makan. Masa
rehat 30minit dibahagikan kepada dua selang masa bermula 9.15pagi–9.30pagi dan 9.30pagi–
9.45pagi. Bagi mengumpulkan data, pada peringkat permulaan, pengkaji mengadakan
perbincangan bersama penyelaras dan rakan guru serta pembantu pengurusan murid (PPM)
untuk mengenalpasti masalah murid yang dipilih. Rujukan melalui data makluman murid dan
pemerhatian terhadap murid juga dilakukan. Selain itu, temubual ringkas dengan ibu murid
juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tingkah laku makan semasa di rumah. Setelah
mengenalpasti tingkah laku bermasalah murid, pengkaji menjalan kajian menggunakan reka
bentuk A-B-A kepada murid. Pemerhatian dilakukan selama 30minit sewaktu rehat di kantin
sepanjang tiga minggu.

Analisa Data

Berdasarkan data pemerhatian yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data-data tersebut
bagi melihat sejauhmana keberkesanan teknik peneguhan sosial sebagai satu kaedah
intervensi bagi tingkah laku makan menggunakan tangan kiri.

Kekerapan Tingkah Laku Makan Menggunakan Tangan Kiri


Selang Masa Rehat
Hari/Tarikh 9.15pagi – 9.30pagi 9.30pagi – 9.45pagi
Ahad (08.05.2016) √ √
Isnin (09.05.2016) √ √
Selasa (10.05.2016) √ √
Rabu (11.05.2016) √ √
Khamis √ √
(12.05.2016)
Jadual 1(a): Jadual data kekerapan tingkah laku (A - Baseline)

Kekerapan Tingkah Laku Makan Menggunakan Tangan Kiri


Selang Masa Rehat
Hari/Tarikh 9.15pagi – 9.30pagi 9.30pagi – 9.45pagi
Ahad (15.05.2016) √ X
Isnin (16.05.2016) X X
Selasa (17.05.2016) X X
Rabu (18.05.2016) X X
Khamis X X
(19.05.2016)
Jadual 1(b): Jadual data kekerapan tingkah laku (B - Intervensi)

Kekerapan Tingkah Laku Makan Menggunakan Tangan Kiri


Selang Masa Rehat
Hari/Tarikh 9.15pagi – 9.30pagi 9.30pagi – 9.45pagi
Ahad (22.05.2016) X X
Isnin (23.05.2016) X X
Selasa (24.05.2016) X X
Rabu (25.05.2016) √ X
Khamis X X
(26.05.2016)
Jadual 1(c): Jadual data kekerapan tingkah laku (A - Baseline Tanpa Intervensi)

Jadual 1 (a), 1(b) dan 1(c) di atas menunjukkan jadual data perekodan kekerapan tingkah laku
makan murid menggunakan tangan kiri sepanjang 30minit waktu rehat di kantin selama tiga
minggu. Pada minggu pertama pemerhatian (08.05.2016–12.05.2016), pengkaji hanya
merekodkan sahaja tingkah laku makan murid. Sepanjang satu minggu pemerhatian tersebut
murid makan menggunakan tangan kiri. Walaupun terdapat teguran daripada rakan murid
kerana makan menggunakan tangan kiri, murid tetap meneruskan makan sehingga habis
makanan.

Pada minggu kedua pemerhatian (15.05.2016–19.05.2016), pengkaji melaksanakan


intervensi kepada murid. Pengkaji memulakan intervensi dengan membuat perjanjian dengan
murid. Seandainya murid tidak mengulangi tingkah laku makan menggunakan tangan kiri,
murid akan diberi penghargaan oleh pengkaji iaitu dilantik menjadi ketua pembaca doa
selepas makan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik pujian ketika murid makan
menggunakan tangan kanan. Pengkaji memuji murid dengan kata-kata positif agar murid
lebih bersemangat. “Bagus Kimi hari ini, makan guna tangan kanan”. “Kawan-kawan bagi
tepukan pada Kimi”. “Macam tu lah Kimi. Allah sayang pada orang yang makan guna
tangan kanan”. Murid dipuji di hadapan rakan-rakan bagi meransang murid untuk
mengekalkan tingkah laku makan menggunakan tangan kanan. Pada hari Ahad 15.05.2016,
selang masa 9.15pagi–9.30pagi murid memulakan suapan makan menggunakan tangan kiri.
Namun apabila ditegur oleh pengkaji, murid berubah makan menggunakan tangan kanan.
Pengkaji mula memuji murid, “Bagus Kimi.. bila makan, kita kena gunakan tangan kanan.”
Pada hari Isnin 16.05.2016 sehingga hari Khamis 19.05.2016, murid telah kekal makan
mnggunakan tangan kanan sepanjang waktu rehat 30minit. Oleh itu, pengkaji melantik murid
menjadi ketua pembaca doa selepas makan. Penghargaan sebagai ketua pembaca doa selepas
makan yang diberikan oleh pengkaji selama empat hari membuatkan murid berasa bangga di
hadapan rakan-rakannya yang lain.

Akhirnya pada minggu ketiga pemerhatian (22.05.2016–26.05.2016), pengkaji merekod


kembali data kekerapan tingkah laku makan murid. Perekodan ini bertujuan untuk melihat
keberkesanan intervensi peneguhan sosial yang telah dijalankan. Sepanjang pemerhatian
tingkah laku makan murid, murid telah berubah makan menggunakan tangan kanan
sepanjang waktu rehat kecuali pada hari Rabu 25.05.2016, pada selang masa 9.15pagi–
9.30pagi murid menggunakan tangan kiri. Namun apabila pengkaji memanggil nama murid
dan menggoyangkan isyarat tangan, murid memahami akan kesalahan penggunaan tangannya
dan terus mengubah kepada tangan kanan.

3.0 Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Berdasarkan hasil dapatan kajian, menunjukkan teknik peneguhan sosial iaitu pujian dan
penghargaan yang digunakan dapat mengubah tingkah laku makan menggunakan tangan kiri.
Walaupun selepas tidak dilaksanakan intervensi murid ada mengulangi tingkah laku tesebut,
namun murid dapat mengekalkan perubahan makan menggunakan tangan kanan semasa
makan sepanjang waktu rehat. Ini membuktikan teknik peneguhan sosial iaitu pujian dan
penghargaan berkesan mengubah tingkah laku makan menggunakan tangan kiri.
Sedar atau tidak sebenarnya penggunaan peneguhan sosial telahpun digunakan oleh guru-
guru secara langsung atau tidak langsung dalam menangani isu tingkah laku bermasalah
murid. Cara peneguhan yang dilaksanakan kepada murid akan memberi kesan kepada tingkah
lakunya. Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin
diutarakan oleh pengkaji sebagai penambahbaikan kepada kajian ini. Antaranya adalah
tempoh masa kajian. Tempoh masa kajian yang dilaksanakan adalah singkat. Pemerhatian
yang dilakukan tidak dapat menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Tempoh masa
yang panjang membolehkan penggubahsuaian tingkah laku ini direkodkan dengan lebih
bermkna. Selain itu, teknik intervensi juga boleh dipelbagaikan, tidak hanya tumpu kepada
penggunaan satu teknik sahaja. Kaedah token ekonomi juga boleh diaplikasikan. Token
ekonomi merupakan antara teknik peneguhan positif. Token ekonomi merupakan program
modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tingkah laku yang disasarkan
dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan token. Murid akan
menerima token setelah menunjukkan tingkah laku yang disasarkan. Token yang
dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh seperti hadiah atau barang yang telah
ditetapkan nilainya.

4.0 Kesimpulan

Isu tingkah laku bermasalah perlu diambil berat oleh semua pihak. Sekiranya tidak diubah,
ianya akan menjadi kelaziman kepada individu tersebut. Perbincangan antara ibu bapa dan
guru dapat membantu mengubahsuai tingkah laku bermasalah yang dihadapi murid. Pelbagai
teknik dan kaedah pengubahsuaian tingkah laku dapat dilaksanakan. Justeru guru perlu bijak
memilih. Teknik dan kaedah yang tepat amat penting bagi keberkesanan pengubahsuaian
tingkah laku yang dilaksanakan.
Rujukan

Jabatan Pendidikan Khas. 2003. Sukatan Pelajaran Pedidikan Khas Bermasalah


Pembelajaran Sekolah Rendah Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Khendra Cherry. 2016. What Is Social Reinforcement. Glosory of Psychology Terms.


Diperolehi daripada https://www.verywell.com/what-is-social-reinforcement-2795881
[05 Jun 2016].

Nazari Raduan. 2015. Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner. Tujuhpen.Blogspot.
Diperolehi daripada http://tujuhpen.blogspot.my/2015/04/model-modifikasi-tingkah-
laku-bf-skinner.html [05 Jun 2016].

Open University Malaysia (OUM). 2012. HBSE2203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas. Serdang. Selangor Darul Ehsan.

Raymond G. M. 2008. Behavior Modification: Principles and Procedures. United State:


Thomson Wadsworth.

Skinner, B. F. 1938. The Behavior of organisms: An experimental analysis. New York:


Appleton-Century.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai