Anda di halaman 1dari 6

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311116845

MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID MENGGUNAKAN TIME-OUT DAN KATA


PUJIAN

Conference Paper · August 2016

CITATIONS READS

0 7,434

2 authors, including:

Mohd Hanafi Mohd Yasin


Universiti Kebangsaan Malaysia
116 PUBLICATIONS   145 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Multimedia Visual module View project

Pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hanafi Mohd Yasin on 30 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID MENGGUNAKAN TIME-OUT
DAN KATA PUJIAN

Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noora, Mohd Hanafi Mohd Yasinb,


a
National University of Malaysia,43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
b
Specialist Teachers’ Training Institute,56000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan time out dan kata pujian dalam ubah suai tingkah
laku . Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Tujuan dan objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti tingkah laku disruptif dan mengubahsuai serta seterusnya menghapuskan
tingkah laku murid kepada yang lebih baik. Data di kumpulkan dengan instrumen borang pemerhatian dan
menggunakan reka bentuk A-B-A. Responden kajian ini adalah terdiri daripada seorang murid enam tahun di sebuah
Prasekolah Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Intervensi time-out dilaksanakan ke atas responden bagi
mengurangkan tingkah laku disruptif sepanjang slot rutin dan perbualan pagi. Manakala, peneguhan positif kata
pujian adalah responden diberikan kata-kata yang positif sepanjang intervensi dilakukan. Responden memberikan
respon yang positif sepanjang 2 minggu intervensi dilaksanakan dan mengurangkan tingkah laku yang ingin
diubahsuai oleh pengkaji.

The aim of this study was to evaluate the effectiveness of time out and praise the behavior modification. This study
used a qualitative and quantitative approach to collecting data. The purpose and objective of this study is to identify
and modify disruptive behavior and eventually eliminate the student behavior. Data collected by observation and
instrument design using A-B-A. The respondents are comprised of a six-year student at a local preschool Seremban,
Negeri Sembilan. Intervention time-out is taken on the respondents to reduce disruptive behavior and conversation
during the routine morning slot. Meanwhile, word of praise is a positive reinforcement of respondents during the
intervention. Respondents gave positive response during the 2-week intervention feasible and reduce behavior that
would be modified by the researcher.

Kata kunci : Time-out , kata pujian , murid prasekolah


Keywords : Time-out , praise , preschool student

1. Pendahuluan

Alberto, Heflin, & Andrews ( 2002 ) menyatakan bahawa time-out berkesan untuk
mengurangkan tingkah laku seperti tantrums, tingkah laku yang tidak diingini, menjerit,agresif
dan penggunaan kata-kata yang tidak sesuai. Time-out adalah selamat dan berkesan digunakan
untuk mengatasi tingkah laku dalam konteks persekitaran yang lebih besar , positif , konsisten
dan boleh diramal yang mana telah jelas dinyatakan di dalam kajian-kajian lepas dan
penyelidikan untuk memberi manfaat kepada fungsi emosi dan pertumbuhan perkembangan
keseluruhan kanak-kanak (Lauren Borduin Quetsch,2015). Costenbader & Reading-Brownm
(1995) pula menyebut time – out sebagai pengecualian sosial iaitu satu bentuk pengubahsuaian
tingkah laku yang melibatkan pemisahan sementara kanak-kanak dari persekitaran di mana
tingkah laku yang tidak boleh diterima berlaku. Mereka diletakkan di satu sudut yang mana
sudut tersebut sunyi dan membosankan iaitu tidak ada rangsangan lain yang membolehkan
kanak-kanak tersebut bercakap dan melakukan tingkah laku lain. Time – out adalah apabila
seseorang kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat yang berasingan dengan kanak – kanak
lain, yang mana kanak-kanak ini dipulaukan oleh individu yang lebih berkuasa iaitu ibu bapa dan
guru. Kanak – kanak ini tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain (Siegel,
D. and Bryson, T. 2014). Harris (1985) menggariskan tiga jenis utama masa keluar: penyingkiran
, bukan penyingkiran , dan pengasingan. Dari ketiga-tiga ini, hanya penyingkiran dan bukan
penyingkiran kelihatan paling sesuai untuk kegunaan bilik darjah. Hal ini kerana kanak-kanak
tidak perlu dikeluarkan dari bilik. Hanya mengikut dasar daripada kurangnya campur tangan
dari persekitaran. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada pengkaji ataupun guru untuk
mengaplikasikan bagi modifikasi tingkah laku yang diingini.

1.1. Penyataan Masalah dan Objektif Kajian / Persoalan Kajian

Menurut Lauren Worcester dan T. F. McLaughlin ( 2013 ), tidak ada satu rawatan tertentu yang
berkesan untuk setiap kanak – kanak yang diperhatikan masalah tingkah laku. Sebaliknya
rawatan bagi setiap masalah tingkah laku kanak – kanak haruslah disesuaikan dengan rawatan
dan keperluan khusus. Masalah yang dihadapi oleh responden ini menyebabkan gangguan
kepada rakan sekelasnya dan mengganggu keseluruhan pembelajaran. Malahan, ia memberikan
kesan kepada dirinya sendiri. Murid tersebut tidak dapat menumpukan perhatian pada waktu slot
rutin dan perbualan pagi walaupun dalam tempoh masa 5 minit. Tambahan, responden akan
mengganggu rakan yang hampir dengan dirinya. Sehubungan dengan itu, Teori Pelaziman
Operan oleh B.F Skinner telah digunakan oleh pengkaji sebagai rujukan dan panduan untuk
menangani dan seterusnya menghapuskan masalah tingkah laku muridnya. Ia bertepatan dengan
kajian yang telah dilakukan oleh B.F Skinner yang mana suatu tingkah laku yang tidak diingini
akan diberikan peneguhan negatif seperti time-out. Manakala tingkah laku tidak diingini telah
berkurangan dan dihapuskan, maka peneguhan positif akan diberikan sebagai perubahan suatu
tingkah laku. Peneguhan yang diberikan adalah kata pujian..

Objektif kajian ini adalah untuk:


i. Mengenal pasti tingkah laku negatif responden yang mengganggu di dalam bilik darjah.
ii. Mengenal pasti keberkesanan teknik time-out dan kata pujian dalam mengubahsuai
tingkah laku negatif responden.

Persoalan kajian.
i. Bagaimana tindakan negatif murid enam tahun yang dinyatakan sebagai mengganggu slot
rutin dan perbualan pagi?
ii. Adakah teknik time-out dan kata pujian boleh mengubah tingkah laku responden?

2. Metodologi Kajian

Dalam metodologi kajian perkara yang akan dibincangkan ialah reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Kajian ini
adalah menggunakan reka bentuk A-B-A iaitu fasa Baseline (A) , fasa intervensi (B), fasa
keadaan tanpa intervensi (A). Responden yang di gunakan dalam kajian ini ialah seorang murid
lelaki prasekolah yang berusia 6 tahun. Salah satu ciri tingkah laku murid ini juga adalah ingin
mendapatkan perhatian. Kajian ini telah dijalankan selama 6 minggu yang mana pada minggu
pertama masalah tingkah laku diperhatikan. Kemudian, minggu kedua rawatan diberikan kepada
sampel. Pada keadaan ini, rawatan dijalankan selama dua minggu. Setelah itu pemerhatian
terhadap tingkah laku yang ingin diubah suai bersama intervensi yang ditetapkan dilaksanakan
selama seminggu. Akhir sekali, keadaan tanpa intervensi diperhatikan selama dua minggu. Pada
waktu ini, peneguhan terhadap tingkah laku diberikan iaitu kata pujian. Disini. pengkaji dapat
perhatikan sama ada intervensi berjaya dilaksanakan atau tidak berjaya. Aspek yang dikaji ialah
tingkah laku yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap penyampaian slot oleh guru
kerana tingkah laku ini sangat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Tidak akan berjayanya sesuatu pengajaran tanpa tercapai objektif pengajaran. Pengkaji
menggunakan senarai semak tingkah laku dan diperhatikan dalam tiga peringkat iaitu keadaan
awal ( A ), keadaan intervensi (B) serta tanpa intervensi (A). Rekod selang masa digunakan
untuk memerhatikan tingkah laku subjek sepanjang slot perbualan dan rutin pagi. Pemerhatian
juga di lakukan secara rakaman visual. Ini adalah untuk memastikan intervensi yang di jalankan
dapat mengatasi masalah tingkah laku tersebut.

3. Analisis Data

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, hasil dapatan dianalisis untuk melihat kesan
intervensi yang diberikan terhadap tingkah laku yang disasarkan. Analisis data kajian dilakukan
dengan menggunakan kiraan kekerapan berdasarkan selang masa yang ditetapkan iaitu selama
setiap 10 minit sepanjang 30 minit tempoh masa pemerhatian terhadap tingkah laku subjek.
Berdasarkan Rajah 1, kita dapat perhatikan terdapat tiga bentuk graf yang dihasilkan. Graf yang
berwarna biru menunjukkan data yang diperoleh oleh pengkaji pada keadaan asal iaitu intervensi
belum diperkenalkan ( baseline ). Jelas diperhatikan bahawa tingkah laku berterusan pada
kekerapan yang sama sepanjang lima hari. Kekerapan yang dicatat adalah tiga (3) kali setiap 10
minit tbagi 30 minit yang ditetapkan. Kemudian, graf yang berwarna merah adalah merupakan
keadaan semasa intervensi dijalankan. Data menunjukkan tingkah laku masih lagi sama
dilakukan oleh murid pada peringkat permulaan. Walaubagaimanapun, tingkah laku berkurangan
pada hari kedua kemudian pertambahan kekerapan tingkah laku pada hari ketiga ( Rabu ).
Penurunan data menurun pada hari Khamis dan Jumaat. Jelas dapat dilihat, sikap dan tingkah
laku murid berubah pada peringkat tanpa intervensi. Cuma pengkaji dapat kenal pasti pada setiap
hari Selasa, kekerapan tingkah laku murid adalah sama. Setelah di teliti, pengkaji mendapati
bahawa tingkah laku murid berkait rapat dengan slot pembelajaran yang seterusnya iaitu
Perkembangan Fizikal – Permainan Luar. Murid melahirkan keterujaannya pada awal pagi lagi
dan berlanjutan sehingga ke slot seterusnya.

4. Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, dapat di rumuskan bahawa pendekatan yang digunakan
berhasil mengubah sikap yang negatif kepada lebih positif. Kesesuaian penggunaan intervensi
time – out dan kata pujian terhadap responden adalah bertepatan dengan tahap perkembangan
dirinya. Lantaran itu, tindakan yang diambil dapat diubah daripada mengambil tindakan yang
negatif kepada suatu yang positif. Hal ini adalah sejajar dengan matlamat pendidikan iaitu untuk
meningkatkan perkembangan diri murid yang holisitik dan positif.

Cadangan yang ingin dikemukakan dalam kajian ini meliputi lima aspek, iaitu subjek, guru, reka
bentuk kajian yang dipilih dan jangka masa kajian dilaksanakan. Pertama, kajian ini hanya
mengambil murid prasekolah. Oleh itu, pengkaji akan datang tidak membataskan kajian terhadap
murid dalam lingkungan satu umur sahaja. Guru di peringkat sekolah rendah juga boleh
mengaplikasikan kaedah modifikasi tingkah laku ini. Ini akan memperkukuhkan lagi kajian ini.
Kajian ini hanya mengambil masa enam minggu dalam waktu persekolahan. Untuk mengetahui
kesan dalam jangka masa panjang, pada masa akan datang pengkaji disarankan untuk
menggunakan kajian longitudinal bagi melihat kesan intervensi time-out dan kata pujian dalam
jangka masa panjang, selepas enam bulan ataupun setahun.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatan kajian ini akan membantu para guru khususnya guru prasekolah yang
berada tempoh masa yang panjang bersama murid untuk sehari persekolahan. Malahan, dengan
adanya modifikasi ini pengkaji inginkan kesedaran dalam diri murid untuk berubah ke arah
tingkah laku yang lebih baik. Hasilnya, kajian ini membuktikan bahawa tingkah laku disruptif
murid dapat dikurangkan seterusnya dihapuskan.
Rujukan

John S. György Gergely (2013), Early Socio-Emotional Development: Contingency Perception


and the Social-Biofeedback Model,University College London. Watson University
.California.Berkeley

Wanda K, Mohr. Andres J, Pumariega (2016 ) Level Systems: Inpatient Programming Whose
Time Has Passed

Lauren Borduin, Quetsch, M.S,Nancy M. Wallace, M.S. Amy D. Herschell (2015)Weighing in


on the Time-out Controversy An Empirical Perspective. West Virginia University

Zakaria Stapa, , Ahmad Munawar Ismail ,Noranizah Yusuf ( 2012 ) Faktor persekitaran sosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Mohd Azaini Sham Mohd Ali. ( 2014 ) Kaedah token. Universiti PendidikanSultan Idris.

Tera L. Wolf , T. F. McLaughlin , Randy Lee Williams . ( 2006 ) Time-out intervenstions and
strategies : a brief review and recommendations. Gonsaga University.

Siegel, D,Bryson, T. (2014). No-drama discipline . Autralia. Sribe publication

Lauren Worcester , T. F. McLaughlin ( 2013 ) Comparing Effective Treatments for Attention-


Maintained and EscapeMaintained Behaviors in Children with Behaviour Disorders:
Brief Review and Analysis. International; journal of basics and application.

Mohamad Khairudin Bajuri1 , Rohaida Mohd. Saat2 , M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff3 , Noor
Naemah Abdul. 2012. Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya
Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu. The 2nd Annual International
Qur’anic Conference

Parman, N. Q. M., & Hilaluddin, S. H. 2013. Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Dalam
Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Dengan Penggunaan Kaedah SisToMi.
Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, 2(5), 22–30. Retrieved from
http://mylib.cakna.net/index.php/2013/article/view/425

Hannon, J. (2002). No time for time out. Kappa Delta Pi Record, 38, 112-4.

Lucas, R.L. (2000). The effects of time-out and DRA on the aggressive behavior of a spirited
two-year-old. Child and Family Behavior Therapy, 22, 51-56.

Readdick, C. A., & Chapman, P. L. (2001). Young children’s perceptions of time out. Journal of
Research in Childhood Education, 15, 81-87.

Everett, G. E., Hupp, S. D. A., & Olmi, D. J. (2010). Timeout with parents: A descriptive
analysis of 30 years of research. Education and Treatment of Children, 33 (2), 235-259

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai