Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Setiap murid di sekolah memiliki pelbagai tingkah laku dan ragam yang perlu diperbaiki dan
diurus oleh guru-guru yang mengajar. Pelbagai tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-
murid ini sama ada baik atau pun sebaliknya akan mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya mahir
tentang pengurusan tingkah laku supaya masalah yang dihadapi oleh murid-murid dapat
dikurangkan.

2.0 KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pada dasarnya, tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan
dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh
diperhati, diukur dan dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968).

Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya,
ada berbagai-bagai perkataan yang biasa digunakan untuk menggambarkan tingkah laku.
Antaranya ialah ‘aktiviti’, ‘aksi’, ‘perbuatan’, ‘bergerak balas’ dan ‘reaksi’ (Martin & Pear, 1996).
Menurut Miltenberger (2001), terdapat beberapa ciri mengenai tingkah laku ini. Antaranya
ialah apa yang seseorang cakapkan atau katakan, ada satu atau lebih dimensi yang boleh
diukur, boleh diperhati, diterangkan, ia memberi kesan kepada persekitaran malah
dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran serta tingkah laku ini mungkin bersifat overt
atau covert. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh
seseorang manakala tingkah laku covert pula ialah peristiwa peribadi dan tidak dapat
diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley, 1968). Tingkah laku distruktif, desruptif
dan bergantung juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri tigkah laku yang negatif. Oleh
itu, menurut Kamus Dewan (1979), tingkah laku ini ada berbagai ragam dan berbagai laku.

Dari sudut pendidikan, sesuatu tingkah laku yang dizahirkan oleh murid-murid sama
ada positif mahu pun negatif, ia perlu diurus dengan baik oleh guru yang merupakan pemimpin
di dalam sebuah bilik darjah. Pengurusan tingkah laku adalah progam tingkah laku yang
berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
sosial yang positif bagi seseorang individu.

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana
perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tangka
laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yang perlu dilakukan
oleh pelaksana (guru) iaitu yang pertama memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan
semasa murid, kemudian kenalpasti antecedent dan consequnces persekitaran, tentukan
objektif tingkah laku baru yang ingin dicapai dan yang terakhir bentuk pembelajaran tingkah

1
laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequnces
yang telah dikenalpasti.

Namun begitu, konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perancangan yang rapi,
tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku, gunakan intervensi yang
berkesan dan pelaksana perlu membuat penilaian secara objektif. Di samping itu, terdapat
beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru dengan teliti tentang murid berkeperluan
khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Antara perkara-perkara
tersebut ialah guru perlu memegang prinsip setiap murid adalah unik. Kemudian, guru juga
perlu sentiasa memikirkan cara yang berkesan untuk membantu murid kerana tiada satu cara
sahaja yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid serta proses intervensi akan
dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. Ini adalah
disebabkan faktor aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid yang saling berkait antara satu
dengan yang lain.

3.0 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU BAGI MENGURANGKAN TINGKAH


LAKU NEGATIF SEMASA PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku
negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak
yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku yang negatif.

Tujuan utama bagi pengurusan tingkah laku adalah untuk mengurangkan dan
melupuskan tingkah laku negatif yang tidak diingini serta memupuk tingkah laku laku positif
yang diingini (Mok Soon Sang, 2010) Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik
tertentu. Terdapat pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru-guru untuk memodifikasikan
tingkah laku yang negatif. Antaranya ialah peneguhan, dendaan, reverse
psychology, shaping, token economy, kontrak secara lisan atau bertulis, time-out,
modeling, kawalan kendiri, pengurusan kendiri, peneguhan kendiri dan pengasingan (Ragbir
Kaur, 2012).

Time out merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku murid-murid. Time-out
merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah disiplin
di tempat yang berasingan daripada rakan yang lain atau di satu sudut khas (Ee Ah Meng,
1997). Guru juga boleh mengasingkan murid ini di penjuru bilik darjah, di bilik khas atau
mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Jangka masa pengasingan yang efektif

2
adalah disesuaikan mengikut usia kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak di usia 5 tahun adalah
5 minit, bagi murid-murid 7 tahun ke atas, 10-15 minit sudah mencukupi. Setelah selesai
hukuman tersebut dilaksanakan, murid tersebut haruslah diterangkan tentang kesalahan yang
telah dilakukan dan mengapa dia dikenakan hukuman. Pengasingan ini dilakukan adalah
untuk menenangkan keadaan kelas dan juga untuk menenangkan si pelaku agar dapat
menenangkan fikiran bagi murid yang memilki masalah disruptif.

Dalam teknik ini, jika murid tidak menunjukkan tingkah laku yang diingini, dia akan
dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru. Misalnya bagi murid yang tidak menyiapkan
kerja rumah, guru boleh mengarahkan murid tersebut melengkapkannya dalam ruang time
out. Ruang time-out yang sesuai bagi murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah adalah
seperti di bilik guru. Murid tersebut dibenarkan masuk ke bilik darjahnya apabila dia berjaya
menyiapkan kerja rumahnya. Time out ini adalah berkesan bagi murid-murid yang berumur di
antara 4 hingga 12 tahun sahaja. Dimana masa yang diperuntukkan bagi teknik ini adalah
bergantung kepada darjah keseriusan masalah tingkah laku murid tersebut.

Majalah Pa & Ma (Ogos, 2003) menyenaraikan panduan time-out yang positif yang
boleh diaplikasikan kepada murid sekolah mengikut situasi yang tertentu. Pertama sekali,
gunakan bilik air atau tempat yang sunyi sebagai tempat time-out. Bilik tidur juga sesuai
digunakan. Kedua, gunakan perakam masa dan loceng. Perakam masa akan mengalihkan
perhatian anak daripada ibu bapanya kepada bunyi yang menenangkan. Ketiga, benarkan
anak-anak untuk menjadikan time-out sebagai pengalaman berfikir. Beritahu anak tentang
kesalahan yang mereka lakukan dan apa yang boleh mereka fikir apabila time-out selesai.
Jarak masa adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang
hiperaktif, masa kurang daripada 5 minit sudah bersesuaian manakala untuk kanak-kanak
normal, mungkin mengambil masa yang lebih panjang.

4.0 PENUTUP

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah
tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya
seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik
darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata
pepatah “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas
seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan
dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

3
Tingkah laku bermasalah yang negatif ini tidak boleh dipandang remeh. Hal ini kerana
ia akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setelah suatu tingkah laku
bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya menggunakan teknik modifikasi tingkah laku yang
sesuai untuk menangani masalah tersebut. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan
dengan lancar apabila tingkah laku bermasalah dapat diselesaikan. Guru juga disarankan
agar menunjukkan nilai-nilai murni atau teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada
murid-murid. Guru memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian tingkah laku
murid-murid semasa berada di sekolah.

Oleh yang demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak
dan teratur agar ia tidak membantutkan atau mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-
murid di sekolah.

4
RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul Pengurusan Tingkah Laku KPLI SR Pendidikan
Pemulihan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bear, D.M., Wolf, M.M. and Risley, T.R. (1968). Some current dimensions of applied behaviour
analysis. Journal of Applied Behaviour Analysis. (1, 91-97).

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1979). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr. Ragir Kaur A/P Jaginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (semester 1). Shah


Alam: Fajar Bakti.

G. Martin and J. Pear. (1996). Behaviour Modification: What Is It and How T Do It. New Jersey:
Prentice Hall.

Majalah Pa & Ma. (2003, Ogos). Panduan Time-out Yang Positif.

Miltenberger, R.G. (2001). Behaviour modification: Principles and procedures. 2nd. Ed.
Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.

Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Tingkah Laku Bermasalah. (2010, September). Dimuat turun daripada


http://www.scribd.com/doc/37767402/tingkahlaku-bermasalah

Zirpoli, Thomas J. and Melloy, Kristine J. (1993). Behaviour Management Applications for
teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company.

Anda mungkin juga menyukai