Anda di halaman 1dari 3

Konklusinya, seorang pendidik perlu progresif dan saintifik dalam setiap perkara yang berlaku.

Guru juga
harus memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan, menghadiri
kursus dan melanjutkan pelajaran serta jangan mudah terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan
murid.Sesungguhnya Orang yang hidup harus bersikap berani menghadapi risiko.Salah satu jenis risiko
adalah menghadapi masalah dalam kehidupan dan pekerjaan.Masalah boleh mematangkan seseorang
apabila dihadapi dengan tabah. Contoh yang amat jelas apabila dilihat akan Kejayaan Nabi Muhammad
dalam menyebarkan kebenaran Islam sehingga orang yang digambarkan sebagai orang yang amat
ganas semasa zaman jahiliyyah seperti Omar Al-Khattab dan Khalid Al-Walid dapat ditewaskan apabila
mereka memilih Islam. Ini adalah kerana semangat juang Nabi Muhammad yang tidak pernah luntur,
akhlaknya yang jujur, istiqamah dalam dakwahnya, disiplin dalam kerjanya dan pelaksanaan prinsip
berjemaah yang baik.

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli
bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram
dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta
boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya ialah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli.

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat
kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-
kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli
perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa.

Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

Sekadar mahu berseronok.


Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang
memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak
menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci
memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan
2020. Tindakan sewajarnya amat penting untuk menangani salah laku yang semakin
membimbangkan ini.
Semua pihak harus mengembeling tenaga bagi memastikan masalah ini
tidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi. Pengembelingan tenaga semua
pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin, pengubalan kurikulum dan pihak
polis dilihat mampu mengatasi masalah ini.
ISI KANDUNGAN

Muka
Isi Kandungan
Surat

Penghargaan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kajian Kes 1

3.0 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah bagi Mengatasi Masalah Buli 2

4.0 Terapi Bimbingan dan Kaunseling Untuk Menangani Masalah Buli 3

5.0 Rumusan 5

Rujukan

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai