Anda di halaman 1dari 79

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Apa itu Sekolah? Apabila di sebut sekolah pasti akan terbayang difikiran kita
sebuah tempat untuk menuntut ilmu dengan tersedia kemudahan-
kemudahan pembelajaran seperti kelas, papan hitam, meja, kerusi dan
beberapa insan yang digelar guru. Seperti yang diketahui umum, sekolah
adalah pusat awal perkembangan ilmu pendidikan yang dahulunya juga
dikenali sebagai ponduk di nusantara. Perkembangannya seiring dengan
peredaran zaman dan budaya di dalam masyarakat di sesebuah Negara.
Kemajuan dan kegemilangan sesebuah Tamadun manusia itu amat
bergantung kepada mutu kualiti generasinya. Dan semestinya ilmu
pendidikan menjadi asas pembentukan sebuah negara yang maju dan
harmonis.
Dalam sistem pendidikan Malaysia kini, kerajaan telah menyediakan
pelbagai aliran pendidikan untuk bagi melengkapi rakyatnya dengan ilmu
duniawi mahupun ukhrawi. Kerajaan menyakini untuk melahirkan insan yang
kamil dan seimbang yang menjamin kelangsungan kegemilangan sesebuah
negara. Sesebuah generasi itu mesti dilengkapi dan diimbangi dengan ilmu
duniawi dan ukhrawi. Aliran yang telah ada ialah aliran agama, sastera,
perdagangan, vokasional mahupun sains. Justeru, peranan sekolah sebagai
pusat pembelajaran dan pemudahcaraan ilmu, maka adalah amat penting
bagi institusi ini mempunyai iklim budaya yang positif dari sebarang budaya
negatif yang boleh menganggu fungsi sebenar dalam sesuatu sistem
persekolahan itu. Oleh yang demikian, disiplin menjadi perkara utama dalam
menjamin kelancaran dan keberkesanan dalam sistem pendidikan di
sesebuah sekolah.
Akhir-akhir ini masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah
semakin membimbangkan akhir-akhir ini. Hampir saban hari media massa
memaparkan kes-kes masalah disiplin pelajar sama ada yang dilakukan di
2

dalam atau di luar waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) begitu memandang serius terhadap kes-kes yang berlaku ini kerana
jika tidak ditangani dengan segera dan secara berhikmah, dibimbangi akan
merencatkan hasrat dan agenda KPM sebagaimana yang terkandung di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangunkan jati diri pelajar
secara menyeluruh, bersepadu dan bersahsiah mulia. Kes-kes masalah
disiplin dalam kalangan pelajar ini juga secara tidak langsung mencemarkan
usaha murni KPM dalam memperkasakan institusi sekolah sebagai pusat
pendidikan yang menjana modal insan yang cemerlang serta sedikit
sebanyak mencacatkan imej profesion perguruan pada pandangan umum.
Di sekolah, disiplin menjadi satu formula bagi melahirkan suasana
yang aman dan harmoni supaya segala proses pembelajaran dan
pemudahcaraan dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan sejajar
dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah
bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin pelajar di sekolah harus diberi
fokus utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti
saranan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006),

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam


masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari
semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”.

Kini, masalah disiplin pelajar merupakan satu isu yang sensasi sama
ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran
media sama ada bercetak mahupun elektronik dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti penyalahgunaan
dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah
(vandalisme), mengancam guru dan pelajar, mencabul dan pelbagai lagi.
Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri akan menjejaskan
minat dan fokus pelajar-pelajar yang bermotivasi untuk belajar yang di mana
secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara
dalam membangunkan generasi yang terbilang.
3

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah disiplin pelajar adalah seumpama barah di dalam dunia pendidikan


yang jika tidak diubati dengan baik pasti akan memusnahkan generasi akan
datang dan seterusnya negara akan berada di dalam lingkungan kegelapan
dan kehancuran ekonomi, sosial, politik dan ketamadunan.
Antara kes-kes masalah disiplin pelajar yang dilaporkan di surat
akhbar ialah seperti melepak dan ponteng sekolah (Harian Metro, 3 Mei
2006), merokok (Harian Metro, 27 Mac 2006), murid tampar dan pukul guru
(kosmo, 11 April 2006), melakukan seks bebas (Metro Ahad, 2 April 2006),
hidu gam dan penyalahgunaan dadah (Harian Metro, 3 Mei 2006), kumpulan
samseng dan gangsterisme (Berita Minggu, 5 Mac 2006), belasah rakan
sehingga koma (Kosmo, 8 April 2006), bergaduh, buli dan dera (Kosmo, 13
Mac 2006), pukul kawan sampai mati (Kosmo, 10 Mac 2006), menonton
filem lucah dan membaca bahan-bahan sensasi seks ( Utusan Malaysia, 3
April 2006) dan pelbagai lagi kepincangan akhlak yang diklasfikasikan
sebagai masalah disiplin pelajar.
Menurut statistik masalah disiplin murid yang direkodkan oleh
Kementerian Pelajaran 5 tahun (2008 hingga 2012) pada kadar purata
2.05%. Dari data sepuluh jenis kes masalah disiplin pelajar yang diperolehi
Kementerian Pelajaran 5 tahun (2008 hingga 2012) kebelakangan boleh
dilihat pada jadual 1.1 dibawah.

Jadual 1.1: Statistik jenis kes masalah disiplin dari tahun 2008 hingga 2012
dari
Kementerian Pelajaran Malaysia

Jenis Kes 2008 2009 2010 2011 2012


Bil Masalah
Bil. Bil. Bil. Bil. Bil.
Disiplin % % % % %
M M M M M
Berunsur 194 0.3 175 0.3 175 0.3 184 0.3 143 0.2
1
Jenayah 52 5 18 2 95 2 57 4 21 7
4

Berunsur 313 0.0 291 0.0 303 0.0 216 0.0 377 0.0
2
Kelucahan 8 4 5 5 1 6 3 5 8 7
Kurang 229 0.4 208 0.3 183 0.3 171 0.3 154 0.2
3
Sopan 21 2 08 8 46 4 89 2 07 9
Laku 394 0.0 397 0.0 521 0.1 534 0.1 363 0.0
4
Musnah 9 7 9 7 2 0 3 0 0 7
Kekemasa 156 0.2 203 0.3 213 0.3 207 0.3 139 0.2
5
n Diri 72 9 61 7 84 9 78 9 26 6
Ponteng 203 0.3 202 0.3 195 0.3 187 0.3 173 0.3
6
Sekolah 63 7 86 7 45 6 54 5 43 3
852 0.1 979 0.1 856 0.1 892 0.1 992 0.1
7 Kenakalan
3 6 7 8 3 6 3 7 6 9
Tidak
183 0.3 163 0.3 178 0.3 186 0.3 104 0.2
8 Pentingkan
48 4 14 0 08 3 11 5 03 0
Masa
415 0.0
9 Buli
9 8
142 0.2
10 Rokok
98 7
112 2.0 111 2.0 111 2.0 110 2.0 107 2.0
JUMLAH
366 8 978 6 484 6 218 5 191 3

Berdasarkan jadual 1.1 di atas. Didapati jenis kes masalah disiplin


‘kenakalan’ menunjukkan peningkatan selama tiga tahun berturut-turut mulai
tahun 2010 hingga 2012. Penyelidik membuat andaian kerana punca dunia
global tanpa sempadan dengan gaya hidup pelajar yang mudah terdedah
dengan hiburan ditambah dengan kesibukan ibu bapa mencari nafkah
keluarga menyebabkan pelajar yang terlibat ini merasakan diri bebas untuk
melakukan apa jua perkara tanpa batasan agama dan keluarga yang
seterusnya menyumbang masalah disiplin ‘kenakalan’ di sekolah.
Manakala untuk kes masalah disiplin yang mencatatkan peratus
tertinggi lima tahun berturut-turut ialah kes masalah disiplin ‘ponteng sekolah’
5

dengan purata 0.36%. Namun begitu kes ini menunjukkan corak penurunan
yang tetap walaupun agak sedikit. Punca masalah disiplin “ponteng sekolah’
juga ada hubung kait dengan sosio ekonomi keluarga pelajar dan sikap
individu pelajar yang merasakan lebih seronok berada di luar sekolah
dengan pelbagai hiburan malah ketidakmatangan fikiran pelajar akibat
kurang motivasi dari ibu bapa dan sekolah tidak juga dinafikan.
Kes masalah disiplin bagi ‘kurang sopan’ juga menunjukan corak
penurunan yang baik yang penyelidik berandaian kempen “Sekolah
Penyayang” yang diperkenalkan KPM dari lima tahun berikut membuahkan
hasil. Bagi kes masalah disiplin yang mencatatkan peratus terendah lima
tahun berturut-turut ialah kes masalah disiplin ‘berunsur kelucahan’ dengan
purata 0.05%. Disini penyelidik beranggapan program pembentukan insaniah
melalui kempen “Kem Bestari Solat” yang diperkenalkan KPM juga telah
berjaya yang di mana program itu menekankan cara wuduk dan solat yang
betul disamping kepentingan solat dalam kehidupan. Terdapat juga kes
masalah displin yang tidak menunjukan perubahan yang ketara samaada
meningkat atau menurun disepanjang lima tahun.Kes itu ialah bagi masalah
disiplin ‘kekemasan diri’ dan ‘tidak pentingkan masa’. Hal ini mungkin
berpunca dari sikap sambil lewa pelajar yang beranggapan kesalahan ini
adalah kecil yang menyebabkan coraknya tidak konsisten meningkat atau
menurun.
Dari data statistik di atas merangkumi keseluruhan pelajar smaada di
sekolah rendah mahupun di sekolah menengah bagi sepuluh jenis kes
masalah disiplin yang direkodkan oleh KPM dari tahun 2008 hingga 2012.
Untuk mengetahui perbandingan rekod jenis kes masalah disiplin pelajar
antara sekolah rendah dengan sekolah menengah. Penyelidik mengambil
tahun 2012 untuk dilihat perbezaannya. Data itu didapati seperti Jadual 1.2
dibawah.

Jadual 1.2: Bilangan kes masalah disiplin pelajar menengah dan rendah bagi
tahun
2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia
6

Sekolah Sekolah
Rendah Menengah Jumlah
Jenis Kes Drp.
Murid
Bil Masalah Bil. M Bil. M % ENROL
Terliba
Disiplin yang % yang % NASNL.
t
terlibat terlibat

Berunsur
1 5971 0.70 8350 0.66 14321 3.36 0.27
Jenayah
Berunsur
2 1064 3.69 2714 3.46 3778 3.52 0.07
Kelucahan
Kekemasa
3 3082 0.69 10844 3.84 13926 2.99 0.26
n Diri
Tidak
4 Pentingkan 2225 7.71 8178 0.44 10403 9.71 0.20
Masa
Kurang
5 3794 3.15 11613 4.82 15407 4.37 0.29
Sopan
Laku
6 1717 5.95 1913 2.44 3630 3.39 0.07
Musnah
Ponteng
7 5935 0.58 11408 4.56 17343 6.18 0.33
Sekolah

8 Kenakalan 2114 7.33 7812 9.97 9926 9.26 0.19

9 Buli 2005 6.95 2154 2.75 4159 3.88 0.08

10 Rokok 936 3.25 13362 7.05 14298 3.34 0.27

10719
JUMLAH 28843 100 78348 100 100 2.03
1
26.91 73.09
% %

Merujuk jadual 1.2 di atas. Apabila dilihat perbandingan antara


sekolah rendah dan menengah dari aspek sepuluh jenis kes masalah disiplin
7

pelajar tadi pada tahun 2012 didapati masalah disiplin ‘kenakalan’


mencatatkan rekod yang tertinggi dengan 7.33% di sekolah rendah dan
9.97% di sekolah menengah. Disini penyelidik membuat rumusan punca
pelajar yang bermasalah disiplin jenis ‘kenakalan’ ialah dari punca diri
sendiri, di mana pelajar ini kurang asuhan didikan agama kesan dari
kesibukan ibu bapa mencari nafkah keluarga sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka diburukkan lagi dengan keadaan dunia global tanpa
batasan yang memudahkan pelajar terdorong dengan budaya songsang.
Bagi kes disiplin pelajar di sekolah rendah dan menengah yang
mencatatkan rekod terendah sekali pada tahun 2012 ialah kes masalah
disiplin ‘ponteng sekolah’ dengan 0.58% di sekolah rendah dan kes masalah
disiplin ‘tidak pentingkan masa’ di sekolah menengah. Dua jenis masalah
disiplin yang berbeza-beza dari peringkat umur yang berbeza-beza juga.
Disini penyelidik membuat rumusan di mana pada peringkat sekolah rendah.
Kebanyakkan pelajar masih tidak berani untuk ponteng sekolah dengan
mengunjungi pusat-pusat hiburan atau lepak di kawasan-kawasan terpencil
di luar kawasan sekolah. Jika pelajar ponteng sekolah sekali pun hanya
disebabkan urusan keluarga seperti menjaga adik kerana ibu dan bapa
berkerja di waktu persekolahan atau mengikuti keluarga bercuti atas perkara
kecemasan. Berbeza di sekolah menengah jenis kes masalah disiplin yang
terendah sekali dicatatkan ialah ‘tidak pentingkan masa’.
Hal ini, penyelidik beranggapan peratusnya paling terendah
berbanding jenis kes masalah disiplin lain disebabkan kematangan berfikir
yang rata-rata pelajar di sekolah menengah sudah ada hala tuju wawasan
diri yang hendak dicapainya menyebabkan ramai pelajar memanfaatkan
masa dengan sebaiknya menelaah ilmu di sekolah. Data-data ini secara
keseluruhan membuktikan masalah disiplin di sekolah menengah lebih tinggi
berbanding di sekolah rendah dengan murid yang terlibat di sekolah
menengah seramai 78348 pelajar berbanding 28843 di sekolah rendah.
Penyelidik membuat kesimpulan sekiranya masalah-masalah disiplin ini tidak
dibendung dan diatasi dengan baik dan berkesan di peringkat sekolah
rendah lagi pasti masalah disiplin pelajar di sekolah menengah akan
meningkat dan lebih teruk lagi.
8

Mengikut perakuan Dr Mohd Muzafar Shah Mohd Razali yang


merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi dan Kauseling, Falkulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
dalam artikel Harian Metro, Isnin 22 Disember 2014. Beliau berpendapat, isu
disiplin pelajar memerlukan kerjasama semua pihak. Sikap menyerahkan
tugas pemantauan semata-mata kepada satu pihak tidak akan
mendatangkang kesan kerana keseimbangan tanggungjawab sukar
dilakukan. Beliau berkata, selalunya apabila pelajar bermasalah, ramai yang
menuding jari menyalahkan sekolah dan guru kerana dikatakan gagal
menjalankan tugas dengan baik. Sedangkan sebenarnya, disiplin bukan
tanggungjawab hakiki yang perlu dipikul pihak sekolah. Sebaliknya pihak ibu
bapa dan masyarakat juga ada tanggungjawab mereka.
Dari hasil kajian sebelum ini, penyelidik mendapati terdapat beberapa
kes masalah disiplin yang ‘popular’ di sekolah antaranya buli, bergaduh,
merokok serta ponteng kelas atau sekolah. Namun, kes masalah disiplin
berkenaan agak kurang ketara berlaku di sekolah rendah berdasarkan
keupayaan pelajar yang masih terbatas. Sebenarnya banyak lagi kes-kes
masalah disiplin pelajar yang tidak direkodkan dalam sistem SSDM mahupun
dipihak polis dan media massa. Kes-kes kecil ini biasanya akan cuba
diselesaikan diperingkat sekolah demi untuk memberi peluang kepada
pelajar yang telah melanggar disiplin untuk mengubah diri menjadi manusia
yang berdisiplin, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bermoral tinggi.
Sebagai kesimpulannya tanggungjawab memperkasa akhlak pelajar
adalah tanggungjawab semua pihak, melibatkan semua pihak dan perlu
dilaksanakan secara kolektif, efektif, komprehensif dan berterusan. Dalam
pada itu proses pendidikan yang diteima oleh pelajar di sekolah wajar
diberikan pengukuhan dan penghayatan yang mendalam oleh ibu bapa di
rumah, dan akhirnya anak-anak ini akan menjadi sebahagian daripada
anggota masyarakat yang berupaya menyumbangkan sesuatu yang
berharga kepada agama, bangsa dan negara. Ingatlah keterbilangan sesuatu
tamadun itu bukan sahaja terletak pada keunggulan ilmu pengetahuannya,
tetapi juga bergantung kepada ketinggian akhlak, kekuatan moral, keutuhan
9

jati diri, budaya, etika, norma-norma serta nilai-nilai sejagat yang menjadi
amalan dan pegangan mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Generasi muda merupakan pelapis yang akan meneruskan legasi


pembangunan Negara. Namun jika golongan ini semakin hilang
pertimbangan apa yang perlu kita lakukan? Desakan hidup serta mudah
terpengaruh dengan anasir luar merupakan antara punca masalah disiplin
pelajar semakin berleluasa di sekolah. Berdasarkan peningkatan kes juvana
setiap tahun seakan menggambarkan Gen Y semakin kurang berilmu kerana
mudah mengikut perasaan melakukan kesalahan. Naib Pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye meluahkan
rasa kecewa beliau berkaitan hal ini dalam artikel akhbar Harian Metro, 4
Oktober 2014 lalu.
Beliau merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam isu
berkaitan telah menyatakan kes jenayah yang membabitkan juvana
meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini dilihat semakin membimbangkan.
Menurut Lee, statistik mencatatkan pada tahun lalu terdapat 7,816 kes
jenayah juvana direkodkan. Lebih membimbangkan lagi kebanyakan kes
tersebut membabitan pelajar sekolah. Tahun lalu merekodkan 1,632 kes
melibatkan golongan ini berbanding dengan 1,042 kes pada tahun
sebelumnya. Ianya dengan jelas memperlihatkan peningkatan lebih 57%.
Kes yang membabitkan remaja di antara umur 12 hingga 17 tahun
juga direkodkan sebanyak 47 % pada tahun lalu. Ini menunjukkan bahawa
walaupun mereka menerima pendidikan di peringkat persekolahan, remaja
tetap melakukan kes jenayah. Kes jenayah berat atau ganas di kalangan
remaja ini juga meningkat dari 542 kes pada tahun lalu berbanding 368 kes
tahun sebelumnya. Yang mendukacitakan terdapat pesalah berusia semuda
12 tahun terlibat dalam kes masalah disiplin jenayah antaranya judi, dadah,
dan pelbagai masalah disiplin.
Hal ini tidak harus dipandang remeh. Semua pihak sama ada sekolah,
ibu bapa, masyarakat, pihak polis juga masyarakat sekeliling perlu memberi
10

perhatian serius terhadap isu ini. Tanpa tindakan segera, keadaan akan
menjadi semakin membimbangkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di
Dewan Parlimen pada Jun 2014, ada menyatakan bahawa purata indeks
jenayah di negara ini adalah sebanyak 15 kes dalam tempoh sejam yang
mana bersamaan 368 kes dicatatkan dalam masa sehari.dicatatkan kes
kecurian motosikal merupakan kes tertinggi yang dicatatkan iaitu 858 kes
dalam tempoh tujuh hari. Diikuti mencuri 409 kes, pecah rumah 405 kes,
samun berkumpulan tanpa bersenjata 300 kes dan mencuri kereta di
catatkan sebanyak 257 kes.
Nilai ini tidak akan dapat diubah melainkan kesedaran yang lahir
dalam diri pesalah itu sendiri. Usah mengikut kata hati yang inginkan
keseronokkan sementara, namun fikirkan jalan menuju kejayaan dimasa
akan datang. Kesalahan juvana dengan masalah disiplin pelajar adalah
sangat erat dan mempunyai hubungkait antara kedua-duanya. Kebiasaannya
masalah disiplin pelajar yang berlaku di sekolah akan berlarutan menjadi
kesalahan juvana sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal di sekolah.
Oleh itu, wajar sekali masalah disiplin pelajar di sekolah dibendung dari
melarat umpama barah yang merosakkan tubuh.
Masalah disiplin pelajar sangat mengganggu kelancaran prose PdP
guru di dalam kelas secara langsung mengagalkan misi dan visi sekolah.
Dari kes masalah disiplin sekecil-kecil seperti kegagalan menyiapkan kerja
sekolah atau menganggu prose PdP guru di kelas hinggalah kes masalah
disiplin berat seperti mencuri barang kelengkapan pelajar. Semua itu amat
menyusahkan semua pihak khususnya pelajar lain yang merasakan tidak
selesa dan selamat untuk menuntut ilmu di sekolah dari perbuatan pelajar
yang melanggar atau melakukan masalah disiplin seperti yang disebutkan
tadi. Terdapat juga baru-baru ini kes buku kerja pelajar diconteng dan
dikoyak. Kejadian itu berlaku ketika masa rehat dan berulang melibatkan
pelajar yang ramai menjadi mangsa. Setelah siasatan oleh Guru Disiplin di
sekolah penyelidik ini, pelajar yang membuat kianat itu berjaya ditangkap
melalui hasil intipan pengawas sekolah semasa waktu rehat dan setelah di
siasat kes ini didapati berpunca dendam berperasan tidak puas hati.
Penyelidik melihat untuk tahun ini banyak dan pelbagai kes masalah disiplin
11

yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar tahap dua khususnya, hal ini
menyebabkan penyelidik terpanggil untuk cuba membantu mengkaji masalah
disiplin dan mencari mekanisma pendekatan yang terbaik bagi
mengatasinya.
Secara umumnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar
adalah berpunca dari pelbagai punca seperti punca biologi dan perangai,
sosio ekonomi dan budaya keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun,
penyumbang utama kepada masalah disiplin ini adalah dari punca budaya
keluarga seperti yang dikemukakan Syeikh Abdul Rahman al-Nahlawi (1995)
di dalam bukunya “Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah danMasyarakat’,
iaitu “ jika ibu bapa atau suami isteri bersatu di atas landasan kasih sayang
dan ketenteraman psikologi yang interaktif, maka anak-anak akan membesar
dalam suasana bahagia, harmoni, percaya dan yakin diri, kasih sayang serta
jauh daripada gangguan emosi dan penyakit rohani yang melemahkan
keperibadian anak.

1.4 Tujuan Kajian

Mencadangkan satu garis panduan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar


sekolah
1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti :

i) Jenis masalah disiplin pelajar di sebuah Sekolah Kebangsaan di


daerah Ledang.
ii) Punca masalah disiplin pelajar di sekolah yang dikaji
iii) Amalan pendekatan yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin
pelajar.

1.6 Soalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah.


12

1. Apakah jenis masalah disiplin pelajar di sebuah Sekolah Kebangsaan


di daerah Ledang?
2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah yang
dikaji?
3. Apakah pendekatan yang terbaik sekolah untuk mengatasi masalah
disiplin pelajar?

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah berdasarkan kepada pelajar di sebuah sekolah


kebangsaan di daerah Ledang, Johor. Skop kajian yang tertumpu kepada
mengenali jenis masalah disiplin pelajar dan punca masalah disiplin pelajar
serta pendekatan yang terbaik sekolah untuk mengatasi masalah disiplin
pelajar yang dihadapi. Perpustakaan UTHM menjadi rujukan untuk mencari
maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya.
Kajian ini hanya melibatkan pelajar sekolah kebangsaan di daerah
Ledang, Johor dan dengan itu keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan
kepada pelajar kawasan lain. Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah
Kebangsaan harian di bandar yang dipilih oleh penyelidik di daerah Ledang,
Johor dengan menjadikan data Rekod Disiplin Pelajar dan data temubual
interpersonal lima orang guru iaitu Guru HEM, Guru Disiplin, Guru Kauseling
dan dua orang guru subjek teras sebagai sampel kajian.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan teknik temu bual bagi
lima orang guru dan analisis kandungan dokumen rekod rasmi penyata
masalah disiplin dari tahun 2008 hingga 2014 di sebuah Sekolah
Kebangsaan daerah Ledang, Johor. Ini bermakna kajian ini hanya terbatas
kepada satu sekolah sahaja. Oleh itu, dapatan kajian hanya merujuk kepada
sekolah yang dikaji dan tidak boleh digeneralisasikan bagi sekolah yang lain.
Batasan juga wujud dari segi data, di mana penyelidik hanya menerima data
13

melalui peserta kajian serta rekod rasmi penyata masalah disiplin sekolah.
Selain itu, penyelidik tidak melibatkan ibu bapa dan pelajar yang dikaji.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap akan dapat menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan


dengan masalah disiplin pelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian
ini dapat menjelaskan lagi tentang jenis masalah disiplin dalam kalangan
pelajar Sekolah Kebangsaan serta program-program pencegahan yang telah
dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah
Kebangsaan.
Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan membolehkan pelajar
yang terlibat masalah disiplin tersebut supaya mendapatkan bantuan
daripada pihak yang berkenaan seperti pihak guru, kaunselor dan
sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yang dialami
mereka. Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis
panduan serta asas kepada pembentukan polisi bagi menangani dan
mencegah masalah disiplin di sekolah seperti polisi “sifar salah tingkah laku”.
Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan mendapat faedah daripada
dapatan kajian ini.
Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru untuk mengatasi dan
mencegah masalah masalah disiplin pelajar yang berlaku di kelas atau di
sekolah secara teratur dan berkesan. Disamping itu, hasil kajian juga akan
membekalkan maklumat-maklumat berkenaan masalah disiplin pelajar yang
boleh digunakan oleh guru bagi menangani masalah yang berlaku di kelas
mereka.
Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru untuk mengatasi dan
mencegah masalah masalah disiplin pelajar yang berlaku di kelas atau di
sekolah. Disamping itu juga akan membekalkan maklumat-maklumat
berkenaan masalah disiplin pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi
menangani masalah yang berlaku di kelas mereka

1.10 Kerangka Konseptual Kajian


14

 Jenis Masalah  Pendekatan


 Rekod Disiplin Disiplin terbaik bagi
Pelajar  Punca Masalah mengatasi
 Temubual Disiplin masalah
(Peserta Kajian)  Amalan Penyelesaian disiplin
Masalah Disipin pelajar

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1.1 diatas menghuraikan konsep konseptual kajian yang berlaku


disepanjang hasil penyelidikan ini. Penyelidikan ilmiah penyelidik
dibahagikan kepada 3 fasa penting iaitu peringkat ‘fasa 1’, ‘fasa 2’ dan ‘fasa
3’. Di peringkat fasa 1, penyelidik memperolehi maklumat dari rekod disiplin
pelajar di sekolah penyelidik. Data ini seterusnya di analisis untuk
memperolehi seberapa maklumat mengenai jenis-jenis masalah disiplin
pelajar yang berlaku di sekolah penyelidik. Selain dari data rekod disiplin
pelajar. penyelidik juga memperolehi maklumat kualitatitif melalui temu bual
separa struktur dari lima orang staf yang berbeza latar belakang bidang di
sekolah penyelidik yang dikenali sebagai peserta kajian (PK). Tujuannya bagi
memperkukuh dan menyokong maklumat rekod disiplin pelajar yang sedia
ada.
Apabila kedua-dua data ini diperolehi, penyelidik akan memganalisa
untuk mengetahui apakah jenis masalah disiplin yang pernah berlaku di
sekolah penyelidik dari tahun semasa dan lalu hal ini berlaku di ‘fasa 2’.
Jenis masalah disiplin akan dikategorikan berdasarkan jantina, tahap,
bilangan kes, peratus dan kekerapan. Juga punca masalah disiplin akan
dikaji penyelidik dari rekod disiplin pelajar dan transkripsi temu bual lima
peserta kajian yang dipilih tadi. Seterusnya, daripada data-data yang
diperolehi tadi penyelidik akan membuat suatu rumusan mengenai
pendekatan yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin pelajar yang
berlaku di sekolah.
15

Pembinaan rumusan ini dilengkap dan disempurnakan di ‘fasa 3’. Di


fasa 3 penyelidik adalah membuat penilaian dan keputusan yang sesuai dan
tepat mengikut cadangan-cadangan peserta kajian dalam transkripsi temu
bual mahupun sumber-sumber ilmiah yang berkaitan dengan permasalahan
penyelidik. Penyelidik akan menghasilkan suatu garis panduan penyelesaian
masalah disiplin pelajar yang berkesan dan baik untuk diaplikasikan di
semua sekolah bagi menjawab persoalan kajian ini.

1.11 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan akan diperjelaskan maksudnya mengikut


konteks kajian ini.

1.11.1 Disiplin

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi


keempat, Cetakan keempat 2013, disiplin bermaksud “latihan
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
pada tatatertib”

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan


sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and
punishing them if they do not”

Menurut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century


Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan
dendaan (Training and punishment)”.

Manakala mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai


Pendidikan (2007) menjelaskan bahawa disiplin itu bermakna:
16

a) Kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu


dengan cukup tertib.
b) Kesanggupan menghormati hak individu lain.
c) Kesanggupan mengamalkan masalah disiplinyang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
d) Kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong.
e) Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

1.11.2 Punca

Menurut Kamus Dewan (2007), punca bermaksud sumber asas, asal


atau mula. Dalam konteks kajian ini, penyelidik mendefinisikan punca
sebagai satu sumber asal yang menjadi punca penyebab pencetus
masalah disiplin pelajar di sekolah. Maka definisi punca dalam
konteks kajian ialah mengenali sebab-sebab sesuatu perkara itu boleh
mendorong seseorang pelajar melanggar peraturan sekolah atau
melakukan masalah disiplin dalam sekolah.

1.11.3 Pendekatan
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
keempat, Cetakan keempat 2013, pendekatan bermaksud “cara atau
langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu
tugas, usaha seperti mengatasi masalah”. Dalam konteks kajian ini
pendekatan bermaksud cara atau kaedah prosedur atau tatacara
protokol yang diambil untuk memulakan dan melaksanakan suatu
tugas untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah.

1.11.5 Masalah Disiplin


17

Masalah disiplin secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai


perbuatan atau tindakan yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan
norma sosial masyarakat, tidak kira didalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten
dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan
yang buruk dalam perkembangan pembelajaran pelajar dan
seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di
luar bilik darjah (Moo Soon Sang, 2003). Dalam konteks kajian ini
masalah disiplin merujuk kepada sebarang masalah disiplinyang boleh
merosakan kelancaran dan keberkesanan proses PdP khususnya
dalam bilik darjah

1.12 Rumusan

Di dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan latar belakang masalah disiplin
pelajar sekolah khususnya pelajar sekolah rendah dalam bidang pendidikan
di Malaysia serta implikasi ke atas diri individu pelajar. Fokus kajian menjurus
untuk mengenalpasti jenis-jenis masalah disiplin, punca masalah disiplin
pelajar dan strategi untuk mengurang atau mengatasi masalah disiplin
pelajar dari berleluasa. Akhir sekali penyelidik mengemukakan pernyataan
masalah, objektif kajian, tujuan kajian, soalan kajian, skop kajian, batasan
kajian, kepentingan kajian yang dihadapi dan kerangka konsep kajian yang
diaplikasikan disepanjang penyelidikan. Penyelidik turut menjelaskan beberapa
istilah asas persoalan dalam kajian ini supaya tidak berlaku kesilapan tafsiran
terhadap beberapa perkataan dalam tajuk penyelidikan ini.
18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Menurut Moo Soon Sang (2003) merujuk masalah disiplin dari konteks pendidikan
sebagai sebarang masalah disiplin pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam satu jangka masa lama akan
memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran pelajar dan seterusnya
menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
Cabaran dunia pendidikan masa kini seiring dengan cabaran dalam
pembentukan akhlak insaniah pelajar yang merupakan bakal pewaris harapan bangsa
dan negara. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi
muda yang berdaya saing dan berkeupayaan menangani cabaran pesat perubahan
pembangunan. Disini juga keupayaan warga pendidik diuji dalam membantu pelajar-
pelajar agar dapat mengimbangi nafsu dan akal dalam menerokai kehidupan
mendatang.
Bab ini menyorot penulisan dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan
masalah disiplin dan pendekatan teori-teori yang bersesuaian yang akan membantu
penyelidik dalam pembinaan kerangka konsep kajian bagi mengkaji punca-punca
dalaman dan luaran yang mempengaruhi masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar
sekolah khususnya di sekolah rendah.

2.2 Definisi dan konsep masalah disiplin


19

Sebagai manusia, sudah pastinya pelajar-pelajar tidak lari dari mempunyai masalah.
Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh banyak punca. Antaranya ialah
disebabkan oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan-harapan
tertentu yang dipunyai oleh seseorang pelajar itu tidak dapat dipenuhi seperti yang
dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al-Banna ( 2003) dan Train (1995)
“Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut masalah
disiplinantaranya adalah dengan melaksanakan ibadah- ibadah yang
khusus terutamanya solat lima waktu dan ibadat-ibadat sunat yang lain.
Ini kerana menurut beliau, masalah disiplinseseorang pelajar terhadap
Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan ibadah solat yag
diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar bukan
sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan
dia juga dapat membentuk masalah disiplinseorang muslim yang sejati.
Solat juga boleh menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara
dan perbuatan yang buruk. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: :
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar.”
Sumber: Hasnan (2008 )

“Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang


terbentuk daripada latihan – latihan melalui ibadat. Dimana antara cara
yang terbaik untuk membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat-
solat yang khusuk. Solat dapat mengilap hati manusia dan dapat
membuang segala noda dan dosa serta kekotoran hati.Oleh itu, perlu
dilaksanakan dengan cara yang terbaik agar dapat memperbaharui diri
dan membersihkan hati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud
“Mintalah pertolongan (untuk menghadapi kesusahan dalam
menyempurnakan sesuatu perintah Allah S.W.T.) dengan bersabar dan
dengan (mengerjakan) solat” (al-Baqarah, 2:153)
Sumber : Al – Banna (2003)

“There are three main reasons why a child reacts aggressively:


20

When he feels that his objectives are being thwarted.


When anyone criticizes him or his friends.
When he feel that a situation is unjust, or that someone
has been negligent or careless.”
Sumber : Train, 1995 (ms. 24)
“If he has a feeling of being tramsed, with no choice, he will
react with increasing difficult behaviour.”
Sumber : Train, 1995 (ms. 60)

“If a child is becoming frustrated because he cannot understand something,


he will be restless dan will start to misbehave.”
Sumber : Train, 1995 (ms. 116)

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara
didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya
(Stodgil, 2007:27) selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada
taraf sosioekonomi.
Sumber : W.C Miler 1971 (ms. 102)

Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian
mengetatkan disiplin pelajar, sedikit sebanyak mendorong kearah
kemerosotan disiplin pelajar
Sumber : Utusan Malaysia, 1987

Pelajar – pelajar yang datang daripada keluarga yang bermasalah, di mana


mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup,
menambah kepada masalah tatatertib di sekolah-sekolah
Sumber : A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad,
1982 (ms.260)

Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa adalah punca
utama yang mempengaruhi jiwa kanak - kanak. Kajian Lembaga Penduduk
21

Dan Pembangunan Keluarga Negara (LMSKN) mendapati kerenggangan


hubungan kekeluargaan menjadi punca utama kanak - kanak terjebak ke
kancah maksiat
Sumber : Berita Harian, 10.11.1993 (ms. 23)

Masalah disiplin boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa
mengira usia atau jantina. Di dalam kajian ini, masalah disiplin dinyatakan sebagai
masalah disiplin yang dianggap berlawanan dengan norma-norma dan tidak bermoral
serta tidak dapat diterima yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Pemahaman tentang
masalah disiplin di kalangan pelajar remaja adalah perlu bagi membolehkan kita
mencari pendekatan yang bersesuaian bagi menangani masalah ini agar tidak
menjadi semakin meruncing.
Di samping itu ia juga membantu penyelidik meneroka serta memahami
punca-punca persekitaran keluarga yang mempengaruhi masalah disiplindi kalangan
pelajar-pelajar remaja yang bersekolah. Bab ini akan menyorot penulisan dan juga
kajian lepas yang berkaitan dengan masalah disiplin dan pendekatan teori-teori yang
bersesuaian yang akan membantu penyelidik dalam pembentukan kerangka konsep
kajian bagi mengkaji punca-punca persekitaran keluarga yang mempengaruhi
masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

2.3 Jenis masalah disiplin pelajar di sekolah

Pelbagai masalah disiplin negatif yang dianggap menyimpang dan tidak dapat
diterima oleh masyarakat adalah dianggap sebagai masalah disiplin iaitu seperti
dalam bentuk yang sekecil-kecilnya seperti kegagalan menyiapkan kerja sekolah dan
kerja rumah, ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh, peras ugut dan sebagainya
hinggalah kepada masalah disiplin yang lebih berat dan berunsur jenayah seperti
mencuri, buli dan kegiatan kongsi gelap (Gangsterisme) di sekolah.
Menurut kajian Asmah Suboh (2011) menunjukkan masalah disiplin
vandalisme adalah yang paling dominan bagi masalah disiplin kenakalan, manakala
masalah disiplin buli adalah masalah disiplin yang paling dominan bagi masalah
disiplin fizikal dan masalah disiplin melawan guru adalah masalah disiplin yang
paling dominan bagi masalah disiplin verbal. Menurut kajian Azmi Mohamad (2014)
22

menyatakan masalah disiplin merokok merupakan kesalahan yang kerap dilakukan


khususnya pelajar di sekolah menengah. Kes ini adalah salah satu daripada sepuluh
kesalahan tertinggi atau paling kerap di lakukan oleh pelajar sekolah menengah
setiap tahun, di mana pelbagai kempen dan langkah pencegahan telah diambil namun
data kes tetap wujud.
Walaupun pihak sekolah telah memaklumkan perbuatan merokok
dikategorikan sebagai masalah disiplin berkelakuan tidak sopan dalam Panduan bagi
Ibu Bapa Menangani Disiplin Murid-Murid Sekolah (1982) dan sebagai kesalahan
berat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003. Banyak lagi contoh-contoh lain
yang boleh dianggap sebagai masalah disiplin, antaranya seperti kes pecah rumah,
penyalahgunaan dadah, mencuri, meminum minuman keras, menyerang fizikal,
vandalisme dan sebagainya (Regoli & Hewitt, 1991).
Masalah disiplin yang paling ketara kini ialah ponteng. Menurut Wong Kean
Loong (2003) dalam tesis beliau mengenai ‘Masalah Ponteng Di Sekolah Cina
Di Pulau Pinang’ menyatakan, masalah ponteng sekolah masih menduduki
tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan
rendah di Malaysia. Melalui penyelidikan berkaitan, pelajar sering ponteng
sekolah bakal melibatkan diri dalam kes-kes jenayah apabila dewasa kelak
nanti. Turut di sokong oleh Badrulzaman Baharom (2006) di mana Ponteng sekolah
merupakan masalah utama dalam kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah
dan rendah di Malaysia. Kebiasaannya murid yang sering ponteng sekolah akan
menjadi seorang yang melibatkan diri dalam kes-kes jenayah apabila dewasa
nanti.
Menurut statistik masalah disiplin pelajar yang direkodkan oleh Kementerian
Pelajaran lima tahun (2008 hingga 2012) pada kadar purata 2.05%. Dari data sepuluh
jenis kes masalah disiplin pelajar yang diperolehi Kementerian Pelajaran lima tahun
(2008 hingga 2012) yang direkodkan antaranya ialah kenakalan, buli, berunsur
jenayah, berunsur kelucahan, kurang sopan, laku musnah, kekemasan diri, ponteng
sekolah, tidak pentingkan masa dan merokok. Didapati jenis kes masalah disiplin
‘kenakalan’ menunjukkan peningkatan selama tiga tahun berturut-turut mulai tahun
2010 hingga 2012. Kes-kes disiplin ini boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu
kes ringan, kes berat dan kes berunsur jenayah. Kes berat melibatkan seperti kes
memukul, bergaduh, laku musnah dan merokok manakala kes ringan seperti ponteng
23

sekolah, ponteng kelas, kenakalan, tidak pentingkan masa, tidak patuhi arahan,
kurang sopan, mengganggu PdP dan kekemasan diri. Untuk masalah disiplin
berunsur jenayah adalah seperti membunuh, mencuri, menyalahgunaan dadah, rogol
dan kelucahan melampau.

2.4 Punca yang menyumbang kearah masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin adalah sama tua dengan umur institusi sekolah (Ibrahim Saad,
1982). Justeru perbincangan tentang punca-punca masalah disiplin pelajar sekolah di
Malaysia membuka kepada ruang perbahasan yang sangat luas. Walau
bagaimanapun kecenderungan mengklasifikasikan punca-punca tersebut pada dekad
yang berbeza tidak menunjukkan perbezaan pendapat atau dapatan yang ketara.
Menurut kajian Khalim Zainal (2009) menjelaskan masalah disiplin pelajar
berpunca dari diri sendiri. Personaliti pelajar dipengaruhi interaksi antara hati, nafsu
dan akal. Apabila akal tadabbur bercampur dengan hati lubbun dan nafsu mardiah,
maka akan dapat melahirkan personaliti pelajar yang unggul. Namun, apabila
manusia itu mempunyai akal taakul, hati faadun dan nafsu mutmainnah, maka akn
mewujudkan personaliti seimbang. Manakala insan yang mempunyai akal biasa, hati
qalbun dan nafsu ammarah akan ditimpa personaliti yang bercelaru. Turut disokong
oleh kajian Mahadi Hj Khalid (2007), yang menyatakan punca dari jenis fizikal
merupakan punca-punca masalah disiplin yang paling dominan dari punca-punca
emosi, rakan sebaya dan pengaruh luar. Punca jenis fizikal ini boleh dikategorikan
sama dengan diri sendiri pelajar. Pembuli merasakan dirinya kuat, umurnya lebih tua
dan suka berbangga dengan dirinya. Walaubagaimanapun tidak dinafikan punca
pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca kedua tertinggi selepas punca diri
sendiri.
Menurut kajian Regoli & Hewitt (1991) menjelaskan masalah disiplin laku
musnah atau dikenali sebagai vandalisme berpunca dari pengolakan jiwa dalaman
pelajar akibat punca luaran yang negatif yang telah mempengaruhi pelajar untuk
meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin memberontak yang menjurus tabiat
perilaku masalah disiplin laku musnah yang dapat memberi kepuasan pada hati
pelajar yang bermasalah disiplin itu. Masalah disiplin vandalisme ini juga dikatakan
ada hubung kait dengan perasaan marah. Bila seseorang pelajar berasa marah,
24

mereka akan cenderung melakukan perbuatan yang menyalahi norma biasa sesebuah
masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Roberta
dan Virginia (1977) yang telah mengkaji perbezaan antara jantina yang berkaitan
dengan emosi marah.
Justeru itu punca negatif pengaruh luar yang menyumbang kearah masalah
disiplin pelajar wajar dibendung melalui pendekatan kerohanian yang berlandaskan
nilai-nilai murni dan keagamaan. Gejala merokok juga antara kes masalah disiplin
yang mencatatkan data tertinggi khususnya membabitkan pelajar di sekolah
menengah. Menurut kajian Azmi Mohamad (2014) murid-murid di sekolah
menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berusia antara 13 hingga 19 tahun.
Sememangnya diusia sebegini, naluri perasaan ingin mencuba atau meneroka sesuatu
yang baru dalam kehidupan amat kuat. Dari sudut psikologi, masa remaja adalah
peringkat usia yang amat kompleks di mana individu sama ada lelaki atau perempuan
mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, emosi, perubahan pada
kognitif, persepsi diri sendiri, mengalami krisis identiti dan konflik autonomi serta
masih kurang keyakinan dalam memulakan sesuatu perkara baru dalam hidup.
Menurut kajian Badrulzaman Baharom (2006), menyatakan punca keluarga
dari aspek tingkah laku fizikal ibu bapa paling mempengaruhi masalah disipin pelajar
dengan min tertinggi yang diperolehi. Ini amat berkait rapat dengan masalah disiplin
pelajar yang lebih banyak berkisar kepada masalah disiplin berbentuk fizikal seperti
bergaduh dan memukul rakan. Manakala dari aspek tingkah laku anti sosial, hasil
kajian beliau menunjukkan tingkah laku ibu bapa anti sosial menyumbang min
tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapa juga turut menjadi punca mempengaruhi pelajar
dari melakukan masalah disiplin yang berbentuk pelanggaran peraturan sekolah
akibat pengaruh negatif yang ditunjukkan ibu bapa yang anti sosial dalam kehidupan
seharian seperti pelanggaran peraturan jalanraya ketika memandu. Turut disokong
Azizi Yahya (2006), yang menyatakan hanya punca tingkah laku keluarga sahaja
yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah disiplin di kalangan
pelajar.

Bagi kes masalah disiplin ponteng. Menurut kajian Abdul Rahman Arof
(1984) menjelaskan masalah disiplin ponteng sekolah dalam sesebuah darjah
25

mungkin tidak terkawal jika terdapat pengaruh jahat dan liar seseorang atau rakan
dalaman serta luaran. Tidak dinafikan pengaruh dari orang terdekat yang merokok
seperti dari bapa malah rakan sebaya juga menjadi punca masalah disiplin merokok
ini dari terjebak dikalangan pelajar.
Menurut Rajagu dan Mohd. Daud Saad (1982) punca kekeluargaan dan punca
sekolah merupakan dua punca penting yang menyumbang kepada percambahan
masalah disiplin pelajar. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan dapatan
penyelidik-penyelidik terdahulu. Herriot & St. John (1966) dan Omardin Ashaari
(1999) umpamanya menegaskan bahawa institusi keluarga yang tidak sempurna serta
sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap perkembangan dan keperluan anak,
menentang peraturan sekolah dan terlalu membela anak menyumbang kepada gejala
masalah disiplin dikalangan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang
cenderung melakukan kesalahan disiplin ialah pelajar yang mempunyai status sosio
ekonomi yang rendah. Selain daripada itu, konflik dalam keluarga juga boleh
menjadi punca penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada
masalah disiplin dan delinkuen. Emosi yang tidak stabil seperti marah, geram,
tertekan dan dendam akan mendorong pelajar untuk melepaskan geram dengan
melakukan pelbagai masalah disiplin, dengan tujuan untuk melepaskan rasa tertekan
mereka.
Kajian oleh Patterson (1989) dan Dishion, et.al., (1991) mendapati bahawa
pengaruh keluarga dan rakan sebaya saling berkaitan dalam pembentukan masalah
disiplin anti sosial remaja. Manakala kajian oleh Dishion, et al., (1995), dan
Tremblay, et al., (1995) juga menunjukkan pengaruh rakan sebaya turut memainkan
peranan penting dalam masalah disiplinanti sosial remaja selain pengaruh keluarga.
Menurut kajian Chik Mai (2010) kegagalan pihak sekolah bertindak pantas
dan telus dalam isu masalah disiplin turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya
masalah disiplin ini. Terdapat pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin
sekolah mereka kerana ingin menjaga imej dan tidak mahu nama sekolah terjejas
dalam sistem rekod disiplin KPM. Hal ini menyebabkan ada pelajar yang berandaian
tindakan mereka melanggar peraturan disiplin sekolah tidak akan dilaporkan oleh
pihak sekolah. Sikap acuh tidak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin
menyebabkan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Pendapat tentang hubungan hambar antara guru dan pelajar mempunyai
26

hubungan dengan pernyataan Anderson & Brewer’s 1946 (dalam Hashim Deraman
et al.,2002) yang menyatakan bahawa terdapat dua jenis masalah disiplin guru dalam
interaksi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam darjah. Dua jenis interaksi
tersebut ialah interaksi dominatif dan integratif. Amaran, tengking-herdik dan tidak
menerima cadangan pelajaran merupakan amalan interaksi dominatif. Guru
mendominasi aktiviti bercakap dan mengeluarkan arahan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara amalan interaksi integratif pula
termasuklah guru mengiktiraf perbezaan pendapat, menggalakkan partisipasi pelajar,
berempati dan menggalakkan interaksi dua hala. Kedua-dua jenis tingkahlaku
interaksi ini memberikan implikasi kepada pelajar secara positif dan negatif.
Menurut Mohd Salleh Lebar (2000) yang menyatakan dari sisi psikologi, sifat
guru yang terlalu autokratik dan dominan menyebabkan emosi pelajar sentiasa dalam
keadaan tegang. Akibatnya pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam
keadaan tertekan dan terpaksa. Suasana menjadi bertambah tegang apabila guru-guru
yang mengajar menghabiskan masa dengan meleteri pelajar, menunjukkan muka
yang tegang, terlalu serius tanpa unsur kecindan dan cenderung melabel serta
menghukum pelajar. Pelajar yang gagal mengawal emosi akan menimbulkan
masalah disiplin sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami.
Selain itu, sebab yang berhubung rapat dengan sosio-psikologi turut menjadi
punca pendorong pelajar sekolah terlibat dalam masalah disiplin.Mohd. Nor Long
(1982), Gragey (1970), Maslow & Rogers (1962) dan Omardin Ashaari (1999)
menyatakan bahawa kawalan ketat dan peraturan yang terlalu rigid di sekolah
memberikan kesan psikologi kepada para pelajar. Pelajar akan bertindakbalas secara
negatif terhadap peraturan-peraturan seumpamanya melalui pelbagai masalah disiplin
dan destruktif. Antara tindak balas pelajar termasuklah tidak hormat kepada guru,
berkelakuan tidak sopan, melawan guru dan merosakkan harta benda sekolah. Begitu
juga jika guru terlalu garang dan agresif, pelajar menyalurkan penentangan secara
tidak langsung dengan menconteng dinding dan melepaskan emosi kepada pihak
ketiga. Marimuthu (1980) dan Omardin Ashaari (1999) menyatakan pandangan kritis
terhadap beberapa amalan dalam sistem pendidikan negara iaitu penempatan pelajar
berdasarkan pencapaian akademik (streaming), persekolahan berorientasikan
peperiksaan dan sikap serta ekspektasi guru yang terlalu ideal terhadap pelajar.
Beliau berpendapat kesemua kelaziman ini mendorong pelajar untuk melakukan
27

masalah disiplin pelajar. Mohd. Salleh Lebar (2000) menyokong pandangan kritis ini
dengan menyatakan bahawa penekanan aspek peperiksaan dan kecemerlangan
akademik yang berlebihan menjadi punca utama masalah disiplin pelajar berleluasa
di sekolah. Kecenderungan guru menekankan aspek kecemerlangan akademik
menyebabkan mereka mengabaikan aspek lain yang tidak kurang penting iaitu
pembentukan disiplin pelajar. Lebih malang lagi apabila, amalan streaming mengikut
tahap kecerdasan intelek dan pencapaian akademik membawa kepada konotasi
bahawa pelajar kelas lemah adalah golongan ‘hapuskira’ yang boleh diabaikan.
Di antara punca psikologi yang menyumbang kepada masalah disiplin ialah
apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari punca persekitaran seperti
hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian
daripada keluarga atau ibubapa. Sebahagian remaja juga sangat suka menafikan
bahawa mereka ada masalah, suka mengelak diri dari mengambil tanggungjawab di
atas tindakan mereka dan seterusnya suka menyalahkan orang lain apabila mereka
mendapat kesusahan (Mitchell, 1989).
Malek Murad (1982) pula menggabungkan punca-punca kemasyarakatan
khususnya perubahan sosial yang mewujudkan jurang nilai antara generasi ibu bapa
sebagai golongan yang lebih tua dengan generasi anak sebagai punca utama. Charles
(2002) dan Mohd. Ismail Othman (2004) juga merujuk kepada punca masyarakat
yang kurang prihatin terhadap permasalahan masalah disiplin pelajar sekolah sebagai
penyumbang utama terhadap masalah disiplin pelajar di Barat. Mohd. Ismail Othman
(2004) memberikan respons yang senada dengan pendapat ini namun beliau turut
menyenaraikan guru, ibu bapa, media, persekitaran dan rakan sebaya sebagai punca
masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.Dalam kajian lain
(Masruhan, 1995 dan Mohd. Ismail Othman, 2004) menekankan pengaruh rakan
sebaya sebagai punca penyumbang paling berpengaruh terhadap masalah disiplin
pelajar.
Menurut Amir Sharifuddin (1982) mengaitkan masalah disiplin dengan
beberapa punca seperti persekitaran rumah yang tidak kondusif, hubungan hambar
guru dengan pelajar, kekecewaan dalam pembelajaran, peraturan sekolah yang terlalu
rigid, iklim bilik darjah yang bersifat menindas sebahagian pelajar, kelemahan pihak
pengurusan sekolah dan peminggiran pelajar yang mempunyai status sosial yang
rendah.
28

2.5 Pendekatan terbaik dalam mengatasi masalah disiplin pelajar

Untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ini dari menular, ibu bapa harus sentiasa
mengawasi kegiatan anak mereka bagi mengelak dari terpengaruh dan terlibat
dengan aktiviti negatif atau gejala tidak sihat. Ini diakui oleh Asmah Suboh (2011)
yang mengatakan daripada hasil perbandingan kekerapan jenis-jenis gaya
keibubapaan yang diamalkan oleh para ibu bapa pelajar, didapati bahawa amalan
gaya keibubapaan jenis autoritatif adalah merupakan amalan keibubapaan yang
paling dominan kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi yang dapat
membimbing seseorang anak kepada perilaku yang lebih positif.
Menurut kajian Azmi Mohamad (2014) pendekatan terbaik dalam mengatasi
masalah disiplin pelajar ialah harus pada peringkat pihak pelaksananya. Beliau
menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
perlu peka bahawa pengetahuan, ciri-ciri personaliti dan kemahiran pengurusan
disiplin perlu diterapkan terlebih dahulu kepada guru-guru. Kursus-kursus khas
menangani gejala disiplin sekolah perlu diadakan sama ada di institusi pengajian
tinggi ataupun di Institut Aminuddin Baki agar guru-guru lebih bersedia apabila
ditempatkan di sesebuah sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan semua warga
pendidik dilengkapi ilmu mengenai pengurusan masalah disiplin dan cara untuk
menghadapinya apabila di sekolah kelak yang secara tidak langsung dapat membantu
mengurangkan masalah disiplin pelajar.
Dalam kajian Badrulzaman Baharom (2006) pendekatan yang dicadangkan
bagi mengatasi masalah disiplin pelajar yang ponteng sekolah atau ponteng kelas
ialah dengan memberi penekanan fokus kepada diri guru sendiri. Beliau menegaskan
masalah disiplin ini tidak boleh hanya menyalahkan pihak ibu bapa dan faktor
luaran sahaja. Aspek diri guru juga perlu diambil kira sebagai punca timbulnya
masalah disiplin pelajar di sekolah. Sikap guru yang sambil lewa dalam kemahiran
Pedagogi PdP dan juga penyediaan iklim kelas yang tidak kondusif untuk PdP telah
menyumbang kepada punca masalah disiplin pelajar khususnya kes ponteng. Guru
sewajarnya perlu lebih kreatif dan berdedikasi dalam mencipta suasana iklim kelas
yang menyeronokkan dan kondusif untuk PdP pelajar. Selain itu, penguasaan
29

kemahiran Pedagogi PdP yang baik dan berkesan amat membantu dalam menarik
minat pelajar untuk mengikuti PdP di sekolah.
Berdasarkan kajian Chik Mai (2010) kegagalan pihak sekolah bertindak
pantas dan telus dalam isu masalah disiplin turut menjadi punca yang mendorong
meluasnya masalah disiplin ini. Beliau menyarankan pihak sekolah supaya dapat
mengambil tindakan cepat dan tegas ke atas setiap kes masalah disiplin pelajar
mengikut prosedur yang diperuntukan KPM tanpa prejudis. Ini adalah penting untuk
memberi keinsafan kepada pelajar yang melakukan masalah disiplin disamping
memberi iktibar kepada pelajar-pelajar lain.
Menurut kajian Lebar (1998) menyatakan ibu bapa dan masyarakat mesti
mengambil tahu tentang kedudukan anak-anaknya di sekolah sama ada berjaya,
mundur atau terlibat dalam perkara yang tidak diingini. Penglibatan ibu bapa amat
penting bagi mengatai masalah disiplin ini. Anak-anak akan mendapat keyakinan diri
apabila ibu bapa memberi sokongan dan menunjukkan minat bukan sahaja dirumah
malah di sekolah. Dengan ini ibu bapa dapat mengetahui masalah dan perkembangan
anak-anak di sekolah sama ada perkembangan akademik mahupun kokurikulum dan
secara tidak langsung dapat mengawal disiplin anak mereka.
Menurut kajian Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wn Hasan (2009) masalah
disiplin pelajar dapat diatasi melalui pendekatan nasihat bimbingan menjurus kepada
pemantapan iman pelajar khususnya untuk pelajar beragama Islam iaitu program
solat dan tazkirah agama. Menurut mereka asuhan rohani menjadi tonggak perilaku
seseorang pelajar. Ini biasanya dapat dilihat apabila seseorang individu itu
mempunyai keteguhan iman yang kukuh pasti terhindar dari melakukan perkara-
perkara keji dan berdosa malah berakhlak mulia. Keimanan dan ketaqwaan
mempunyai hubungkait yang amat erat dengan perilaku perbuatan seseorang
manusia. Akhlak seseorang pasti berlandaskan akal dan pastinya akal berlandaskan
hati. Jika bersih dan baik hati seseorang manusia dengan penuh dengan keimanan
dan ketaqwaan pasti akalnya akan bersih dan seterusnya perbuatannya juga bersih.

2.6 Kepentingan disiplin di sekolah

Disiplin amat penting kepada pelajar-pelajar. Apabila pelajar-pelajar mematuhi


30

peraturan sekolah, ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah
yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana, berambut pendek dan
lain-lain lagi. Pelajar-pelajar yang berdisiplin akan mewujudkan keadaan yang lebih
selesa di dalam kelas.
Mereka akan sentiasa menjaga tingkah laku daripada melanggar peraturan
sekolah seperti berbuat bising, bergaduh, membuli dan seumpamanya. Keadaan ini
juga dapat mengelakkan mereka daripada mendapat masalah seperti didenda oleh
guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya yang boleh
menganggu pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar yang menjaga disiplin juga kebiasaannya akan cemerlang
dalam pelajaran. Sudah pasti pelajar-pelajar akan lebih selesa belajar dalam suasana
disiplin mereka terkawal. Keadaan ini membolehkan mereka memberikan tumpuan
yang sepenuhnya kepada pelajaran serta akan mendorong mereka belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan
mencerahkan masa depan mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar yang berdisiplin akan disukai dan disayangi oleh
guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, mereka akan dipilih sebagai pemimpin seperti
pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna
kepada mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan.

2.7 Rumusan

Secara keseluruhannya bab ini, membincangkan sorotan kajian dengan lebih


terperinci yang disokong oleh tokoh-tokoh, pendapat, pandangan daripada penulis-
penulis buku mengenai masalah disiplinbermasalah. Selain itu, dalam bab ini juga
turut memperjelaskan mengenai jenis-jenis masalah disiplin, punca-punca punca
berlakunya masalah disiplin dan teknik strategi atau pendekatan yang terbaik
menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.
31

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk
menyempurnakan yang dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu reka bentuk kajian,
tempat kajian, subjek kajian, instrumentasi, kadar pulangan soal temu bual, kajian
rintis dan analisis data.

3.2 Reka bentuk Penyelidikan

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah
temubual separa struktur dengan guru dan menganalisis kandungan rekod rasmi /
penyata masalah disiplin di sekolah yang dikaji. Data yang diperolehi dianggap
penting kerana kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan
ditafsirkan.

3.3 Peserta Kajian

Responden kajian hanya melibatkan lima orang guru di sekolah yang dikaji dari latar
belakang bidang yang berbeza-beza di mana penglibatan mereka dipilih berdasarkan
hubung kait dengan permasalahan kajian. Penglibatan responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah secara sukarela.

3.4 Instrumen Kajian


32

Satu instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu protokol
temubual separa struktur dengan guru mengenai masalah disiplin, tindakan pihak
sekolah dan cara – cara menangani masalah tersebut. (Rujuk Lampiran A dan B)

Bahagian analisa berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin /


SSDM terdiri dari:

 Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan


 Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan
 Jadual punca salahlaku
 Jadual jenis tindakan disiplin / hukuman

3.5 Kesahan Instrument

Menurut Majid (2008), pengujian tahap kesahan adalah penting untuk memastikan
item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak diuji. Dalam
ujian psikologi seperti yang digunakan dalam kajian ini penyelidik memfokuskan
kepada kesahan konstrak dalam membina item-item. Kesahan merujuk kepada data
yang diperolehi serta melambangkan sesuatu yang ingin diukur. Bagi menentukan
kesahan instrumen kajian ini, penyelidik terlebih dahulu merujuk sumber kajian
ilmiah pakar-pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang psikologi
pendidikan.
Kemudian sumber-sumber kajian ilmiah tadi penyelidik menjadikan idea asas
untuk membina soalan temu bual dengan bimbingan pensyarah penyelia kajian
ilmiah ini. Kegunaan kesahan ini bertujuan untuk memastikan bahawa soal temu bual
yang digunapakai semasa sesi temu bual telah mencapai piawaian atau standard yang
sepatutnya.

Syarat kesahan dalam temu bual boleh tercapai melalui proses menemu bual
peserta kajian yang benar-benar memiliki maklumat dan pengetahuan terhadap
33

bidang kajian penyelidik. Untuk tujuan ini, penyelidik akan menemu bual beberapa
orang pemberi maklumat dalam latar belakang bidang yang berbeza-beza asalkan
mempunyai ciri dan sifat yang sama.

3.6 Kajian Rintis

3.6.1 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan terhadap data-data yang diperolehi daripada temu bual dibuat


melalui rujuk silang secara sistematik terhadap maklumat yang diberikan oleh
peserta kajian pada barisan yang sama. Kebolehpercayaan dicapai apabila maklumat
yang sama diulang beberapa kali dalam satu barisan daripada seorang peserta kajian.
Penyelidik boleh menggunakan teknik ini semasa proses pengkodan data melalui
transkripsi temu bual.
Satu lagi cara bagi mendapatkan darjah kebolehpercayaan dalam temu bual
ialah, melalui pengulangan temu bual (re-interviewing atau repeated interviews)
peserta kajian yang sama dalam sampel atau re-interview terhadap sub sampel yang
kecil yang menjadi peserta kajian. Darjah kebolehpercayaan akan mencapai tahap
tertinggi apabila sampel diambil secara probability (random) dan dipilih dari
kawasan-kawasan yang berbeza. Sesi pengulangan temu bual dibuat dengan
menanyakan soalan-soalan yang dikehendaki sahaja dan bukan mengulang semua
soalan temu bual yang lepas.
Kebolehpercayaan data-data kualitatif ini diperolehi apabila deskripsi
(transkripsi) yang terhasil disemak oleh penyelia kajian ilmiah yang mempunyai ilmu
pengetahuan penyelidikan yang diakui pihak Universiti. Data telah disemak dan
dipersetujui penyelia kajian ilmiah semasa pertemuan sesi bimbingan Persetujuan
yang dicapai antara penyelia kajian ilmiah inilah yang akan menentukan
kebolehpercayaan dapatan kajian, teknik ini diistilahkan sebagai discovery
procedure.

3.7 Kerangka Operasi Kajian


34

Kerangka operasi telah dibina bagi menerangkan pelan yang dibuat dalam
melaksanakan kajian ini. Rajah 3.1 menerangkan langkah demi langkah bagi
operasi yang telah dilakukan.

Mula

Tajuk Kajian dan


Penyataan Masalah

Bentuk Skop, Objektif


dan Persoalan Kajian

Bina Soal Temu Bual

Kajian
Literature

KAJI
RINTIS

Kajian Sebenar

Analisa Data

Laporan

Tamat

Rajah 3.1: Kerangka Operasi Kajian

3.8 Prosedur Melaksanakan Kajian


35

Kajian kes berbentuk tinjauan ini adalah berdasarkan data masalah disiplin disalah
sebuah sekolah rendah di Bandar yang terpilih di daerah Ledang yang berlatar
belakang sosio ekonomi yang sederhana dan rendah. Hampir 80% pelajarnya berasal
dari penempatan rumah pangsa dan rumah teres di kawasan sekitar sekolah yang di
mana purata pendapatan seisi keluarga kurang RM3000.00 sebulan. Melalui kajian
soal temu bual dan penyelidikan didapati 60% ibu bapa pelajar berkerja di sektor
buruh. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi di mana semua pelajar sekolah ini
berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari sekolah yang
dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada guru HEM,
guru disiplin, guru kauseling dan guru matapelajaran teras di sekolah tersebut. Hasil
temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada temubual
dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis secara kualitatif
juga.

3.9 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, kaedah mengumpul data yang digunakan ialah soalan temu
bual. Sesi temu bual ini dikendalikan oleh penyelidik sendiri secara bersemuka
kepada lima orang peserta kajian yang terdiri dari Guru HEM, Guru Disiplin, Guru
Kauseling dan dua guru matapelajaran Teras yang dijalankan pada hari yang berbeza
dalam jangkamasa 2 minggu.
Langkah-langkahnya:
1. Temu janji
2. Menjalan dan merekod sesi temu bual responden dengan telefon
bimbit penyelidik
3. Menaip transkripsi temu bual peserta kajian
4. Membuat analisis data transkripsi temu bual
5. Membuat analisis data rekod disiplin pelajar

3.10 Kaedah Analisa Data


36

Temu bual separa struktur di analisis . Manakala perisian Atlas/ti versi 4.1 hanya
membantu penyelidik menguruskan data. Data dianalisa dengan cara open coding,
axial coding dan selective coding. Open coding adalah salah satu cara untuk
mensegmentasikan atau membahagikan maklumat yang penyelidik perolehi kepada
tiga bahagian kolom iaitu ‘self corection’, ‘temu bual’ dan ‘konsep’. Dengan cara ini
diharapkan penyelidik dapat menentukan fokus apa yang diinginkan dari hasil temu
bual yang dilakukan. ‘Self Corection’ berfungsi sebagai sebuah referensi dalam
meneliti kembali apa yang kurang dari soalan temu bual bersama peserta kajian atau
juga menyimpulkan apa yang disampaikan peserta kajian.
Kemudian untuk kolom ‘Konsep’ di isi dengan kata pendapat dari diri
peribadi yang menjurus pada maklumat yang disampaikan peserta kajian dengan
tujuan untuk menyimpulkan hasil temu bual. Dengan begitu apa yang kurang dari
temu bual dan isi perkara utama dari temu bual akan kita fahami dengan lebih
mendalam. Bagi ‘axial coding’ ini merupakan tahap lanjutan dari tahapan ‘open
coding’ yang telah penyelidik lakukan sebelumnya. ‘Axial coding’ ini tujuannya
untuk mengklasifikasikan konsep-konsep yang kita dapat pada tahap ‘open coding’.
Kemungkinan pada tahap ini akan diperolehi konsep yang sama antara
peserta kajian kerana isi perkara utama dari responden yang mereka sampaikan sama
antara yang satu dengan yang lain. Jika sekiranya ada salah satu peserta kajian yang
menyampaikan responden yang berbeza tentunya penyelidik juga harus membuat
konsep yang berbeza. Semua konsep tersebut penyelidik memasukkan huruf sesuai
pada daftar temu bual yang ada serta urutan peserta kajian yang telah penyelidik
tetapkan sebelumnya. Dari huruf terkecil, nama abjad atau terpulang kepada
kesukaan penyelidik asalkan boleh dingat dengan baik.
Akhir sekali ialah kaedah ‘Selective coding’ iaitu intipati yang diperolehi dari
hasil temu bual dirumuskan hasilnya dari maklumat yang didapati pada ‘axial
codding’. Begitulah perkara utama dari ‘selective coding’ ini, dimana semua yang
terkandung dalam ‘axial coding’ penyelidik akan menyusun menjadi satu kenyataan.
Hal ini boleh dilakukan apabila ada kesamaan responden ataupun adanya perbezaan
responden. Isi pentingnya penyelidik harus menggabungkan konsep yang ada
menjadi satu kenyataan yang ringkas dan mudah difahami. Tahap-tahap inilah yang
akan membuat penyelidik menjadi lebih mudah dalam memperolehi maklumat yang
sebenarnya penyelidik mahukan dalam menyusun transkripsi khususnya yang sudah
37

mencapai ke tahap penelitian, kerana dengan tahap-tahap tersebut kita akan tahu
fakta apa yang telah dapat dari hasil temu bual yang dilakukan penyelidik.
Seterusnya penyelidikan akan tahu apa maklumat yang masih dicari.
Perisian Atlas.ti versi 4.1 membantu penyelidik mengurus data temubual.
Perisian Atlas.ti sesuai menukarkan data kualitatif tadi dalam bentuk laporan
interpretatif untuk sebagai dapatan kajian kualitatif selain banyak kelebihan
khususnya boleh digunakan dalam pelbagai orientasi semasa menganalisis,
membangun dan menguji teori (Silverman, 2000). Data temu bual ditranskripsikan
kemudian ditaip dan diberikan nombor dibahagian sebelah kiri dan ditinggalkan
kosong di sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data. tidak berstruktur terhadap
responden-responden temu bual secara general berdasarkan teori-teori psikologi
manusia. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan ditulis di
ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit
ayat ini akan memudahkan penyelidik mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan
memberi penerangan lanjut berkaitan masalah disiplin berkenaan.
Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan. Proses
pengekodan dijalankan sehingga tamat satu transkripsi temu bual bagi seorang
peserta kajian. Hasil analisis data temu bual boleh juga dipersembahkan dalam
bentuk memerihalkan semula atau menggunakan kekerapan tema yang diperoleh
melalui transkripsi temu bual. Kesemua temu bual boleh dianalisis mengikut proses
yang sama iaitu dengan menghasilkan tema-tema atau dipersembahkan dalam bentuk
petikan percakapan peserta kajian. Selain dari menganalisis transkripsi temu bual,
penyelidik juga menjalakan penelitian dokumen. Penelitian dokumen digunakan
apabila penkaji ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan
seperti rekod data masalah disiplin pelajar. Tujuannya adalah untuk menyokong
dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan
menggunakan borang senarai semak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
kekerapan atau peratus.

3.11 Jangkaan Dapatan Kajian


38

Jangkaan dapatan kajian yang utama daripada kajian ini ialah satu pendekatan
mengatasi masalah disiplin pelajar khususnya di sekolah rendah. Dapat
dikenalpasti punca berlakunya masalah disiplin pelajar yang mana langkah
pencegahan dan pemuliharaannya akan diketahui dengan lebih mudah dan berkesan.

3.12 Carta Gantt Penyelidikan Tindakan

Carta gantt ini menerangkan strategi atau prosedur yang dilalui penyelidik di
sepanjang penyelidikan kajian ilmiah ini yang bermula dari fasa pemerhatian
permasalahan kajian sehinggalah fasa penulisan pelaporan akhir kajian ilmiah.
Sila lihat Lampiran 1 untuk lebih lanjut.

3.13 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik menerangkan tentang kaedah yang digunakan dalam
kajian yang diaplikasikan oleh penyelidik sepanjang kajian dijalankan sperti
menggunakan teknik temu bual dan penganalisis data dari rekod disiplin pelajar di
sekolah yang dikaji bagi mendapatkan maklumat dan melihat lebih dekat
permasalahan sebenar. Ini bertujuan untuk mendapatkan hasil kajian yang sahih dan
boleh dipertanggungjawabkan bagi menangani permasalahan kajian. Pembinaan alat
penyelidikan yang disesuaikan dengan objektif kajian dapat memberi jawapan
kepada permasalahan kajian mengenai masalah disiplin pelajar di sekolah dan
pendekatan terbaik untuk mengatasinya.
39

BAB 4

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Bab ini, menghuraikan hasil analisis data kualitatif yang diperoleh melalui rekod
disiplin pelajar dan transkripsi temu bual bersama peserta kajian. Hasil dapatan
kajian ini dilaporkan dalam bentuk naratif dan deskriptif
Hasil daripada penganalisian data ini dapat membuat dapatan memberi
maklumat untuk rumusan, cadangan dan perbincangan pada bab seterusnya.

4.2 Profil Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan lima orang guru yang berkhidmat di sebuah Sekolah
Kebangsaan di daerah Ledang, Johor. Profil peserta kajian dibentangkan dengan
menggunakan kod peserta kajian (PK) iaitu PK1,PK2,PK3, PK4 dan PK5. Kod ini
dilakukan bagi melindungi identiti sebenar peserta kajian. Ringkasan profil peserta
kajian dipaparkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1. Ringkasan Profil Peserta Kajian


Peserta Jantina Umur Tahap Pengalaman
Kajian Pendidikan Mengajar
yang tertinggi
PK1 Lelaki 55 Tahun Diploma 33 Tahun
PK2 Lelaki 48 Tahun Sarjana Muda 19 Tahun
PK3 Lelaki 33 Tahun Sarjana Muda 6 Tahun
PK4 Lelaki 35 Tahun Diploma 14 Tahun
PK5 Wanita 34 Tahun Sarjana Muda 13 Tahun
40

4.2.1 Profil PK1

PK1 merupakan seorang guru lelaki berusia 55 Tahun yang berasal dari Johor. Beliau
telah berkhidmat sebagai guru biasa selama 33 Tahun. Pada tahun 2014, beliau
ditawarkan memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM di sekolah yang
dikaji. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Bandar
Tangkak (1965 hingga 1971). Meneruskan pendidikan di peringkat menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat (1997 hingga 1978) dan seterusnya,
Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Diraja Muar (1979 hingga 1980). Beliau
mempunyai taraf akademik STPM pada 1980 dan melanjutkan pengajian diperingkat
diploma perguruan di Maktab Perguruan Raja Melawar (1981). Beliau mula
berkhidmat sebagai guru di SRJK (C) Jerkoh Kuala Lipis (1982), seterusnya di SRJK
(C) Lurah Bilut, Bentong (1983 hingga 1986). Setelah empat tahun berkhidmat di
daerah Bentong, beliau kemudian meneruskan perkhidmatan di SRJK (C) Karak
(1986 hingga 1987), SRJK (C) Lian Hwa Teratai (1987 hingga 1991), SRJK (C)
Chee Chuin, Sagil (1992 hingga 1996) dan SJK (C) Chi Ming 1, Tangkak (1997
hingga 2006). Setelah lama berkhidmat di SJKC, beliau kemudian meneruskan
perkhidmatan di sekolah Kebangsaan. Bermula di SK Sialang, Tangkak (2007
hingga 2010) dan selepas itu berkhidmat di SK Paya Mas, Tangkak (2011 hingga
2013). Beliau mula memegang jawatan Guru Penolong Kanan HEM pada tahun 2014
di sekolah yang dikaji hingga sekarang. Hasil perkahwinan dengan seorang isteri
beliau dikurniakan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

4.2.2 Profil PK2

PK2 merupakan guru lelaki berusia 48 Tahun yang berasal dari Johor. Beliau telah
berkhidmat selama 19 Tahun. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Gersik, Muar, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Temenggung Ahmad Kundang Ulu, Gambir, Johor. Kemudian PK2 telah
meneruskan pendidikan Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak,
Muar. Beliau mempunyai STPM pada 1986 dan kemudian melanjutkan pelajarannya
di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1990 hingga 1992. Seterusnya telah
41

melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia di


bidang Kesusasteraan Melayu pada 2010 hingga 2014. Mula berkhidmat sebagai
guru di Sekolah LKTP Adilah dari 1992 hingga 1997 tahun. Kemudian beliau
ditugaskan berkhidmat di Sekolah yang dikaji pada tahun 1998 sehingga kini. Beliau
memegang jawatan sebagai Guru Disiplin di sekolah yang dikaji. Hasil perkahwinan
beliau dengan seorang isteri dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang
perempuan.

4.2.3 Profil PK3

PK3 adalah seorang guru lelaki berusia 33 Tahun yang berasal dari Kelantan. Beliau
telah berkhidmat sebagai guru selama enam Tahun. PK3 telah mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Ketereh, Kelantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Ketereh, Kelantan. Dengan STPM yang dimilikinya pada tahun 2000, beliau
seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti
Islam Antarabangsa pada tahun 2006. Belaiu kemudian menyambung pengajian
diperingkat Diploma Perguruan dengan menyertai program KPLI di Institut
Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak pada tahun 2007. Berkhidmat sebagai guru
Kauseling sepenuh masa di sekolah yang dikaji. Hasil perkahwinan beliau dengan
seorang isteri dikurniakan seorang anak perempuan.

4.2.4 Profil PK4

PK4 adalah seorang guru lelaki berusia 35 Tahun yang berasal dari Johor. Beliau
telah berkhidmat sebagai guru selama 14 Tahun. PK4 telah mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Ledang, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Ledang, Johor. Beliau telah memiliki SPM pada 1996 dan melanjutkan pendidikan di
Institut Perguruan Kinta Ipoh dari 1997 hingga 2000. Beliau mula berkhidmat
sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Methodist Seremban pada tahun 2000 hingga
2004 kemudian berkhidmat di sekolah yang dikaji pada tahun 2005 hingga kini. Kini
beliau sedang melanjutkan pengajian di Open Universiti Malaysia di bidang Sains
Pendidikan. PK4 merupakan guru matapelajaran Sains di sekolah yang dikaji. Hasil
perkahwinan beliau dengan seorang isteri dikurniakan dua orang anak lelaki.
42

4.2.5 Profil PK5

PK5 adalah seorang guru wanita berusia 34 Tahun yang berasal dari Johor. Beliau
telah berkhidmat sebagai guru selama 13 Tahun. Beliau juga memegang jawatan
sebagai Ketua Panitia Matematik di sekolah yang dikaji. PK5 telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan Baru Parit Yusuf, Muar dan Sekolah
Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka. Beliau telah memiliki SPM pada 1997
dan meneruskan pendidikan di Kolej Matrikulasi KYPM, Bangi pada 1998.
Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia pada 1999 hingga
2003. Kemudian melanjutkan pengajian di bidang perguruan dengan menyertai
program KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, JB pada tahun 2004.
Mula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka 2005 hingga
2011 dan kemudian ditugaskan berkhidmat di sekolah yang dikaji pada 2012 hingga
kini. Hasil perkahwinan beliau di kurniakan 3 orang anak lelaki dan seorang anak
perempuan.

4.3 Dapatan Kajian

4.3.1 Jenis Masalah Disiplin Pelajar

Di sekolah yang dikaji, penyelidik mendapati jenis masalah disiplin pelajar yang
berlaku pada tahun 2014 adalah terkawal dimana kekerapan untuk mengulangi
kesalahan masalah disiplin adalah rendah. Kebanyakkan kes masalah disiplin
dikategori kes ringan dan sederhana walaupun begitu terdapat tiga kes berat
disebabkan kesalahan berulang untuk kali ketiga. Jadual 4.2 menunjukkan salinan
rekod rasmi tahun 2014 kes masalah disiplin pelajar yang terdapat di sekolah yang
dikaji. Ia menunjukkan jenis masalah disiplin mengikut gender dan bilangan pelajar
yang terlibat serta jumah kekerapan berlaku kes masalah disiplin.
43
44

Jadual 4.2 menunjukkan jenis masalah disiplin yang dicatatkan adalah


berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan
kasar terhadap pelajar), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan
pelajar lain. Seramai 46 orang pelajar lelaki telah terlibat dengan 20 kes masalah
disiplin manakala 8 orang pelajar perempuan telah terlibat dengan 11 kes masalah
disiplin. Pada keseluruhannya, seramai 54 orang pelajar telah terlibat dengan 31 kes
masalah disiplin di sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2014. Jenis masalah disiplin
yang paling kerap kali berlaku ialah kes kekemasan diri iaitu berkuku panjang
dengan tujuh kes dengan melibatkan 12 orang pelajar. Diikuti kes masalah disiplin
tingkah laku jenayah iaitu mencuri dengan tujuh kes dengan melibatkan lapan orang
pelajar yang turut disokong oleh peserta kajian PK1 dalam sesi temubualnya yang
berbunyi,

“Setelah empat tahun saya berkhidmat di sekolah ini iaitu pada tahun 2013,
kes disiplin berat pertama yang saya lihat ialah mencuri di Pasaraya The Store
yang terletak bersebelahan sekolah. Kes ini berlaku setelah waktu pelajar
pulang dari sekolah. Kesalahan ini melibatkan pelajar dari tahun 5.”

Juga disokong oleh peserta kajian PK2 dalam kenyataan temu bual berikut,

“Kes mencuri merupakan antara kes-kes yang agak berat. Sepanjang tahun ini
sahaja,boleh dikatakan lebih daripada tujuh kes mencuri telah berlaku.
Setelah beberapa tindakan dilakukan oleh pihak sekolah seperti sportcheck
sebahagian besar kes dapat diselesaikan iaitu dengan mendapat semula
barang tersebut atau barang yang dicuri itu dikembalikan.”

Diikuti kes masalah disiplin ponteng sekolah dengan lima kes dengan melibatkan
tujuh orang pelajar. Data ini turut disokong oleh peserta kajian PK1 dalam sesi temu
bualnya yang berbunyi,

“Sepanjamg 4 tahun perkhidmatan saya di sekolah ini, kes disiplin yang kerap
berlaku ialah ponteng. Ponteng dikategorikan kepada dua iaitu ponteng
sekolah dan ponteng kelas. Ponteng sekolah diambil kira jika pelajar tidak
45

hadir ke sekolah tanpa sebab. Terdapat juga pelajar yang ponteng berkala,
contohnya dalam satu atau dua minggu pelajar itu tidak hadir satu atau dua
hari.”

PK2 juga menyokong kenyataan PK1 dalam temu bual iaitu,

“Pada akhir-akhir ini ialah kadar peratus ponteng amat tinggi yang mana
sukar untuk mencapai kehadiran 95%. Kadang-kala boleh melewati 80%
sahaja pelajar hadir ke sekolah. Ini bermakna dalam sehari lebih kurang 30
orang pelajar tidak hadir ke sekolah.”

Manakala kes masalah disiplin yang paling rendah direkodkan ialah kes masalah
disiplin memakai pakaian tidak mengikut perturan sekolah dengan hanya melibatkan
seorang pelajar yang kesalahannya tidak berulang.

Masalah disiplin yang tidak direkodkan atau dalam erti sebenar telah
diselesaikan secara budi bicara guru tanpa mengikuti prosedur tatacara tindakan
disiplin yang sebenar. Perkara ini disokong daripada hasil temu bual dalam kalangan
peserta kajian. Seperti dari kenyataan peserta kajian PK2 ini iaitu,

“Kes pelajar bergaduh sepanjang tahun ini melibatkan lebih kurang 3 orang
pelajar. Kes-kes yang lain, yang diluar pengetahuan saya, kemungkinan guru
yang terlibat terus berjumpa dengan GPK HEM untuk tindakan seterusnya”

Dari data rekod masalah disiplin pelajar sekolah mencatatkan 2 kes dengan 9 orang
pelajar yang dibawah pengetahuan Guru Penolong Kanan HEM. Namun dari hasil
temu bual peserta kajian PK2 menyatakan dibawah pengetahuan dan tindakan beliau
hanya 3 kes sahaja. Ini menunjukkan terdapat sesetengah kes masalah disiplin yang
berat seperti bergaduh akan dirujuk terus kepada pihak pentadbir bagi
mempercepatkan penyelesaian.
Cabaran pihak sekolah untuk mengambil atau melaksanakan tugas mengawal
dan memantau disiplin pelajar yang berpunca sikap ibu bapa tidak berfikiran terbuka
dimana lebih memanja dan mempercayai anak-anak mereka dari mempercayai pihak
46

sekolah , walaupun sememangnya perkara yang dibuat anak itu jelas melanggar
peraturan sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dari pengakuan temubual peserta kajian
PK2 iaitu,

“Kes yang berat baru-baru ini ada ibubapa pelajar tidak puashati apabila gajet
anak mereka hilang di sekolah. Telah tercatat didalam peraturan sekolah
dilarang pelajar-pelajar membawa gajet. Apabila berlaku kehilangan pada
hari kejadian pihak sekolah boleh buat sportcheck tapi jika kes diketahui pada
hari berikutnya, sukar bagi pihak kita untuk menyelesaikannaya.”

Semasa penyelidik menjalankan sesi temubual untuk peserta kajian PK3. Di


dapati terdapat juga kes masalah disiplin ringan dan sederhana yang berlaku didalam
di sekolah iaitu kes tidak membawa buku, tidak menyiapakan kerja rumah yang
dikategorikan kes ringan manakala untuk kes masalah disiplin ponteng kelas dan
ponteng sekolah adalah kes sederhana. Kesalahan ini tidak direkodkan dalam fail
rekod disiplin pelajar. Namun tetap diambil tindakan mengikuti sesi kauseling oleh
guru kauseling bagi mengelak berulang. Hal itu dapat dibuktikan dari pengakuan
temubual peserta kajian PK3 iaitu,

“Selama saya berkhidmat di sekolah ini, kes yang sering dirujuk ialah
masalah tidak membawa buku, tidak menyiapkan kerja rumah dan kes
ponteng sama ada ponteng kelas ataupun ponteng sekolah”

Juga disokong oleh peserta kajian PK4 dalam kenyataan temubualnya iaitu,

“Apabila menyebut tentang masalah disiplin yang melibatkan pelajar sekolah


rendah, kes yang kerap saya hadapi di sini ialah kes yang tidak begitu serius
seperti kegagalan pelajar menghantar buku latihan, pelajar ponteng sekolah,
dan ponteng kelas. Masalah kes berat seperti kes-kes menghisap rokok atau
penagihan dadah tidak pernah sama sekali berlaku sepanjang saya berkhidmat
di sekolah ini.”
47

Satu perkara dari hasil dapatan kajian yang diperolehi secara kualitatif bagi
kategori temubual separa struktur ini. Penyelidik menemui suatu rumusan perbezaan
antara bentuk atau jenis masalah disiplin pelajar lelaki dengan perempuan dari
kategori jenis masalah disiplinnya adalah hampir sama kecuali kesalahan kes
masalah disiplin memeras ugut dan mengancam/ memukul/ mencederakan pelajar
lain yang tiada berlaku dikalangan pelajar perempuan. Ini dapat dibuktikan dari hasil
pengakuan temubual peserta kajian PK5 yang berbunyi,

“Bentuk atau jenis masalah disiplin pelajar lelaki dan perempuan adalah
hampir sama. Namun pelajar perempuan tidak ada yang memeras ugut,
mengancam, memukul atau mencederakan pelajar lain.”

Malah peserta kajian PK5 turut mengakui dengan menjelaskan dalam


temubualnya bahawa kesalahan kes masalah disiplin membuli dan ponteng sekolah
lebih rumit dan kerap kali berlaku pada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan
yang kesalahan biasanya tidak berulang. Walaupun telah diambil tindakan disiplin
diperingkat sekolah seperti yang dinyatakan beliau,

“Masalah disiplin pelajar lelaki yang membuli atau ponteng sekolah lebih
rumit dan kerap kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan yang
kesalahannya biasanya tidak akan berulang walaupun tindakan disiplin telah
diambil oleh pihak sekolah”

Rajah 4.1: Peratusan Berdasarkan Jenis Masalah Disiplin Pelajar Mengikut


Jantina/Gender

Buy SmartDraw!- purchased copies print this


document without a watermark .
Visit www.smartdraw.com or call 1-800-768-3729.
48

Rajah 4.1 menunjukkan peratusan berdasarkan jenis masalah disiplin pelajar


mengikut jantina/gender di Sekolah Kebangsaan yang di kaji pada tahun 2014. Pada
keseluruhannya, pelajar -pelajar Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes masalah
disiplin. Seramai 46 orang lelaki telah terlibat dengan 20 kes masalah disiplin
manakala 8 orang pelajar perempuan telah terlibat dengan 11 kes salah tingkah laku.
Di mana jumlah keseluruhan kes masalah disiplin berdasarkan kekerapan sebanyak
31 kes. Jelasnya menunjukkan pelajar lelaki paling ramai bermasalah disiplin dengan
mencatatkan 85% berbanding pelajar perempuan yang hanya 15% sahaja.
Sepanjang tahun 2014, seramai 54 orang pelajar lelaki dan perempuan telah
dicatatkan pernah terlibat dengan kes masalah disiplin di sekolah seperti yang
dinyatakan oleh GPK HEM. Jumlah pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat
dalam masalah disiplin adalah lebih kurang sama seperti yang ditanyakan oleh Guru
Disiplin. Ini dapat diperkukuhkan dalam contoh – contoh transkrip temubual separa
struktur dengan peserta kajian PK1 seperti berikut.

“Pada tahun 2014, 54 orang pelajar terlibat dengan 31 kes masalah disiplin di
sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin pelajar yang
serius pernah berlaku.”

Juga disokong oleh peserta kajian PK2 dalam kenyataan temubualnya iaitu,

“Jumlah pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam masalah disiplin
adalah lebih kurang sama”

4.3.2 Punca Masalah Disiplin Pelajar

Apabila penyelidik menganalisis transkripsi temu bual dan mengkategorikan


mengikut tema. Untuk tema punca masalah disiplin didapati masalah disiplin yang
telah dikenalpasti mengikut pandangan peserta kajian dari hasil temu bual terdiri
daripada faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, sekolah dan persekitaran di
sekolah yang dikaji.
Pada keseluruhan hasil temu bual kelima-lima peserta kajian, faktor rakan
sebaya mencatatkan punca masalah disiplin yang paling kerap atau tertinggi menjadi
49

punca penyebab utama masalah disiplin di sekolah yang dikaji dimana terdapat lima
kenyataan responden dari tiga orang peserta kajian mengakuinya dalam temu bual
mereka. Hal ini diakui oleh peserta kajian PK1 dalam kenyataan temu bualnya
berikut.

“Pada pendapat saya pelanggaran displin yang kerap berlaku adalah


disebabkan pengaruh rakan sebaya. Kebanyakan murid melakukan kesalahan
secara berkumpulan. Contohnya kes ponteng kelas yang akan melibatkan tiga
atau empat orang pelajar. Jika semua ibu bapa, guru dan masyarakat
membantu membimbing pelajar-pelajar ini dengan persekitaran yang baik,
maka, pelajar-pelajar ini akan menjadi kanak-kanak yang baik.”

“Pada pandangan saya faktor utama yang mendorong murid melakukan salah
laku ini ialah perasaan ingin tahu dan pengaruh dari rakan sebaya. Mereka
tidak akan melakukan salah laku ini berseorangan, jika mencuri ia akan
berlaku dalam satu kumpulan.”

Juga disokong oleh peserta kajian PK2 dalam 2 kenyataan temubualnya iaitu,

“Saya membuat pandangan secara rawak bahawa dapat dilihat kesalahan


disiplin murid ini lebih dipengaruhi dari latarbelakang keluarga, persekitaran
tempat tinggal dan rakan sebaya……”

“Pendorong utama adalah rakan sebaya. Rakan sebaya perlu jelas jika rakan
sebaya yang baik tiada masalah. Jika rakan sebaya yang membawa kepada
masalah disiplin itu yang menjadi masalah. Perkara yang baik, sukar untuk
para pelajar ikuti, contohnya kawan-kawan pergi perpustakaan atau ke
pondok bacaan untuk membaca buku. Namun jika melakukan salah laku
seperti bercakap yang tidak baik atau lucah mudah mereka ikuti”
50

Juga disokong oleh peserta kajian PK3 dalam kenyataan temu bualnya iaitu,

“Dari kes yang saya dirujuk kepada saya untuk sesi kauseling. Saya
mendapati kebanyakan masalah disiplin berpunca dari ajakkan kawan baik
pelajar yang bermasalah disiplin. Seperti contoh kes ponteng kelas dan
mencuri”

Hujah temu bual peserta kajian PK1, PK2 dan PK3, turut disokong oleh peserta
kajian PK4 dalam kenyataannya berikut.

“Ada juga murid yang bermasalah disiplin ini dibuli dan ada juga murid
yang bermasalah disiplin ini yang membuli.”

Aspek kedua yang menjadi faktor punca masalah disiplin pelajar yang
dianalisis data kualitatif dari transkrip temubual separa struktur peserta kajian ialah
‘faktor diri sendiri’. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang
dinyatakan oleh peserta kajian PK1 berikut.

“Pada pendapat saya faktor utama yang mendorong murid melakukan salah
laku ini lahir dari perasaan ingin tahu yang sangat tinggi…”

Juga disokong oleh peserta kajian PK4 dalam kenyataan temu bualnya iaitu,

“Murid yang bermasalah disiplin ini gagal menyiapkan tugasan yang saya
berikan disebabkan sifat negatif dalam diri mereka sendiri.”

Hujah temu bual peserta kajian PK1 dan PK4, turut disokong oleh peserta kajian
PK5 dalam kenyataannya berikut.

“Faktor utama penyebab salah laku pelajar terjadi di dalam kelas ialah kerana
faktor diri pelajar itu yang masih belum matang untuk berfikir baik dan buruk
akan sesuatu perkara. Murid yang bermasalah disiplin kerap kali gagal
menyiapkan kerja sekolah mahupun kerja rumah. Ia diburukkan lagi dengan
51

sifat negatif dan sering menganggu pelajar lain serta tidak berminat
mengikuti sesi PdP.”

Manakala bagi aspek ketiga yang menjadi faktor punca masalah disiplin
pelajar yang dianalisis data kualitatif dari transkrip temubual separa struktur peserta
kajian ialah ‘faktor keluarga’. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang
dinyatakan oleh peserta kajian PK2 berikut.

“Saya berpendapat secara keseluruhannya masalah disiplin murid ini


didorong oleh latarbelakang keluarga, persekitaran tempat tinggal dan rakan
sebaya. Kebanyakan murid yang bermasalah ini mempunyai ibu bapa yang
berpendapatan rendah dan sibuk mencari sumber pendapatan seterusnya
menjadikan anak mereka terbiar tanpa perhatian.”

Juga disokong oleh peserta kajian PK3 dalam kenyataan temubualnya iaitu,

“Dari kajian saya, pertama sekali jika kita lihat semula rekod latar belakang
murid salah satu sebabnya adalah latar belakng murid dan satu lagi faktor
adalah sosio ekonomi keluarga. Murid-murid yang sering dirujuk ini
kebanyakkannya mempunyai ibu bapa yg telah bercerai, pendapatan ibu bapa
yang kurang iaitu salah seorang sahaja antara mereka yang bekerja dan
pendapatan yang diperolehi tidak menentu. Ini merupakan penyumbang
masalah disiplin akibat dari kurang keprihatinan dari ibu bapa .”

Seterusnya bagi aspek keempat yang menjadi faktor punca masalah disiplin
pelajar yang dianalisis data kualitatif dari transkrip temubual separa struktur peserta
kajian ialah ‘faktor persekitaran’. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti
yang dinyatakan oleh peserta kajian PK3.

“Faktor utama ialah tabiat atau sikap murid tersebut yang sudah biasa
dengan suasana tidak terurus dan tidak berdisiplin di rumah menyebabkan
antara faktor pendorong kepada salah laku murid di sekolah.”
52

Selain dari faktor rakan sebaya, diri sendiri, keluarga dan persekitaran.
‘Faktor sekolah’ juga menjadi penyebab punca berlakunya masalah disiplin pelajar.
Hal ini diakui oleh peserta kajian PK5 dalam kenyataannya berikut.
.
“Kelas yang dimana iklimnya tidak kondusif untuk PdP iaitu kurang ceria dan
menarik, didapati muridnya kerap kali tidak hadir ke sekolah dengan tiada
bersebab.”

Hasil dari analisis responden transkripsi temu bual peserta kajian yang telah
penyelidik lakukan, didapati faktor rakan sebaya paling kerap menyebabkan pelajar
melakukan perbuatan masalah disiplin, hal ini berlaku kerana pelajar mempunyai
kelemahan rohani yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama disamping
perasaan gelodakan ingin tahu pada diri pelajar yang menyebabkan cenderung
melakukan masalah disiplin. Manakala faktor ‘diri sendiri’ yang lebih kepada sifat
pemalas dan negatif menjadi pendorong atau pemangkin untuk lebih seronok
melakukan masalah disiplin di sekolah. Walau bagaimanapun selain faktor rakan
sebaya dan diri sendiri menjadi faktor utama penyebab berlakunya masalah disiplin
pelajar. Faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi
penyebab perlakuan masalah disiplin pelajar-pelajar di sekolah yang dikaji.

4.3.3 Jenis Pendekatan yang telah diambil pada tahun 2014

Jadual 4.3 menunjukkan pendekatan yang telah diambil untuk menangani masalah
disiplin pelajar di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa Unit Lembaga Disiplin dan
Pengawas sekolah telah mengambil keputusan hanya mengenakan tiga Jenis
Tindakan Disiplin bagi kesalahan-kesalahan disiplin yang berlaku untuk tahun 2014.
Antara jenis Tindakan Disiplin itu ialah memberi nasihat/kauseling, Amaran pertama
dan hukuman dera/merotan. Semua tindakan berikut dengan harapan pelajar
berkenaan akan sedar dan hormat kepada rakan, guru dan sekolah ini. Semoga
matlamat sekolah berteraskan konsep “Sekolah ku Sayang” dan “Sekolah ku
Selamat” menjadi realiti.
53

Jadual 4.3: Jenis pendekatan yang telah diambil Tahun 2014


Bilangan Catatan
Bil Jenis Pendekatan Lelaki Perempuan
1 Pembuangan 0 0
2 Penggantungan 0 0
3 Hukuman – Hukuman Biasa 0 0
3.1 Hukuman dera / rotan 3 0 1 Kali
3.2 Penahanan 0 0
3.3 Denda 0 0
Amaran
3.4 Amaran 22 4
Pertama
3.5 Nasihat/Kauseling 21 4
Jumlah 46 8
Sumber; Buku Rekod Salah tingkah laku/Masalah disiplin pelajar 2014

Rajah 4.2: Bilangan jenis pendekatan diambil mengikut jantina/gender

Rajah 4.2 menunjukkan bilangan jenis tindakan disiplin atau hukuman yang
Buy SmartDraw!- purchased copies print this
telah diambil mengikut jantina / gender pelajar-pelajar di Sekolah
document without aKebangsaan
watermark . yang
dikaji pada tahun 2014. Pada tahun 2014 AJKVisit
Unit www.smartdraw.com or call 1-800-768-3729.
Lembaga Disiplin dan Pengawas
hanya mengenakan tindakan disiplin untuk 3 jenis hukuman sahaja iaitu hukuman
merotan, amaran dan nasihat/kauseling. Sebanyak 22 pelajar lelaki di beri amaran
54

pertama, 21 pelajar lelaki diberi nasihat sesi kauseling dan 3 pelajar diberi hukuman
merotan memadangkan kesalahan disiplin adalah berulang. Manakala untuk pelajar
perempuan hanya 4 pelajar perempuan di beri amaran pertama dan 4 pelajar
perempuan juga diberi nasihat sesi kauseling.
Data diatas turut disokong data kualitatif dari hasil temu bual separa struktur
5 orang peserta kajian yang dipilih dikalangan guru di sekolah. Dimana identiti
peserta kajian dirahsiakan bagi menjaga etika dan maruah peserta kajian dengan
memberi pengkodan iaitu PK1, PK2, PK3, PK4 dan PK5. Dari jenis kesalahan
masalah disiplin ringan dan sederhana, tindakan disiplin yang dikenakan adalah
dengan memberi sesi nasihat atau bimbingan kauseling. Hal ini diakui oleh peserta
kajian PK1 dalam 2 kenyataannya berikut.

“…...Untuk kesalahan sederhana dan ringan di sekolah ini biasanya pelajar


akan diujuk kes mereka kepada guru kauselor yang mempunyai tugas khas
bagi memberikan nasihat bimbingan dan sebagainya.”

“Pada pendapat saya, pelajar yang bermasalah salah laku yang dikategori
dalam sederhana atau ringan, mereka perlu diberikan nasihat dan teguran oleh
guru-guru kelas terutamanya guru kauseling ……”

Manakala bagi kesalahan masalah disiplin pelajar yang berat iaitu kesalahan
yang berulang atau melibatkan kerugian wang atau boleh mengancam nyawa.
Tindakan disiplin atau hukuman yang tegas diberikan. Bertujuan memberi kesedaran
dan keinsafan kepada pelajar supaya mengelak dari masalah disiplin berulang. Ini
dapat diperkukuhkan dengan kenyataan 2 temu bual seperti yang dinyatakan oleh
peserta kajian PK1 berikut.

“Dalam kes kesalahan berat kita akan memberi hukuman pada pesalah dan di
sekolah ini terdapat empat orang guru yang diberi hak kuasa merotan dan
memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan berat
terutamanya saya sendiri…”
55

“…….dan untuk kesalahan-kesalahan berat saya sangat bersetuju hukuman


rotan dilaksanakan.”

Ada juga kes-kes kesalahan masalah disiplin pelajar yang sederhana hanya
diberikan tindakan disiplin amaran. Khususnya yang dirujuk oleh Guru Disiplin yang
dimana kesalahan itu pada asalnya adalah ringan, namun oleh kerana ianya berulang
maka dikategorikan sederhana. Hal ini disokong oleh peserta kajian PK2 dalam 2
kenyataan temu bualnya iaitu,

“Untuk kesalahan sederhana atau kesalahan berulang pada kali kedua akan
dikenakan denda atau amaran pertama dan amaran kedua. Di dalam kelas ada
disediakan buku pengurusan kelas. Di situ terdapat bahagian untuk mencatat
kesalahan-kesalahan yang dilakukan murid.”

Walau bagaimanapun, ada juga kadangkala hukuman merotan terpaksa


diambi oleh peserta kajian PK2 apabila melihat masalah disiplin itu agak berat dan
keterlaluan. Hal ini disokong peserta kajian PK2 dalam kenyataan temu bualnya
iaitu,

“Secara jujurnya saya pernah merotan pelajar bermasalah disiplin walaupun


tidak pernah diberi kuasa merotan. Tidaklah sampai mencederakan pelajar
hanya sebagai memberi amaran kepada mereka….”

Kaedah lain bagi strategi pendekatan yang terbaik untuk mengatasi masalah
disiplin pelajar di sekolah. Antaranya ialah sifat keprihatianan semua pihak dalam
memantau dan mengawal disiplin pelajar di sekolah. Hal ini dibangkitkan dalam
kenyataan temu bual peserta kajian PK2 iaitu,

“Kerjasama antara guru dalam memastikan disiplin murid dalam keadan yang
terbaik. Walaupun dengan bilangan murid yang ramai, namun kita sebagai guru
akan cuba memastikan disiplin murid terkawal. Mungkin diluar sekolah
pengaruh rakan sebaya atau persekitaran tempat tinggal diluar kawalan kita
tetapi dalam sekolah kita cuba jaga…..”
56

Juga boleh di tekankan ialah perhubungan antara pihak sekolah dengan pihak
PIBG sekolah yang sewajarnya sentiasa online bukannya offline. Peserta kajian PK2
mengusulkan strategi pendekatan itu dalam kenyataan temu bualnya seperti berikut.

“Peranan PIBG, hubungan baik guru dan ibu bapa itu sendiri itu yang penting
dalam memberi kerjasama ketiga-tiganya iaitu NGO,ibu bapa dan anak akan
memberi kesan baik kepada anak-anak kerana tugas guru membimbing
mendidik mengajar anak-anak namun sekiranya ada diantaranya tiada
kerjasama akan memberi kesan dan impaknya sangat besar.”

Hujah usul temu bual peserta kajian PK2, turut disokong oleh peserta kajian
PK3 dalam kenyataannya berikut.

“Cara yang paling berkesan untuk mengatasi salah laku pelajar pada masa kini
adalah sukar. Namun kini pelbagai sumber dengan kemajuan teknologi, ibu
bapa dan guru perlu mempunyai hubungan yang akrab bagi mengatasinya,
bukannya saling menuding jari sekira berlaku salah laku.”

Selain dari sesi kauseling, lawatan muhibah ke rumah pelajar yang


bermasalah disiplin juga adalah satu strategi pendekatan yang terbaik pernah
dilakukan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling bagi mengatasi permasalah disiplin
pelajar di sekolah penyelidik. Hal ini diakui oleh peserta kajian PK3 dalam
kenyataan temu bualnya seperti berikut.

“Selain daripada sesi kaunseling yang diberikan kepada pelajar bermasalah


disiplin ini, saya juga akan ke rumah pelajar tersebut. Kita melihat sendiri
keadaan di rumah mereka. Suasana persekitaran di rumah dan bagaimana
pemikiran ibubapa mereka…Alhamdulillah dengan tindakan ini sangat
memberi kesan positif. Saya selaku guru kauseling bersama dengan GPK HEM
turun ke rumah tinjau sendiri dan perkara ini boleh diatasi.”

Selain dari lawatan muhibah di rumah pelajar yang bermasalah disiplin. Unit
Bimbingan dan kauseling juga akan mengadakan program khusus motivasi untuk
57

memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan mendidik dan


memotivasikan anak-anak untuk menjadi lebih cemerlang disamping mengelak dari
terjebak dari masalah disiplin. Ini dibuktikan dari kenyataan peserta kajian PK3
seperti berikut.

“Pernah dan memang ini merupakan salah satu rutin di sekolah. Selain program
khusus untuk ibubapa mengenai salah laku disiplin ini pada perjumpaan-
perjumpaan lain juga saya sendiri mengambil ruang untuk berbicara bagi
menerangkan dan mengingatkan ibu bapa tentang masalah-masalah disiplin
supaya perkara ini dapat dikawal bersama.”

Ada juga strategi pendekatan dari peserta kajian yang dimana peserta kajian
cuba memanggil pelajar yang bermasalah disiplin itu tadi bersemuka untuk diberikan
nasihat secara lisan dan sekiranya masalah disiplin masih berulang atau tidak dapat
selesaikan dengan baik. Maka barulah beliau merujuk pihak kauselor atau GKP
HEM untuk tindakan lanjut. Hal ini disokong dalam kenyataan peserta kajian PK4
seperti berikut.

“Bagi menangani kes yang berlaku ini. Saya menggunakan beberapa kaedah.
Kaedah pertama ialah dengan memanggil pelajar tersebut untuk memberikan
nasihat, teguran dan bersemuka secara lisan. Namun jika saya dapati kes
tersebut tidak dapat diselesaikan maka saya akan merujuk kepada kauselor
atau GPK HEM untuk menyelesaikan masalah kes disiplin ini.”

Kenyataan peserta kajian PK4, juga turut disokong oleh peserta kajian PK5
dalam kenyataannya berikut.

“Tindakan yang saya akan ambil jika menghadapi masalah disiplin pelajar di
dalam kelas ialah saya akan cuba menyelesaikannya dengan mengadakan
pertemuan peribadi untuk mendengar dan mengetahui masalahnya dan cuba
memberi nasihat. Jika masalah disiplin tersebut masih berlaku, saya akan
membawanya kepada Guru Disiplin untuk tindakan seterusnya.”
58

Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK
Unit Disiplin sekolah untuk menangani masalah masalah disiplin di sekolah yang
dikaji juga mahupun guru matapelajaran di sekolah penyelidik. Kesemua 54 orang
pelajar yang terlibat dengan kes masalah disiplin telah diberi jenis tindakan disiplin
mengikut jenis kes masalah disiplin dari yang ringan kepada berat mengikut
keperluan sekolah. Seramai 25 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan nasihat oleh
kaunseling sekolah bagi kes masalah disiplin ringan, manakala 26 pelajar telah diberi
Amaran Pertama bagi kes masalah disiplin sederhana dan tiga pelajar lagi telah
diberi hukuman dera / rotan diatas kesalahan berat yang berulangan iaitu kes masalah
disiplin bergaduh. AJK Unit Disiplin dan Lembaga Pengawas sekolah memandang
serius masalah disiplin tersebut dengan memantau disiplin semua pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa khususnya pelajar yang pernah melakukan masalah disiplin.

4.4 Rumusan

Secara keseluruhannya, Bab 4 ini melaporkan hasil dapatan kajian tentang jenis
masalah disiplin, punca masalah disiplin pelajar dan pendekatan yang diambil untuk
mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah yang dikaji. Dapatan kajian telah
ditunjukkan dalam bentuk jadual dan rajah yang menyatakan taburan kekerapan dan
peratusan. Data yang diperolehi melalui rekod disiplin pelajar sekolah telah dianalisis
dengan menggunakan SmartDraw 2010 , data-data temubual separa struktur telah
dianalisis menggunakan Perisian Atlas.ti versi 4. Setiap dapatan kajian telah
dijelaskan secara sistematik dalam bab ini. Dapatan kajian ini telah menjawab
kesemua soalan kajian yang telah dibina lebih awal dan akan diperhalusi dengan
lebih mendalam dalam bab kelima nanti.
59

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan secara komprehensif mengenai dapatan persoalan kajian


yang telah dibangkitkan di Bab 1. Tumpuan perbincangan berkaitan persoalan-
persoalan kajian secara keseluruhannya yang akan disokong dengan kajian lepas atau
penyelidik lain yang dinyatakan di Bab 2. Data yang diperolehi telah dihuraikan
dengan terperinci agar dapat difahami dan dan diinterpretasikan oleh pengkaji-
pengkaji lain dan seterusnya dapat digunakan sebagai sumber kajian akan datang.
Rumusan berkaitan dengan hasil dapatan dalam kajian ini dilakukan setelah hasil
perbincangan yang sewajarnya selepas meneliti hasil kajian. Pada penghujung bab
ini, beberapa cadangan akan diutarakan dengan harapan agar kajian ini mendapat
perhatian yang sewajarnya oleh mana-mana pihak tertentu dan juga penyelidik akan
datang sebagai kesinambungan terhadap kajian yang telah dijalankan ini.

5.2 Perbincangan

Bahagian ini merupakan bahagian yang penting dalam sesebuah kajian dan
pembahagian boleh dilakukan mengikut keputusan yang diperolehi. Oleh yang
demikian, perbincangan ini dilakukan berdasarkan persoalan yang telah dinyatakan
dalam bab 2.
60

5.2.1 Jenis masalah disiplin pelajar

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa antara jenis masalah disiplin yang
berlaku di sekolah boleh di kategorikan kepada 3 jenis iaitu kes ringan, kes
sederhana, kes berat atau kes berunsur jenayah. Data penyelidik membuktikan kes
masalah disiplin ringan dan sederhana paling kerap berlaku di sekolah rendah
manakala untuk kes masalah disiplin berat dan kes berunsur jenayah kerap terjadi
sekolah menengah. Dapatan ini turut menyokong dapatan dari Asmah Suboh (2011),
masalah disiplin kenakalan yang paling dominan dilakukan oleh pelajar di sekolah
adalah masalah disiplin jenis vandalisme. Walau bagaimanapun pada
keseluruhannya, kes vandalisme berada pada tahap rendah. Manakala, bagi masalah
disiplin fizikal pula, dapatan kajian beliau menunjukkan masalah disiplin buli adalah
yang masalah disiplin fizikal paling dominan yang dilakukan oleh pelajar di sekolah.
Merujuk kepada dapatan kajian yang telah diperolehi dalam Jadual 4.2,
menunjukkan antara kes masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah rendah ialah
melibatkan kes ringan dan sederhana seperti berambut panjang, ponteng sekolah,
mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap pelajar), berkuku
panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan pelajar lain. Ini turut disokong
dari hasil dapatan kajian penyelidik melalui temu bual peserta kajian di mana tiga
dari lima peserta kajian menyatakan kes masalah disiplin ponteng dan mencuri
adalah masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah yang dikaji.
Dapatan ini turut menyokong dapatan dari Badrulzaman Baharom (2006),
yang mendapati bahawa masalah disiplin ponteng sekolah merupakan salah satu
antara masalah disiplin yang tertinggi dicatatkan. Beliau juga menegaskan tidak
dinafikan bahawa ponteng sekolah merupakan faktor utama yang boleh
menjerumuskan pelajar kepada pelbagai masalah disiplin.
Hasil yang diperolehi dari statistik masalah disiplin pelajar yang direkodkan
oleh Kementerian Pelajaran lima tahun (2008 hingga 2012) menunjukkan anatara
masalah disiplin yang dikategorikan kerap kali berlaku ialah kenakalan, buli,
berunsur jenayah, berunsur kelucahan, kurang sopan, laku musnah, kekemasan diri,
ponteng sekolah, tidak pentingkan masa dan merokok. Dapatan ini menyokong
dapatan Azizi Yahaya (2010) bahawa hanya sebilangan kecil sahaja daripada pelajar
61

pernah terlibat dengan masalah disiplin yang serius manakala majoritinya hanya
terlibat dengan masalah disiplin yang kurang serius atau ringan seperti bercakap
bohong, tidak menyiapakan kerja sekolah, sering datang lewat, kekemasan diri,
ponteng sekolah dan sebagainya.

5.2.2 Punca yang menyumbang kearah masalah disiplin pelajar

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa punca yang menyumbang kearah
masalah disiplin pelajar terbahagi kepada empat iaitu diri sendiri, rakan sebaya,
keluarga, sekolah dan persekitaran.

5.2.2.1 Diri Sendiri

Hasil dapatan yang diperolehi mendapati bahawa punca diri pelajar yang menjadi
penyumbang kedua tertinggi ke atas punca berlakunya masalah disiplin pelajar di
sekolah yang dikaji. Tiga daripada lima orang peserta kajian mengakuinya dalam
temu bual mereka dimana masalah disiplin pelajar ada berpunca dari kelemahan diri
yang kurang nilai moraliti. Ini disahkan dengan ada kes masalah disiplin kegagalan
menyiapkan kerja sekolah, kerja rumah dan menganggu pelajar lain ketika sesi PdP.
Semua kelemahan diri ini akibat kurangnya didikan dan kefahaman agama serta
nilai-nilai murni telah menyebabkan pelajar terpengaruh untuk melanggar peraturan
sekolah yang menjurus kearah masalah disiplin pelajar.
Hasil kajian ini menyokong pendapat dari Khalim Zainal dan Wan Zulkifli
Wan Hassan (2009) menjelaskan masalah disiplin pelajar berpunca dari diri sendiri.
Personaliti pelajar dipengaruhi interaksi antara hati, nafsu dan akal. Sekiranya
perbuatan ditunjangi hati dengan akal yang bersih sudah pasti baiklah perbuatan
tingkah laku seseorang jika disebaliknya maka buruklah perbuatan tingkah laku
seseorang. Turut disokong melalui kajian Mahadi Hj Khalid (2007), yang
menyatakan punca dari jenis fizikal yang berkaitan rapat dengan diri sendiri
merupakan punca-punca masalah disiplin yang paling dominan dari punca-punca
emosi, rakan sebaya dan pengaruh luar.. Pembuli merasakan dirinya kuat, umurnya
lebih tua dan suka berbangga dengan dirinya lalu menterjemahkan dengan perbuatan
membuli pelajar yang lebih kecil atau lemah dari dirinya.
62

Hasil kajian ini juga menyokong pendapat Regoli & Hewitt (1991), yang
menyatakan masalah disiplin laku musnah berpunca dari pengolakan jiwa dalaman
pelajar akibat punca luaran yang negatif yang telah mempengaruhi pelajar untuk
meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin memberontak yang menjurus tabiat
perilaku masalah disiplin laku musnah yang dapat memberi kepuasan pada hati
pelajar yang bermasalah disiplin itu. Masalah disiplin vandalisme ini juga dikatakan
ada hubung kait dengan perasaan marah. Bila seseorang pelajar berasa marah,
mereka akan cenderung melakukan perbuatan yang menyalahi norma biasa sesebuah
masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Roberta
dan Virginia (1977) yang telah mengkaji perbezaan antara jantina yang berkaitan
dengan emosi marah.
Hasil kajian ini turut menyokong pendapat dari Azmi Mohamad (2014), yang
menyatakan murid-murid di sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja
yang berusia antara 13 hingga 19 tahun. Sememangnya diusia sebegini, naluri
perasaan ingin mencuba atau meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan amat
kuat. Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di
mana individu sama ada lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah
seperti perubahan fizikal, emosi, perubahan pada kognitif, persepsi diri sendiri,
mengalami krisis identiti dan konflik autonomi serta masih kurang keyakinan dalam
memulakan sesuatu perkara baru dalam hidup.
Justeru itu, kekuatan rohaniah sendiri seseorang pelajar perlu ada yang
berlandaskan ilmu dan kefahaman agama serta nilai murni yang utuh bagi dapat
mengemudi akal dan nafsu ditempat yang sepatutnya yang secara tidak langsung
membendung diri pelajar dari mudah melakukan perkara-perkara yang menyalahi
peraturan sekolah mahupun perkara negatif.

5.2.2.2 Rakan Sebaya

Hasil dapatan yang diperolehi mendapati bahawa punca rakan sebaya yang menjadi
penyumbang tertinggi ke atas punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah
yang dikaji. Empat daripada lima orang peserta kajian mengakuinya dalam temu bual
mereka menyatakan pelajar yang bermasalah disiplin kebanyakkannya berpunca dari
63

ajakan atau pengaruh rakan sebaya. Ini disahkan dengan ada kes masalah disiplin
ponteng kelas berkumpulan dan mencuri berkumpulan dalam hasil dapatan kajian.
Dapatan ini turut menyokong dapatan dari Abdul Rahman Arof (1984)
menjelaskan masalah disiplin ponteng dalam sesebuah darjah mungkin tidak
terkawal jika terdapat pengaruh jahat dan liar seseorang atau rakan dalaman serta
luaran. Pengaruh dari rakan sebaya yang terdekat atau akrab juga menjadi punca
masalah disiplin merokok ini dari terjebak dikalangan pelajar.
Hasil dapatan kajian ini menyokong pendapat dari Mohd. Ismail Othman
(2004) memberikan respons yang sama dengan pendapat ini iaitu rakan sebaya
sebagai punca masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Turut
disokong kajian lain (Masruhan, 1995 dan Mohd. Ismail Othman, 2004) menekankan
pengaruh rakan sebaya sebagai punca penyumbang paling berpengaruh terhadap
masalah disiplin pelajar di sekolah. Dapatan ini menyokong dapatan Dishion, et al.,
(1995), dan Tremblay, et al., (1995) yang menunjukkan pengaruh rakan sebaya turut
memainkan peranan penting dalam masalah disiplin anti sosial remaja selain
pengaruh keluarga. Oleh itu, status akhlak pelajar-pelajar keseluruhannya di sekolah
perlu jelas , berakhlak mulia dan positif demi memastikan sahsiah dan akhlak pelajar
lain terjamin baik.

5.2.2.3 Keluarga

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa punca keluarga hanya menjadi
penyumbang ketiga ke atas punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah
yang dikaji. Dua daripada lima orang peserta kajian mengakuinya dalam temu bual
mereka menyatakan hanya sebilangan besar pelajar yang bermasalah disiplin datang
dari latar belakang keluarga yang sosio ekonomi yang rendah.
Hasil kajian ini menyokong pendapat dari Badrulzaman Baharom (2006),
menyatakan punca keluarga dari aspek tingkah laku fizikal ibu bapa paling
mempengaruhi masalah disipin pelajar dengan min tertinggi yang diperolehi. Ini
amat berkait rapat dengan masalah disiplin pelajar yang lebih banyak berkisar kepada
masalah disiplin berbentuk fizikal seperti bergaduh dan memukul rakan. Manakala
dari aspek tingkah laku anti sosial, hasil kajian beliau menunjukkan tingkah laku ibu
bapa anti sosial menyumbang min tertinggi.
64

Sememangnya tidak dinafikan, salah satu punca yang mempengaruhi pelajar


dari melakukan masalah disiplin ialah berpunca dari keluarga dimana terdapat bentuk
pelanggaran peraturan sekolah oleh pelajar dari akibat pengaruh negatif yang
ditunjukkan ibu bapa yang anti sosial dalam kehidupan seharian seperti pelanggaran
peraturan jalanraya ketika memandu. Namun begitu punca keluarga bukanlah
menjadi punca pendorong utama diatas masalah disiplin pelajar. Dapatan
Badrulzaman Baharom (2006) turut disokong Azizi Yahya (2006), yang menyatakan
punca tingkah laku keluarga sememangnya mempunyai hubungan yang signifikan
dengan masalah disiplin dikalangan pelajar.
Hasil dapatan kajian ini menyokong pendapat dari Abdul Rahman Arof
(1984) yang menjelaskan masalah disiplin ponteng sekolah dalam sesebuah darjah
mungkin tidak terkawal jika terdapat pengaruh jahat dan liar seseorang atau rakan
dalaman serta luaran. Tidak dinafikan pengaruh dari orang terdekat yang merokok
seperti dari bapa malah rakan sebaya juga menjadi punca masalah disiplin merokok
ini dari terjebak dikalangan pelajar.
Hasil dapatan kajian ini menyokong pendapat dari Rajagu dan Mohd. Daud
Saad (1982) dimana punca kekeluargaan merupakan punca penting yang
menyumbang kepada percambahan masalah disiplin pelajar. Pendapat ini
mempunyai persamaan dengan dapatan penyelidik-penyelidik terdahulu. Herriot &
St. John (1966) dan Omardin Ashaari (1999) umpamanya menegaskan bahawa
institusi keluarga yang tidak sempurna serta sikap ibu bapa yang tidak prihatin
terhadap perkembangan dan keperluan anak, menentang peraturan sekolah dan
terlalu membela anak menyumbang kepada gejala masalah disiplin disiplin di
kalangan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang cenderung
melakukan kesalahan disiplin ialah pelajar yang mempunyai status sosio ekonomi
keluarga yang rendah.
Selain daripada itu, konflik dalam keluarga juga boleh menjadi punca
penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada masalah disiplin dan
delinkuen. Emosi yang tidak stabil lahir dari suasana iklim keluarga yang porak
peranda seperti marah, geram, tertekan dan dendam akan mendorong pelajar untuk
melepaskan geram dengan melakukan pelbagai masalah disiplin, dengan tujuan
untuk melepaskan rasa tertekan mereka.
65

Ini bermakna keadaan budaya iklim dan sosio ekonomi di dalam sesebuah
keluarga amat penting dan amat mempengaruhi tingkah laku seseorang anak. Namun
begitu, keluarga bukan menjadi punca utama dalam masalah disiplin pelajar.
Keluarga hanya menjadi salah satu sebahagian kecil punca menyumbang
permasalahan disiplin pelajar. Budaya iklim amalan kekeluargaan yang baik
mengikut kehendak agama serta sosio ekonomi yang kukuh pastinya menjamin
kestabilan emosi pelajar.

5.2.2.4 Persekitaran

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa punca persekitaran yang menjadi
penyumbang keempat ke atas punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah
yang dikaji. Seorang daripada lima orang peserta kajian menyebut dalam temu bual
beliau dengan menyatakan punca tabiat atau sikap murid yang sudah biasa dengan
suasana tidak terurus dan tidak berdisiplin di rumah menyebabkan antara punca
pendorong kepada pelanggaran peraturan sekolah yang mengundang masalah
disiplin.
Dapatan ini turut menyokong dapatan dari Mitchell (1989) yang menjelaskan
antara punca psikologi yang menyumbang kepada masalah disiplin ialah apabila
wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari punca persekitaran seperti hubungan
kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada
keluarga atau ibubapa. Dapatan Mitchell (1989) turut disokong oleh Malek Murad
(1982) yang menerangkan penggabungan punca-punca kemasyarakatan khususnya
perubahan sosial yang mewujudkan jurang nilai antara generasi ibu bapa sebagai
golongan yang lebih tua dengan generasi anak sebagai punca utama. Charles (2002)
dan Mohd. Ismail Othman (2004) juga merujuk kepada punca masyarakat sekitar
yang kurang prihatin terhadap permasalahan masalah disiplin pelajar sekolah sebagai
penyumbang utama terhadap masalah disiplin pelajar di Barat.
Mohd. Ismail Othman (2004) memberikan respons yang senada dengan
pendapat ini namun beliau turut menyenaraikan guru, ibu bapa, media dan rakan
sebaya sebagai punca masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
66

Menurut Amir Sharifuddin (1982) mengaitkan masalah disiplin dengan


beberapa punca seperti persekitaran rumah yang tidak kondusif, hubungan hambar
guru dengan pelajar, kekecewaan dalam pembelajaran, peraturan sekolah yang terlalu
rigid, iklim bilik darjah yang bersifat menindas sebahagian pelajar, kelemahan pihak
pengurusan sekolah dan peminggiran pelajar yang mempunyai status sosial yang
rendah. Ini bermaksud persekitaran juga menjadi punca berlakunya masalah disiplin
di kalangan pelajar di sekolah. Namun dari segi peratus keupayaan mempengaruhi
kearah kewujudan masalah disiplin adalah rendah. Dapat di simpulkan bahawa
persekitaran yang baik perlu diwujudkan untuk pelajar bagi mengelak pelajar
terpengaruh dengan budaya yang negatif yang menjerumus kepada perbuatan
masalah disiplin.

5.2.2.5 Sekolah

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa punca sekolah yang menjadi
penyumbang kelima, punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah yang
dikaji. Seorang daripada lima orang peserta kajian mengakuinya dalam temu bual
beliau. Keadaan sosio budaya dan iklim yang tidak ceria dan tidak kondusif didalam
kelas untuk sesi PdP telah memperlihatkan menjadi punca masalah disiplin ponteng
kelas. Kelas yang kondusif dan ceria lengkap dengan meja yang bersampul dan
kemudahan-kemudahan lain telah menunjukkan peratus kehadiran harian yang
melebihi 90%.
Dapatan ini turut menyokong dapatan dari Chik Mai (2010) kegagalan pihak
sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu masalah disiplin turut menjadi faktor
yang mendorong meluasnya masalah disiplin ini. Terdapat pihak sekolah yang
merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana ingin menjaga imej dan tidak
mahu nama sekolah terjejas dalam sistem rekod disiplin KPM. Merahsiakan ini
bukan bermaksud tidak mengambil tindakan. Tindakan disiplin tetap diambil keatas
pelajar cuma kesalahan tidak direkodkan dalam sistem Online SSDM. Kesalahan
hanya direkodkan dalam buku atau fail disiplin pelajar di peringkat sekolah sahaja.
Hal ini menyebabkan ada pelajar yang berandaian tindakan mereka melanggar
peraturan disiplin sekolah tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah ke peringkat
kementerian. Sudah pastinya tindakan ini menyebabkan pelajar bermasalah disiplin
67

itu akan mengulangi kesalahan mereka kerana beranggapan rekod pribadinya masih
bersih.
Setiap diakhir tahun akan ada penilaian di pihak Pejabat Pelajaran Daerah
mengenai laporan pada sistem talian online SSDM ini. Kredit penghargaan akan
diberikan pada sekolah yang mendapat “Sifar Salah Laku”. Justeru itu juga menjadi
pendorong banyak sekolah yang menyembunyikan rekod sebenar masalah disiplin
sekolah bagi hendak mengelak diminta memberikan sebab atau dipersalahkan oleh
pihak Pejabat Pelajaran Daerah nanti. Implikasi buruk bangau oh bangau boleh di
lihat disini apabila masing-masing pihak hendak menjaga imej dan reputasi. Sekolah
hendak menjaga imejnya, Pejabat Pelajaran Daerah juga begitu dan sehinggalah di
Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh itu, amat wajar sekali tiada istilah ‘bangau oh
bangau’ dalam isu memperkasakan disiplin pelajar kerana implikasi buruk lebih
banyak dari yang baik.

5.2.3 Pendekatan terbaik dalam mengatasi masalah disiplin pelajar

Hasil dapatan menunjukkan bahawa pihak sekolah dibawah Unit Lembaga Disiplin
dan Pengawas telah mengambil tindakan disiplin yang bersederhana dalam
menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar. Tiga jenis pendekatan itu ialah
nasihat, amaran dan hukuman dera (merotan). Ini boleh dirujuk pada jadual 4.3 yang
memperlihatkan jumlah pendekatan jenis amaran paling kerap digunapakai
berbanding pendekatan nasihat kauseling dan hukuman merotan. Pendekatan ini turut
disokong melalui pengakuan temu bual kelima-lima peserta kajian.
Dapatan ini menyokong dapatan Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan
Hassan (2009) yang berpendapat bahawa amalan kaedah memberi nasihat bimbingan
berlandaskan kaedah Islam seperti proses ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling
memahami), at-ta’aawaun (saling tolong menolong) dan takaful (saling menanggung)
amat berkesan membantu dalam menyelesaikan permasalah disiplin di kalangan
pelajar kerana sifat semula jadi insan itu telah ada penawarnya dalam Islam. Ini turut
disokong oleh Mahadi Hj Khallid (2007) yang menjelaskan pendekatan moral dan
pendekatan kemanusiaan yang bersifat nasihat dan kasih sayang antara warga guru,
ibu bapa dan masyarakat menurut nilai-nilai sivik dan keagamaan amat membantu
mengatasi masalah disiplin ini.
68

Hasil analisis menunjukkan bahawa keadah pendekatan tegas merotan di sini


bermaksud hukuman merotan yang ringan mengikut garis panduan Tatacara yang
termaktub dalam peruntukan pekeliling-pekeliling KPM. Hukuman hanya untuk niat
mendidik yang tidak akan kenakan melainkan ia merupakan langkah yang terakhir.
Hasil kajian ini menyokong pendapat dari Chik Mai (2010) yang menyatakan pihak
sekolah perlu bertindak pantas, telus dan tegas ke atas setiap kes masalah disiplin
mengikut prosedur yang disediakan KPM tanpa prejudis. Ini bertujuan untuk
memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelajar yang melakukan masalah disiplin
disamping memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendekatan amaran juga digunapakai
khususnya bagi kesalahan masalah disiplin yang jenis sederhana untuk kali pertama
dan jenis ringan yang berulang untuk kali ketiga berturut-turut. Hasil dapatan ini
bertentangan dengan dapatan kajian Mahadi Hj Khallid (2007) dan Khalim Zainal
dan Wan Zulkifli Wan Hassan (2009). Di sini menjelaskan seseorang guru disiplin
mahupun GPK HEM perlu tegas dalam sesetengah kes mengikut garis panduan
Tatacara Prosedur Disiplin Pelajar yang disediakan KPM dan pekeliling-pekeliling
dari semasa ke semasa. Ini bagi memastikan pelajar yang bermasalah disiplin itu
benar-benar adil dikenakan tindakan sewajarnya yang secara tidak langsung dapat
memberi keinsafan kepada diri pelajar tersebut disamping memberi teladan kepada
pelajar-pelajar lain supaya dapat menuruti peraturan sekolah seterusnya mengelak
diri dari melakukan masalah disiplin di sekolah.

5.3 Rumusan dapatan kajian

Dapatan hasil kajian dapat dirumuskan melalui persoalan kajian yang telah dibina
oleh pengkaji. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, masalah disiplin pelajar
sememangnya wujud walaupun berada di tahap yang sederhana. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar bermasalah disiplin dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu
kes ringan, sederhana dan berat di sekolah dikaji. Punca utama menyumbang gejala
masalah disiplin ini adalah dari punca rakan sebaya. Walaupun begitu punca diri
sendiri, keluarga, sekolah dan persekitaran juga mendorong dan mempengaruhi
berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar. Semua masalah ini akan dapat
diatasi jika semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bersama-
69

sama bergembeling tenaga dan idea pendekatan yang berhemah untuk memperbaiki
kelemahan yang ada disamping mengeratkan ukhuwah demi menjamin disiplin
pelajar yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

5.4 Cadangan

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan, penyelidik mencadangkan


beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah masalah disiplin di
kalangan pelajar. Berikut merupakan cadangan-cadangan itu:

1. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masalah disiplin pelajar masih berlaku
di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Ledang, Johor. Justeru itu, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan guru-guru
tidak boleh memandang ringan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.
Tindakan dan program yang berterusan mencegah aktiviti masalah disiplin di
sekolah perlulah dilipat gandakan serta dinilai keberkesanannya. Pelbagai
pendekatan harus dilakukan demi mencegah perilaku masalah disiplin pelajar
dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan iaitu dicadangkan oleh Rigby
(1996) dimana beliau menggunakan tiga pendekatan untuk menangani masalah
salah tingkah laku individu iaitu;
i) Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar
mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.
Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua masalah
disiplin akan dikenakan tindakan yang serius tanpa prejudis dan akan
direkod secara rasmi didalam sistem online SSDM.
ii) Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau
undang - undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui
pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu
sendiri. Dimana perlu disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-
undang sekolah atau Buku Panduan Pelajar.
iii) Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu
pendekatan dimana pelajar yang bermasalah disiplin akan bertemu
dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk
70

mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor


menggunakan pendekatan ini supaya perilaku masalah disiplin dapat
mengubah tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan.
Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat
berjemaah, tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan
pelajar perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan
rohani yang menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia
berlandaskan nilai-nilai Islam khususnya bagi pelajar Islam. Solat
berjemaah ini dilaksanakan pada waktu solat zohor setiap hari. Dimana
pelajar yang pernah melakukan kesalahan masalah disiplin dikehendaki
mewajibkan bersolat jemaah. Pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 juga
diwajibkan bersolat jemaah bersama-sama guru dan pentadbir sekolah.

2. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan masalah disiplin


pelajar berlaku dalam kalangan pelajar – pelajar khususnya pelajar Tahap 2.
Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa perlu mengenal pasti
punca-punca masalah disiplin tersebut terlebih dahulu, kemudian rancangan
pencegahan perlu dibuat berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat
terutama pihak sekolah dan guru juga dicadangkan agar mengadakan lebih
banyak aktiviti yang berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam
diri para pelajar seperti Kem Ibadah Solat, Kem Bina Insan dan sebagainya.

3. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah sedia ada


perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit sokongan
kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut
Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah ‘rakan bantu rakan’. Dalam
konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan
bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah
disiplin dan sosial. Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi
yang tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah dan tidak
terlibat dalam aktiviti-aktiviti masalah disiplin seperti yang biasa berlaku.
71

4. Kajian mendapati “penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah” merupakan


antara program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai orang yang
paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap program
pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan.
Disamping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa juga perlu
diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah disiplin ini. Gejala Masalah
disiplin di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa pelajar semakin berani
mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Setiap
kali berlaku insiden negatif seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di
sekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai
penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka adalah orang
yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga membesarkan dan
mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah
pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran
mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,
kemahiran – kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam
sesebuah keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat
dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.

5. Memandangkan masalah disiplin khususnya kes berat seperti bergaduh, ponteng


sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah
sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak Berkuasa Tempatan
dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu untuk memantau
kegiatan para pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan
sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah semata-mata,
tetapi kanak - kanak juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan undang-
undang ketika berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat
diperlukan demi membentuk peribadi kanak - kanak yang lebih Gemilang dan
Terbilang.

Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin pelajar.


Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru
yang bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah disiplin
72

pelajar. Pendekatan “kasih sayang” dan “prihatin” yang telah diambil oleh pihak
kauseling dan GPK HEM telah menunjukkan kejayaan yang cukup berkesan bagi
mengatasi masalah disiplin ponteng sekolah. Hal ini telah dibuktikan dalam
kenyataan temu bual peserta kajian PK3 seperti berikut.

“Selain daripada sesi kauseling yang kita buat yang telah dirujuk oleh guru
tadi. Saya juga secara direct akan ke rumah pelajar tersebut. Kita melihat
sendiri keadaan di rumah suasana persekitaran, mcmana pemikiran ibubapa
dan kita…Alhamdulillah yang mana kita buat seperti itu memberi kesan. Jika
sebelum ini banyak tidak hadir ke sekolah selepas saya selaku guru kauseling
bersama dengan GPK HEM turun ke rumah tinjau sendiri perkara ini boleh
diatasi”

Walaupun begitu bagi kes-kes yang berisiko atau berat. Pihak sekolah tetap
tegas dalam mengenakan tindakan disiplin. Tindakan disiplin haruslah setimpal
dengan kesalahan pelajar. Hal ini telah dibuktikan dalam kenyataan temu bual
peserta kajian PK1 seperti berikut.

“Pada pendapat saya, masalah salah laku ini yang dikategori dalam sederhana
dan ringan. Kita patut lebih mmberikan nasihat dan teguran oleh guru-guru
kelas terutamanya guru kauselor dan untuk kesalahan-kesalahan berat saya
sangat setuju hukuman rotan dilaksanakan.”

Untuk memastikan permasalahan disiplin ini dapat diatasi dengan sebaiknya.


Semua staf sekolah hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan
disiplin ke atas pelajar, memberi peringatan dan khidmat bimbingan. Ini telah
diperingatkan oleh peserta kajian PK2 dalam temubualnya seperti berikut.

“Kerjasama guru kita dah tekankan dalam mesyuarat dan perhimpunan


pastikan murid-murid dalam keadaan disiplin terbaik.”

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya mencari


pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin
73

yang baik dalam pelajar-pelajar itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari
kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau
perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya
mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik
kepada pelajar -pelajar dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan
santun, bertimbang rasa dan bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.

5.5 Cadangan kajian lanjutan

Kajian ini membentuk tinjauan yang lebih kepada mengenalpasti jenis, punca dan
pendekatan untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Terdapat beberapa
cadangan yang dikemukakan bag melakukan kajian lanjutan mengenai permasalahan
ini. Permbaharuan yang mungkin boleh dilakukan oleh penyelidik lain pasti akan
memberikan hasil kajian yang lebih bermakna. Antara perkara yang boleh dikaji oleh
penyelidik akan datang seperti:
(i) Responden kajian hanya melibatkan lima orang guru di sebuah sekolah
Daerah Ledang. Oleh itu, kajian selanjutnya boleh dilakukan dengan
meluaskan lagi populasi responden seperti ibu bapa, pelajar dan masyarakat
setempat.
(ii) Kajian boleh dilakukan dengan membuat perbezaan di antara pelajar di
sekolah luar bandar dan bandar. Kemungkinan responden kajian di kawasan
tersebut mempunyai tanggapan yang berlainan.
(iii) Kaedah kajian juga dilihat mempengaruhi kajian. Oleh itu, selain daripada
kajian berbentuk kualitatif, kajian berbentuk kuantitatif seperti soal selidik
boleh dilakukan.

5.6 Kesimpulan

Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di Bandar
Ledang di negeri Johor. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru-guru
mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti atau memilih
jenis masalah disiplin pelajar, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya
mengenalpasti pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan serta mengatasi masalah
74

tersebut. Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin pelajar di sekolah yang
dikaji dalam tempoh masa kajian ditahap sederhana tidaklah begitu serius, iaitu
seramai 54 orang daripada enrolmen 579 orang pelajar, bersamaan 9.33% pernah
terlibat dengan kes masalah disiplin sepanjang tahun 2014 yang hanya dari pelajar
Tahap 2.
Melalui kajian ini, guru-guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan
prihatin terhadap kebajikan dan disiplin pelajar-pelajar yang diajar. Ini dijangka akan
membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin pelajar dan seterusnya
meningkatkan prestasi akademik pelajar. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak
membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan
masalah disipilin pelajar. Kaedah PdP guru didalam kelas harus dipelbagaikan
kaedahnya supaya lebih kreatif dan menyeronokkan mengikut ilmu Pedagogi yang
dipelajari semasa di Institusi Perguruan lalu. Iklim budaya kelas dan sekolah juga
boleh diceriakan dan diubahsuai kepada suasana yang moden, lembut, kreatif dan
ceria bagi menarik minat murid ke sekolah bagi secara langsung dapat menangani
masalah disiplin pelajar ponteng sekolah dan ponteng kelas.
Peranan pihak Unit Lembaga Disiplin dan Pengawas dan pihak Unit
Bimbingan dan Kauseling serta semua staf pihak sekolah haruslah telus, tegas,
bekerjasama dan konsisten serta bijaksana dalam mengambil tindakan-tindakan
disiplin yang berlandaskan Tatacara dan Prosedur seperti yang ditetapkan
Kementerian Pelajaran Malaysia ke atas pelajar yang bermasalah disiplin di samping
perlaksanaan modul “Sekolah Ku Sayang” dan “Sekolah Ku Selamat” di sekolah
agar hasrat “Sifar Salah Laku Pelajar” khasnya di sekolah.
Selain itu, peranan, tugas dan tanggungjawab pengawas sekolah perlu
ditekankan dan disebarluaskan oleh pihak sekolah khususnya Unit Lembaga Disiplin
dan Pengawas. Ini bagi menjamin peraturan sekolah sentiasa dikuatkuasa sekiranya
diluar batasan pengetahuan dan pengawasan Guru Penolong Kanan HEM, Guru
Disiplin dan AJK Unit Disiplin sekolah. Di sini aspek kerjasama dan tanggungjawab
semua pihak samaada pihak sekolah, guru dan pengawas perlu sentiasa segerak dan
sederap dalam memastikan peraturan sekolah sentiasa berkuatkuasa dan bertindak
mengikut bidang kuasa masing-masing mengikut garis panduan yang disediakan
Kementerian Pelajaran Malaysia serta pekeliling-pekeling mengenai salah laku
pelajar atau masalah disiplin dari semasa ke semasa.
75

Ini menunjukkan dalam usaha mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak


sekolah boleh mempelbagaikan pendekatan mengikut yang mana lebih sesuai dan
berkesan sehingga masalah disiplin itu benar-benar boleh diatasi. Selain dari
tindakan disiplin pada pelajar, iklim kelas dan sekolah yang kondusif serta gaya
Pedagogi guru dalam PdP yang bermakna, program insaniah seperti tazkirah dan
solat berjemaah juga boleh dijadikan program rutin sekolah bagi menyediakan
santapan rohani yang menjadi asas pembentukan akhlak seseorang insan yang mulia.
Dari hasil dapatan kajian menunjukkan masalah disiplin yang berlaku di kalangan
pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah pengaruh rakan sebaya yang
turut berpunca dari pengaruh kelemahan diri sendiri yang kurang asuhan Agama,
kurang kasih sayang dan keprihatinan keluarga, serta tidak dinafikan punca keluarga,
sekolah dan persekitaran juga menyumbang kepada pendorong tingkah laku masalah
disiplin pelajar namun peratusnya agak rendah.
Sebagai kesimpulan tanggungjawab memperkasa akhlak pelajar adalah
tanggungjawab kita bersama, melibatkan semua pihak dan perlu dilaksanakan secara
kolektif, efektif, komprehensif dan berterusan. Dalam pada itu proses pendidikan
yang diterima oleh pelajar di sekolah wajar diberikan pengukuhan dan penghayatan
yang mendalam oleh ibu bapa di rumah, dan akhirnya anak-anak ini akan menjadi
sebahagian daripada anggota masyarakat yang berupaya menyumbangkan sesuatu
yang berharga kepada agama, bangsa dan Negara. Ingatlah keterbilangan sesuatu
tamadun itu bukan sahaja terletak pada keunggulan ilmu pengetahuannya, tetapi juga
bergantung kepada ketinggian akhlak, kekuatan moral, keutuhan jati diri, budaya
etika, norma-norma serta nilai-nilai sejagat yang menjadi amalan dan pegangan
mereka.
Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat
telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Adalah
menjadi harapan pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat untuk memastikan
generasi Y yang menjadi pewaris negara adalah benar-benar berakhlak mulia dan
berilmu serta berkemahiran tinggi demi dapat meneruskan dan melaksanakan
program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
76

RUJUKAN

Abd Rashid, A.R. (1993). Pendidikan Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM.
Abu Bakar, A. Hubungan pola komunikasi keluarga dengan gaya keibubapaan dan
kejelekitan dalam keluarga. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia; 2008.
Abu, M.S dan Tasir, Z. (2001). Pengenalan kepada analisis data
berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Aziz, N. A. A. (2014, Oktober 4). Kes jenayah budak sekolah. Harian Metro. ms. 2.
Baharom, B. (2006). Persekitaran Keluarga dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku
Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.
Bandura, A. and Mischel, W. Social Foundation Of Thought And Action: A Social
And Cognitive Theory. Englewood Cliffs. New Jersey : Prentice Hall. (1986)
Connel, A., and Farrington, D. P. Bullying among incarcerated young offenders:
Developing an interview schedule and some preliminary results. Journal of
Adolescence. 1996. 19: 75-93.
Darling, N., and Steinberg, L. Parenting Style As Context: An Integrative Model.
Psychological Bulletin, 113. 1993. (3): 487-496.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar
Dan
Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988.
Dishion, T., Andrews, D., dan Crosby, L. Anti Social Boys and Their Friends in
Early
Adolescence: Relationship Characteristics, Quality and Interactional
77

Process. Child Development. 1995. 66: 139-151.


Durkheim, G.D. (1987). Multimethod Research : A Synthesis of Styles. Beverly Hills:
Sage.
Elliott, D.S. and Ageton, S.S. Reconciling Race And Class Differences In Self-
Reported And Official Estimates Of Delinquency. Anti Social Rev.1980.45:
95–
110
Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. Examining the social
context of Bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling
Development. 2000. 78: 326-333.
Fergusson, D., and Horwood, L. Early Disruptive Behaviour, IQ and Later
School Achievement and Delinquent Behaviour. Journal of Abnormal Child
Psychology. 1995. 23: 183-199.
Fergusson, D., and Horwood, L. The Role of Adolescent Peer Affliations in the
Continuity Between Childhood Behavioural Adjustment and Juvenile
Offending.
Journal of Abnormal Child Psychology. 1996. 24: 205-221.
Fergusson, D., Lynskey, M., and Horwood, L. Factors Associated with
Continuity and Changes in Disruptive Behaviour Patterns Between
Childhood and Adolescence. Journal of Abnormal Child Psychology. (1996).
24: 533-553.
Forgatch, M., dan Stoolmiller, M. Emotions as Contexts for Adolescent
Delinquency. Journal of Research on Adolescence. 1994. 4: 601-614.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Panduan Am Disiplin Sekolah – Sekolah.1981
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pekeliling – Pekeliling Ikhtisas 1968 – 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah.
Khalid, M. Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan
Agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang (2007). Dicapai pada Ogos 23, 2014 from
http://www.researchgate.net/publication/237568344_Tingkah_Laku_Buli_dal
am_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_di_Sarawa
k_oleh
78

Mohamed, A.A. Faktor-faktor Keluarga dan Tingkah Laku


Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Perbandingan Antara Penyalahgunaan
Dadah dan Bukan Penyalahgunaan Dadah. Journal of Science and
Humanities. (1993). Vol 1, 41-45.
Mohamed, F. (1997). Kajian Terhadap Masalah Peribadi Pelajar-pelajar Sekolah
Berasrama Penuh dan Tidak Berasrama Penuh di Pengkalan Chepa.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.
Mynard dan Joseph. Development of the Multidimensional Peer-
Victimization Scale. Aggressive Behavior. 2000. 26: 169-178.
Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.
Suboh, A., Azizi, N., dan Hamzah, M. Masalah salah laku agresif di kalangan pelajar
sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan.
Journal of Education Psychology & Counseling. 2011. 1, 77-93.
Yahaya, A., Ghaffar, M. N. A., dan Baharom, B. Persekitaran Keluarga Dan
Kesannya
Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Universiti Teknologi Malaysia,
Jabatan Asas Pendidikan. 2008
Yahaya, A., Yahaya, N., dan Bahari, M.S. Pengaruh Affect Related Characteristic,
Kesan Tanggapan Bahaya Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Salah Laku
Remaja Di Zon Skudai, Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
(2004).
Yahaya, A.S. Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong : PTS Publications dan
Distibutors Sdn. Bhd. (2005)
Zainal, K., dan Hassan, W. Z. W. (2009). Pendekatan Islam dalam Menangani
Masalah
Disiplin Tegar dalam Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Kajian Kes. Journal of
Islamic and Arabic Education, 1(2), 1 – 14. Dicapai pada Ogos 23, 2014 from
http://core.kmi.open.ac.uk/download/pdf/11489987.pdf
Zainol, M. (2007) Memperkasakan Akhlak Pelajar: Peranan dan Tanggungjawab
Bersama. Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran Johor (10)
Zakaria, A.H. (2000). Laporan Kajian Tingkah Laku Remaja Johor : Yayasan
Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Johor Bahru.
79

Zarinah, A. (2001). Kualiti tingkah laku keibubapaan dan penyesuaian tingkah laku
anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Universiti Putra Malaysia; Tesis
Sarjana.

Anda mungkin juga menyukai