Anda di halaman 1dari 8

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI

1
1.0 Latar belakang

Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), salah satu objektif


kemahiran membaca adalah untuk memastikan murid-murid mengetahui dan
berkeupayaan untuk membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis
dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015).
Membaca memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan individu,
menimbulkan kesedaran dan membina perkembangaan sosial. Menurut Tuan Jah dan
Faridah (2011), membaca merupakan kemahiran yang mesti dikuasai oleh murid bagi
membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan
seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Kemahiran membaca secara mekanis sesuai dilaksanakan kepada murid
pemulihan yang berada dalam Tahap 1. Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara, iaitu
membaca tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang serta lancar, intonasi dan nada
mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat artikulasi atau alat-
alat pertuturan. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid dengan teknik membaca
yang betul supaya murid-murid dapat membacakan perkataan, frasa dan ayat-ayat
dengan sebutan, intonasi, nada dan gaya pembacaan yang betul. (Tuan Jah dan Faridah,
2011)

2
2.0 Pernyataan masalah

Masalah membaca ayat-ayat mudah mengakibatkan murid tidak dapat membaca


ayat atau perenggan pendek dengan jelas dan lancar. Sehubungan itu, murid akan
menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain sekiranya masalah
ini tidak diatasi. Oleh itu, sesuatu kaedah atau teknik perlu dilaksanakan bagi membantu
murid tersebut belajar dengan berkesan di samping melicinkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) guru.
Masalah bacaan yang biasa dihadapi oleh murid ialah murid tidak dapat membaca
ayat-ayat mudah dengan sebutan yang jelas dan lancar. Kadang-kala murid dapat
membaca perkataan tetapi apabila disuruh untuk membaca ayat, murid akan menjadi
keliru dan gagal membaca ayat. Untuk tujuan mengatasi masalah yang disebutkan di
atas, guru boleh menggunakan BBB yang menarik dan berkesan, seperti Kit Bacaan
Bergred yang mengandungi pelbagai media maklumat seperti teks bacaan, imej grafik
dan video, supaya dapat membantu murid dalam kemahiran membaca ayat-ayat mudah.
Imej grafik dalam Kit Bacaan Bergred boleh mewujudkan gambaran visual tentang
perkataan atau ayat kepada murid. Selain itu, video bacaan yang melibatkan pergerakan
bibir dan lidah dalam Kit Bacaan Bergred berupaya membantu murid untuk menguasai
kemahiran membaca ayat mudah dengan sebutan yang jelas. Di samping dijadi daya
penarik kepada seseorang murid, murid dapat belajar dengan berkesan untuk
meningkatkan minat mereka kepada pengajaran dan pembelajaran guru.

3
3.0 Objektif

Objektif utama Kit Bacaan Bergred ialah:-

3.1 Mempelajari kemahiran membaca ayat dengan lebih mudah.

3.2 Membina keyakinan diri murid dalam membaca ayat mudah secara mekanis.

3.3 Menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti membaca di dalam
kelas

3.4 Membina pengetahuan, kefahaman dan kemahiran membaca sebagai aktiviti


yang menyeronokkan

3.5 Memupuk minat murid untuk membaca

3.6 Memudahkan pemahaman murid tentang isi yang ingin disampaikan dalam ayat
bergred

3.6 Mudah dibina dan dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa memikirkan kos yang
tinggi.

4
4.0 Barang dan bahan

Kebanyakan barang dan bahan yang digunakan untuk membina kit bacaan
bergred ini ialah ‘mounting board’, kad ayat, kad gambar dan ‘pendrive’ untuk menyimpan
rakaman video bacaan.

5.0 Kos Binaan

5.1 Mounting Board


10 unit x RM 0.70 = RM 7.00

5.2 Kad ayat dan gambar


15 unit x RM 0.00 = RM 0.00

5.3 Pendrive
1 unit x RM 0.00 = RM 0.00

5.4 Ring
2 unit x RM 0.30 = RM 0.60

Jumlah = RM 7.60

(RINGGIT MALAYSIA TUJUH RINGGIT ENAM PULUH SEN SAHAJA)

5
6.0 Sasaran Perlaksanaan Projek

Murid Tahun 2 yang terlibat dalam pembelajaran bacaan bergred.

7.0 Cara Pelaksanaan Kit Bacaan Bergred

Menyediakan bahan iaitu mounting board, kad ayat dan gambar, ring dan pendrive

Menggunting kad ayat dan gambar untuk dilekatkan di atas mounting board

Melekatkan kad ayat dan gambar pada mounting board dengan menggunakan
pelekat

Membuat dua lubang kecil di tengah atas mounting board

Menggabungkan semua mounting board dengan ring untuk menjadi sebuah buku
ayat bergred

Merakam satu video bacaan yang melibatkan pergerakan bibir

Kit Bacaan Bergred selesai dihasilkan

6
7.0 Kekurangan Kit Bacaan Bergred

Setelah beberapa ujian ke atas Kit didapati terdapat kekurangan yang perlu diperbetulkan
diantaranya ialah:-

7.1 Plastik botol yang sedikit tidak dapat menampung berat badan murid untuk
terampung.

7.2 Plastik botol yang berlut sinar menyebabkan guru susah untuk membezakan antara
air kolam renang dengan FAST semasa mengawasi murid menggunakannya.

8.0 Cadangan penambahbaikan FAST

Antara penambahbaikan yang difikirkan wajar bagi tujuan penambah keberkesanaannya


dalam kemahiran terapung adalah seperti berikut :-

8.1 Menjadikan FAST dua layer dengan menambahkan plastik botol untuk tujuan
meluaskan permukaan FAST untuk meningkatkan kuasa keapungnya (buoyancy
force).

8.2 Mewarnakan plastik botol dengan warna yang cerah dan terang.

7
9.0 Impak Keseluruhan Projek

Secara keseluruhan, peralatan ini membawa kebaikan kepada guru dan murid. Alatan ini
akan membantu guru menyelesaikan masalah ketidakseimbangan antara titik tengah
gravity dan titik gaya apung murid maka mereka dapat menguasai kemahiran terapung
dengan lebih cepat di samping menjimatkan masa guru untuk mengajar murid tersebut.
Selain itu, alatan ini akan memberi kesan yang positif kepada murid untuk mengatasi
fobia takut air dan lebih suka dengan acara akuatik. Akhir sekali, ciptaan ini mungkin
boleh dijadikan contoh pada sekolah lain untuk P&P yang lebih efisen dan inovatif.

10.0 Rumusan

FAST ialah alat bantu mengajar yang direka cipta untuk murid yang terlibat dalam subjek
Pendidikan Jasmani mempelajari kemahiran aquatik asas terapung dengan lebih mudah
dan yakin.

Anda mungkin juga menyukai