Anda di halaman 1dari 7

BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui jumlah murid yang lemah dalam

penulisan Bahagian B bagi murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bengoh,

Padawan sama ada berada di paras yang membimbangkan atau tidak. Di

samping mengenalpasti ciri-ciri murid tahun enam yang lemah dalam mata

pelajaran penulisan Bahasa Malaysia serta menyelidik faktor-faktor yang

menjadi punca kelemahan murid tersebut. Dapatan kajian tersebut diharapkan

dapat membantu pihak tertentu merangka dan merancang program yang

bersesuaian dan berkesan bagi mencari jalan penyelesaian masalah kajian.

5.2 Rumusan Hasil kajian

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti ciri-ciri murid tahun enam yang

lemah dalam mata pelajaran penulisan Bahasa Malaysia serta menyelidik

faktor-faktor yang menjadi punca kelemahan murid tersebut. Mengikut Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, masih ada murid sekolah

rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira iaitu

lebih 115,000 (7.7%) murid sekolah rendah belum menguasai 3M tahun 2004.
Ketidakbolehan membaca masih menjadi sebab utama kegagalan di sekolah.
Kebolehan membaca bukan saja penting di sekolah malah amnya diperlukan untuk
hidup. Berdasarkan pernyataan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan
murid sekolah rendah termasuk murid tahun enam menyebabkan kemerosotan
pencapaian dalam peperiksaan awam contohnya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Justeru itu, kajian berkaitan masalah ini amat perlu untuk mengenalpasti
faktor-faktor kelemahan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia di sekolah. Kebolehan membaca harus diberi keutamaan supaya dapat
menjamin pencapaian murid dalam pelajaran.

Secara ringkasnya tujuan kajian ini adalah seperti berikut;

i. Apakah pengaruh dan punca yang menyebabkan murid sukar membuat

penulisan?

ii. Bagaimanakah perubahan sikap yang ditunjukkan oleh murid sebelum dan

selepas penggunaan kaedah I-Think dilaksanakan berbanding dengan

kaedah biasa?

iii. Adakah mengaplikasikan program I-Think dapat membantu pelajar dalam

menulis karangan dengan cemerlang?.

Sampel kajian terdiri daripada murid sekolah rendah yang berada dalam

tahun enam. Sebanyak duabelas orang murid yang dipilih mengikut pencapaian

akademik di dalam kelas. Mereka adalah terdiri daripada murid tahun enam oleh

guru kelas tahun enam berkenaan berdasarkan penerangan yang diberikan kepada

mereka tentang ciri-ciri murid yang diperlukan untuk tujuan kajian.

Kajian ini menggunakan beberapa instrumen. Antaranya ialah bahan ujian

penulisan, pemerhatian dan penilaian dokumen. Instrumen tersebut akan digubal

sendiri oleh penyelidik berdasarkan tujuan dan objektif kajian berkaitan masalah

dalam meningkatkan markah ujian penulisan bahagian B.


5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Analisis dapatan kajian yang menggunakan peratusan dan frekuensi bagi

mengenalpasti kelemahan dan keperluan i-think dalam kalangan murid tahun enam

pada keseluruhannya menunjukkan tahap yang membimbangkan kerana didapati

murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis lebih tinggi iaitu 4 orang murid

(33%) berbanding yang lulus hanya 8 orang murid (67%). Kajian ini menunjukkan

persamaan dengan kajian Salleh Mohd. Akib (dalam Kamarudin Hj. Husin,

2001:283), berpendapat penulisan terkawal adalah penulisan yang segala isi dan

bahasanya dikawal oleh guru. Susunan yang terdapat dalam penulisan ini sentiasa

dikawal ketat, diawasi dan murid dipimpin secara berhati-hati ke arah penulisan

bebas. Tujuan pengajaran penulisan terkawal adalah untuk mengurangkan

kesilapan. Jenis penulisan ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sepenuhnya

terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal.

Di samping itu dapatan kajian ini juga mendapati 11 orang murid (92)

adalah dapat menguasai penulisan setelah menggunakan kaedah i-think dan 1

orang murid (8%) masih lagi lemah dalam menguasai ujian tersebut. Analisis data

menggunakan peratus sebagai menentukan murid sama ada menguasai penulisan

ini atau pun sebaliknya. Kajian ini berkaitan dengan kajian Ismail Ahmad (2004),

penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta

menekankan penyebaran ilmu. Ilmu yang terdapat dalam minda wujud dalam bentuk

idea dan gagasan yang perlu diserlahkan supaya dibaca dan dikaji. Penggunaan

penulisan dalam menyampaikan idea dan gagasan dianggap penting dikuasai oleh

murid supaya dapat menyampaikan secara tertib ilmu yang hendak dikongsi
bersama pembaca. Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran menulis dalam

pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan

murid penulis yang baik. Bagi keperluan kehidupan dan pekerjaan, penulisan

dianggap penting dipelajari kerana kemahiran itu adalah cara yang sesuai bagi

menyatakan sesuatu perkara

Selain itu kajian ini mendapati murid-murid yang terdiri daripada ibu bapa

yang berlatar belakangkan petani kurang membeli bahan bacaan serta membantu

membacakan bahan bacaan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa minat, sikap dan

kesediaan membaca mempengaruhi ketidakbolehan membaca dan menulis di

kalangan murid. Mengikut kajian Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985), faktor

pengalaman dan persekitaran mempengaruhi ketidakboleh membaca kanak-kanak

iaitu kanak-kanak yang terdedah dengan bahan bacaan dan mendapat bantuan

ibubapa akan lebih mudah menerima dan menyesuaikan diri dalam pelajaran

membaca.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah dibincangkan, beberapa

cadangan ingin dikemukakan dengan harapan akan dapat memberi sumbangan ke

arah corak pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada murid yang lemah

dalam penulisan dikalangan murid tahun enam serta difikirkan sesuai untuk diambil

tindakan oleh pihak tertentu.. Antara cadangan tersebut ialah;


1. Guru bahasa Malaysia dicadangkan supaya menggunakan pelbagai

pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran mereka agar kemahiran menulis

dapat dipertingkatkan. Antara strategi yang boleh digunakan adalah menggunakan

kaedah i-think dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat membantu

murid untuk mengembangkan idea mereka dalam penulisan.

2. Ibu bapa juga disarankan supaya sentiasa bekerjasama dengan guru dalam

mengambil berat tentang pendidikan anak mereka. Ibu bapa tidak boleh bersikap

lepas tangan dan menyerahkan keseluruhan urusan persekolahan anak mereka

kepada guru. Ibu bapa juga diharapkan dapat memberikan sokongan dan bantuan

perhatian kepada anak mereka terutama yang mempunyai masalah dalam

menguasai kemahiran menulis.

3. Pihak kementerian Pelajaran Malaysia disarankan supaya mengeluarkan

pekeliling yang menghadkan bilangan murid di dalam sesebuah kelas dengan

bilangan maksimum 25 orang murid. Rasional bagi cadangan ini ialah supaya guru

mengajar berpeluang memberi perhatian dan bimbingan kepada murid yang lemah.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriftif bagi

mengenalpasti ciri-ciri dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan menulis

dalam kalangan murid.. Kajian ini yang merupakan kajian yang berasaskan sekolah

yang dilakukan pada sampel yang kecil dan masa kajian yang terhad. Oleh yang

demikian berdasarkan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa

kajian lanjutan;
1. Kajian ini mendapati minat murid terhadap kemahiran menulis yang biasa

yang diajar oleh guru adalah tidak memuaskan. Guru perlu mengajar murid untuk

menulis menggunakan kaedah i-think. Oleh yang demikian, sebagai cadangan kajian

lanjutan kepada penyelidik pada masa akan datang adalah disarankan penyelidik

mengkaji kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang

ramai mempengaruhi guru dalam memberi tumpuan kepada murid yang tidak

menguasai kemahiran menulis.

2. Kajian ini juga mendapati sikap ibubapa mempengaruhi kelemahan murid

dalam penulisan di kalangan murid tahun enam. Oleh yang demikian, sikap dan

sokongan ibu bapa mempengaruhi kemahiran menulis anak-anak mereka, dapat

diberikan pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan pada masa

akan datang.

3. Kajian ini mendapati bahawa masa yang diperuntukan untuk membuat kajian

amatlah terhad kerana penyelidik juga perlu memenuhi tuntutan tanggungjawab lain.

Oleh yang demikian sebagai kajian pada masa akan datang disarankan supaya

tempoh pelaksanaan kajian dijalankan dalam masa yang lebih lama.


5.6 Rumusan

Bab ini telah membincangkan ringkasan kajian, dapatan kajian, implikasi kajian,

perbincangan dapatan kajian dan mencadangan beberapa kajian lanjutan. Sebagai

penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang kemahiran menulis dalam

kalangan murid tahun enam di sekolah yang dikaji. Kajian yang lebih terperinci dan

tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kemahiran

membaca ini pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai