Anda di halaman 1dari 9

ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya saya dapat melaksanakan
kerja kursus ini iaitu Cabaran Dan Isu Semasa Dunia mengenai topik yang
dibincangkan iaitu Isu Pemakanan Dan Kesihatan yang dapat saya siapkan dalam
tempoh yang diberikan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana memberi
peluang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sistematik
dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada saya seperti talian Internet
bagi mencari dan mengkaji maklumat dengan lebih dalam dan terperinci. Tidak kurang
juga peranan pihak perpustakaan yang bertungkus lumus menyediakan prasarana yang
mencukupi untuk warga kampus ini seperti penyediaan pelbagai sumber berilmiah
seperti ensiklopedia dan bahan rujukan untuk pelaksanaan kerja kursus. Selain itu,
terdapat banyak bahan rujukan yang boleh saya rujuk sebagai kajian saya melalui
penggunaan komputer dan juga perpustakaan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus saya iaitu
Encik Baskaran A/L Subramaniam kerana telah mengajar saya cara untuk menyiapkan
kerja kursus sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini tanpa rasa jemu. Tanpa
sebarang tunjuk ajar dari pensyarah sudah pasti segala tugasan yang diberikan pasti
tidak dapat diselesaikan dengan baik. Tambahan pula pasti saya tidak dapat
menghantar tugasan yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa yang saya sayangi dan kasihi, mereka
telah banyak membantu saya dari dahulu lagi terutamanya dari segi kewangan bagi
menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi. Dengan bantuan daripada ibu bapa saya
seperti dorongan dan sokongan moral serta memberi bantuan kewangan kepada saya,
saya dapat menjayakan kerja kursus ini dengan sempurna dan tepat pada masanya.

Di samping itu, tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya sama ada yang berada
di dalam atau di luar institut yang secara langsung mahupun tidak langsung telah
memberi saya banyak ilham dalam melaksanakan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih
saya ucapkan sesungguhnya kepada mereka kerana sentiasa memberi sokongan dan
dorongan yang padu kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya yang berkaitan dengan
tajuk kerja kursus ini agar saya dapat menghasilkan dan juga melaksanakan kerja
kursus saya dengan baik dan sempurna.

PENGENALAN

Kesihatan dan pemakanan amatlah penting dalam menjamin keceriaan dan juga
kesejahteraan hidup setiap individu mahupun masyarakat terutamanya di Malaysia.
Sejak akhir-akhir ini, sepanjang perkembangan arus globalisasi yang telah mengubah
ketamadunan manusia yang telah membentuk masyarakat moden kini, kita sudah
mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan dan juga kesihatan yang
telah diuar-uarkan di kaca televisyen seperti berita atau media cetak seperti surat
khabar. Isu pemakanan dan kesihatan merupakan isu sejagat yang sering diperkatakan
dan juga dibahas oleh para ilmuan dan pakar mengenai isu tersebut.. Bagi
mengekalkan kesihatan diri, seseorang individu haruslah melakukan dan mengamalkan
pelbagai langkah bagi bagi memiliki tahap kesihatan yang baik dan juga sempurna.

Masyarakat terutamanya di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,


sudah pun mengetahui bahawa antara aspek untuk mendapatkan kesejahteraan dalam
kehidupan ialah dengan mengaplikasikan dan juga mengamalkan amalan gaya hidup
yang sihat. Sudah pasti bahawa rakyat yang sihat dan juga cergas akan lebih aktif
dalam menyumbangkan input-input kepada negara sebagai sumber tenaga manusia
yang bekerja dengan lebih efisien dan efektif di samping menghasilkan output-output
yang bukan sahaja lebih cepat dan banyak, malah lebih berkualiti di samping
meningkatkan motivasi untuk bekerja dan juga tahap mentaliti yang tinggi bagi
menghadapi segala cabaran.

Apabila dikaitkan dengan kesihatan, tabiat pengambilan makanan juga merupakan


antara faktor yang menentukan tahap kesihatan seseorang individu yang
sememangnya amat penting terhadap kesihatan tubuh badan manusia terutamanya
apabila makanan juga menjadi faktor yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang
memudaratkan kita. Oleh itu, kita semua haruslah sekurang-kurangnya mempunyai
pengetahuan asas mengenai jenis makanan yang diambil sama ada sesuai dengan
keperluan tubuh badan atau tidak kerana makanan adalah keperluan asas untuk hidup
bagi manusia.

PENDEFINISIAN

Sebelum itu, kita harus memahami terlebih dahulu mengenai maksud atau definisi bagi
pemakanan dan kesihatan serta konsep-konsep yang merangkumi aspek tersebut.
Yang pertama, kita perlu mengetahui maksud makanan iaitu suatu bahan yang boleh
dimakan yang berbentuk pepejal atau cecair yang terdiri dalam pelbagai bentuk,
tekstur, bau dan juga rasa yang berbeza bagi setiap jenis makanan. Makanan
merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia selain daripada air, udara dan
tempat tinggal yang melengkapi aspek keperluan hidup. Manakala pemakanan pula
ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud memberi makan
makanan yang berkhasiat. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai mempelajari tentang
makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungan makanan dan peranan atau
fungsinya kepada tubuh badan manusia.

Seterusnya, kesihatan boleh didefinisikan sebagai keadaan tubuh badan yang tidak
mempunyai sebarang masalah atau tidak menghidap penyakit-penyakit seperti penyakit
kencing manis, darah tinggi atau penyakit yang mudah menyerang tubuh badan
manusia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO, 1948), perkataan kesihatan
ditakrifkan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan social yang sihat, cergas, cerdas
serta bebas daripada sebarang penyakit berdasarkan keadaan social dan masyarakat.
Hal ini menunjukkan bahawa kesihatan seseorang individu banyak dipengaruhi oleh
pelbagai aspek termasuklah pengambilan makanan seseorang individu.
PERBINCANGAN

Sekiranya dikaji mengenai tahap pemakanan dan kesihatan sepanjang perkembangan


arus globalisasi ini, kita dapati bahawa isu mengenainya semakin serius dari sehari ke
sehari yang mana telah memberi impak yang yang negatif terhadap kehidupan manusia
sejagat. Sebagai contoh, isu pemakanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia ialah
masalah penyakit obesiti di mana data menunjukkan bahawa negara Malaysia telah
mencatat rekod sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ paling
tinggi di Asia dengan 33 peratus rakyatnya mempunyai masalah berlebihan berat badan
dan 18 peratus mengalami penyakit obesiti sehingga November tahun yang lalu
(Norhafiza Musa, Nov 14, 2019). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sebilangan
penduduk di Malaysia tidak mengambil berat atau kurang memberikan tumpuan kepada
isu pemakanan ini yang menyebabkan isu ini menjadi sangat teruk.

Tambahan pula, pada tahun 2020 kini, negara Malaysia bahkan seluruh dunia
digemparkan dengan penularan sejenis penyakit baharu yang dimaklumkan berasal
dari Wuhan, China iaitu penyakit Coronavirus ataupun nama singkatannya, Covid-19
yang telah meragut ramai nyawa bagi yang menghidapnya tidak mengira bangsa atau
lapisan masyarakat sama ada muda ataupun tua (Tan, KH, Woods, P., Azman, H.,
Abdullah, IH, Hashim, RS, Rahim, HA, ... & Kosem, I. 2020). Penyakit ini juga amatlah
digeruni oleh kerana sukar untuk mengenal pasti virus ini disebabkan penghidap
penyakit ini hanya menunjukkan simptom-simptom seperti selsema, demam dan batuk
menjadikan virus ini sukar untuk dikesan (Ab Hamid, A. R., Hashim, M. F., Hasan, N.
A., & Azhan, N. M. 2020).

Kesan daripada isu pemakanan dan kesihatan ini telah menjejaskan pelbagai sektor di
negara dan terutamanya menjejaskan sistem pendidikan negara. Dari segi isu
pemakanan, sudah menjadi trend yang sebahagian daripada pelajar sudah menghidap
penyakit obesiti seawall di sekolah rendah yang mana menjejaskan pembelajaran di
mana golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang rendah meyebabkan cepat
mengantuk apabila belajar dan juga kurang aktif apabila bersukan atau berkaitan
dengan Pendidikan jasmani. Kantin sekolah juga antara punca isu ini berlaku. Hal ini
dibahaskan kerana pengurusan kantin sekolah kebiasaannya diuruskan oleh pihak luar
daripada sekolah yang ironinya menjual pelbagai jenis makanan sama ada makanan
ringan atau lain-lain. Kebiasaannya harga bagi makanan yang dijual di kantin agak
murah dan hal ini telah mendorong para pelajar untuk membeli makanan melebihi
keperluan yang sepatutnya disebabkan oleh pengaruh harga makanan yang rendah
yang akhirnya menjurus ke arah masalah berlebihan berat badan dan kemudiannya
obesiti.

Seterusnya, bagi isu kesihatan pula, selari dengan isu terkini iaitu penularan wabak
pandemik COVID-19 yang melanda negara, pihak kerajaan telah melaksanakan
Standard Operation Procedure (SOP) yang dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia
iaitu penjarakan sosial sepanjang 1 meter setiap individu, pemakaian pelitup muka di
tempat-tempat awam seperti di sekolah dan penggunaan hand sanitizer setiap kali
berlaku sentuhan bagi mencegah penularan virus membawa maut ini. Hal ini telah
mengehadkan pergerakan rakyat yang ditambah pula dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang mengarahkan setiap
rakyat untuk duduk di rumah dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar daripada
rumah atau terdapat kecemasan sahaja. Dengan itu, sistem pendidikan negara
Malaysia termasuklah negara-negara lain di seluruh dunia secara langsung telah
berubah sepenuhnya dengan pengenalan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) secara atas talian (online) melalui aplikasi-aplikasi yang dilancarkan oleh Google
iaitu Google Classroom dan juga Google Meet bagi menyesuaikan sistem pedidikan
dengan kehidupan yang boleh dikatakan sebagai norma baharu. Kesan positif daripada
perubahan ini ialah para pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru
menggunakan Internet yang lebih memudahkan pelajar untuk mencari maklumat dan
bahan rujukan di samping meningkatkan tahap kemahiran murid dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walau bagaimanapun, terdapat juga
beberapa kesan negatif daripada perubahan ini. Antaranya ialah sebahagian daripada
pelajar sukar untuk mencapai pautan Internet atau tiada kemudahan Internet di rumah
bagi menjalani kelas atas talian. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga banyak dibatalkan
bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang mana bukan sahaja menjejaskan
prestasi sukan para pelajar, malah peranan guru seperti guru Pendidikan Jasmani yang
mengajar para pelajar mengenai sukan dan sebagainya.

PENILAIAN

Melalui suatu penilaian yang boleh kita lontarkan dalam berkaitan isu ini, didapati
pemakanan dan kesihatan saling berkait rapat antara satu sama lain yang menunjukkan
bahawa faktor pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu. Seperti
yang telah diberitahu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
mengehadkan pergerakan rakyat untuk keluar membeli makanan kecuali ketua
keluarga sahaja. Individu yang berada di dalam rumah dalam tempoh masa yang lama
akan cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan
terlalu lama berada dalam rumah dan juga kebenaran kepada restoran-restoran bagi
penghantaran makanan ke rumah (food delivery) telah meningkatkan permintaan
terhadap perkhidmatan ini yang bukan sahaja menelan kos perbelanjaan yang lebih
besar kepada pembeli, malah meningkatkan lagi risiko penularan wabak COVID-19
walaupun perkhidmatan yang dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan.

PERKEMBANGAN

Dari segi perkembangan pengetahuan, secara umum kita dapat mengetahui dan juga
memahami serba sedikit mengenai isu pemakanan dan kesihatan yang mana pada
asasnya gaya hidup yang sihat dipengaruhi oleh faktor pengambilan pemakanan
mengikut keperluan harian tubuh badan. Isu pemakanan juga dapat kita fahami
memberi kedua-dua impak yang positif dan juga negatif seperti perkembangan
tumbesaran tubuh badan bagi kesan positif dan masalah berlebihan berat badan bagi
kesan negatif sekiranya tidak mengamalkan dengan betul pengambilan

IMPLIKASI
Sudah jelas bahawa sekiranya berlaku sesuatu perkara, pasti akan ada kesannya. Hasil
kajian dan juga pemerhatian pakar-pakar menunjukkan bahawa isu pemakanan dan
juga kesihatan telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada individu,
masyarakat, negara dan termasuklah dunia secara amnya. Bagi isu pemakanan,
impaknya akan menyebabkan peningkatan dalam penghidap penyakit obesiti yang
akan menyebabkan tenaga kerja dalam bidang perubatan semakin banyak diperlukan
di samping kerajaan harus membina fasiliti seperti klinik dan hospital dengan lebih
banyak bagi merawat penyakit tersebut. Dari segi pandemic COVID-19, kerajan
terpaksa melaksanakan PKP yang telah memakan belanja yang besar kepada kerajaan
di samping penyediaan pelitup muka dan hand sanitizer serta penutupan sebahagian
sektor seperti perkilangan dan pelancongan yang sudah pasti akan merudumkan
ekonomi negara (Fabeil, N. F., Pazim, K. H., & Langgat, J. 2020).

IKTIBAR

Rakyat Malaysia dan termasuklah masyarakat di seluruh dunia harus mengambil iktibar
daripada impak-impak yang telah diterima daripada isu pemakanan dan kesihatan ini
lebih-lebih lagi dalam situasi terkini dunia yang telah dilanda pandemik COVID-19.
Pertama, kita mesti mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan
yang baik dan juga seimbang seperti menurut piramid makanan dan bagi para
penggemar makanan eksotik seperti ular, kelawar dan juga tikus, harus diingatkan
bahawa makanan seperti membawa lebih banyak kemudaratan berbanding dengan
manfaat kepada tubuh badan. Oleh itu, harus diingatkan bahawa kita semua harus
peka dengan isu semasa yang dimaklumkan dalam berita di televisyen bagi mengambil
tindakan awal untuk mencegah sebarang bahaya yang berkemungkinan akan melanda
diri sendiri seperti wabak penyakit COVID-19 yang membawa maut kepada manusia
(Dr Noor Azaruddin Husni Nuruddin, 12.02 p.m, Mac 2, 2020).

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kita melihat bahawa masalah berkaitan isu pemakanan dan
kesihatan merupakan suatu norma yang boleh dikatakan berlaku dalam kehidupan
seharian setiap individu di mana kita dapat menggambarkan bahawa isu ini harus
ditangani sepanjang kehidupan individu kerana kesihatan perlu dijaga dan dikekalkan.
Hal ini diketengahkan kerana kita sebagai manusia, kita harus makan dan
mengamalkan amalan pengambilan makanan yang sihat kerana makanan merupakan
salah satu keperluan asas bagi manusia untuk meneruskan hidup di samping
membekalkan nutrien-nutrien dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia
bagi mengekalkan dan meningkatkan kesihatan diri bagi mengelakkan menghidapi
sebarang penyakit-penyakit yang berbahaya.
RUJUKAN

Hamzah, M. R., Mohamad, E., & Abdullah, M. Y. (2016). Pengaruh literasi kesihatan
terhadap tingkah laku pencarian maklumat kesihatan dalam kalangan pelajar universiti
awam. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2).

Dr Noor Azaruddin Husni Nuruddin, 12.02 p.m. (Mac 2, 2020). Berita Harian, BH, New
Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.

Norhafiza Musa, (Nov 14, 2019). Sinar Harian


https://www.sinarharian.com.my/article/57154/BERITA/Nasional/Malaysia-catat-rekod-
penduduk-tergemuk-paling-tinggi-Asia

Tan, KH, Woods, P., Azman, H., Abdullah, IH, Hashim, RS, Rahim, HA, ... & Kosem, I.
(2020). Wawasan COVID-19 dan kaedah linguistik. 3L: Bahasa, Linguistik,
Sastera® , 26 (2).

World Health Organization (WHO, 1948)


https://www.who.int/about/who-we-are/constitution

Ab Hamid, A. R., Hashim, M. F., Hasan, N. A., & Azhan, N. M. (2020). READABILITY
OF COVID-19 INFORMATION BY THE MALAYSIAN MINISTRY OF HEALTH. Journal
of Nusantara Studies (JONUS), 5(2), 170-191.

Fabeil, N. F., Pazim, K. H., & Langgat, J. (2020). The Impact of Covid-19 Pandemic
Crisis on Micro-Enterprises: Entrepreneurs’ Perspective on Business Continuity and
Recovery Strategy. Journal of Economics and Business, 3(2).

Anda mungkin juga menyukai