Anda di halaman 1dari 10

BMMB3123 SEMANTIK

BAHASA MELAYU
TEORI SEMANTIK
(TEORI BEHAVIORISME)
Nama Pensyarah : Encik Abdullah Bin Musa
Nama Siswa Pendidik : Norika Binti Kadir
TEORI BEHAVIORISME

• Teori behaviorisme ada kaitannya dengan teori


behavioris dalam pembelajaran.
• Dalam kajian semantik, teori ini disebut semantik
behavioris.
• Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini
dalam menghuraikan makna.
• Mengikut teori ini, analisis hendaklah berdasarkan tingkah laku yang
dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya dianggap sebagai
andaian sahaja.

• Dengan kata lain, seseorang itu dapat menggunakan dan


membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul dan
tepat hasil daripada pembelajarannya, sama ada secara langsung
atau tidak.
• Empat ciri umum behaviorisme ialah:

Menolak konsep mentalisme yang


Mempercayai bahawa tingkah
mengkaji pemikiran dan konsep
laku manusia dan binatang
abstrak tanpa data yang dapat
disahkan. mempunyai persamaan.

Perlakuan manusia ada hubungan


dengan rangsangan (stimulus) dan
Tingkah laku manusia dalam gerak balas (respons). Misalnya,
berbahasa disebabkan keperluan makna berada dalam keadaan
untuk bersosialisasi. penutur menimbulkan rangsangan,
manakala pendengar memberikan
respons untuk menanggapinya.
• Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas hasil daripada
rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi
yang berlaku antara mereka.

• Rangsangan tersebut berlaku, sama ada melalui proses perkaitan antara


proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.

• Perkaitan makna dalam hal ini ditentukan oleh bentuk tingkah laku yang
dapat diperhatikan.
• Sebagai contoh, seseorang dapat membezakan antara haiwan lembu
dengan kerbau hasil belajar sendiri bahawa kedua-dua binatang itu
mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza.

• Seseorang akan marah jika dikatakan ‘Kamu bodoh macam lembu’ kerana
dia mampu mengaitkan makna kata ‘bodoh’ itu dengan ciri binatang
‘lembu’ yang dimaksudkan.

• Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran ‘Kamu bodoh macam kerbau’


kerana makna kata bodoh itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat
haiwan yang dimaksudkan.
• Kajian semantik behaviorisme oleh Osgood (1980) lebih menekankan proses
penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar bagi memahami
ujaran tersebut.

• Dengan kata lain, antara penutur dengan pendengar perlu ada saling
kefahaman dan perkongsian makna yang sama bagi kata-kata yang
digunakan.

• Ia melibatkan aktiviti penghasilan, penyesuaian dan penerimaanterhadap


ujaran.
• Sebagai contoh, kita secara umumnya menerima dan memahami bahawa
penggunaan kata ‘aku’, ‘saya’, ‘kami’, dan ‘kita’ yang kesemuanya
membawa makna kata ganti nama diri orang pertama.

• Walaubagaimanapun, untuk menentukan kata ganti nama diri yang mana


paling sesuai digunakan pada masa itu, penutur perlu membuat
penyesuaian dengan berdasarkan konteks waktu itu.

• Melalui penyesuaian tersebut, barulah kata tersebut bermakna dan


seterusnya dapat diterima oleh pendengar.
I
CONTOH LAIN

• Contoh mudah lain adalah “Ihsan, saya mengantuk. Tolong tutup suiz
lampu,’’ kata Zul. Zul yang berasa mengantuk meminta tolong daripada
ihsan untuk menutup suiz lampu.

• Mengantuk ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta tolong tutup


suiz lampu ialah gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan.
Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R———
—-S ini adalah mampu menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik.

Anda mungkin juga menyukai