Anda di halaman 1dari 35

PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI: SATU ANALISIS

MATLAMAT, PERLAKSANAAN DAN HASIL


PENDIDIKAN.

PEMBENTANG:
NORWALIZA BINTI ABDUL WAHAB
P59217
PROF. MADYA DATO DR. ABDUL RAZAQ
AHMAD
PROF. DATO. DR ZALIZAN MOHD JELAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pengenalan

Pelan Induk 4.4 % murid sekolah rendah masih


Pembangunan belum menguasai kemahiran 3M
(2013-2025) termasuklah murid-murid Orang Asli.

Program Dirangka bagi bagi memastikan sistem


Transformasi pendidikan negara yang berkualiti dapat
Pendidikan dinikmati oleh semua serta dapat
Orang Asli melonjakkan mutu pendidikan murid
Orang Asli ke taraf lebih baik.
(2013-2017)
Latar belakang Kajian
Terdapat 26,268 murid OA di sekolah rendah dan 12,147 orang murid
Orang Asli di peringkat sekolah menengah di seluruh negara (JAKOA
2012).

Di Pahang terdapat seramai 9,492 orang murid OA di peringkat sekolah


rendah tetapi hanya 4,123 orang murid saja yang berjaya meneruskan
pelajaran hingga ke peringkat menengah. Berlaku keciciran sebanyak
61.4% (JAKOA 2012)

Seramai 408 orang murid Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran di


peringkat pengajian tinggi awam di seluruh negara pada tahun 2011, dan
469 orang pada tahun 2012.

Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengenal pasti aspek-aspek


yang dapat meningkatkan keberkesanan pendidikan murid OA,
meningkatkan pencapaian pendidikan dan membendung keciciran murid
dari terus berlaku.
Pernyataan Masalah

(Nicholas, 2006; Zainal Kurangnya penglibatan murid Orang Asli sama ada di
peringkat sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi
Abidin, 2008; Fatan berpunca dari faktor-faktor yang timbul sewaktu
Hamamah, 2008) persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Kegagalan murid OA disebabkan oleh kekurangan


(William Hunt 1998; kemudahan infrastruktur di perkampungan masyarakat OA
Ismail Sulaiman, 2005) yang menyebabkan murid OA ketinggalan berbanding murid
dari masyarakat lain.

(Kamaruddin dan Jusoh Sistem pendidikan yang berpusat, common kurikulum


2008; Wong dan dan penilaian yang sama menjadikan usaha merapatkan
jurang pendidikan murid OA menjadi sukar. Isu ini
Perumal 2012; Ramlee mendapat kritikan kerana ketidakpadanan dengan
et al, 2009) minat dan keperluan murid OA.
Pernyataan Masalah Kajian
Kekurangan guru dari keturunan OA menimbulkan
(Abdul Razaq & masalah dari segi ketiadaan role model dan
menyebabkan pedagogi pribumi tidak dapat dijalankan
Zalizan, 2009) dengan berkesan di dalam bilik darjah kerana
penggunaan BM yang lemah.

(Marof dan Sarjit 2008; Murid OA berminat dalam aktiviti luar tetapi
Abdul Razaq dan Zalizan bermasalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang
membawa kepada kesukaran menguasai subjek lalu
2009; Amir Hasan 2002; menyebabkan murid mudah bosan dan tiada kemahiran
Shaari et.al. 2011). belajar

(Hasan Mat Nor 1998; Sikap ibubapa yang tidak faham tentang kepentingan
pendidikan menyebabkan anak-anak berasa tidak
Juli 2006). memerlukan pendidikan yang tinggi untuk mereka.
Tujuan Kajian
Untuk meninjau perspektif dan pengalaman individu yang
berkepentingan (stakeholders) dalam proses pendidikan Orang
Asli terutamanya di peringkat sistem persekolahan.

Meneroka bagaimana peserta kajian memahami dan


menginterpretasikan proses pendidikan murid Orang Asli
secara mendalam dan menyeluruh.

Pemahaman terhadap proses pendidikan ini dianalisis dan


digunakan bagi mencadangkan satu kerangka baru pendidikan
Orang Asli yang lebih berkesan.
Objektif Kajian
1. Meninjau proses pendidikan murid OA yang merangkumi aspek
matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti
dan pemilikan berdasarkan perspektif murid, ibu bapa, guru,
pentadbir sekolah dan pemimpin masyarakat dalam
meningkatkan pendidikan murid OA.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan proses pendidikan
murid Orang Asli berdasarkan aspek matlamat, pedagogi,
institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan di
peringkat bilik darjah, sekolah dan sistem.
3. Mencadangkan satu kerangka baru pendidikan murid Orang Asli
yang merangkumi peringkat bilik darjah, sekolah dan sistem.
Skop dan Limitasi Kajian

Kajian ini membataskan kepada murid, ibu bapa dan pemimpin


masyarakat Orang Asli di di daerah sekitar Kuantan dan Temerloh,
Pahang yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Jah Hut dari
dua buah sekolah rendah dan perkampungan Orang Asli.

Kajian ini melibatkan murid Orang Asli, guru dan pentadbir sekolah
yang sedang mengajar dan bersekolah di sekolah rendah Orang Asli.

Model GPILSEO yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 7


aspek iaitu matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran,
bukti dan pemilikan. Aspek-aspek lain tidak dibincangkan.

Tempoh masa yang digunakan dalam menjalankan temu bual dan


pemerhatian adalah terhad iaitu selama tujuh bulan sahaja.
Justifikasi Pemilihan Model
Model GPILSEO ini merupakan satu model pendidikan yang
berfokus kepada pencapaian pendidikan murid Orang Asli.
Skop dalam model GPILSEO adalah lebih komprehensif serta
mencakupi semua aspek-aspek yang diperlukan dalam
transformasi pendidikan murid OA di negara ini.
Satu model pendidikan murid pribumi yang boleh diaplikasikan
untuk murid Orang Asli di Malaysia.
Kajian mengenai kejayaan model ini dalam meningkatkan kualiti
pendidikan masyarakat Maori yang meliputi aspek sumber,
bahasa, budaya dan ekonomi ini telah dijalankan sejak tahun
2001 (Bishop dan Glynn 1999; Walker 1990).
Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual ini berlandaskan model GPILSEO: 1) matlamat cita-cita murid, sasaran
pencapaian sekolah, hasrat ibu bapa & pemimpin masyarakat.; 2) pedagogi kaedah p&p dan
kurikulum dalam bilik darjah; 3) institusi kemudahan infrastruktur sekolah, rumah; 4)
kepimpinan keupayaan ibu bapa, guru, pentadbir & pemimpin msy. memimpin murid OA; 5)
penyebaran penglibatan dan sokongan pihak lain, 6) Bukti penilaian untuk mengukur prestasi
guru dan murid OA dan 7) pemilikan rasa sense of belonging setiap stakeholders terhadap
sekolah OA . Serta digabungkan dengan model Triarchic yang melihat kepada peranan murid,
ibubapa, guru dan pentadbir.
Model Pendidikan Masy. Orang Asli dan Minoriti

Selain dari model GPILSEO pengkaji turut menggunakan model-model


ini untuk memperkukuhkan konstruk yang dikaji.

Model Triarchic (Sternberg,1985) - peranan sekolah, peranan ibu


bapa dan peranan murid. (masyarakat minoriti)

Model of More Culturally Inclusive and Educationally


Effective Schools (Aborigines, Ministerial Council on Education,
Employment, Training and Youth Affairs 2000) - komuniti, sekolah dan
bilik darjah. (masyarakat Aborigines, Australia)

Model Heuristic (Flett dan Gardner 2009) - apa yg guru perlu


ketahui, apa yang guru perlu fahami dan apa yang guru perlu hormati.
(Masyarakat Inuit, Metis dan First Nation, Canada)
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan
protokol temu bual (temu bual secara mendalam dan bersemuka), senarai
semak pemerhatian (bilik darjah, sekolah dan rumah) dan analisis dokumen
(rekod kedatangan murid, buku rekod mengajar, surat panggilan dsb)
sebagai alat mengumpul data.

Sampel kajian terdiri daripada murid OA (4), ibu bapa OA (4), guru (4),
pentadbir sekolah (2) dan pemimpin masyarakat OA (2) menggunakan
kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) yang merupakan
proses mengambil sampel daripada mana-mana individu dalam populasi
yang memenuhi kriteria peserta kajian dengan penggunaan teknik
snowball.

Lokasi kajian SK Sungai Mas (pedalaman) dan SK Penderas (luar


bandar).
Kajian Rintis
Di SK Runchang, Pahang pada 8 hingga 12 September 2011.
Untuk membina rapport atau hubungan baik antara pengkaji
dengan guru, pentadbir dan masyarakat Orang Asli.
Untuk menentukan tahap kefahaman peserta kajian terhadap
soalan temu bual khususnya yang melibatkan murid dan ibu
bapa Orang Asli.
Instrumen soalan temu bual disahkan oleh 3 orang pakar.
Melibatkan tiga orang murid, tiga orang guru, dua orang ibu
bapa, seorang pentadbir sekolah dan seorang pemimpin
masyarakat sebagai peserta kajian rintis.
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Triangulasi sumber (peserta kajian)

Triangulasi data (temu bual, pemerhatian, dokumen)

Semakan peserta

Pengesahan tema oleh 3 orang pakar dalam bidang OA


dengan menggunakan Kaedah Cohen Kappa (nilai purata
0.98).
Teknik Kesahan Pakar Inter Rater Reliability Menggunakan Kaedah
Cohen Kappa
PERSOALAN KAJIAN 1: DAPATAN, PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dapatan 1: Aspek penepatan matlamat


Keseluruhannya aspek penetapan matlamat di antara semua
peserta kajian ada ditetapkan tetapi berbeza di antara satu sama
lain.
saya bercita-cita nak jadi cikgu (MPT1).
nak anak kerja dengan kerajaan (IB2).
Pihak guru menetapkan sasaran yang rendah iaitu setakat
menguasai kemahiran asas 3M.
paling tidak pun murid Asli ni dapat menulis dan membaca (BG2)
tetapi pihak pentadbir pula ingin sasaran yang lebih tinggi, di
peringkat PPD dan JPN sasarannya lain. Mereka nak target keputusan
yang lebih tinggi.
Sambungan
Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penetapan
matlamat di mana murid, ibu bapa dan pentadbir menetapkan
matlamat yang tinggi manakala peringkat perlaksanaan iaitu
guru meletakkan matlamat yg rendah. Ini menyebabkan
matlamat pendidikan untuk murid OA tidak jelas dan sukar
dicapai.

Oleh itu, kepentingan mempunyai matlamat yang jelas dan


seimbang dan dikongsi bersama bagi semua yang
berkepentingan dalam pendidikan murid Orang Asli perlu
diwujudkan. Pernyataan ini disokong oleh Timperley et al.
(2006) yang mengenal pasti kepentingan membina matlamat
yang jelas dan dikongsi bersama oleh semua pihak yang
terlibat.
DAPATAN 2: Aspek pedagogi dalam bilik darjah
Dapatan menunjukkan terdapat guru yang mengetahui kaedah
pedagogi yang bersesuaian dengan minat murid OA seperti fun
learning, holistik dan hands on.
Banyakkan cara bermain, bercerita dan menyanyi untuk buat mereka
rasa seronok (AG1).
murid Orang Asli sangat minat kalau kita suruh buat aktiviti hands
on seperti melukis atau mengukir. (BGP)
Namun melalui data pemerhatian, kaedah pedagogi tersebut
kurang dipraktikkan dalam bilik darjah kerana guru tidak kreatif
serta tiada latihan dan pengalaman dalam mengendalikan
pengajaran lalu menyebabkan murid bosan.
semasa saya di IPG saya tidak pernah didedahkan dengan apa-apa
kaedah atau cara untuk mengajar murid Orang Asli ni.(BG2).
Sambungan..
Murid OA pula menyatakan, saya suka kalau cikgu ajar sambil bercerita
atau suruh kita menyanyi. Sambil menyanyi guna alat muzik macam kompang
atau kerincing, seronok! Kalau asyik menulis aja di papan tulis saya rasa
mengantuk dan bosan. (MPT2)
Ini menunjukkan, untuk menarik minat murid OA dengan p&p, guru
perlu mempelbagaikan pedagogi dalam bilik darjah, bukan chalk and
talk. Adalah dicadangkan supaya guru diberi latihan yang lebih mantap
melalui pedagogi pribumi yang lebih berkesan untuk meningkatkan p&p
murid.
Hasil kajian ini selari dengan kajian oleh Bishop et al. (2010) yang
menjelaskan kaedah pengajaran atau pedagogi merupakan salah satu
elemen penting yang menentukan kejayaan murid dalam proses p&p.
Kenyataan ini turut disokong oleh kajian oleh Mohd Yusof et al. (2008)
menegaskan bahawa guru haruslah kreatif dan inovatif supaya pengajaran
yang dilaksanakan sentiasa bersifat relevan dan sesuai dengan masa dan
konteks.
DAPATAN 3: Aspek kemudahan dan infrastruktur Sekolah OA

Kajian mendapati aspek kemudahan dan infrastruktur sekolah


ada disediakan tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki.
ada juga peralatan yang dah rosak dan tak boleh nak dibaiki.
Kalau nak tunggu peralatan baru makan masa. Jadi cukuplah tak
cukup kita kena gunakan kemudahan yang ada (BG2).
Ini menunjukkan kemampuan guru untuk memberikan
pengajaran yang terbaik tidak dapat dilaksanakan akibat
kekurangan alat bantu mengajar yang diperlukan.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Rosli et al.(2009) yang menyatakan guru menghadapi
kesukaran kerana ketiadaan ABM yang mencukupi yang
dibekalkan oleh KPM.
Sambungan
Murid OA turut diberi kemudahan pengangkutan dan asrama bagi
memudahkan mereka ke sekolah terutama bagi yang duduk jauh di
pedalaman. Namun, masih terdapat ibu bapa memberi pelbagai alasan
untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
ada asrama tapi tak berapa ramai murid yang nak duduk asrama sebab mereka
lebih suka tinggal dengan keluarga (AG1).
Ini menunjukkan ibu bapa masih tidak berminat dan bersedia untuk
menghantar anak-anak mereka ke asrama yang disediakan dan hanya
menghantar anak mereka sekiranya terdapat program yang menarik
minat untuk dihadiri.
Kalau ada program aja baru mereka datang dan duduk di asrama (AG1)
Bagi menggalakkan lebih ramai murid OA tinggal di asrama, Mazdi
(2014) menyatakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang
disediakan perlu di naik taraf dan dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan bagi menarik minat murid Orang Asli untuk tinggal di
asrama.
Dapatan 4: Aspek kepimpinan sekolah OA

Kajian melalui analisis dokumen menunjukkan aspek kepimpinan


oleh pentadbir telah dijalankan dengan baik melalui proses
pencerapan dan pemantauan p&p guru dalam bilik darjah.
dari segi pihak pentadbir, kita bergerak 4 orang untuk memantau dan
menyelia guru (AGP).
saya turut menyemak buku rekod mengajar guru setiap minggu bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dilaksanakan
sebaik mungkin mengikut objektif pelajaran.
Ini menunjukkan, adalah menjadi peranan pentadbir selain
menguruskan perjalanan sekolah, hal kewangan, menjaga kebajikan
guru dan murid serta menjaga hubungan dengan masyarakat
setempat untuk memastikan guru-guru menjalankan
tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan supaya murid
mendapat P&P yang lebih berkesan.
Sambungan
Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh
Rafisah Osman (2000) yang menyatakan penyeliaan atau
pemantauan pengajaran merupakan satu ketetapan yang telah
diwajibkan oleh KPM bagi memantau proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah dalam usaha meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.

Kenyataan ini turut disokong oleh Noran Fauziah (1992) dan


Kamaruddin (1989) yang menyatakan penyeliaan dapat
menambahbaikkan mutu pengajaran dan kualiti pengajaran
guru.
DAPATAN 5 : Aspek sokongan dan penglibatan setiap pihak

Keseluruhannya dari aspek sokongan pihak ibu bapa dan guru, mereka
ada menunjukkan usaha untuk memberikan komitmen dalam membantu
murid OA dengan memantau pembelajaran anak di rumah dan di
sekolah.
Akak sesekali ada juga pergi sekolah pergi jumpa cikgu .Kalau di rumah, Akak
akan tengok dia buat kerja sekolah (IB1).
apa saja program yang sekolah rancangkan saya akan bantu. (AG1)
Ini menunjukkan terdapat sebilangan ibu bapa OA telah mula
menunjukkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dengan
memantau perkembangan anak di rumah. Dapatan kajian ini selari
dengan kajian yang dijalankan oleh Paulson (2003) yang mendapati
sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah kritikal dalam
menyumbang kepada pencapaian matlamat serta perlu bagi
meningkatkan pencapaian murid.
Sambungan
Dapatan kajian mendapati penglibatan dan sokongan pihak NGO
dan swasta sangat kurang dan hanya terhad kepada pemberian
sumbangan dalam bentuk kewangan saja.
Ada jugalah sumbangan atau bantuan yang mereka selalu berikan
macam sumbangan kewangan untuk membiayai program sekolah tapi kena
mohonlah.
Ini menunjukkan terdapat pemberian atau sumbangan kewangan
secara one off oleh NGO dan swasta tetapi cara ini masih tidak
mencukupi serta kurang berkesan dalam membantu meningkatkan
pencapaian pendidikan murid OA.
Ramlee (2013) dalam kajiannya menegaskan bahawa pihak
kerajaan, NGO dan swasta perlu menjalankan tanggungjawab
sosial mereka dengan membantu masyarakat Orang Asli dengan
memberi konsultansi kepada ibu bapa, program latihan untuk guru
serta bantuan kewangan untuk sekolah.
Implikasi Kajian (Teoritikal)
Secara keseluruhannya kajian terhadap pendidikan murid OA
ini telah menyokong dapatan kajian Bishop & Sullivans
(2005) yang menjelaskan bahawa semua aspek dalam model
GPILSEO perlu dalam pelaksanaan proses pendidikan murid
OA supaya hasil pendidikan yang lebih baik dapat dicapai.

Dapatan kajian ini menunjukkan murid OA memerlukan


elemen budaya dalam pedagogi dalam pembelajaran bilik
darjah mengukuhkan pandangan Bishop (2007) bahawa teori
model ini dibina dan dilaksanakan melalui strategi dan proses
yang mementingkan budaya masyarakat Orang Asli.
Implikasi Terhadap Amalan Dalam Bidang Pendidikan

Program latihan guru guru perlu bersedia untuk menjalankan proses


pengajaran terhadap murid yang berlainan latar belakang budaya seperti murid
OA. Grant dan Gillespie (1993) telah menyenaraikan apa yang perlu ketahui
oleh guru tentang murid dan budaya bagi mengayakan proses p&p. Senarai ini
boleh dijadikan sebagai panduan.

Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan pengalaman pengajaran


secara praktikal supaya bakal-bakal guru yang dilahirkan boleh bekerja dalam apa
juga kepelbagaian populasi. Roanhorse-Dineyazhe (2007) menyatakan guru yang
berlainan latar belakang budaya sukar menyesuaikan diri mengajar murid dari
latar belakang budaya yang berbeza.

Keperluan bagi institut pendidikan guru untuk melatih lebih ramai guru
dalam kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri.
Perbincangan aspek atau tema baru yg muncul dari dapatan kajian empirikal.

Kokurikulum ...sekolah ni juga boleh katakan cemerlang dalam sukan. Murid Asli kami
ada yang terpilih mewakili hoki dan bola sepak hingga ke peringkat negeri Pusat
Kecemerlangan Sukan Pelajar Orang Asli bagi setiap sekolah berdasarkan
niche area (Suhaimi dalam Ramle et al. 2012).

Pedagogi Pribumi ...sewaktu mencerap guru dalam kelas saya dapati guru-guru kurang
memasukkan elemen budaya masyarakat dalam pengajaran mereka. Pedagogi yang
melambangkan identiti atau jati diri Orang Asli dan lebih culturally
responsive (Nicholas 2008; Castagno dan Brayboy 2008)

Kepimpinan yang proaktif - Saya percaya kepada guru saya dan beri mereka 100%
kebebasan untuk mengajar (BGP) - kepimpinan pentadbir yang berjaya mendorong
kakitangan sekolah membuat transformasi dan berjaya menyelesaikan masalah
bersama-sama (Wan Badruddin dalam Ramle et al. 2012).
Kepimpinan yang responsif ...sewaktu mencerap guru dalam kelas saya dapati guru-guru
kurang memasukkan elemen budaya masyarakat dalam pengajaran mereka sedangkan dalam
melaksanakan KAP mereka perlu memasukkan elemen-elemen tersebut. (AGP).
Kurikulum yang relevan terhadap keperluan murid akan menarik minat mereka dan ini akan
dapat menggerakkan mereka untuk melibatkan diri dalam topik-topik yang diajar selain dari
menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih berkualiti oleh guru (Cleary and Peacock 1998;
Sparks 2000).

Partnership badan NGO dan Swasta meningkatkan kefahaman dan kesedaran ibu
bapa di kalangan masy. OA mengenai hak kanak-kanak terhadap pendidikan, untuk bagi sedar
ibu bapa memastikan anak mereka tidak tercicir dari persekolahan dan sebagainya (AGP).
Usaha memajukan pendidikan murid OA amat memerlukan perhatian, sumbangan dan
kerjasama daripada pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan (Bishop et al. 2010).

Penilaian khas - ...soalan yang dikemukakan kadangkala terlalu sukar. Masih ramai murid
yang tak menguasai kemahiran asas 3M macam mana nak jawab soalan? (BGP)
tertumpu kepada educational output atau hasil dari pendidikan yang diberikan kepada
murid (markah ujian akhir tahun) oleh pihak sekolah gagal untuk membantu murid OA
mencapai keputusan yang diharapkan (Noddings, 2007)
Cadangan Kerangka Alternatif Pendidikan Murid Orang Asli
Cadangan Kajian Masa Hadapan
Kajian berhubung dengan aspek pendidikan dalam model
GPILSEO diperincikan lagi skopnya serta digabung dengan
beberapa model pendidikan lain.
Melihat peranan demografi dalam mempengaruhi pendidikan
murid Orang Asli.
Kajian selanjutnya dalam bentuk penyelidikan kuantitatif dengan
pengujian hipotesis yang akan menentukan hubungan di antara
pemboleh ubah kajian.
Penyelidikan seterusnya boleh dilakukan dengan mengenal pasti
pelbagai pemboleh ubah lain selain daripada yang terdapat dalam
model GPILSEO (Bishop & Sullivans 2005).
Menambah jumlah sampel serta meluaskan kajian ke negeri lain yg
ada masyarakat OA seperti di Negeri Sembilan, Selangor, Perak
dsb.
Penerbitan Jurnal & Prosiding
Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. 2014.
Vocational Education and Skills Training for Indigenous Community in Malaysia. Journal of
Education and Practice,Vol.5, No.11, 2014

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Norshariani Abd. Rahman dan Lilia
Halim. 2014. The Role and Perspectives of Administrators in the Schools of Orang Asli Students: A
Case Study in the State of Pahang. Proceedings. International Conference on Society, Education and
Psychology. IPEDR (ISSN: 2010-4626). 10-11 May 2014. IACST PRESS: Kuala Lumpur.

Ramli Ismail dan Norwaliza Abdul Wahab. 2012. Teachers Education Curriculum towards
Establishment of Patriotism in Malaysia. International Journal for Educational Studies, Volume
5(2)February 2013, pp.173-190.

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razak Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Wan Hasmah Wan Mamat dan Ramle
Abdullah. 2012. The Role of Administrators in the Schools of Aboriginal Students: A Case Study in
the State of Pahang, Malaysia. Proceeding: International Conference on Current Issue in Education
between Indonesia and Malaysia. 15-16 September, Universitas NegeriYogjakarta, Indonesia.

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad dan Ahamad Rahim. 2012. Amalan Pedagogi Guru di
Sekolah Masyarakat Orang Asli: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang. Prosiding: Seminar Educational
Corporative in Curriculum for Active Learning Between Indonesia. 9-10 Jun 2011. Isola Resort UPI,
Indonesia.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai