Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SK SUNGAI KAYU 2017

1.0 PENDAHULUAN
Pada 15 Mac 2017 Elektif Pendidikan Jasmani Jun 2015 telah menganjurkan
Pertandingan Batu Seremban yang bertempat di SK Sungai Kayu Sandakan. Umum
sedia maklum bahawa permainan Batu Seremban ini amat disukai oleh murid sekolah
rendah. Di samping itu, ia dapat melatih murid untuk mempunyai semangat tidak putus
asa bagi memperoleh kemenangan. Kejohanan ini telah diadakan seperti yang terdapat
pada butiran di bawah :
Tarikh : 15 Mac 2017 (Rabu)
Masa : 07.00 pagi 07.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Sungai Kayu

2.0 MATLAMAT
Program yang dirancang ini, diharap dapat melahirkan murid-murid yang memiliki
kemahiran yang mantap dalam permainan tradisional serta dapat membentuk pemikiran
murid yang kritis dan kreatif. Hal ini demikian kerana Pertandingan Kecil Permainan
Tradisional Batu Seremban ini memerlukan seseorang itu untuk berfikir dan bertindak
secara terus semasa aktiviti dijalankan

3.0 RASIONAL

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan


perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
potensi pelajar ke tahap optimum.

Oleh itu, untuk meningkatkan lagi pertumbuhan dan perkembangan individu bagi
membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif selaras dengan hasrat
Kurikulum pendidikan Jasmani, Elektif Pendidikan Jasmani PISMP Ambilan Jun 2015
merealisasikan hasrat ini melalui Pertandingan Kecil Permainan Tradisional Batu
Seremban yang dirancang khusus untuk melahirkan murid yang mempunyai
keterampilan dalam bermain serta memartabatkan semula permainan tradisional yang
kian dilupakan.
4.0 OBJEKTIF
Objektif utama kejohanan ini ialah:
4.1 Melahirkan murid-murid yang unggul dengan melengkapkan mereka dengan
aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.
4.2 Melatih koordinasi mata dan tangan murid agar menjadi lebih mantap.
4.3 Memupuk semangat tidak berputus asa dalam kalangan murid-murid SK Sungai
Kayu melalui aktiviti rekreasi yang menyihatkan.
4.4 Mengetengahkan dan memperkenalkan permainan tradisional Batu Seremban
dengan lebih dekat kepada para murid SK Sungai Kayu.

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN


5.1 Sebelum Kejohanan

Sebelum kejohanan bermula, Ahli Jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada ahli
kelas Elektif Pendidikan Jasmani telah merancang beberapa perkara yang perlu di ambil
kira bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Antaranya, kami telah
bermesyuarat terlebih dahulu untuk melantik ahli jawatankuasa bagi mengelola
kejohanan ini. Kemudian, pembahagian tugas dijalankan dan kolaborasi antara para
pelajar dan pensyarah penasihat program dijalankan secara berterusan. Pertandingan
Batu Seremban ini akan melibatkan penyertaan daripada murid-murid di sekolah
semasa kami melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada bulan Mac
2017.

Semasa mesyuarat berlangsung, kami telah memilih Mohamad Akmal Arif bin
Che Awizan sebagai pengarah program dan dibantu oleh penolong pengarah Caly
Goan Georgeting. Setiausaha pula disandang oleh Ezlan bin Mansah. Manakala Nurul
Atiyah binti Pring sebagai Bendahari.

Selain itu, ahli jawatankuasa yang terlibat seperti Ahli Jawatankuasa Peralatan dan
Ternikal perlu bersiap sedia bagi menyediakan keperluan-keperluan yang sewajarnya
seperti batu seremban dan sebagainya. Manakala, bagi Ahli Jawatankuasa Borang
Penyertaan dan Persiapan Tempat pula ditugaskan menyediakan segala borang yang
diperlukan sebelum, semasa dan selepas pertandingan selain memastikan tempat
pertandingan dijalankan adalah selamat. Selain itu, Ahli Jawatankuasa Dokumentasi
dan Publisiti pula bertanggungjawab untuk merekod setiap aktiviti yang dijalankan.
Manakala, Ahli Jawatankuasa Hadiah pula bertugas untuk menyediakan hadiah untuk
pertandingan Batu Seremban tersebut.
5.2 Semasa Kejohanan
Pertandingan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Elektif Pendidikan Jasmani
PISMP Ambilan Jun 2015 yang terdiri daripada:
1. Alviera Shafira binti Abu Lakar
2. Azwan Suzairy Asri
3. Ezlan bin Mansah
Sebelum memulakan pertandingan kami memberi taklimat ringkas tentang peraturan
dan perjalannan pertandingan Batu Seremban. Pertandingan ini terbahagi kepada dua
kategori, iaitu kategori lelaki dan perempuan. Pertandingan ini juga menggunakan
sistem liga iaitu pelajar lelaki dibahagi kepada kumpulan A dan B. Manakala. Pelajar
perempuan dibahagi kepada kumpulan A, B, C, D dan E. Satu kumpulan terdiri daripada
lima orang, di mana mereka akan bertanding di dalam kumpulan untuk mencari
pemenang. Setiap orang dari kumpulan yang berada pada kedudukan paling teratas
akan berlawan dengan kumpulan lain. Pertandingan ini berakhir tepat jam 07.30.

5.3 Selepas Kejohanan


Tepat jam 07.30 pagi, pertandingan ini berjaya ditamatkan dan majlis penyampaian
hadiah pun berlangsung bagi Johan kategori lelaki dan perempuan. Mesyuarat post
mortem telah diadakan pada keesokan harinya bagi membincangkan segala aspek
bagi memperbaiki kelemahan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

6.0 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa Nama
Puan Janimah binti Jaman,
Penaung
Guru Besar SK Sungai Kayu
Bisshukri bin Matrop
Penasihat Pensyarah Kursus PJMS3092 Pengurusan
Pendidikan Jasmani dan Sukan.
6.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa Nama
Pengerusi Pertandingan Mohamad Akmal Arif bin Che Awizan
Penolong Pengerusi Caly Goan Georgeting
Setiausaha Ezlan bin Mansah
Bendahari Nurul Atiyah binti Pring
AJk Peralatan & Teknikal Mohd Afif bin Mohd Fauzi
Mohamad Ashraf bin Jamaluddin
Alviera Shafira binti Abu Lakar
Muhammad Zulfitri bin Pazlan
AJK Borang Penyertaan & Azwan Suzairy Asri
Persediaan Tempat Nor Syafikah binti Ambotuo
Joshua Arry AK Frankie
AJK Dokumentasi & Publisiti Nurul Aina Najihah binti Zurin
Bryan Chiong
AJK Hadiah Norika binti Kadir
Siti Nadiah binti Mohd Eddy Chin
AJK Keselamatan Siti Rizmawati binti Norhayapi
Nurul Izzah Azira binti Ismail

7.0 SENARAI NAMA BERTANDING

7.1 Kategori Lelaki


Seramai 10 orang murid lelaki yang bertanding dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu
kumpulan A dan kumpulan B

KUMPULAN A KUMPULAN B
Azwan Nadsri
7.2 Kategori Perempuan
Seramai 20 orang murid perempuan yang bertanding dibahagikan kepada 5 kumpulan
iaitu kumpulan A, B, C, D dan E.

A B C D E

8.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN


Separuh Akhir
Lelaki Perempuan
Cth: Azwan lawan Ezlan

Tempat Ketiga Dan Keempat


Lelaki Perempuan
Cth: Azwan lawan Ezlan

Akhir
Lelaki Perempuan
Cth: Azwan lawan Ezlan

Pemenang
Lelaki Perempuan
Cth: Azwan

9.0 PENUTUP

Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana penganjuran Pertandingan Batu Seremban


Sk Sungai Kayu 2017 yang dirancangkan ini telah mencapai objektif dan berjalan
dengan lancar. Terima kasih kami ucapakan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan program ini.
10.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Taklimat Pertandingan Rajah 2: Pembahagian Kumpulan

Rajah 3: Pertandingan Bermula Rajah 4: Pertandingan Berlangsung

Rajah 5: Penyampaian Hadiah Rajah 6: Penyampaian Hadiah

Anda mungkin juga menyukai