Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN
PERTANDINGAN EKO INOVATIF SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA
2016

Tarikh:
02 SEPTEMBER 2016
Tempat:
SMK BATU LAPAN

MASA
9.00 am

CUE
Pengumuman

Alu-aluan

TEKS
Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puanpuan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap
sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian
amatlah dihargai. Terima kasih.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Yang Berusaha Puan Zurina bt ..............................
Penolong pengarah PPD Petaling Pedana

Guru-guru Pengiring
Para Peserta
Seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
2

dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Pertandingan Eko Inovatif Panitia
Geografi Daerah Petaling Perdana peringkat akhir 2016.
Syabas dan Tahniah atas kejayaan 5 buah sekolah ini kerana terpilih ke perimgkat akhir
Pertandingan Eko Inovatif Panitia Geografi peringkat Daerah Petaling Perdana 2016.

9.15 am

Bacaan Doa

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua peserta, guru pengiring dan para tetamu
3333333serta hadirin yang dimuliakan
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan adik
____________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya
dipersilakan.
(BACAAN DOA)
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Sebelum kita meneruskan majlis, dengan bangganya memperkenalkan sekolah-sekolah yang
terpilih menyertai pertandingan Eko Inovatif Panitia Geografi Daerah Petaling Perdana peringkat
akhir 2016.
Antara sekolah yang terpilih ialah
1. SMK TAMAN SRI MUDA
2. SMK SRI KEMBANGAN
3

3. SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA


4. SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)
5. SMK SEKSYEN 18

Sekali lagi uacapan syabas dan tahniah atas pemilihan ke peringkat akhir pertandingan Eko
Inovatif Panitia Geografi Daerah Petaling Perdana peringkat akhir 2016.

Dengan tidak melengahkan masa , majlis mempersilakan kumpulan pertama untuk


membentangkan hasil kerja mereka
Majlis mempersilakan sekolah
1. SMK --------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada kumpulan pertama atas perbentangan tadi
Majlis diteruskan dengan perbentangan daripada kumpulan ke dua.
Majlis mempersilakan sekolah
1. SMK --------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada kumpulan Kedua atas perbentangan tadi
Majlis diteruskan dengan perbentangan daripada kumpulan ke dua.
Majlis mempersilakan sekolah
1. SMK --------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada kumpulan Kedua atas perbentangan tadi
4

Majlis diteruskan dengan perbentangan daripada kumpulan ke dua.


Majlis mempersilakan sekolah
1. SMK --------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada kumpulan Kedua atas perbentangan tadi
Majlis diteruskan dengan perbentangan daripada kumpulan ke dua.
Majlis mempersilakan sekolah
1. SMK --------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada kumpulan Kedua atas perbentangan tadi
Dengan berakhirnya perbentangan dari kumpulan kelima tadi maka berakhirlah sesi
perbentangan evidens bagi pertandingan Eko Inovatif Panitia Geografi Daerah Petaling Perdana
Peringkat akhir 2016.
Dengan itu majlis mempersilakan para hakim untuk meninjau evidens-evidens daripada 5 buah
sekolah untuk melengkapkan pusingan pemberian markah.
Para peserta juga boleh ke meja evidens untuk membuat penambahan penerangan.
Majlis mempersilakan.
Sementara menunggu keputusana hakim, majlis akan berehat sebentar.
Majlis memepersilakan para peserta dan guru pengiring untuk ke jamuan makan
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan dimulakan pada jam 11.00 pagi.
harap maklum
Majlis mempersilakan
5

Ketibaan
Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan
__________________________________, ..........................................Tuan Haji johan b Haji
Omar pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A), Puan ________________ Pengetua Batu
Lapan.

Yang Berusaha ......................................................... ..............................


Penolong pengarah PPD Petaling Pedana
Yang berusaha Tuan Haji Johan b Haji Omar
Pengetua SMK Bdr Puchg Jaya (A)
Merangkap Pengerusi Panitia Geografi Daerah Perdana
Yang berusaha Tuan .......................................................
Pengetua Batu Lapan
Merangkap Pengerusi Program Pertandingan Eko Inovatif
Yang Berusaha Puan Zurina bt .............................
....................................................................
.......................................................

Guru-guru Pengiring
Para Peserta
Seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia
Majlis merakankan Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berusaha
Tuan .................................................................................... kerana sudi hadir ke pertandingan Eko Inovatif Panitia Geografi
Daerah petaling Perdana Peringkat akhir 2016.
6

Ucapan Alu-aluan
Pengerusi
pertandingan

Dayung sampan dulu-duluan,


Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari sama-sama kita amati.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan
______________________________
Merangkap Pengerusi Pertandingan Eko Inovatif
Panitia Geografi
Sekolah Menengan Daerah Petaling Perdana

untuk menyampaikan ucapan aluan, dengan segala hormatnya dipersilakan.


(UCAPAN)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan ______________________atas ucapan
aluan itu tadi.
Ucapan Perasmian
Pergi ke kota beli selasih,
Majlis Penutupan
Sayang si dara buat halwa;
PPD
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan
takzimnya mempersilakan Yang Berusaha ____________________________________ untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Eko Inovatif Panitia
Geogarfi Peringkat Daerah Petaling Perdana, Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(UCAPAN)
Demikianlah berakhirnya ucapan Yang Berusaha _________________________________. Majlis
7

merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan dan kesudian Majlis Penutupan
Pertandingan Eko Inovatif Panitia Geogarfi Peringkat Daerah Petaling Perdana pada kali ini.
9.40 am

Penyampaian Sijil
Penyertaan
Peserta

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil kepada semua yang terlibat dalam Pertandingan
Eko Inovatif Panitia Geogarfi Peringkat Daerah Petaling Perdana 2016
Bagi menyempurkannya, dipersilakan_________________________________________
menjemput dan mengiringi ____________________________________ untuk menyampaikan
sijil kepada peserta pertandingan.
Kita mulakan dengan penyampaian sijil kepada para peserta.
Senarai nama PESERTA:
1.
2.
3.

Sijil Penghargaan
AJK

Sijil Penghargaan
Hakim

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat:
Senarai nama AJK:
1.
2.
3.
Sterusnya dijemput para hakim untuk menerima sijil penghargaan.
Senarai nama HAKIM:
8

1.
2.
3.
Pengumuman dan
Penyampaian
Hadiah

Para hadirin,
Ibarat berjalan dah sampai di halaman,
Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.
Kini sampailah kita ke puncak acara, pengumuman keputusan pertandingan dan
penyampaian hadiah kepada para pemenang. Keputusan telah pun berada di tangan kami.
Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, dipersilakan Yang
___________________________________ untuk mengiringi Yang Berusaha
______________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

************************SENARAI NAMA PEMENANG*********************

Penyampaian
Cenderamata

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Jutaan terima kasih kepada Tuan _________________________ kerana sudi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
Air laut tenang-tenangan,
Tanam selasih di tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi.
Sebagai tanda penghargaan, pihak majlis dengan segala hormatnya sekali lagi mempersilakan
Yang Berusaha Puan ___________________________________ untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha Tuan ____________________________________________.
Dipersilakan.

Penutup

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
10

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sempurnalah sudah Majlis Penutupan Pertandingan Pertandingan Eko Inovatif Panitia Geogarfi
Peringkat Daerah Petaling Perdana pada pagi ini. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi
minat para pelajar akan mata pelajaran Geografi dan menjadikannya sebagai satu pembelajaran
yang menyeronokkan bagi mereka.
Bagi pihak seluruh anggota Jawatankuasa Pelaksana sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan ________________________________ atas
kesudian untuk bersama-sama kita pada petang ini.
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin, hadiran yang sudi melapangkan masa
untuk bersama memeriahkan majlis ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan
program ini.
Akhirul kalam,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan diri
Kami mohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung. Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.
11

Sekian terima kasih

12

Anda mungkin juga menyukai