Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

SMK Bandar Puchong Jaya (A)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat sejahtera dan selamat datang diucapkan kepada hadirin
sekalian,
Terima kasih Pengacara Majlis;
Yang Berbahagia _______________________
Selaku Pegawai PPD Petaling Perdana.
_____________________________________
Yang Berusaha Pn.Zurina Bt Ahmad
selaku Penolong Pegawai PPD Sains Kemasyarakatan.
Yang Berusaha Puan Teresa Chan Jei Chiang
selaku Pengetua SMK Batu 8, Puchong.
Merangkap pengerusi pertandingan Eko Inovatif
dan tuan rumah pertandigan eko inivatif.
Ketua- ketua panitia Geografi daerah Petaling Perdana,
Guru guru pengiring dan para peserta pertandingan akhir
pertandingan Eko Inovatif anjuran panitia Geografi Peringkat
Daerah Petaling Perdana.
1

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana


dengan limpah kurnia-Nya kita dapat melaksanakan pusingan akhir
pertandingan eko inovatif bagi menentukan pemegang pada hari
ini.
Saya juga amat berbangga dan berbesar hati dengan penganjuran
pertandingan seperti ini yang julung kalinya dilaksanakan di
peringkat sekolah PPD Petaling Perdana. Saya selaku pengerusi
Panitia Geografi Daerah Petaling Perdana merakamkan ribuan
terima kasih kepada Pengetua SMK Batu Lapan yang menjadi
pengerusi dan tuan rumah pertandingan serta mencurahkan idea
untuk mengadakan pertandingan ini.
Hadirin sekalian,
Secara sepintas lalu, Pertandingan

Eko Inovatif (melalui

penghasilan produk dan persembahan power point) Panitia


Geografi Daerah ini merupakan aktiviti yang melibatkan muridmurid di semua sekolah daerah Petaling Perdana bagi tahun 2016.
Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan
amalan kitar semula dan kesedaran kepada semua warga sekolah
2

di daerah Petaling Perdana dapat belajar tentang kepentingan


menjaga alam sekitar. Pertandingan ini merupakan pertandingan
yang memberi pendedahan amalan kitar semula kepada pelajar dan
menimbulkan kesedaran kepada pelajar kepentingan menjalankan
kegiatan kitar semula. Sebanyak 19 buah sekolah yang mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid serta
menghasilkan murid yang boleh berfikir secara kreatif, berdaya
saing dan efektif dalam usaha untuk melaksanakan porgram yang
selaras dengan mata pelajaran Geografi sebagaimana hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang dan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek .
Manakala objektif pertadingan pula, yang pertama, supaya dapat
merangsang

kreativiti

dan

inovasi

pelajar-pelajar

dalam

penghasilan produk dari bahan buangan. Kedua, melatih murid


untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian dan menyahut seruan kerajaan mengenai kepentingan
mengamalkan amalan kitar semula. Ketiga, Mengurangkan kesan
negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti pembuangan
bahan kitar semula atau bahan buangan yang mengambil proses
3

penguraian yang memakan masa. Akhir sekali, dapat memupuk


semangat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar.

Hadirin-hadirat,
Dalam kesempatan ini, saya selaku Pengerusi mengucapkan
tahniah dan syabas kepada para peserta yang terlibat di dalam
pusingan akhir ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada
barisan AJK pengelola kerana telah berjaya melaksanakan tugas
dengan begitu berjaya dan cemerlang. Syabas dan tahniah.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sebelum saya mengundur
diri, sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai