Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN DIPERTUA PIBG

Pelancaran Program Karnival Ria


Yang Berbahagia Encik Christopher Jude Anthony, Presiden Rotary Club
Bandar Sunway,
Yang Berusaha tuan Haji Johan b Haji Omar; Pengetua SMK Bandar
Puchong Jaya (A), Puan Sharifah Noor bt Abbas, Penolong Kanan SMK
Bandar Puchong Jaya (A); Puan Jalilah bt Hassan Penolong Kanan HEM,
Puan Hapizah bt Abdullah; Penolong Kanan Kokurikulum, Guru kanan mata
pelajaran,kauselor sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Salam sejahtera , salam satu Malaysia.
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
memberi ruang dan peluang kepada saya

sebagai YDP PIBG untuk

menyampaikan sepatah dua kata dalam Majlis penutupan program Karnival


Ria

dan Hari Sukan negara 2016. Saya berasa sangat gembira kerana

program Karnival Ria yang dirancang oleh barisan AJK PIBG 2016
mendapat sambutan daripada guru-guru serta para murid. Segala sokongan
yang diberikan dalam program ini dapatlah kita sama-sama menaiktaraf
Prasarana sekolah kita.
Program ini memberi banyak manfaat kepada kita sebagai rakyat
Malaysia dan khasnya Warga SMKBPJ(A). Tanpa komitmen yang tinggi
daripada semua pihak sudah pasti apa yang kita rancangkan sukar menjadi
kenyataan. Ibarat berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Syabas dan
Tahniah sekali lagi.

Para hadirin sekalian,


Saya berharap, kutipan yang diperoleh akan dapat membaik pulih dan
menaik taraf sebahagian prasarana dan fizikal sekolah demi keselesaan
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Saya percaya dengan wujudnya
keadaan yang kondusif ini akan membolehkan semua murid menumpukan
perhatian kepada prestasi akademik dan muncul sebagai sekolah primer yang
terbilang di kawasan Puchong ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
semua warga SMK Bandar Puchong Jaya (A) terutama guru-guru yang
bertungkus-lumus membuat persiapan sempena Penutupan Program
Karnival Ria dan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ini. Kepada semua
murid yang akan menyertai larian Ria sebentar lagi, kalah atau menang
dalam sesuatu pertandingan sudah menjadi adat. Kepada yang menang
diucapkan tahniah dan kepada yang tewas, belajarlah daripada kesilapan dan
teruskan usaha untuk berjaya pada masa akan datang.
Saya sebagai YDP PIBG dan wakil Ajk PIBG sekali lagi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam program kita pada hari ini. Usaha
dan jasa kalian amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai