Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN Terima kasih Saudara dan Saudari Pengacara Majlis, Selamat tengahari, salam perpaduan, salam 1 Malaysia

saya ucapkan kepada yang berusaha,______________________, pengetua SMK Nabawan, yang dihormati Encik Jais Bin Siarus, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Puan Norhayati Binti Idris pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau selaku pensyarah pengiring Program Bina Insan Guru Fasa 6, pelatih-pelatih PISMP semester 6, serta warga SMK Nabawan. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Sebelum saya meneruskan ucapan, saya selaku pengerusi Jawatankuasa Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 6 IPG Kampus Keningau dengan besar hati ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SMK Nabawan dalam menjayakan program kami ini. Kami amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kerana memberi sambutan yang meriah kepada semua peserta malah menerima kami dengan tangan yang terbuka. Untuk pengetahuan pihak sekolah, sekolah ini dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang seperti kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah terpuji dikalangan semua warga SMK Nabawan. Apa yang dapat saya lihat melalui situasi persekitaran SMK Nabawan ini adalah merupakan sekolah yang berpotensi untuk melahirkan pelajar yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara di mata dunia nanti. Penganjuran lawatan benchmark ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih baharu dengan situasi sebenar apabila bertugas di sekolah kelak. Adalah diharapkan para guru pelatih telah dapat menimba

pengalaman dan ilmu baharu berkaitan sekolah secara menyeluruh. Oleh itu, sedikit sebanyak kejayaan yang diperoleh dapat dikongsikan dan dinilai agar menjadi panduan untuk kejayaan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Semoga program sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat. Program ini juga telah dapat memangkin serta menyemarakkan semangat untuk menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam kalangan guru pelatih dan akhirnya akan memberi impak positif yang membanggakan. Kesan yang kita inginkan adalah untuk melihat sistem pendidikan kita mencapai taraf unggul dan setanding di peringkat global. Semua ini bermula dengan pemupukan semangat dan daya usaha yang tinggi dalam kalangan bakal-bakal guru agar mereka ini berupaya menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada sistem pendidikan negara kita. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SMK Nabawan yang sanggup berkongsi segala maklumat dengan kami. Segala info yang diperolehi kami umpamakan sebutir berlian yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diperolehi dimana-mana sahaja melainkan daripada pengalaman dan usaha gigih bersama. Selain itu, segala urusan bersama warga SMK Nabawan yang sangat efisien ini telah memudahkan kami bagi melaksanakan program ini.

Kerjasama dan komitmen sepenuhnya dari semua pihak adalah amat dihargai bagi memastikan kejayaan program ini. Akhir sekali, saya mewakili peserta program sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan oleh semua warga SMK Nabawan. Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya melafazkan serangkap pantun untuk didengari bersama:

Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai