Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih kepada Saudari Pengacara Majlis.

Yang Dihormati
En Syamsul Efendi bin Ismail
Pengerusi Badan Muafakat Pendidikan Khas
SMK Desa Cempaka

Yang Berusaha,
Tuan Pengetua
Tuan Haji Johari bin Jaafar

Barisan pentadbir, guru-guru Pendidikan Khas, Pembantu


Pengurusan Murid serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Pendidikan Khas
mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas
kehadiran En Syamsul Efendi, Pengerusi Badan Muafakat
Pendidikan khas dan semua ibu bapa atas kesudian meluangkan
waktu untuk memenuhi undangan pihak sekolah walaupun dalam
kesibukan melaksanakan tugas hakiki.
Hadirin sekalian,
Majlis Aspresiasi Pendidikan Khas merupakan satu program

yang diatur untuk meraikan murid-murid yang telah menunjukkan

kesungguhan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum

sepanjang tahun 2023. Sesungguhnya kejayaan dan

kecemerlangan murid dalam bidang yang diceburi sewajarnya

dihargai. Semoga ini akan menjadi inspirasi kepada murid -murid

lain untuk berusaha dengan lebih gigih. Tahniah juga kepada

semua murid yang berjaya trampil dalam Penyediaan dan

Pembuatan Makanan, Sijil Kemahiran Malaysia (modular) dan

semua penerima hadiah. Teruskan usaha dan semoga kalian

terus melakar kejayaan yang membanggakan pada masa akan

datang.

Kepada ibu bapa,

Sokongan, bantuan, sumbangan dalam apa jua bentuk amat kami

hargai. Sesungguhnya tanpa sokongan dari pihak ibu bapa, sukar


untuk kami berdiri sendiri. Terima kasih sekali saya ucapkan.

Semoga Pendidikan Khas SMK Desa Cempaka akan terus maju

dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan di

persada marcapada.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nurul Fatihah

selaku penyelaras program, semua guru, PPM, para penyumbang

dan semua ibu bapa kerana berjaya melaksanakan majlis pada

hari ini. Sesungguhnya kejayaan penganjuran program ini

mencerminkan kerjasama yang erat antara warga Pendidikan

Khas Desa Cempaka

Saya sudahi ucapan dengan serangkap pantun.

Pemuda Jawa Teruna Saribas,


Teratak Warga Bertangga Seligi
Kepada Semua Tahniah Dan Syabas
Semoga Kita Bersua Lagi
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai