Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encilk Rozkhaidi Bin Othman (Pengarah KEMAS Negeri


Melaka)

Yang Berusaha Puan Noraini Binti Samat (Pegawai KEMAS Daerah


Melaka Tengah) , dan juga Encik Muhammad Nurhisham Bin Zali
(Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak Zon B Daerah Melaka
Tengah.

Yang Dihormati Pengerusi TABIKA KEMAS setiap TABIKA, Para


Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS Dun Klebang, Pembantu Pendidik
Masyarakat, para ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak yang diraikan pada
hari ini dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


                                      Air mawar direnjis wangi.
                             Berkembang kasih menabur budi,
                                      Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada


jawatankuasa Bengkel Kemahiran Keibubapaan Dun Pantai Kundur kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Hari Apresiasi TABIKA KEMAS Dun
Klebang, pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pihak KEMAS yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program
tahunan demi menghargai kejayaan dan pencapaian pelajar dalam bidang
akademik. Walau apa-apa pun nama diberikan untuk majlis seperti ini, yang
pasti Majlis  HARI APRESIASI merupakan satu majlis khas untuk meraikan
kanak-kanak yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
kanak-kanak TABIKA KEMAS DUN KLEBANG ini kerana berjaya
menamatkan persekolahan dalam tempoh pendamik ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan
jelas daripada fungsi tradisionalnya. Kanak-kanak bukan sahaja datang ke sini
untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal
insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Hal ini selari dengan salah satu Bidang
Keberhasilan murid, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Dalam konteks ini, kanak-kanak itu sendiri merupakan satu
inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk
memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan
pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang
berterusan.

Hadirin sekalian,
Saya percaya sambutan Majlis   HARI APRESIASI  pada hari ini adalah selari
dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan kanak-kanak agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan
semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang
bukan sahaja untuk kanak-kanak yang cemerlang tetapi juga yang kurang
cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada kanak-kanak yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka
dan diharapkan pencapaian cemerlang tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita.
Saya percaya kanak-kanak 6 Tahun yang mendapat pendidikan awal
kanaka-kanak di TABIKA KEMAS DUN KLEBANG pada hari ini merupakan
mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha begitu juga dengan guru-
guru yang gigih berusaha untuk mencapai kecemrlangan di setiap TABIKA.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
dan syabas kepada semua guru kerana berjaya menganjurkan  HARI
APRESIASI TABIKA KEMAS DUN KLEBANG  tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian
pada pantun ini;

 Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Ikan sembilang, sepat dan kelah,


Guna bubu biasa di hujung;
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan ini


MERASMIKAN HARI APRESIASI TABIKA KEMAS DUN KLEBANG
BAGI TAHUN 2021. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai