Anda di halaman 1dari 4

Duhai guru

Pembina Negara Bangsa


Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru


Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru


Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada

Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna
sebuah rindu, Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Barangkali terdengar nanti, Suara bisikan
melankolia, Ucap salam anak-anak remaja, Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Tiba
waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf
dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi, Agar saat
perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala
yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Pasti tersisa
kenangan yang terindah, Berhias luka tidak berdarah, Kesementaraan waktu mengutus seribu
bumbu, Kerana sekali dipanggil guru, selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-
suara ceria, Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan timbunan buku, Ruang kantin tempat
mesra terjalin. Selamat tinggal seribu kerenah, Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur
gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat
bernama sekolah! Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan! Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di
muara waktu, Di sini kami pasti merindu, hakikat seorang individu, guru penolong kanan
satu. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirahat dari segala muslihat, Selamat bersara
dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya. Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti
terukir! Ghazali Lateh Kalumpang Resort and Training Centre, 31 Mac 2008 di April 09,
2008 E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215:


https://goo.gl/efW8Ef

BAK AIR YANG MENGALIR

BAK AIR YANG MENGALIR,


TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU,
PERPISAHAN MENGIMBAU MAKNA SEBUAH RINDU,
PADA JEJAK-JEJAK YANG LALU, SERIBU LIKU.

BERDIRI MELIHAT DENAI-DENAI KENANGAN,


BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN,
BARANGKALI TERDENGAR-DENGAR NANTI,
SUARA BISIKAN MELANKOLIA,
UCAP SALAM ANAK-ANAK KECIL MANJA,
TEGUR SAPA, SENYUM TAWA RAKAN SEKERJA.

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI,


MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI,
YANG TERKHILAF DIMAAFI,
YANG SESAL DIINSAFI,
YANG LEBIH DIBAHAGI,
YANG KURANG DILENGKAPI,
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH,
TERLERAI SEGALA DURJA GUNDAH,
TERSIRNA CEBISAN AMARAH,
TERURAI SEGALA YANG BERCANGGAH.

BAK AIR YANG MENGALIR,


TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU,
PASTI TERSISA KENANGAN YANG TERINDAH,
BERHIAS LUKA TIDAK BERDARAH,
KESEMENTARAAN WAKTU MENGUTUS SERIBU BUMBU,
KERANA SEKALI DIPANGGIL GURU,
SELAMANYA AKU ADALAH GURU.

SELAMAT TINGGAL SUARA-SUARA CERIA,


RAKAN SEKERJA, TEMAN BERGURAU SENDA,
PADANG PERHIMPUNAN DAN DEWAN PERKASA,
BILIK DARJAH DAN ANAK-ANAK KELETAH PELBAGAI BANGSA,
PEJABAT TUGAS DAN PEMBANTU IKHLAS,
BILIK GURU DAN TIMBUNAN BUKU,
RUANG KANTIN TEMPAT MESRA TERJALIN.

SELAMAT TINGGAL SERIBU KERENAH,


DATANG DAN PERGI PELBAGAI WAJAH,
BERCAMPUR GEMBIRA BERSISIP GUNDAH,
BERGEMA DIDIKAN BERALAS MADAH,
SELAMAT TINGGAL SEBUAH TEMPAT BERNAMA SEKOLAH.

SELAMAT DATANG PERSARAAN,


KERANA SEGALANYA HANYA KESEMENTARAAN,
MELENGKAPI PERJALANAN, SEBUAH KEHIDUPAN.

BAK AIR YANG MENGALIR,


TIBA JUA DI MUARA WAKTU,
DI SINI AKU PASTI MERINDU,
KESIBUKAN TUGAS SEORANG GURU,
TERASA SEDIH BERBEKAM PILU,
RUTIN 32 TAHUNKU AKAN BERLALU,
NAMUN...PASTI AKU TERSENYUM SIPU,
PABILA TERKENANG MEMORI LALU.

SERIBU KESYUKURAN PADA ILLAHI,


MOGA HIDUPKU TERUS DIBERKATI,
BERSAMA KELUARGA YANG DIKASIHI,
AGAR TERPELIHARA KESIHATAN DIRI.

DUHAI TEMAN-TEMAN...
IRINGI DAKU DENGAN DOA IKHLAS TULUS DI HATI,
SEJAHTERA DAN BAHAGIA,
DALAM SISA-SISA YANG MASIH BERBAKI.

JELING-JELINGLAH DAKU JIKA RINDU MASIH BERTAMU,


SAPA-SAPALAH DAKU ANDAI MESRA AKRAB BERPADU.

SUDAH SAMPAI SAAT DAN TIKA,


PERGI DENGAN KEREDHAAN DI HATI,
MOGA ILMU YANG DICURAH SETULUS JIWA,
AKAN DIBERKATI OLEH ILLAHI.

SELAMAT TINGGAL TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN,


IRINGI DAKU DALAM DOA BERKAT,
TANPA BENCI, AMARAH DAN MUSLIHAT,
LEPASKAN DAKU DENGAN SENYUM MESRA,
SENYUMAN SEINDAH SINARAN SURIA.

BAK AIR YANG MENGALIR,


SAMPAI DI SINI KENANGAN INDAH PASTI TERUKIR.

Anda mungkin juga menyukai