Anda di halaman 1dari 12

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat


bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik.
Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe
sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap
menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni
hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di


dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor
singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik
mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-
pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini.
Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe.

Joe berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong


jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah
gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,”
kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan
kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan
garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu
makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke
dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia
membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan
singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia
bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia
suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-
ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan
rakannya itu.

Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang


garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
“Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa
seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan
kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu
dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia


ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi
cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di
celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-
rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya.
“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna
kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain.
Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan
makan bersama dan tidur sekandang.

 "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang


lain itu.  Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana
mereka selalu disisihkan.

  Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu


mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya
akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
 
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke
tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya
terjadi.

 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor


kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang
lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar
itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.

ARNAB DENGAN BUAYA


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada


arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya
pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di
dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-
kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada
sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah
pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa
sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab
berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong


periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir
panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.
Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal
itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

       
PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYA
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .


Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang
anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke
dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.

“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya
isteri penebang kayu.
“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan
sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak
sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah


bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan
bapanya ke dalam bakul tersebut.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul
ayahnya berjalan kearah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak


penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”

“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.


“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak,
saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk
sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah
kita pulang ke rumah.”

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,


terima kasih.

PUTERI SULUNG DAN PUTERI BONGSU


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung dan Puteri Bongsu.

Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat
cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat
disayangi oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan


Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri
Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan
berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita
sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri


Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak
pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia
bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.

Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri
Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau.
Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana
darah itu tidak berwarna putih.

“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya Raja Tinggi
sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. “ Adinda ialah kakak
kepada Puteri Bongsu,”

Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang
negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya.

Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri


Ambun.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,


terima kasih.

AMPAI-AMPAI DAN PUTERI LAUT


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.

Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada
rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk
menjaga puteri baginda yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama
beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh
seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja
terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga
apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang
sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu
pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya
menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.

Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai
tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana
lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu


memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu
Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.

“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,” titah
baginda.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada


ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang
hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi
air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu
lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,


terima kasih.

PEREMPUAN MUDA YANG BERANI


 Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.

Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah
menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap,
baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.
Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya
perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu
memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.

Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca
dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu ini tidak akan dapat
diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan
itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!”

Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada
seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk
pelancaran perahu tersebut.

Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang
mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua.
Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan
perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda
yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.

Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi
dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut.
Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke
dalam air.

Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari


mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat
apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan
semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,


terima kasih.

HARIMAU YANG TAMAK


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni


rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada
baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa.
Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa
tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada
sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh
kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat
daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja


Singa.
“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak
engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.


“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan
permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata
Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “
Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh


mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya
perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-
kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

BANGAU MENIPU IKAN.


Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya
sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah
hati. Pada suatu hari, datang seekor burung
bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong
ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain.
Kolam itu tidak kering," kata bangau. Semua ikan
bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor
demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi
semua ikan itu dimakannya. Kemudian, tibalah
giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa
pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan.
Ketam tahu bangau itu penipu. Bangau mahu
makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit
leher bangau. Matilah bangau itu.
Pengajarannya, janganlah sekali-kali kita berbuat jahat.
Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan
buruk daripada Tuhan.

Sekian, terima kasih.


BELALANG DENGAN SEMUT

Belalang berkawan baik dengan semut. Mereka bermain bersama-sama.


Malah, makan pun bersama-sama. Pada suatu hari, semut mengajak belalang
mencari biji kacang. Belalang tidak mahu pergi. Belalang mahu tidur.
"Musim tengkujuh akan tiba. Kita mesti menyimpan banyak bekalan,"
kata semut. Tetapi belalang tidak mempedulikan cakap semut.
Setiap hari semut keluar mencari bekalan. Semut menyimpan makanan
itu. Semut menyimpannya di dalam lubang kayu. Akhirnya, tiba musim
tengkujuh.
Hujan turun dengan lebat. Hujan turun tidak berhenti-henti. Sudah tiga
hari hujan tidak berhenti. Paras air sungai makin naik. Akhirnya, berlaku banjir
Belalang berasa lapar. Tetapi belalang tidak mempunyai bekalan
makanan. Belalang pergi ke rumah semut. Belalang meminta makanan
daripada semut. Semut tidak mahu memberikan makanan kepada belalang.
Belalang merayu kepada semut. Semut marah kepada belalang. Semut
menyuruh belalang pulang dan tidur. Belalang berasa malu kepada semut.
Belalang sangat menyesal. Semenjak hari itu, belalang tidak mahu menjadi
pemalas lagi.
Pengajarannya, orang yang rajin berusaha tentulah akan hidup bahagia.
Manakala orang yang malas berusaha pula tidak akan dapat menikmati
kesenangan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai