Anda di halaman 1dari 8

ANTOLOGI BAIK BUDI, INDAH BAHASA TINGKATAN 2

Cerpen : Banjir di Mata Emak karya Che Soo Ismail

1. Sinopsis

Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah
tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat
panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya)
bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda
kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana"
(saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang
Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang
melanda kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar,
talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa
henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab.
"Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua
nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-
jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke
pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah.
Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah
pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan
perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan
"saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang
tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan
suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu
terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui
anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat Mak Piah di
dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa
makanan. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah
memberitahu "saya" bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala
Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah tentang sebab
dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia
tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang
kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air.
"Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah
memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak
dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil
tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak
melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah
mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti
sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah
lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat,
"saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
"saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak
Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa
hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal.
Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana
telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat
gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan
apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana
emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati
emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan
namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya
selama ini.

2. Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui
anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk
pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan
suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian.
"Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan
"saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang
menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran
Mak Piah membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang
menjenguknya.

(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa
seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah
kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.


Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap
memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.

(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.


Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka
telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.


Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
Mereka membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak
mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga
mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri.

(e) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-
sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga
banjir surut.

4. Plot Binaan

4.1 Plot
(a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah
menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak
Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa
orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini
demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan
dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

(b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi
tidak berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana
Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja.
"Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah
memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke
paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini
menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan
keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya"
mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang
ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di
hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman
daripada anak perempuannya, Nana.

(c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang
demam panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak
Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan
rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah
masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya"
mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal
kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak
mereka meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak
membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah
jenazahnya ditemui jirannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Orang jual ikan dah tiga hari tak
datang. Mamak jual roti pun tak boleh
masuk kampung. Mak tak ada makanan.
Banjir dah sampaii ke paras dada ..." [hlm.
51]

(b) Pemerian. • Suara tua yang tadinya berbicara tanpa


memberi saya walau sedikit kesempatan
untuk menerangkan bahawa saya
bukanlah Nana, kembali menujah-nujah
telinga. Saya capai telefon, mencari di
menu panggilan keluar. Saya tekan
butang panggilan ke nombor itu sekali
lagi. [hlm. 52]
c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca
tertanya-tanya pemilik suara tua yang
sedang bercakap dengan watak "saya"
melalui telefon.

Contohnya, • Dia memanggil saya dengan


nama yang tidak tercatat pada kad
pengenalan, tidak juga nama timangan
sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara
tua yang rusuh di hujung talian sana?
Seperti saya yang terburu-buru mendail
nombor rumah teman yang baru
diberikan pagi tadi, suara tua itu juga
pantas mengatur kata, selaju jejari saya
salah menekan nombor rumahnya.
Selepas menyampaikan kisah yang
sesetengahnya tidak saya fahami, suara
tua itu menamatkan pengisahan dengan
penghargaan dan pesanan. [hlm. 51]

5.     Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah
serta tempat berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan


telefon ke rumah Mak Piah.
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang
tinggal keseorangan.
(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

5.2 Latar Masa


 (a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat
hari empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan
makanan kerana banjir yang melanda
kampung Mak Piah sudah sampai ke paras
dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama
lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika membersihkan
rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian banjir
melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan
nombor telefon rumah temannya, iaitu
Ameera pada waktu pagi.

5.3 Latar Masyarakat    


(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah
merupakan masyarakat yang tinggal di
kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat
mengambil berat tentang keadaan Mak
Piah yang tinggal keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak Contohnya, Nana dan Nubhan
bertanggungjawab. membiarkan emak mereka hidup
keseorangan di rumah usang tanpa
bertanya khabar atau menjenguknya
walaupun Nubhan tinggal berdekatan
dengan rumah emaknya.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih Contohnya, Mak Piah masih mengingati
sayang. dan sangat merindui anaknya, Nana
serta mengharapkan Nana sekeluarga
berada dalam keadaan baik..
(f) Masyarakat yang terlalu merindui Contohnya, watak "saya" sangat
ibunya. merindui emaknya yang telah meninggal
dunia dan dia begitu teruja untuk
berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal
keseorangan itu.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah Contohnya, Mak Piah masih menunaikan
agama. solat walaupun keadaannya sudah tua
dan rumahnya dilanda banjir.

6.    Watak dan Perwatakan

6.1 "Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak
Piah.

6.2 Mak Piah


(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

7.    Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


(a) Pengarang menggunakan Contohnya, • "Dah tu, macam mana?"
ayat pendek. • "Mak takut ular."
• "Mari kita makan! "
(b) ayat panjang. • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara
itu putus dalam hujan yang sudah empat hari em pat
malam lebat dan renyai menyilih ganti. [hlm. 52]
(c) Penggunaan bahasa Contohnya, • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •
Arab. Alhamduldlah • insya-Allah • jenazah • Arwah
(d) Metafora Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua,
tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan.
[hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan
fikir [hlm.551]
( e ) Personifikasi Contohnya, • ... banjir kali ini telah menelan dua
nyawa. [hlm. 521 • Getar suaranya menggegarkan
perasaan. [him. 52]
• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]
( f ) Peribahasa Contohnya, • isihati

( g ) Sinkope Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.


Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung.
Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk
langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm.
51] •
( h )Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar
lagi? Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon
"anak" ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar
kami? Atau sememangnya dia keliru, antara
pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang
dikenakan bayaran? [him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

8.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh


( a) Kasih Kita mestilah menghargai Walaupun anak-anak Mak Piah
sayang kasih sayang ibu bapa tidak mengambil berat tentang
terhadap anak-anak mereka. kehidupannya di kampung,
Mak Piah masih mengingati
dan menyayangi anak-anaknya.
(b) Kita hendaklah mengamalkan "Saya" sanggup mengharungi
Keprihatinan. sikap perikemanusiaan dan banjir untuk melihat keadaan
tolong-menolong sesama hidup Mak Piah yang tinggal
manusia. seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan
dengan membantu golongan makanan untuk Mak Piah yang
warga emas. telah terputus bekalan
makanan akibat kejadian
banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati "saya" berasa simpati dengan
kepada golongan yang susah. keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan serta keadaan
Mak Piah yang terlalu merindui
anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai