Anda di halaman 1dari 12

TINGKATAN 1

MODUL 6
B. MELAYU

Salam perjuangan adik-adik. Kita telah bersama melafazkan perjanjian untuk membuat ‘PURATCHI’
(perubahan) dalam akademik kita. Jangan mudah mengalah kepada cabaran. Kita bersama anda.
Ayuh kita mengorak langkah…

KARANGAN LAPORAN

1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan, kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang
munasabah atau lojik.
4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan,
perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah
ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
6. Untuk laporan lawatan pula, tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan
terhadap pembelajaran.
7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.
9. FORMAT LAPORAN :

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau
ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup

Pengakuan : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir


pelapor

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan


pelapor

Tandatangan : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor


pelapor

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas


tandatangan

Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda
koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang
diwakili
KARANGAN CONTOH

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982. Anggota-anggota


persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat
hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian
pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan
ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun


1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialah…Peraduan Menulis Esei Tentang
Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam
Mawar.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik. Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami
memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan
menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman


Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan
Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami


jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Rosmini Jaafar
yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Januari 1996

Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.
LATIHAN NAHU 1

Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah turut serta dalam program gotong – royong
membersihkan kawasan sekolah. Sebagai setiausaha persatuan, kamu telah diminta
menulis laporan program tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan :-
Tajuk laporan – laporan Program Gotong – royong – Pasukan Unit Beruniform Sekolah
Menengah kebangsaan Convent, Ipoh.

Isi – Isi Penting :-


Tujuan utama program gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan dan
menceriakan kawasan sekolah.

Program ini mendapat kerjasama semua pihak khususnya persatuan ibu bapa dan guru.

Tuan Pengetua memuji langkah yang diambil oleh anggota pasukan unit beruniform bagi
meningkatkan keceriaan sekolah.

Semua anggota unit beruniform dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Semua anggota unit beruniform bekerja dalam suasana yang riang dan saling bekerjasama.

Penutup :-
Program gotong-royong ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

LATIHAN NAHU 2

Persatuan kerjaya sekolah anda telah mengadakan Hari Kerjaya, Selaku setiausaha, anda
diminta menyediakan laporan Hari Kerjaya berkenaan. Tulis laporan anda dengan lengkap.

Pendahuluan :-
- Memberikan tajuk laporan – Laporan Hari Kerjaya
- Menyatakan tarikh dan masa – tempat diadakan – objektif Hari Kerjaya.

Isi – Isi Penting :-


- Dua puluh orang ahli jawatankuasa terlibat – persiapan tempat pameran - jawatankuasa
jamuan
- Aktiviti – pameran kerjaya – PDRM, angkatan tentera, Jabatan kesihatan – ceramah
- Pertandingan – menulis esei, melukis poster
- Penyampaian hadiah – Pegawai Pelajaran Daerah

Penutup :-
- Perjalanan Hari Kerjaya – lancer – objektif tercapai
- Catatkan nama dan jawatan pelapor, tarikh
KEMAHIRAN BAHASA KESALAHAN EJAAN @ SIRI 3

KOLEKSI SOALAN – SOALAN TAHUN LEPAS PT 3 [ 2014]


TINGKATAN 1
MODUL 7
B. MELAYU

KEMAHIRAN BAHASA SINTAKSIS

POLA AYAT
KESALAHAN EJAAN – PELARASAN
VOKAL

A) FN + FN
- Ayat yang subjek dan predikatnya terdiri daripada frasa nama.
Ayat Contoh :-
- Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan.
- Buku tebal itu buku kesayangan saya.
- Dia pengetua baru di sekolah itu.

B) FN + FK
- Subjek terdiri daripada kata nama dan predikat terdiri daripada kata kerja
- boleh disertai dengan kata bantu. :- masih, belum, sedang, telah, pernah, mesti
Ayat Contoh :-
- Adik sedang menangis.
- Arif belum makan dari semalam.
- Saya belajar di SMK Maju Jaya

C) FN + FA
- subjeknya terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya terdiri daripada
Frasa adjektif.
- boleh disertai dengan kata penguat :- amat, sangat, nian, sungguh
Ayat Contoh :-
- Buah tarap ini sangat manis
- Rumah itu besar.
- Latihan tatabahasa pada kali ini agak senang.

D) FN + FS
- subjeknya frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
- terbentuk daripada kata sendi nama seperti di, ke, dalam, dari dan kepada.
Ayat Contoh :-
- Surat ini daripada peguam ayah.
- Bekalan ini untuk adik saya
- Pokok Rambutan itu di belakang rumah saya.
LATIHAN NAHU 1

Tulis pola ayat yang betul bagi setiap ayat di bawah.

1. Pemuda itu sedang menari.

2. Encik Zahid seorang jurutera.

3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami.

4. Rumah saya di Taman Johor Jaya.

5. Kakak saya sedang membaca buku.

6. Kasut Ali sudah buruk.

7. Penyanyi itu jiran saya.

8. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap.

9. Emak sedang menanak nasi di dapur .

10. Pokok itu pokok rambutan.

11. Dewan sekolah saya sangat besar.

12. Baju saya berwarna merah hati.

13. Tulisan Nabil sangat kemas.

14. Rumah Ahsan rumah batu.

15. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang.

16. Bapa Naim seorang guru.

17. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual.

18. Pemain bola sedang berlatih di padang.

19. KumpulanAngsa Ganas amat spontan ketika berlawak.

20. Beg tangan Puan Jamilah dari luar negeri.

21. Kebun sayur Farid kebun warisan keluarganya.

22. Kereta mainan adik Shamil di bawah meja.


23. Semua buku latihan Izzati buku yang dibeli di koperasi.

24. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.

25. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik

26. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.

27. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.

28. Membaca merupakan amalan murni.

29. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009.

30. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.

31. Buah mangga ini masam.

32. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.

33. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.

34. Baju sutera itu untuk ibu.

35. Kuda putih itu berlari pantas .

36. Sekolah baharu itu sungguh cantik lanskapnya .

37. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia .

38. Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.

39. Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

40. Zainal insaf setelah peristiwa lemas di sungai.


KOMPONEN SASTERA SYAIR

SYAIR POHON BULUH


LATIHAN NAHU 1
LATIHAN NAHU 2
TINGKATAN 1
MODUL 8
B. MELAYU

KEMAHIRAN BAHASA KESALAHAN BAHASA (1)

KESALAHAN KATA BILANGAN

(A) kata bilangan ‘ber’ = 2X


 berpuluh tahun (X) berpuluh-puluh tahun ( √ )
 beribu penonton (X) beribu - ribu penonton / ribuan penonton ( √ )

(B) kata bilangan ‘ke’ = 2X  tidak perlu penjodoh bilangan


 kedua anaknya (X) kedua-dua anaknya / anaknya yang kedua (√ )
 ketiga-tiga ekor kucing itu (X) ketiga-tiga kucing itu (√ )

(C) kata bilangan = TIDAK perlu Kata Nama digandakan selepas KB


 semua murid-murid (X) semua murid ( √ ) / para pelajar (√)
* semua kanak-kanak ( √ )

(D) ramai (meriah/seronok) / banyak (bilangan/bukan suasana)


 Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( √ )
Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( X )
 Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √ )
 Aqil Hayy banyak peminat ( √ )

(E) belaka = TIDAK perlu Kata Adjektif digandakan


 Baju itu murah-murah belaka. (X) Baju itu murah belaka. ( √ )
 Mereka bijak-bijak belaka. (X) Mereka bijak belaka. ( √ )

(F) setengah = ½ / sesetengah = jumlah, sebilangan


 Setengah orang tidak suka akan durian. ( x )
Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( √ )
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( √ )
 Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( √ )

(G) beberapa = jumlah (+ penjodoh bilangan) / berapa = soalan


 Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( √ )
Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )
 Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )
Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( √ )
 Beberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( √ )

(H) pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah


 dua setengah kilogram ( X ) dua kilogram setengah ( √ )
 tiga setengah minit ( X ) tiga minit setengah ( √ )
KESALAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

(A) ayat pasif (kata ganti nama 1,2) TIADA oleh , di KGN 3 ada di ..……… oleh ………
 Roti itu dimakan oleh saya. (X) Roti itu saya makan. (√)
Roti itu kamu makan. (√
 Roti itu dimakan oleh mereka.( √ ) Roti itu mereka makan. (X)

(B) kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang
Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√ )
Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x )
2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )
Kami akan pergi esok. ( √ )
3. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( x )
4. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )
5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( x )

Anda mungkin juga menyukai