Anda di halaman 1dari 116

. BAB 8 .

TAMADUN ISLAM
DAN
. SUMBANGANNYA .
8.1:
Latar Belakang
Masyarakat Arab
Sebelum
Kedatangan Islam
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
 Petempatan dan cara hidup berbeza dari
segi pemerintahan, ekonomi dan sosial.
 Masyarakat Arab tinggal di kawasan
Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi
- padang pasir Syam di sebelah utara
- Laut Arab
- Teluk Parsi
- Laut Merah
 Terdapat beberapa wilayah seperti Hijaz,
Najd, Yaman, Hadramaut dan Oman.
 Di wilayah Hijaz, terdapat tiga ibu kota
penting iaitu Makkah, Madinah dan Taif.
 Ibu kota ini berkembang dari segi
pedagangan dan pertanian kerana
Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-6 M kedudukannya yang strategik.
 Masyarakat Arab selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300M mengalami
zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah.
 Kelemahan dari segi kehidupan sosial menyebabkan mereka tidak mewarisi ilmu dari
zaman sebelumnya sehingga mereka tidak mampu membina semula empangan tersebut.
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud
Apakah maksud jahil. Mereka tiada nabi dan tiada kitab suci sebagai panduan serta
jahiliah? menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai hidup Islam.
Zaman Jahiliah ini berakhir apabila tersebar agama Islam.

Empangan
Maarib di
Yaman
Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
Politik Mengamalkan Sistem Kabilah yang
Diketuai oleh seorang Syeikh
Hidup dalam Kelompok Kabilah Disukai oleh
 kabilah
Sebelum kedatangan Islam, Pandai
masyarakat Arab Jahiliah hidup dalam berpidato
kelompok kumpulan kabilah.
 Kumpulan kabilah tersebut ialah Berani
kaum Hadhari dan Kaum Badwi.
Matang
Kaum  Tinggal di kota
Hadhari  Menjalankan perniagaan
 Memiliki binatang ternakan
Kaum  Hidup secara nomad Sanggup mempertahankan puaknya
Badwi  Memelihara binatan ternakan
Sifat yang perlu ada pada seorang syeikh
Masyarakat Berkabilah Disatukan
dengan Semangat Assabiyah Masyarakat Arab
Jahiliah di Makkah
 Masyarakat ini bermegah dengan
kabilah masing-masing.  Di Makkah, kaum Arab Quraisy
 Mereka sering berperang untuk mentadbir dan memajukan
merebut kuasa, pengaruh dan harta. perdagangan.
 Makkah pernah diancam musuh.
Contohnya, Abrahah, pemerintah
Habsyah yang ingin
menghancurkan Kaabah.
 Pentadbiran di Makkah diuruskan
oleh jabatan yang mentadbir
beberapa bidang tugas tertentu
Ilustrasi menunjukkan kehidupan berpuak-puak
seperti Darun-Nadwah.
berdasarkan kabilah masing-masing

6
Ekonomi
 Kegiatan utama masyarakat Jahiliah ialah bidang pertanian dan perdagangan.
 Kegiatan ekonomi berbeza mengikut negeri dan kawasan di Tanah Arab.

Kegiatan Pertanian

Di Semenanjung Tanah Arab, tanahnya kurang subur untuk pertanian.


Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian seperti yang berikut ada djalankan.
Jenis Pertanian Tempat
Gandum dan kopi (amat bergantung kepada hujan) Yaman
Sekoi dan padi Oman
Kemenyan (tanaman berharga) Hadramaut dan Mahra

7
Kegiatan Perdagangan
Masyarakat Yaman
 memasarkan hasil dagangan
Kaum Hadhari keluar berdagang secara kafilah.
 dari Hadramaut dan India serta
Kaum Badwi mengamalkan sistem tukar barang.
membawanya ke Syam dan
- Menukarkan hasil ternakan dengan keperluan
Mesir pada peringkat awal.
seperti kurma dan pakaian.
 Pada abad ke-6 M, masyarakat Hijaz menjadikan
Makkah sebagai pusat perdagangan yang
baharu.
 Masyarakat Hijaz membeli barang dan Yaman
dan Habsyah dan menjual barang tersebut ke
Mesir dan Syam.
 Laluan Sutera, iaitu laluan perdagangan
merentasi benua telah menghubungkan
pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
 Masyarakat Arab Jahiliah mementingkan
8 keuntungan semata-mata dan mengamalkan riba
Kegiatan Penternakan
 Kaum Badwi menternak secara nomad untuk mencari rumput dan air bagi
binatang ternakan seperti unta kambing dan biri-biri.
 Mereka mengamalkan sistem tukar barang – menukar hasil ternakan atau
binatang ternakan dengan barang keperluan seperti pakaian dan kurma

9
Sosial

Agama dan Kepercayaan Agama Wathani


 Menyembah berhala termasuk al-Latta, al-Uzza,
al-Manat dan Hubal
Agama Nasrani  Terdapat 360 berhala di sekeliling Kaabah
 Dianuti oleh Bani Israel
 Penduduk Ghassan dan Agama Majusi Animisme
Hirah mengembangkan  Menyembah api  Percaya kepada
agama ini di utara  Agama ini berasal roh dan kuasa
Semenanjung Tanah Arab daripada Parsi ghaib
 Penganutnya tinggal
Agama Yahudi di kawasan yang Hunafa’
 Dianuti oleh Bani Israel dipengaruhi oleh  Ajaran yang
 Mereka menetap di Utara Parsi seperti Oman, dibawa oleh
Semenanjung Tanah Arab Yaman dan Bahrain Nabi Ibrahim AS
10
Menilik nasib
 Menilik nasib untuk Kedudukan wanita
meramal masa  Memandang rendah terhadap kaum wanita
depan  Memberi lebih penghormatan kepada kaum lelaki
 Memerhati keadaan
sekeliling untuk
menentukan nasib
Sihir
buruk atau baik Adat dan  Mempercayai
sebelum melakukan Kehidupan Seharian sihir dan
sesuatu perjalanan
atau pekerjaan. Masyarakat Jahiliah kuasa azimat

Moral
Hamba
 Hidup dalam kemaksiatan
 Dipandang hina
seperti berjudi, berzina, minum
 Status terendah dalam masyarakat
arak dan bersifat angkuh.
Sikap positif masyarakat Jahiliah
 Memuliakan tetamu
 Menepati janji
 Menghormati tuan rumah
 Menjaga kehormatan diri
 Menghadapi kesukaran dengan kegigihan
Contoh: Masyarakat Arab Jahiliah amat
- Mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk menghormati tetamu
tetamu, golongan lemah dan miskin
- Membantu pengembara yang sesat dengan
memasang api di tempat tinggi
- Bertanggungjawab melindungi orang yang
meminta pertolongan
 Pandai bersyair, bersajak dan berpidato
- Karya bermutu
- Dibaca dalam temasya tahunan di Pasar Ukaz
Masyarakat Arab Jahiliah pandai
-Digantung di Kaabah
bersyair, bersajak dan berpidato
LATIHAN

BERFORMAT
PT3
4.

14
6.
5.

15
7. 8.

16
9.

10.

17
Konsep jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala bermaksud jahil. Mereka
tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk serta menolak undang-undang Allah

Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah ialah Wathani iaitu menyembah berhala.
Selain itu terdapat agama majusi (menyembah api). Juga agama Yahudi, Nasrani, Hunafa
dan animisme

18
Soalan C dan D
Kesan terhadap masyarakat Arab yang mengamalkan amalan jahiliah ialah negara akan
kucar-kacir serta menjejaskan keamanan negara. Setiap kaum akan terlalu taksub kepada

Kaum masing-masing. Tiada perpaduan dalam masyrakat. Munculnya semangat assabiah

Antara langkah yang boleh diambil untuk membasmi sifat jahiliah dalam masyarakat
moden hari ini ialah sistem pendidikan mesti mementingkan ajaran agama/moral. Kerajaan

perlu memastikan institusi keluarga kukuh. Ibu bapa harus memberi pendidikan agama
kepada anak-anak. Semua pihak perlu berganding bahu mendidik generai
muda ke arah kebaikan. Media massa juga memainkan peranan mendidik
generai muda. Kerajaan perlu mengawal program hiburan agar tidak
merosakkan generasi muda.

19
Jahala bermaksud jahil. Tidak mempunyai nabi, kitab suci sebagai petunjuk serta mereka
menolak undang-undang Allah dan menolak nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup.

Kriteria perlantikan syeikh ialah mesti disukai ahli kabilah. Selain itu mestilah matang,
seorang yang berani serta sanggup mempertahankan puaknya juga pandai berpidato

Soalan C
20
Pengamalan semangat assabiyah tidak digalakkan masa kini kerana ia bermegah dengan
keturunan masing-masing. Juga boleh menyebabkan berlaku perebutan pengaruh, kuasa
dan harta yang akan membawa kepada berlakunya peperangan.

21
8.2:
Kemunculan dan
Perkembangan
Tamadun Islam
Ketika Nabi Muhammad SAW
Latar Belakang Nabi Muhammad SAW
di . dalam kandungan ibunya
 Nabi Muhammad SAW dilahirkan daripada .
keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy Bapa baginda meninggal dunia
pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan
20 April 570M. Ketika baginda berusia enam tahun
  Ibu baginda meninggal dunia
Kelahiran baginda telah membawa rahmat kepada
 Dipelihara oleh datuk baginda,
seluruh alam kerana mengubah masyarakat Arab
dari segi akidah, syariah dan akhlak. Abdul Muttalib
 Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib Ketika baginda berusia lapan tahun
dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.  Datuk baginda meninggal
 Bapa baginda peniaga yang sering berulang-alik dunia
dari Makkah ke Syam.  Dipelihara oleh bapa saudara
 Baginda pernah berniaga sehingga ke Syam dan di baginda, Abu Talib
sekitar kota Makkah.  Sifat baginda telah menimbulkan
 Baginda juga menjalankan perniagaan milik Siti rasa hormat Siti Khadijah kepada
Khadijah.  Baginda bersifat amanah dan berbudi baginda sehingga membawa
pekerti yang baik ketika berurus niaga kepada perkahwinan mereka.
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Agama Islam
 Nabi Muhammad SAW menerima wahyu
pertama, iaitu Surah al-Alaq (ayat 1-5) pada
Isnin 17 Ramadhan / 6 Ogos 610 M di Gua
Hira’. Surah ini bermula dengan perkataan ‘Iqra’
yang bermakna ‘bacalah’.
 Membaca dan menulis merupakan asas ilmu
pengetahuan untuk melahirkan sesebuah
tamadun. Melalui ilmu ini, Tamadun Islam
maju dan berkembang.
 Nabi Muhammad SAW menerima wahyu kedua,
Surah al-Mudassir (ayat 1-7) yang diturunkan Gua Hira’ terletak di Jabal Nur
untuk mengisytiharkan Nabi Muhammad SAW
sebagai pesuruh Allah untuk menyampaikan Wahyu – Firman atau
agama Islam kepada seluruh manusia. perintah Allah SWT
Dua Peringkat Dakwah Nabi Muhammad SAW

Secara rahsia Secara terang-terangan

Berlaku selama tiga tahun Dimulakan dengan kaum keluarga

Antara individu yang awal memeluk Islam: Mengadakan pertemuan di Bukit Safa
 Siti Khadijah
 Ali bin Abi Talib Baginda mendapat
 Zaid Harithah tentangan daripada bapa
 Abu Bakar al-Siddiq saudaranya, Abu Lahab

Dakwah Islam juga disebarkan melalui: Pada peringkat awal,


 Sahabat baginda mendapat tentangan orang
 Dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam Arab Quraisy
Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW
 Setelah dakwah dilakukan secara terang-terangan, baginda
menghadapi tentangan dan cabaran daripada masyarakat
Arab Quraisy yang enggan menerima Islam pada awalnya.
 Baginda menghadapi tentangan tersebut dengan tabah.
 Kemudian, baginda berhijrah ke Madinah untuk
menyebarkan agama Islam.
 Di Madinah, baginda telah merangka Piagam Madinah
bagi membentuk negara Islam yang maju di sana.
 Ilustrasi penyebaran risalah Islam
Islam dapat dibuktikan sebagai satu cara hidup yang
kepada ketua-ketua kerajaan
mencakupi semua aspek kehidupan melalui
sikap Nabi Muhammad SAW iaitu:  Islam berkembang dengan pesat di
- siddiq (benar). Semenanjung Tanah Arab dan luar Arab.
- amanah. Utusan dihantar ke Rom, Parsi, Mesir dan
- tabligh ( menyampaikan ajaran Islam). Habsyah untuk menyebarkan agama Islam.
- fatanah (bijaksana) Usaha penyebaran Islam dijalankan secara
diplomasi dalam dakwah.
Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin

 Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, penyebaran Islam diteruskan.


 Pemerintahan seterusnya adalah oleh para sahabat baginda.
 Pemerintahan ini dikenali sebagai Khulafa al-Rasyidin.
 Islam berkembang di Makkah, Madinah dan utara Semenanjung Tanah
Arab meliputi Iraq, Syam, dan Mesir pada zaman pemerintahan itu

1 3
Abu Bakar Al-Siddiq Uthman bin Affan
Zaman Khulafa
Al-Rasyidin 2 4
Umar bin al-Khattab Ali bin Abi Talib
Abu Bakar Al-Siddiq
 Mengetuai peperangan al-Riddah yang memerangi golongan
murtad (golongan yang keluar agama) yang enggan membayar
zakat.
 Tentera Islam menang dan semakin ramai yang memeluk Islam.
Umar bin al-Khattab
 Golongan peneroka dihantar untuk membuka wilayah baharu di utara
Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syam (Syria) dan Mesir.
Zaman  Wilayah Islam yang luas dibahagikan kepada beberapa bahagian
untuk memudahkan pentadbiran.
Khulafa
Al- Uthman bin Affan
Rasyidin  Mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi Parsi dan beberapa
bahagian Byzantium.
 Melantik gabenor sebagai ketua pentadbiran di wilayah semakin luas.

Ali bin Abi Talib


 Agama Islam semakin mantap dan wilayah-wilayah Islam bertambah
luas dan makmur.
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan-kerajaan Islam

 Perkembangan Islam semakin ketara pada zaman ini selepas pentadbiran


diteruskan oleh kerajaan yang berpusat di Damsyik (661M – 750M) dan
Kerajaan kerajaan yang berpusat di Cordoba, Sepanyol (756M – 1031M).
Bani  Islam bertapak di India, Afrika Utara, Eropah dan Asia Tengah,
Umaiyah contohnya di Bukhara, Khawarizmi dan Samarqand.
 Andalusia, Sepanyol menjadi pintu masuk ke Eropah
 Utusan persahabatan tiba di China

 Berpusat di Baghdad.
 Memerintah selama lima abad (750M – 1258M).
 Berlaku perkembangan ilmu pengetahuan yang Kerajaan Bani
pesat sehingga berkembang ke Eropah. Abbasiyah
 Islam berkembang ke Samaniyah di
Transoxania hingga ke barat India
 Berpusat di Anatolia.
Kerajaan  Islam sampai ke rantau Balkan, Eropah Timur,
Turki Sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam.
Uthmaniyah  Pengaruh Turki Uthmaniyah sampai ke Alam Melayu.

Peta perluasan dakwah


Islam pada zaman
Khulafa al-Rasyidin
dan kerajaan Islam
Faktor Penyebaran Islam

Kesyumulan Islam
 Islam membentuk masyarakat yang maju dan Prinsip Keterbukaan
seimbang rohani serta jasmani.  Islam diterima umum
 Islam tidak menolak kemajuan dunia seperti kerana prinsip keterbukaan
pembandaran dan pembangunan ekonomi. dan toleransi.
 Didikan akhlak ditekankan seiring dengan
kemajuan tersebut.

Prinsip kesamaan
 Pengamalan prinsip
Dakwah kesaksamaan dan keadilan.
 Dakwah secara toleransi dan  Kepelbagaian bangsa dan
bijaksana dapat menarik perhatian bahasa di dunia membentuk
masyarakat lain. ummah yang bersaudara.
Hubungan diplomatik
 Kerajaan Islam menjalinkan Perdagangan
hubungan dengan negara  Hubungan baik antara
lain, seperti negara Eropah pedagang Arab dengan
yang seterusnya menarik pedagang luar seperti di Asia
minat mereka untuk dan Afrika menyebabkan
mengikuti perkembangan Islam mudah diterima oleh
Islam. mereka.

Pembukaan wilayah baharu


 Sejak zaman Khulafa Al-Rasyidin, Islam
tersebar setelah berlakunya pembukaan
wilayah baharu seperti di Iraq, Syam
(Syria) dan Mesir
LATIHAN

BERFORMAT
PT3
1.
3.

2.

34
4.
6.

5.

35
7.
8.

36
9.
10.

37
11. 12.

38
a) Bilakah wahyu pertama diturunkan kepada
Gambar di bawah menunjukan Gua Hira’ Nabi Muhammad SAW?
yang merupakan tempat Nabi Muhammad Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi
SAW beribadat kepada Allah. Muhammad SAW ialah pada Isnin
----------------------------------------------------
17 Ramadan/6 Ogos 610 Masihi
----------------------------------------------------
---------------------------------------------------
b) Apakah surah pertama yang diturunkan
Allah kepada Nabi Muhammad SAW?

Surah pertama yang diturunkan Allah


kepada Nabi Muhammad SAW ialah
----------------------------------------------------
Surah al-Alaq (ayat 1-5)
----------------------------------------------------

39
----------------------------------------------------
c) Nyatakan kandungan surah tersebut?

Kandungan surah tersebut ialah membaca dan menulis merupakan asas ilmu
pengetahuan
untuk melahirkan sesebuah tamadun.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

d) Jelaskan kesan penurunan wahyu kedua.

Kesan penurunan wahyu kedua ialah Nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah
Islamiah secara terbuka kepada seluruh orang Arab Quraisy Makkah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

40
Dakwah secara rahsia berlaku selama
tiga tahun. Siti Khadijah, Ali bin Abi
Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar
Al-Siddiq merupakan individu awal yang
memeluk Islam. Pada peringkat ini,
dakwah disebarkan melalui sahabat baginda
dan di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam

Pada peringkat ini, Nabi Muhammad SAW


melakukan dakwah secara terang-terangan
kepada keluarganya dengan mengadakan
pertemuan di Bukit Safa. Namun baginda
mendapat tentangan daripada bapa saudara,
iaitu Abu Lahab
41
42
43
(a) Jelaskan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu. [4 markah]
Nabi Muhammad SAW dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy
pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570M. Bapa baginda ialah
Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab. Bapa
baginda peniaga yang sering berulang-alik dari Makkah ke Syam. Bapa baginda
meninggal dunia ketika Nabi Muhammad SAW di dalam kandungan ibunya. Ketika
baginda berusia enam tahun ,Ibu baginda meninggal dunia. Dipelihara oleh datuk
baginda, Abdul Muttalib. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda meninggal
dunia . Dipelihara oleh bapa saudara baginda, Abu Talib. Pernah berniaga sehingga ke
Syam dan sekitar kota Makkah. Baginda juga menjalankan perniagaan milik Siti
Khadijah. Sifat amanah dan budi pekerti baginda telah menimbulkan rasa hormat Siti

44
Khadijah kepada baginda sehingga membawa kepada perkahwinan mereka.
(b) Terangkan peringkat dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. [8 markah]

Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu peringkat
secara rahsia dan secara terang-terangan. Peringkat secara rahsia berlaku selama tiga tahun
. Antara individu yang awal memeluk Islam ialah Siti Khadijah ,Ali bin Abi Talib, Zaid
Harithah danAbu Bakar al-Siddiq. Dakwah Islam juga disebarkan melalui sahabat
baginda juga dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam
Peringkat secara terang-terangan dimulakan dengan kaum keluarga. Mengadakan
pertemuan di Bukit Safa. Baginda mendapat tentangan daripada bapa saudaranya, Abu
Lahab. Pada peringkat awal, mendapat tentangan orang Arab Quraisy

45
(c) Apakah nilai-nilai murni yang boleh kita contohi daripada perjuangan Nabi Muhammad
SAW?
Berikan perjelasan anda. [8
markah]
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

i. Siddiq (berkata benar)


ii. Amanah
iii. Tabligh (menyampaikan ajaran Islam)
iv. Fatanah (bijaksana)
v. Berdiplomasi
vi. Tidak memaksa
vii. Berwibawa
46
8.3:
Ketokohan Nabi
Muhammad SAW
sebagai Pemimpin
Pemimpin Tempatan
 Merangka perlembangan Islam atau Piagam
Madinah.
1  Menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
 Orang bukan Islam diberikan kebebasan dan boleh
Pemimpin mengamalkan agama dan adat masing-masing.
 Mempersaudarakan masyarakat Islam dan
Negara menyatukan
Pemimpin orang Islam dengan bukan Islam.
Antarabangsa
 Menghantar perwakilan atau dakwah ke luar negara
seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.

Glosari
Al-Quran : kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Nabi Muhammad SAW untuk panduan hidup manusia.
Hadis : perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW
yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya.
Rasulullah : Utusan Allah atau Pesuruh Allah.
 Di Makkah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek
akhlak, akidah dan syariah.
 Di Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan
2 konsep syura, iaitu keadilan, persamaan dan kebebasan
melalui Piagam Madinah.
Pemimpin  Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.
 Baginda berusaha menjadikan Islam dianggap sebagai
Masyarakat satu cara hidup dengan mempraktikkan nilai toleransi,
hormat-menghormati serta keadilan dalam masyarakat.

Glosari
Syura : Mesyuarat
3 Perdagangan dan Hubungan Luar
 Baginda menggalakkan hubungan ekonomi antara
Pembangunan 
negara Islam Madinah dengan kawasan lain.
Kedudukan Madinah yang strategik, iaitu terletak di
Ekonomi laluan di antara Yaman dan Syam menjadikan aktiviti
perdagangan bertambah maju.
Perniagaan dan Pertanian
 Baginda menggalakkan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam
perniagaan dan pertanian.
 Mengamalkan prinsip ekonomi Islam seperti mencari rezeki halal.
Pengurusan Tanah
 Baginda menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar
serta menebus semula tanah yang tergadai kepada Kaum
Yahudi.
Pembangunan Pasar Suq al-Ansar
 Baginda mengesyorkan Abdul Rahman bin Auf membangunkan
sebuah tempat berjual beli dan membangunkan ekonomi umat Islam.
 Pasar Suq al-Ansar berjaya membangunkan ekonomi umat.
 Nabi Muhammad SAW seorang pemimpin tentera yang
berjaya dengan konsep jihad.

4  Konsep jihad ialah:


- perjuangan menegakkan agama Islam.
Pemimpin - mempertahankan bangsa dan tanah air.
- kesungguhan dan berdedikasi dalam melaksanakan
Tentera - sesuatu usaha seperti menuntut ilmu,
- mempertahankan maruah diri serta kesucian agama Islam.

 Peperangan tidak diizinkan dalam Islam kecuali setelah orang Islam diancam dan
untuk mempertahankan umat, agama dan negara.
 Nabi Muhammad SAW mengetuai siri peperangan menentang musuh Islam seperti
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
 Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan
serta tanam-tanaman.
 Baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang mulia ketika berperang.
Rajah sebelah menunjukkan
strategi bertahan dengan menggali
parit seperti dalam peperangan
Khandak
 Nabi Muhammad SAW
berjaya membuka semula kota
Makkah dengan strategi yang
berkesan.
 Pembukaan kota ini dipimpin
oleh pasukan Nabi Muhammad
SAW, Khalid al Walid, Zubair
bin Awwam , Qais bin Saad
bin Ubaidah, Zubair bin
Awwam dan Abu Ubaidah bin
Jarrah.
 Akhirnya, umat Islam berjaya
menguasai Kota Makkah.
 Makkah terus berkembang
maju dan menjadi kota suci
umat Islam sehingga kini.
Strategi pembukaan semula Kota Makkah
LATIHAN

BERFORMAT
PT3
2.
1.

55
3.
5.

4.

56
6. 7.

57
Pemimpin negara peringkat tempatan

Pemimpin negara peringkat


antarabangsa

Pemimpin masyarakat

Pembangun ekonomi

58
2. Andaikan anda seorang pemimpin, nyatakan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang
dapat dicontohi bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran negara pada masa hadapan.

Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

i. Amanah dalam menjalankan tugas


ii. Mengutamakan kebajikan masyarakat
iii. Diperayai dan tidak berbohong
iv. Bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan

59
60
a) Jelaskan peranan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara.
Sebagai pemimpin negara, Nabi Muhammad SAW berjaya merangka perlembangan Islam
atau Piagam Madinah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Dalam Piagam
tersebut, orang bukan Islam diberikan kebebasan dan boleh mengamalkan agama dan adat
masing-masing. Mempersaudarakan masyarakat Islam dan menyatukan orang Islam
dengan bukan Islam. Baginda juga Berjaya menghantar perwakilan atau dakwah ke luar
negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.

b) Apakah bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin masyarakat
Bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin masyarakat ialah
sebelum berhijrah ke Madinah, baginda menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah.
Selepas berhijrah baginda menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan,
persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah. Baginda menyatukan kaum
Muhajirin dan Ansar dan berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan
menerapkan nilai toleransi, hormat menghormati dan mengutamkan keadilan dalam
kalangan masyarakat
61
c) Apakah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi membangunkan ekonomi Islam

Pelbagai usaha dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW untuk membangunkan


ekonomi Islam. Dalam perdagangan dan hubungan luar,baginda menggalakkan hubungan
ekonomi antara negara Islam Madinah dengan kawasan lain.Kedudukan Madinah yang
strategik, iaitu terletak di laluan di antara Yaman dan Syam menjadikan aktiviti
perdagangan bertambah maju.
Dalam perniagaan dan pertanian, baginda menggalakkan masyarakat bekerja keras
dan aktif dalam perniagaan dan pertanian.Mengamalkan prinsip ekonomi Islam seperti
mencari rezeki halal.
Sementara dalam pengurusan tanah, baginda menggalakkan pembangunan semula
tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai kepada Kaum. Selain itu baginda
membangunan Pasar Suq al-Ansar.
Baginda mengesyorkan Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat
berjual beli dan membangunkan ekonomi umat Islam.Pasar Suq al-Ansar berjaya
membangunkan ekonomi umat.

62
d) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang berjaya.
Ulaskan.
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

i. Berdasarkan konsep jihad


ii. Baginda memgetuai peperangan menentang musuh
iii. Baginda mengatur strategi yang berkesan semasa ingin mendapatkan semula kota
Makkah

63
8.4:
Sumbangan Tamadun
Islam kepada Dunia
Apakah sumbangan  Tamadun Islam yang menekankan
Tamadun Islam keseimbangan kemajuan kebendaan
kepada Dunia? dan kerohanian memberikan
sumbangan yang besar terhadap
tamadun dunia.
 Sumbangan tamadun ini mencakupi
aspek pembangunan fizikal dan
insaniah sehingga kini sama ada dari
segi politik, ekonomi mahupun sosial.
 Islam mementingkan corak hidup yang sejahtera dan makmur.
 Islam juga mementingkan konsep ummah, sistem syura,
Aspek Politik pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan dan
kehidupan bernegara.

Kehidupan Bernegara
 Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
 Baginda bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat
melalui Piagam Madinah.
 Khalifah berperanan menegakkan Islam dan mentadbir mengikut hukum syariah
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
 Wujud kerjasama antarabangsa untuk tujuan dakwah dan silaturahim.
 Imej negara meningkat melalui penerokaan wilayah baharu.
Pemerintahan dan Cara Hidup Berteraskan Keadilan

 Menekankan pemerintahan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira


perbezaan agama dan keturunan.
 Keadilan dan toleransi antara kaum membawa kedamaian kepada negara

Konsep Ummah

 Konsep masyarakat sebagai ummah.


 Penyatuan masyarakat tanpa mengira agama dan
keturunan.
 Semua anggota masyarakat bertanggungjawab untuk
bekerjasama memajukan negara.
Sistem Syura

 Amalan kepimpinan
Islam sejak zaman Nabi
Muhammad SAW.
 Syura diamalkan untuk
mencapai keputusan
secara muafakat.
 Keputusan dicapai
Kerjasama antarangsa dalam melaksanakan
melalui suara terbanyak. tanggungjawab dakwah dan pengurusan hal ehwal
Islam kepada umat Islam seluruh dunia.

Glosari
Ummah : Seluruh umat Islam
Syariah : Hukum Islam
Tamadun Islam memberikan sumbangan kepada ekonomi.
Islam memperkenalkan amalan ekonomi Islam, Baitumal
Aspek Ekonomi dan menggalakkan aktiviti perniagaan dan perdagangan serta
memperluas pembinaan empangan dan kemudahan asas.

Amalan ekonomi Islam


Untuk pembangunan Sistem mata wang perak
adalah untuk mendidik
umat Islam, sistem dan dirham diadakan untuk
jiwa manusia agar
zakat dan sistem menjalankan aktiviti yang
berdisiplin, amanah
wakaf ditubuhkan. berkaitan dengan ekonomi
dan berjiwa bersih.

Memberi kebebasan umatnya


Menggalakkan
menjalankan perdagangan Menggalakkan umatnya
umatnya
selagi mengikut hukum menghulurkan bantuan
mengamalkan sikap
syarak seperti mengeluarkan dan bersedekah.
jimat cermat.
zakat dan menjaga kebajikan
masyarakat.
Menggalakkan manusia Menegah penindasan dan Melarang amalan
menghasilkan produk yang penipuan dalam perniagaan riba kerana akan
bermutu dan melakukan seperti mengurangkan menghancurkan
penyelidikan dalam timbangan, boros, kedekut, konsep keadilan
membangunkan ekonomi. membazir, mengambil dalam masyarakat
keuntungan berlipat kali
ganda dan tidak amanah

 Melaksanakan sistem cukai.


 Sistem ini ialah bayaran dalam bentuk wang oleh sesebuah negara
dan kerajaan bagi syarikat atau individu.
 Tujuannya untuk membiayai kesemua keperluan negara atau kerajaan
 Sistem cukai yang dikenakan oleh negara Islam ialah:
- cukai tanah (al-Kharaj)
- cukai diri (Jizyah al-Ru’us)
- cukai perlindungan (suh al-Jizyah)
- cukai perdagangan (al-‘Usyr)
 Institusi Baitulmal berfungsi seperti perbendaharaan
Institusi Baitulmal negara yang menguruskan kewangan negara.
(Institusi Kewangan)  Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan oleh pemimpin Islam sehingga kini.

Sumber Baitulmal

Harta orang Islam


Harta daripada
yang tidak jelas Pelaburan dan saham peperangan
penggunaanya

 Sedekah Dijual kepada orang Islam  Jizyah


 Wakaf melalui institusi yang  Ghanimah
 Wasiat ditubuhkan oleh Baitulmal  Kharaj
Harta melalui
Harta warisan Harta negara
zakat masyarakat

 Harta yang tidak  Cukai


 Zakat fitrah
 berwaris perdagangan
Zakat harta
 Harta yang tidak  Sumber
 Zakat pertanian
 dihabiskan oleh kekayaan alam
Zakat penternakan
 waris  Cukai harta
Zakat emas dan perak
 Zakat barang  Harta tanpa waris
perdagangan
 Zakat wang simpanan
Memesatkan Gedung-gedung Perniagaan
 Aktiviti perdagangan masyarakat Islam
berkembang semasa kegemilangan tamadun Islam.
 Contohnya, kedatangan Islam di Sepanyol
menyebabkan terbinanya gedung-gedung
perniagaan yang menjalankan kegiatan
mengimport barang-barang dari seluruh dunia.
 Kepesatan dalam perniagaan membawa kepada
kemakmuran ekonomi.

Menyediakan Kemudahan Asas


 Orang Islam memperluas pembinaan sistem
saliran untuk meningkatkan hasil pertanian.
Contohnya, sistem pengairan di Naurah di Syria.
 Jambatan dan jalan raya yang lebih baik dibina
seperti di Sepanyol.
Aspek Sosial

Kedudukan dan maruah wanita


 Wanita diangkat martabatnya dan dimuliakan.
 Mereka berpeluang mendapatkan pendidikan dan
menghadiri majlis ilmu.
 Siti Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq merupakan
contoh wanita yang berilmu.
- Beliau menjadi periwayat hadis serta menjadi tempat
rujukan kaum wanita dan para sahabat bertanya
permasalahan tentang hukum agama.
 Shafiah bt. Abdul Muthalib telah keluar berperang
bersama-sama kaum wanita Madinah.
- Beliau membantu memberikan minuman dan merawat
tentera yang tercedera dalam Perang Uhud
Teknik Penyelidikan Saintifik

 Dalam Tamadun Islam, perkembangan penyelidikan


Teknik
membuat bidang sains dan teknologi membantu perkembangan
kertas industri pengeluaran barangan seperti industri kertas.
 Teknik membuat kertas yang digunakan adalah dengan
mencampirkan kain linen, pisang tali (hem) dan kapas.
 Industri kertas ini telah diperkenalkan di Itali, Perancis
dan negara Eropah yang lain.
 Penyelidikan dalam bidang pertanian telah membawa
kemajuan dalam Tamadun Islam seperti pengenalan
sistem pengairan, pemilihan benih dan baja yang
Teknik bermutu.
cantuman  Tamadun Islam telah memperkenalkan teknik cantuman
untuk menghasilkan pelbagai bunga dan buah.
 Penyelidikan saintifik juga terdapat dalam bidang
astronomi, fizik, perubatan dan kimia.
Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual
 Banyak pusat pendidikan pada pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah
seperti masjid, istana dan universiti.
 Banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti di Damsyik,
Kufah dan Basrah ketika zaman Bani Umaiyah.
 Istana khalifah dijadikan pusat kegiatan pendidikan, iaitu sebagai
tempat belajar dan perpustakaan.
Kegiatan  Universiti-universiti Islam di Cordoba dan Toledo, Spenyol dijadikan
keilmuan di
pusat intelektual. Para pengkaji atau pelajar dari pelbagai negara Eropah
Sepanyol
telah datang belajar di sini terutama dalam bidang sains dan falsafah.
 Hubungan antara orang Islam, Yahudi dan Kristian semasa Tamadun
Islam berkembang pesat di Sepanyol telah mewujudkan budaya ilmu
yang memberangsakan.
 Orang Krisitan di Sepanyol yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Arab digelar Musta’rab (yang menjadi Arab) atau Mozarab.
 Melalui golongan inilah Tamadun Islam dan Arab tersebar kepada
masyarakat Eropah, terutama dari segi hubungan sosial.
Kemunculan Ilmuan Islam

Jabir bin Hayyan (Geber) Bidang : Ilmu Sains dan Kimia

 Beliau menghasilkan 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia.


 Koleksi hasil penulisannya dikenali sebagai korpus Jabir.
 Kebanyakan hasil karyanya diterjemahkan ke bahasa Latin.

Ibn Sina (Avicenna) Bidang : Perubatan

 Tokoh perubatan dan ahli falsafah yang


masyhur dengan buku al-Qanun fi al-Tib.
 Albert the Great, ahli falsafah Barat, telah
dipengaruhi oleh karya Ibnu Sina.
Al Kindi Bidang : Falsafah

 Beliau menghasilkan lebih 270 karya yang meliputi pelbagai


bidang, seperti logik, muzik, dan perubatan.
 Idea al-Kindi mempengaruhi karya tokoh ilmuan dan pengkaji
Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes.

Al-Battani (Albategnius) Bidang : Astronomi dan


falak
 Beliau memperkenalkan Glosari
asas ilmu trigonometri. Falak : Kajian saintifik
 Beliau juga menulis buku mengenai planet, bulan,
astronomi dan mencipta bintang, matahari yang
terdapat dalam alam
alat ukuran masa.
semesta.
Al-Biruni Bidang : Geografi

 Bidang kartografi (peta) dan geografi


merupakan kajian utama Al-Biruni.
 Peta yang dicipta oleh beliau
digunakan semasa belayar oleh
kebanyakan orang Eropah. Rajah yang dihasilkan oleh
Al-Biruni berkaitan gerhana bulan.

Al-Khawarizmi Bidang : Matematik


 Al-Khawarizmi merupakan pengasas ilmu algebra.
 Kitabnya Hisab al-Jabr wa al Muqabalah telah
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
 Gerald of Cremona menterjemahkan ke bahasa Latin dan
karya ini dijadikan teks asas universiti-universiti di Barat.
Ibn Battuta Bidang : Pelayaran

 Ibn Battuta pernah belayar ke India dan Alam Melayu.

 Pelayar lain selepasnya menggunakan buku pelayaran beliau.

NILAI DAN IKTIBAR


Masyarakat zaman ini perlu menghargai sumbangan Tamadun Islam
yang bermanfaat dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
ilmu yang dikaji secara berterusan sehingga kini.
LATIHAN

BERFORMAT
PT3
1. 2.

82
3. 4.

83
5.
6.

84
Konsep sistem syura ialah pentadbiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersama.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---

Pada pendapat saya, sisten syura digunakan semasa perlantikan pemimpin zaman Khulafa
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
al-Rasyidin adalah untuk menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain itu ia menjamin pentadbiran lebih lancar serta menggalakkan pemerintah berusaha
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
menjadi pemimpin yang cemerlang. Juga melalui sistem syura dapat melantik
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pemerintah
yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
85 ----------
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah
1. Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli dalam setiap keputusan
2. Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak
3. Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat
sesuatu keputusan penting
4. Memupuk dan memperkukuhkan persepakatan
5. Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan

86
2. Sumbangan tamadun Islam telah mempengaruhi bidang ekonomi.
a) Apakah amalan bidang ekonomi yang ditekankan dalam Islam?
Amalan bidang ekonomi yang ditekankan dalam Islam ialah mengadakan sistem zakat dan
sistem wakaf. Juga mengadakan sistem mata wang dirham dan perak. Selain itu amalan
riba di larang. Disamping mencegah penindasan dan penipuan semasa berniaga. Serta
mencegah unsur boros, kedekut dan tidak menggalakkan pembaziran serta tidak
mengambil keuntungan berlipat kali ganda. Sebaliknya menitikberatkan nilai amanah.
Juga menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu serta melakukan
penyelidikan dalam membangunkan ekonomi. Tidak menyekat umatnya daripada
menjalankan perdagangan selagi mengikut hukum syarak seperti mengeluarkan zakat dan
menjaga kebajikan masyarakat. Menyeru menghulurkan bantuan dan bersedekah selain
mengamalkan sikap berjimat cermat.
b) Nyatakan dua sistem cukai yang dilaksanakan oleh negara Islam.

Cukai tanah (al-Kharaj) iii. Cukai diri (jizyah al-Ru’us)


i. ………………………………………….
Cukai perlindungan (suh al-Jizyah) iv. Cukai perdagangan (al-’Usyr)
ii. …………………………………………..
87 Soalan seterusnya
(c) Institusi baitulmal ditubuhkan untuk menguruskan kewangan atau perbendaharaan negara
Islam. Bagaimanakah institusi tersebut memperolehi sumber kewangan tersebut?

Harta orang Islam yang tidak jelas penggunaanya seperti sedekah , wakaf dan wasiat. Juga
harta melalui zakat masyarakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat pertanian, zakat
penternakan , zakat emas dan perak , zakat barang perdagangan dan zakat wang simpanan.
Selain itu dari pelaburan dan saham dijual kepada orang Islam melalui institusi yang
ditubuhkan oleh Baitulmal. Seterusnya harta negara contohnya cukai perdagangan, sumber
kekayaan alam , cukai harta dan harta tanpa waris. Di samping harta daripada peperangan
sperti jizyah, ghanimah dan kharaj

Soalan seterusnya
88
(d) Jelaskan kebaikan penerapan amalan ekonomi Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini

Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah


1. Mendidik jiwa manusia berdisiplin
2. Melahirkan masyarakat yang amanah dan berjiwa bersih
3. Dapat membangunkan umat Islam
4. Meningkatkan taraf hidup
5. Memajukan ekonomi negara
6. Mewujudkan keadilan dalam masyarakat
7. Menjamin kestabilan negara
8. Mewujudkan keharmonian dan keamanan
9. Mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri
10. Amalan rasuah dapat dibenteras
11. Negara selamat dan aman damai

89
Jawapan
90
(a) Jelaskan sumbangan tamadun Islam terhadap kehidupan bernegara. [4 markah]
Sumbangan tamadun Islam terhadap kehidupan bernegara ialah Nabi Muhammad SAW
sebagai ketua negara. Baginda bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan
masalah rakyat melalui Piagam Madinah. Wujud jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW. Khalifah berperanan menegakkan Islam dan mentadbir mengikut hukum
syariah Wujud kerjasama antarabangsa untuk tujuan dakwah dan silaturahim. Imej negara
meningkat melalui penerokaan wilayah baharu.
(b) Bagaimanakah saranan Islam terhadap amalan ekonomi? [8 markah]
Amalan bidang ekonomi yang ditekankan dalam Islam ialah mengadakan sistem zakat dan
sistem wakaf. Juga mengadakan sistem mata wang dirham dan perak. Selain itu amalan riba di
larang. Disamping mencegah penindasan dan penipuan semasa berniaga. Serta mencegah unsur
boros, kedekut dan tidak menggalakkan pembaziran serta tidak mengambil keuntungan berlipat
kali ganda. Sebaliknya menitikberatkan nilai amanah. Juga menggalakkan manusia
menghasilkan produk yang bermutu serta melakukan penyelidikan dalam membangunkan
ekonomi. Tidak menyekat umatnya daripada menjalankan perdagangan selagi mengikut hukum
syarak seperti mengeluarkan zakat dan menjaga kebajikan masyarakat. Menyeru menghulurkan
bantuan dan bersedekah selain mengamalkan sikap berjimat cermat.
91
(c) Apakah iktibar yang diperolehi daripada kecemerlangan yang dicapai oleh Tamadun
Islam.
Berikan hujah anda. [8
markah]
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

1. Mempunyai kepimpinan yang cemerlang


2. Mengekalkan kestabilan politik
3. Mempelbagaikan sumber ekonomi
4. Berwawasan dalam perjuangan
5. Meneroka bidang baru
6. Mematuhi ajaran agama
7. Berdisiplin dalam kehidupan
8. Mengutamakan ilmu pengetahuan
92
8.5:
Sumbangan Tamadun Islam
dalam Bidang Seni Bina
 Seni bina merujuk kepada bidang seni untuk mendirikan
bangunan serta reka letak yang dibina oleh manusia.
Maksud  Masjid dan beberapa bangunan bercorak Islam lain
mempunyai ciri-ciri tertentu.

 Bermula dengan pembinaan Masjid Quba’ pada zaman


Nabi Muhammad SAW yang berfungsi sebagai tempat
Sejarah Seni
beribadat dan untuk menyampaikan segala maklumat.

Bina Islam
Masjid tertua ini menjadi model pembinaan masjid yang
lain sehingga kini.

Mempunyai ruang cahaya Terdapat ruang memisahkan


untuk keselesaan beribadat lelaki dan wanita
Ciri-ciri
Seni Bina
Berunsurkan Binaan yang Reka bentuk ruang
Islam luahan perasaan, kukuh, selamat sesuai dengan
hening dan aman dan tahan lama iklim setempat
Pembinaan Menara, Mihrab dan Mimbar

Mihrab Mimbar
Dibina untuk Digunakan oleh imam
menunjukkan arah kiblat untuk membaca khutbah

Menara Masjid
 Seni bina menara telah
diperluaskan oleh seni bina Islam.
 Menara masjid dibina dalam
bentuk tirus dan memuncak tinggi
untuk memastikan laungan azan
didengari dalam jarak yang jauh.
Menggalakkan Perhiasan Yang Indah
 Menghasilkan bentuk bangunan yang indah, kubah
yang menarik, arca yang mempersonakan dan seni
khat serta ukiran yang menakjubkan.
 Kaca yang bertatah batu permata dihias pada ukiran
menjadikannya lebih berseni bertujuan untuk:
- mewujudkan rasa tenang orang yang beribadat.
- menjadi pelengkap binaan.
- menunjukkan keunikan seni bina Islam. Hiasan dalaman Masjid Putrajaya

Menghasilkan Keunikan Reka Bentuk


 Reka bentuk pintu berbentuk melengkung.
 Rekaan ini melambangkan rasa hormat serta tunduk
menjemput tetamu masuk ke dalam masjid.
 Identiti yang paling unik adalah dari aspek
penggunaan air dan cahaya.
 Aspek ini berperanan untuk menimbulkan kesan
Masjid Cordoba, Sepanyol dari segi penampilan ruang.
Mempunyai Elemen Estetika
 Seni bina Islam menggalakkan penghayatan nilai estetika.
 Binaan bangunan diperindah dengan ukiran arabes, motif
kaligrafi, geometri dan cakerawala.
 Ukiran ini berfungsi untuk memberikan keselesaan dan
ketenangan
Satu contoh bentuk kaligrafi

Menyesuaikan Reka Bentuk dengan Iklim Setempat


 Seni bina Islam menerima budaya setempat.
 Seni bina ini disesuaikan dengan faktor geometri
terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca,
keadaan angin dan suhu.
 Seni bina bangunan di Nusantara mempunyai tingkap yang
Masjid Kampung Laut, Kelantan yang banyak dan tersusun. Hal ini berkait rapat dengan iklim
mempunyai tingkap yang banyak Nusantara yang panas dan lembap dan hujan yang kerap.
untuk penyejukan dan pengudaraan
Menyesuaikan Seni Bina Dengan Budaya Setempat
Seni bina
Masjid
Masjid di China mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan
Niu Jie di istana mereka seperti Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou dan
Beijing, Masjid Niu Jie di Beijing dan Masjid Zhen-Jiao di Huangzhou.
China
 Binaan kubah sebagai struktur utama bumbung terdapat pada
masjid-masjid pada zaman Turki Uthmaniyah.
 Contohnya, ruang solat utama Masjid Sultan Ahmet atau
Masjid Biru ditutupi kubah setengah lingkaran serta sisi masjid
ini mempunyai banyak menara.
 Fungsinya adalah untuk keselamatan dengan
Masjid Sultan-Ahmed, Turki
memperkukuhkan sistem struktur daripada rentangnya yang
lebar
 Binaan pintu gerbang yang besar berfungsi sebagai pintu
Masjid
masuk utama merupakan keunikan masjid di India.
Moti,
India  Bumbung berbentuk bawang dan lengkung yang menirus
merupakan ciri masjid di India.
LATIHAN

BERFORMAT
PT3
2.
1.

100
4.
3.

101
6.
5.

102
8.

7.

9.

103
1

Seni bina merujuk kepada bidang seni untuk mendirikan bangunan serta reka letak yang
dibina oleh manusia.

Ciri-ciri seni bina Islam ialah berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman. Ada ruang
cahaya untuk keselesaan beribadat. Juga terdapat ruang yang memisahkan lelaki dan
wanita. Selain itu reka bentuk ruang direka sesuai dengan iklim setempat selain binaanya
yang kukuh, selamat dan tahan lama
10
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

1. Tempat beribadat
2. Tempat menyampaikan maklumat
3. Tempat pertemuan masyarakat
4. Kawasan perniagaan

105
Kerajaan Turki Uthmaniah

Soalan seterusnya
106
Mempunyai ruang solat utama
Ditutupi kubah setengah lingkaran

Terdapat menara di sisi masjid

Corak hiasan yang sering dijadikan hiasan pada seni bina masjid ialah corak
geometri dan flora

Soalan seterusnya
107
Kepentingan nilai estetika pada seni bina masjid ialah memberi keselesaan dan
ketenangan serta menunjukkan keunikan seni bina tersebut.

Istana Kehakinan Putrajaya

Bangunan Seri Perdana Putrajaya

108
3. Gambar berikut menunjukan seni bina Islam

a) Jelaskan fungsi seni bina tersebut kepada umat Islam.

Fungsi seni bina tersebut kepada umat Islam ialah sebagai pusat ibadat. Juga
sebagai pusat pertemuan masyarakat dan pusat pengajian Islam.

109 Soalan seterusnya


b) Pembinaan rumah ibadat membuktikan kebebasan beragama di Malaysia. Namakan empat
rumah ibadat di Malaysia
i. tokong iii. gereja
ii. wat iv. kuil

c) Apakah nilai yang harus diamalkan oleh generasi muda hari ini bagi mengekalkan
keharmonian kaum di Malaysia?
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah
1. Toleransi
2. Saling menghormati
3. Perpaduan
4. Cinta akan keamanan
5. Persefahaman
6. bekerjasama
110
Perkembangan seni bina Islam selari dengan pencapaian seni khat dan seni ukir. Kesemuanya
saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi

a) Apakah ciri-ciri seni bina Islam [4


markah]
b) Jelaskan seni bina dan reka bentuk Islam yang terdapat pada masjid [6 markah]
c) i. Mengapakah kesenian seni bina Islam perlu diangkat sebagai salah satu dari kesenian
negara kita? [4
markah]
ii. Andaikan anda diberi peluang untuk mencipta satu bangunan, apakah ciri-ciri dan
Jawapan
reka bentuk yang dibentuk? [6
111
a) Apakah ciri-ciri seni bina Islam [4 markah]
Ciri-ciri seni bina Islam ialah berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman. Ada ruang
cahaya untuk keselesaan beribadat. Juga terdapat ruang yang memisahkan lelaki dan
wanita. Selain itu reka bentuk ruang direka sesuai dengan iklim setempat selain binaanya
yang kukuh, selamat dan tahan lama

b) Jelaskan seni bina dan reka bentuk Islam yang terdapat pada masjid [6 markah]
Seni bina dan reka bentuk Islam yang terdapat pada bangunan masjid ialah terdapat menara.
Menara masjid dibina dalam bentuk tirus dan memuncak tinggi untuk memastikan laungan azan
didengari dalam jarak yang jauh. Terdapat Mihrab. Dibina untuk menunjukkan arah kiblat. Serta
terdapat Mimbar. Digunakan oleh imam untuk membaca khutbah. Mempunyai perhiasan dan
bentuk bangunan yang indah, kubah yang menarik dan arca yang mempesonakan selain
mempunyai seni khat yang menakjubkan. Serta ukiuran dihiasi kaca bertatah batu permata
berfungsi untuk mewujudkan rasa tenang. Selain itu pintu berbentuk melengkung melambangkan
rasa hormat. Penggunaan air dan cahaya berfungsi menimbulkan kesan dari segi penampilan
ruang. Mempunyai elemen estetika. Terapat ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan
cakerawala untuk member keselesaan dan ketenangan.
112
c) i. Mengapakah kesenian seni bina Islam perlu diangkat sebagai salah satu dari kesenian
negara kita? [4
markah]
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah

1. Sebagai warisan ketamadunan Islam


2. Sebagai satu identiti negara
3. Sebagai satu nilai ekonomi
4. Menarik kedatangan pelancong asing
5. Dapat menambah pendapatan negara
6. Umat Islam dapat berbangga dengan keunikan seni bina Islam
7. Kehalusan dan kepakaran kesenian Islam
8. Memberi peluang pekerjaan
9. Mengelakkan kepupusan
10. Mengasah bakat

113
ii. Andaikan anda diberi peluang untuk mencipta satu bangunan, apakah ciri-ciri dan
reka bentuk yang dibentuk? [6
markah]
Guru perlu membimbing pelajar menjawab berdasarkan isi/fakta di bawah
1. Mengutamakan warna hijau
2. Bangunan mengadap kiblat
3. Bumbung berbentuk kubah
4. Terdapat kaligrafi Islam
5. Mempunyai taman
6. Hiasan pancuran air
7. Hiasan lukisan/ukiran bercorak daun/bunga/goemetri
8. Menggunakan dinding daripada kaca
9. Luas
10. Banyak tingkap

114
Sekian

“Mereka yang
melupakan sejarah,
pasti akan
mengulanginya.”
©Cikgu Meriam Yusoff / 01140352002

Anda mungkin juga menyukai