Anda di halaman 1dari 5

8.

1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

Sistem masyarakat jahiliah


(a)Politik
Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah, iaitu
kaum Hadharidan kaum Badwi

 Kaum Hadhari tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang
ternakan

 Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan

 Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh. Seorang
syeikh yang dilantik sebagai ketua mestilah disukai ahli
kabilah ,matang ,berani,sanggupmempertahankan puaknya dan pandai berpidato.

 Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilahkan


sebagai semangat assabiyah .Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing .
Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa,pengaruh dan harta

 Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan memajukan
perdagangan.Namun begitu,Makkah pernah diancam
musuh.Contohnya,Abrahah,pemerintah Habsyah yang ingin mengancurkan Kaabah

 Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa
bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah
(b) Ekonomi

Masyarakat pada masa ini juga melakukan kegiatan ekonomi yang


berbeza,khususnya di beberapa buah negeri dan kawasan di Tanah Arab.Kegiatan
utama adalah dalam bidang pertanian dan perdagangan

 Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
 Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat
 bergantung pada hujan
 Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa,tempat di Oman .Kemenyan pula
merupakan tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
 Dalam kalangan kaum Badwi ,terdapat masyarakatnya yang menternak secara
nomad.Antara binatang ternakan termasuklah unta ,kambing dan biri-biri.Mereka
berpindah randah untuk mencari rumput dan air bagi binatang ternakan
 Terdapat juga kaum Badwi yang mengamalkan sistem tukar barang. Mereka
menukarkan binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barang keperluan
mereka,seperti pakaian dan kurma
 Dalam kalangan kaum Hadhari pula terdapat sesetengah daripada mereka yang
keluar berdagang secara kafilah
 Pada peringkat awalnya,masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari
Hadramaut dan India ,serta membawanya juga je Syam dan Mesir
 Sejak abad keenam Masihi,masyarakat Hijaz pula menjadikan Makkah sebagai pusat
dagangan yang baharu .Penduduk Hijaz pula membeli barang dari Yaman dan
Habsyah lalu menjualkannya di Syam dan Mesir
 Ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai Laluan Sutera
telah menghubungkan pedagang Arab dengan Cina, India dan Asia
 Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan ,
mengamalkan riba dan menipu timbangan
(c)Sosial

Agama dan kepercayaan


Wathani
 Mereka menyambah berhala .Antaranya termasuklah al -Latta, al -Uzza,al-Manatdan
Hubal.Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah
Majusi

 Mereka menyembah api .Agama ini berasal dari negeri Parsi.Kebanyakan penganut
agama ini tinggal di Yaman,Oman dan Bahrain kerana Kawasan ini dipengaruhi oleh
Parsi
Yahudi

 Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab
Animisme

 Terdpat juga masyarakat yang mengamalkan kepercyaan animism.Mereka percaya


kepada roh dan kuasa ghaib
Hunafa’

 Ketika ini juga masih terdapat pengenut yang mengamal kan ajaran yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim AS
Adat dan kehidupan seharian

 Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka.
Sebelum melakukan sesuatuperjalanan atau pekerjaan, mereka akan memerhati
keadaan sekeliling bagi menentukan nasib yang akan menimpa sama ada baik atau
buruk
 Mereka juga memepercayai ahli sihir dan kuasa azimat
 Dalam kehidupan seharian pula,mereka memandang rendah kepada kaim wanita
dan memberikan penghormatan lebih kepada anak lelaki
 Mereka hidup dalam kemaksiatan ,seperrtiberjudi, berzina, meminum arak dzn
bersift angkuh
 Hamba juga dipandang hina dan mempunyai status terendah dalam kalangan
masyarakat
 Terdapat sikap yang baikndalam kalangan masyarakat Arab
 Mereka sanggup menghadapi kesukaran dan sanggup mengorbankan kepentingan
diri sendiri
 Sebilangan kecil masyarakat Arab tahu bersyair , bersajak dan berpidato

Anda mungkin juga menyukai