Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Pada zaman ini, bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dengan
arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang
memalukan dan mereka menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup kerana takut mendapat
malu.Wanita dalam masyarakat Arab pada ketika ini menjadi barangan yang boleh diwarisi
seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakan. Seorang lelaki boleh mengahwini
ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut
mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri
mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.Perhambaan dan
pengkhianatan adalah perkara biasa dalam masyarakat ini. Feudalisma kesukuan menjadi perkara
biasa, dan pertempuran-pertempuran besar dilancarkan hanya disebabkan oleh perkara-perkara
yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi
Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan
penyembahan berhala mereka. Ketika Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan, terdapat 360 berhala
yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah. Namun, suku-suku kaum di
kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim
kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari di sekeliling berhala-berhala ini
dalam keadaan bertelanjang sambil bersiul dan bertepuk tangan. Penyembah-penyembah berhala
Arab percaya akan Tuhan, tetapi mereka menganggapnya sebagai Tuhan "Tertinggi" dan perlu
diwujudkan tuhan-tuhan "perantaraan" (berhala-berhala) yang bertindak sebagai orang tengah di
antara mereka dengan Tuhan/Allah.
Agama sememangnya sangat penting dalam pembangunan manusia. Tidak hanya relevan
dalam kehidupan kerohanian(spiritually) sahaja. Agama mempunyai peranan yang menyeluruh
dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Amat ketara bezanya bagi orang
yang berpegang dengan agama dengan yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata.
Sebagai contoh masyarakat Arab sebelum dan sesudah Islam. Sebelum kedatangan Islam,
masyarakat Arab ketika itu yang lebih dikenali sebagai masyarakat jahilliah hidup dalam keadaan
berpuak-puak dan saling bermusuhan. Hidup mereka seharian hanya diuruskan dengan kehendak
hati dan akal fikiran semata-mata. Dan mereka tidak membangun sehinggalah kedatangan Islam
yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.
1

Tamadun Islam kemudiannya wujud dan membangun dengan berasaskan dan


berpandukan agama Islam. Sesungguhnya agama sangat penting dan merupakan asas kepada
pembangunan manusia. Dengan Agama berkembanglah ilmu keduniaan yang lain seperti ilmu
sains, matematik, sejarah dan sebagainya. Dengan ilmu ini manusia menggunakannya untuk
berkembang maju. Bermaksud pembangunan manusia hari ini adalah berasaskan agama dan
bukannya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Jelas bahawa agama adalah asas kepada
pembangunan manusia dan tanpa agama maka pincanglah kehidupan manusia. Mungkin bukan
pincang dari segi pembangunan yang ada sekarang, tapi mungkin akan pincang dari segi akidah,
akhlak, moraliti, kerohanian, dan kepercayaan yang semua ini boleh membawa manusia ke alam
jahilliah semula.

CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

i.

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah


Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi
(desa) dan Hadari (kota). Masyarakat Badwi biasanya tinggal di bahagian tengah
Semenanjung Tanah Arab dan kurang berhubung dengan masyarakat luar. Mereka
hidup berpindah-randah kerana memerlukan tempat yang subur untuk pertanian dan
ternakan.
Masyarakat Arab Hadari pula biasanya tinggal di kawasan pantai yang terdapat
bandar-bandar.Mereka menetap di sesuatu tempat sehingga dapat membina tamadun
yang tinggi. Selain itu, mereka turut mahir dalam bidang perniagaan. Dalam
masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

Golongan bangswan ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.

Golongan agama ( pendeta ) tukang tilik dan penyair.

Golongan hamba.

Wanita.

Masyarakat awam dan rakyat biasa


2

MASYARAKAT DI MAKKAH

KAUM QURAISY

Perkataan Quraisy berasal daripada kata dasar taqarrasya yang bermaksud penyatuan. Hal ini
disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaun Quraisy di Mekah. Kabilah Quraisy in
diasaskan oleh Qusai bn Qilab yang merupakan datuk keempat ANbi Muhammad. Kota Mekah
dahulunya dikuasai oleh kaum Khuzaah sebelum Qusai dan tenteranya menawan Kota Mekah
pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy ini terbahagi kepada dua golongan pada zaman
Qusai bin kilab, iaitu:
o Golongan pertama ialah Quraisy al-Bitah yang merupakan golongan hadhari.
Golongan ini menetap di tengah-tengah kota Mekah. Mereka terkenal dalam bidang
pentadbiran, poitik dan perdagangan.
o Golongan kedua ialah Quraisy al-Zawahir yang mendiami kawasan luar kota Mekah.
Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Badwi dan terkenal dalam bidang
ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada serangan
musuh.
Pada mulanya, kaum Quraisy dapat disatukan oleh Qusai, namun lama-kelamaanmereka
berpecah dan berpegang sesame sendiri. Perpecahan ini berpunca daripada perebutan kuasa
antara anak Qusai iaitu Abd. Al-Dar dengan Abd Manaf. Kedua-duanya mempunyai penyokong
sendiri sehingga mucul dua golongan yang bertentangan. Setelah itu, mereka berpecah kepada
puak-puakyang lebih kecil yang mempunyai kepentingan sendiri. Puak-puak Quraisy yang
masyhur dan melahirkan tokoh masing-masing berasal daripada Bani Hasyim (Nabi Muhammad
S.A.W.), Bani Umaiyah (Muawiyah bin Abi Sufyan), Bani Makhzum (Khlaid bin al-Walid), Bani
Taym (Khalfah Abu Bakar al-Siddiq) dan Bani Adi (Khalifah Umar bin al-Khattab).

MASYARAKAT DI MADINAH

Asal-usul Kaum Arab


3

Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab
Utara dan telah berasimlasi dengan Arab Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi
kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali juga sebagai Bani Qailah. Kaum
Aus dan Khazraj berpindah ke Madinah (Yathrib) berikutan pecahnya Empangan Marib kirakira 300 tahun sebelum kedatangan Islam.
o Suku Aus dan Khazraj
Mereka tinggal di pinggir kota dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam sehingga mereka
menhadi maju dan kuat. Mereka akhirnya Berjaya menguasai ota Madinah yang diperinah
Yahudi. Pihak yahudi tidak sennag dengan perkara tersebut dan melagakan kaum Aus dan
Khazraj sehingga mengakibatkan berlaku perang Buath pada tahun 619 Masihi. Perang Buath
telah dimenangi oleh kaum Aus yang dibantu oleh kaum Yahudi.
i.

Suku Aus

Jumlah suku Aus adalah lebih kecil daripada Khazraj dan kurang berpengaruh.
Dalam suku Aus terdapat bani Abd al-Asyhal dan Bani Amru bin Auf. Sebelum
Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunya ilmu
ketuhanan dan kenabian yan ebih tinggi berbanding dengan Quraisy kerana
pergaulan mereka dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana
bilangan suku Khazraj ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi.
ii.

Suku Khazraj

Jumlah suku Khazraj adalah lebih besar dan pengaruhnya juga besar jika
dibandingkan dengan suku Aus. Mereka lebih awal memeluk agama Islam, yakni
sebelum peristiwa Hijrah lagi. Dalam suku Khazraj, terdapat bani al-Najjar, Bani
Zurayq, Bani Salim bin Auf, Bani Slaimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani alHarith dan Bani al-Qawaqilah. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam,
mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunya ilmu ketuhanan dan
kenabian yang lebih tinggi jika dibandngkan dengan kaum Quraisy. Oleh itu,
kaum Khazraj lebih dicurigai dan dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan

jumlahnya yang ramai menyebabkan kaum Yahudi takut kerana mereka mampu
mengancam dalam aktivit perniagaan dan perdagangan.

Asal-usul Yahudi
Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di madinah berasal dari Palestin.
Kedatang mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di selata Palestin.
Kaum Yahudi mementingkan diri sendiri, tamak kuasa dan menganggap diri mereka
pilihan Tuhan. Mereka tidak berminat mengembangkan agama mereka menyebabkan
agama itu tidak berkembang di Madinah. Suku yang paling terkenal dan masyhur ialah
Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.
o Bani Qainuqa
Bani ini merupakan bani yang mula-mula tiba di Madinah dan mempunya
pengaruh yang kuat. Mereka mendirikan tempat kediaman di Wadi Buthan.
Mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Kebanyakan mereka
kaya dan hidup dalam kemewahan. Mereka merupakan golongan peniaga yang
mengamalkan bunga (faedah) dalam urusan jual beli. Mereka juga mempunyai
kebun-kebun buah anggur dan kurma. Bani ini mempunyai angkatan tentera yang
kuat untuk menyerang musuh.
o Bani Nadhir
Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah.
Mereka melarikan diri dari Palestin ekoran penndasan tentera Rom yang
menganut agama kristian. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi yang
tulen. Hal ini kerana, mereka membuka penempatan yang berasingan dengan
orang Arab dan bertutur mengikut loghat dan bahasa mereka sendiri. Mereka juga
terlibat dalam aktiviti pertukangan, pertanian, dan perniagaan. Kawasan pertanian
mereka terletak di wadi yang mengarah ke selatan Kota Madinah.
o Bani Quraizah
5

Bani ini dikenali juga sebagai Dalih. Suku ini terbahagi kepada dua golongan
ialaitu Bani Kaab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di
bahagian selatan berhampiran Wadi Mahzur. Mereka menjalankan aktiviti
pertanian dan kehidupannya agak mewah berbanding suku-suku yang lain.
Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.

ii.

Aspek agama dan kepercayaan


Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang
diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi
(agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri. Terdapat pelbagai agama dan
kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan
Hanif, Berhala, Animisme, dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya
pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang
dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.
Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa.
Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah
sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin
Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi
Agama Yahudi adalah agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum
kedatangan Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci,
iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah
kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik
kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut.
Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut
agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani
dikenali dengan gelaran ahli kitab.
6

Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah
berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya
berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan
sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular
ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah
matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu
hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan
perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
Agama penyembahan Cakarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua
cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

Agama Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya
air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai
tempat kediaman tuhan yang jahat.
Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme )
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk
makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan
Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
Penyembahan Tuhan Padang Pasir
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang
pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu
malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat
7

iii.

Roh orang mati menjadi burung.


Percaya kepada ahli nujum.
Percaya kepada ahli sihir.
Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri

membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.


Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami

dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.


Membuat keputusan melalui anak panah.

Kegiatan Ekonomi
Berbanding dengan golongan Badawi, nampaknya sistem ekonomi golongan
Hadari Iebih sofistikated. Sebagai orang kota, kebanyakan mereka adalah kaum
pedagang, iaitu secara kafilah (caravan). Menurut Al-Tabary, besarnya kafilah ini
sering mencapai 500 atau 1000 ekor unta.
Kafilah-kafilah ini keluar dengan perlengkapan, persediaan dan kewaspadaan
yang besar, didahului oleh pengintip-pengintip yang Iebih dahulu menyelidiki
keadaan-keadaan di jalan, disertai oleh penunjuk-penunjuk jalan dan pengawalpengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah.
Mulanya perdagangan ini dipegang oleh orang-orang Yaman yang memasarkan
hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India lalu membawanya ke Sham dan ke Mesir.
Tetapi sejak abad ke-6 M., kedudukan mereka diambil alih oleh orang-orang Hejaz
yang menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang baru. Sebab utamanya
ialah kerana Yaman dijajah oleh Habshah dan kemudiannya Parsi, hingga perniagaan
di laut dikuasai oleh mereka, sedang pemiagaan di darat berpindah ke tangan
penduduk Makkah. Pedagang-pedagang Hejaz itu membeli barang-barang dari Yaman
dan Habshah, kemudian dijual di pasar-pasar Sham dan Mesir. Bagaimanapun
Makkah juga mempunyai hasil-hasilnya sendiri untuk diperdagangkan, iaitu berupa
berhala-berhala yang dijual ketika musim Haji.
Selain dari usaha perdagangan, penduduk kota juga menjalankan kegiatan
pertanian. Di Yaman misalnya, kegiatan pertanian merupakan aspek terpenting di
8

dalam kegiatan ekonomi mereka, hingga dengan merosotnya pertanian, maka


merosotlah pula kerajaan Yaman itu sendiri. Nampaknya penduduk-penduduk di
Yaman juga terlibat dalam kegiatan pertukangan.
Adapun bagi golongan Badawi, mereka hanya menyandarkan kepada hasil
temakannya, seperti unta, kambing, kuda atau biri-biri. Mereka memakan daging
haiwan itu setelah dipekerjakannya, mereka meminum susunya serta membuat
pakaian dari kulitnya, juga membuat khemah-khemah dari kulitnya. Dan jika sangat
terdesak, ditangkapnya binatang-binatang seperti biawak dan tupai.
Nampaknya orang-orang Badawi juga mengenal sistem tukar-menukar (barter),
iaitu dengan cara menukarkan ternak atau hasil-hasil ternaknya dengan barang-barang
keperluan mereka, seumpama pakaian atau kurma.
Bagaimanapun sebagai golongan yang serba terdesak kehidupannya, salah satu
sumber ekonomi mereka ialah merampas dan merompak. Mereka menyerang sukusuku yang dimusuhinya, serta merampas ternakan orang, wanita atau anak-anak. Dan
suku yang menjadi mangsanya ini sentiasa pula mencari kesempatan untuk
menyerang balas. Semuanya itu adalah manifestasi dart sifat al-Ghazw akibat
suasana sekeliling yang serba mencabar.
Dengan suasana yang serba terhimpit ini, tidak hairanlah jika orang-orang Badawi
tidak dapat menetap di sesuatu tempat, sebaliknya mereka terpaksa mengembara dan
berpindah-randah (nomad). Ini berlaku bukan sahaja untuk mencari air dan rumput
bagi ternakan mereka, bahkan juga untuk menyelamatkan diri dari serangan sukusuku lain ataupun dari timbunan pasir-pasir yang sering mengganas.

iv.

Kehidupan Sosial
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan undang-undang adat yang diwarisi daripada
nenek moyang terdahulu.

Mereka mengamalkan sistem perhambaan dalam kehidupan seharian. Golongan


hamba tidak boleh memiliki harta dan segala hasil yang mereka usahakan hanya untuk
kepentingan tuan mereka.
Kedudukan wanita :
Kedudukan wanita pada Zaman Jahiliah amatlah rendah.
Sesetengah kabilah mengamalkan amalan menanam anak perempuan sebaik
sahaja bayi itu dilahirkan.Mereka menganggap anak perempuan boleh memberi

sial,malu atau papa kepada keluarga.


Kaum bapa daripada Bani Tamim berbangga dengan tindakan membunuh bayi
perempuan mereka. Selain daripada bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup,
kanak-kanak perempuan yang mencapai umur lima atau enam tahun juga ditanam
hidup-hidup.

Kedudukan balu atau janda. Apabila seorang lelaki meninggal dunia, balu atau
jandanya boleh diperisterikan oleh saudara lelaki yang terdekat. Anak lelaki juga boleh
mengambil ibu tirinya sebagai isteri.
Poligami dan perceraian. Tiada peraturan yang menetukan cara-cara berkahwin dan
bercerai. Seorang lelaki boleh berkahwin seramai mana yang disukainya dan
menceraikan isteri-isteri mereka sesuka hati.

v.

Kegiatan Politik
Sistem politik masyarakat Badwi adalah berasaskan qabilah, di mana beberapa
kumpulan keluarga membentuk khemah-khemah yang merupakan sebuah Hayy.
Kumpulan Hayy-Hayy ini membentuk kaum, dan beberapa kaum ini mewakili suatu
qabilah dengan ketuanya sendiri yang digelar Syeikh Qabilah.
Syeikh dipilih daripada ahli kelompoknya dengan persetujuan ramai. Pemilihan
syeikh

berdasarkan

pemikiran yang bijaksana, bersifat

berani, gagah,

dan pandai

berpidato. Malah ia haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur. Jawatan Syeikh
ini biasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinya terdapat
kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya. Peranan dan tugas
syeikh ialah:

Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan.


10

Menjatuhkan hukuman tertentu kepada pesalah setelah dipersetujui oleh ahli

kumpulan.
Melayan tetamu yang hadir di kawasan atau kampung mereka.
Memberi perlindungan kepada kawan atau musuh.
Mengisytiharkan peperangan kepada musuh mereka.
Kesan daripada amalan sistem kabilah ini telah wujud semangat assabiah (kesukuan)

dalam kalangan bangsa Arab. Mereka hidup dengan mementingkan kabilah sendiri
sahaja tanpa mempedulikan di luar kelompok mereka. Kemunculan semangat assabiah
turut berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana kehidupan mereka yang panas
dan kering-kontang. Untuk meneruskan kehidupan, mereka mengatasi masalah secara
bersama dengan sifat kesukuan yang menebal. Mereka sanggup menyerang kabilah lain
atas sebab yang kecil dan remeh.
Contohnya, peperangan al-Basus berlanjutan selama 40 tahun antara Bani Taghlib
dengan Bani Bakar berpunca daripada pembunuhan seorang Bani Taghlib oleh seorang
ahli Bani Bakar.

vi.

Ilmu Pengetahuan
Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan
mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak
mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain
keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya
digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui
pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya
melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti
ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan
berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap
saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk
menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat
ketara di kalangan mereka.

11

vii.

Akhlak
Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu

musuh mereka, mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung
manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat
dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan
pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja
secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang
diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian
yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.
Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan
hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan
diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang
bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana
yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih
mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas,terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan
oleh masyarakat arab jahiliah bertentangan dengan agama islam. Agama-agama samawi yang
pada asalnya merupakan agama yang benar yang dibawa melalui perutusan para Nabi dan rasul
telah pun diselewengkan mengikut hawa nafsu mereka. Gambaran kehidupan masyarakat arab
jahiliah menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas tetapi menurut hawa
nafsu semata-mata. Selepas kedatangan islam,semua agama dan kepercayaan karut yang
diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah dihapuskan dan digantikan dengan kepercayaan dan
amalan yang mentauhidkan Allah berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.
12

RUJUKAN
Internet
Struktur Masyarakat Jahiliah, http://semekarcintaku.blogspot.com/2013/01/struktur-masyarakatjahiliah.html
Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliah, http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kehidupanmasyarakat-arab-jahiliah.html
13

Aus dan Khazraj, http://diserambibuku.blogspot.com/2009/10/aus-dan-khazraj-asal-usul-kaumarab.html


Kepercayaan Masyarakat Arab, http://blogsejarah940.blogspot.com/2012/01/kepercayaanmasyarakat-arab.html
Ciri-Ciri Sosio-Ekonomi Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliyah, http://kokiforshort.blogspot.com/2013/05/ciri-ciri-sosio-ekonomi-masyarakat-arab.html

14

Anda mungkin juga menyukai